Sunday, February 12

Aina Mastura


Apesal aku asek pos entri pasal budak ni? Suka hati aku lah. Ada aku kisah? hahaha...

sayang manje~

Sling!



Sling!

My sling bag,
Tiga tahun kita bersama,
Kini kau pergi jua,
Kerana pengganti yang baru sudah tiba.

My sling bag,
Kau selalu berada disisi ku,
Sejak dari waktu dahulu,
Engkau yang sering membawa barang-barang aku,
Kini engkau pergi berlalu.

My sling bag,
Kau sangat tahan lama,
Kau tetap selamanya,
Kini kau dan adikku akan bersama,
Bersatu lah korang membina bahagia.

My new sling bag,
Kini kau datang umpama sinar,
Membawa terang yang menyuluh gelapku,
Kau lah hantaran teristimewa,
Dari si cinta kepada diriku,
Aku percaya kau akan setia,
Dengan tuanmu yang akan menjagamu selalu...

My new sling!


Dedikasi kepada my old sling bag, always hold on you bro.

Sir Hady cakap;

"Item yang sering mempengaruhi kita juga akan menyerap roh yang membuatkan kita berasa item itu seolah hidup, bagai kawan yang setia."

Wednesday, February 8

Tunang Sudah!




Alhamdulillah, satu lagi perjalanan hidup baru aku bermula. Tarikh 6.2.12 menyaksikan terikatnya ikatan pertunangan aku dengan cinta hati. Amin.

Bakal kesayangan cinta hati!
Tak sangka! Memang sangat aku tak sangka! Rupanya, ini lah jodoh aku. Memang orang akan berkata, baru bertunang, belum nikah lagi, belum jodoh lagi ni. Tapi apa salahnya aku establish dia jodoh aku. Biarlah kata-kata aku itu menjadi satu doa kepada Yang Maha Esa. Satu hari nanti, aku akan bernikah dengan si cinta hati. Kita tunggu dan lihat sahaja.

Majlis bermula...


Majlis pertunangan bermula pada jam 12.00 tengah hari. Baju tunang bertemakan biru, aman dan redup. Tetapi dalam keadaan aman, tetap tak boleh nak kawal perangai aku dan cinta hati yang gila-gila! Cis, aku dah berpakaian baju melayu cantik, tapi yelah, time meminang, yang lelaki mana boleh ada sama. Alah, berlawa untuk bergambar, bukan selalu kita bertunang. (ha?).

Ini lah hantaran dari pihak perempuan...:)











Mula-mula lagi cinta hati dah cakap, kalau time sarung cincin, aku boleh jeling-jeling tengok. So waktu abah dah keluar, mak tengah sarungkan cincin, so aku pun nak lah menjeling, sekali tengok, hambik kau! Berkerumun orang, tak nampak langsung cinta hati! Cis, dah macam artis pulak dia tu. Hehe...

Establish sudahhhh...!


Tapi aku lega, happy sangat. Sekurang-kurangnya, tanda pertunangan ini dapat menukar status kami. Yelah, aku dah bosan nak establish cinta hati sebagai girlfriend. Lepas ni, orang kata cinta hati tu tunang aku. Ya Allah! Dah bertunang dah aku! Hahaha...

Berlagak! Hih!


Memang betul-betul tak sangka. Macam mana lah kak amoi boleh tunang dengan adik papa jahat ni! Tapi itu lah jodoh, apa yang kita nampak depan mata, belum tentu dapat kita sentuh, apa yang kita tak dapat bau, belum tentu kita tak dapat lihat.

Akak dapat junior noxx...!!! Hahaha


Aku pun nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang datang majlis pertunangan aku. Kepada kawan-kawan, Shafiq Macha, Khairul Izzat, Fais Roy, Azrith Sofia, Ayu Basir, dan Nora Fiza, thanks sebab support majlis aku ni, korang semua memang sempoi! Haha!

Thanks kawan-kawan!


Cha, Faiz, Ijat, Fiza, Pia, Ayu, korang memang sempoi habis ah! Even dah lama tak jumpa, korang sudi datang. Cayalah!


Kepada saudara mara terdekat, Pak Tip, thank you sebab sudi jadi juru acara belah lelaki. Jugak pada Abang E, Muk Su, Mak Noi, Shasha, Cik Jidah, Atuk, keluarga Kak Ain, keluarga Kak Ijah.

Terima kasih kepada saudara mara! Support korang akan saya hargai tinggi!

Atuk pun support!!!

Seronok mereka berborak...hehe, thanks Kak Ijah, Mak Noi dan Abang E!

Razak : Lepas ni confirm lah Abang E pulak kan...
Abang E : Takde maknenye, ni ha, Rauf ni dulu...
Rauf : ...................(amin)


Dan juga kat family kandungku, Razak, Rauf, Kak Ijah, Yaya, serta terpaling utama, Abah dan Mak, yang sentiasa sokong aku 500% dalam usaha meminang anak orang! Yeah!

Adik beradik kesayangan! Nanti dorang sayang Mas lebih! Cis!

Hady Jupaz cakap ;

"Dugaan bertunang memang berat, darah tengah manis, tetapi bukan alasan untuk kita menoleh kebelakang, malah mesti dijadikan semangat untuk berjuang hingga bernikah!


Penyokong utama! Terima kasih emak dan abah!

Monday, January 30

Merisik Bukan Kerisik!


Hari sabtu lepas, gadis yang dirisik menjadi penunjuk jalan orang-orang yang nak datang merisik dia. Kenapa? Sebab lelaki yang nak merisik dia tu tak pandai bawak kereta. Kenapa tak naik kereta family je? Sebab dia tak tau jalan pergi rumah gadis tu walau dah dibawak ke sana banyak kali. Kua kua kuaaaa!

Yelah, lelaki tu aku, gadis tu cinta hati. Akhirnya family aku datang meng'edit' (sunting) cinta hati untuk menetapkan tarikh pertunangan. Yang aku terharu, cousin dengan dua orang makcik aku pun datang support merisik. Makin berkobar-kobar semangat nak teruskan ke next level.

Ingat merisik ni, aku teringat pulak lawak Sepah pasal benda ni, haha! Camne lah leh termerisik budak lelaki! Aduhai. Memang lawak gile. Tapi tu lah, ingat kat Sepah macam mana sekali pun, hati aku tetap nervous nak hadap majlis tunang. Masa merisik pun aku dah dup dap dup dap. Sampai mak cik aku perli, Hai hadi, baru merisikkk...Cis!

Apa yang penting, aku lega. Family aku dan family cinta hati dah kenal. Dan sekarang, menunggu sahajalah tarikh di sarungkan cincin ke jari. Lepas tu? Doakanlah rezeki aku dan cinta hati murah, kerana dari rezeki yang murah itu, kami akan menjalankan ibadat yang mulia, iaitu mendirikan rumah tangga. Amin...

Sir Hady cakap ;

"Kahwin awal itu lah yang sewajar-wajar perkahwinan."


Satu ketika dahulu...



Gandakan Dua Itu!


Sebenarnya dah lama aku plan nak pos entri pasal benda ni. Walaupun sebenarnya dah dekat 3 bulan aku masuk usia 22 ni. Tapi alang-alang, aku still lagi 22 kan, tulis je lah pasal entri ni. Bukan apa, aku agak tertarik dengan angka dua yang digandakan ini. Umur 22 ini jelas menunjukkan pelbagai ciri. Muda, matang, dewasa. Itulah yang bermain dalam ciri-ciri seorang yang berumur 22.

Pada umur ini juga lah, aku mula bekerja. Aku mendapat kerjaya sebagai grafik designer, gambar kat atas tu lah design aku. Ok lah, setakat basic2, bukan pro tahap dewa pun dalam bidang grafik ni. Kalau dah bekerja, maknanya dalam umur 22 ni jugalah aku mula kenal erti berdikari, dan tanggungjawab.

Dan, dalam umur ni jugalah, aku akan mengikat tali pertunangan dengan cinta hati. Belum sampai lagi tarikhnya, tapi baru selesai merisik. Yang tu nanti aku letak kat entri lagi satu. Bukan di entri ini tempatnya. Hehe.

22. Cepat betul masa berlalu. Dah 22 tahun aku hidup. 21 tahun parents menjaga aku. Sekarang aku di tapak kaki sendiri. Umur ini sangat bermakna. Dan hendaklah harapnya lebih bermakna dengan kehadiran tunangku. Dan mudah-mudahan, angka 23, menambahkan satu menjadi dua. :)


Sir Hady cakap ;

"Benar, umur hanyalah angka. Tetapi angka bukan sekadar umur. Kerana umur yang dinilai hanya dari segi angka, tidak bermakna tanpa ukuran amal yang lebih nilainya..."

Sunday, January 8

Fashionista Manje Bubu!





Malam minggu yang lalu, bawak awek pergi annual dinner...ewah..dah macam lagu Senario pulak...hahaha. 6 Januari lepas, company tempat aku baru kerja ada buat malam annual dinner untuk menghiburkan hati staff-staff. Tapi apa kena mengena annual dinner dengan tajuk entri aku ni? Sebab, dah tema annual dinner tu 'Fashionista Night', tu lah point tajuk entri aku kali ni. Yang manje ngan bubu tu korang paham-paham sendiri lah.

Dah lah baru masuk kerja tak sampai sebulan, dah kena pergi annual dinner, memang nasib bertuah aku lah. Kena pulak tu, cinta hati join performance menari. So selama dua minggu sebelum malam dinner, aku teman dia pergi rehearsal setiap kali balik kerja. Yelah, kalau tak teman nanti kena naik bas nombor 20 pulak. Hehe...gurau je sayang. Kalau Bu bawak transport sendiri pun Bu nak teman sayang jugak tau. Hehe...Sebab setiap kali penat pulang bekerja, tengok cinta hati menari, hilang beban kat bahu. Passion dia memang menari, tak kisah dia penat macam mana, bila menari je, hilang semua lelah. Sampai dengan aku-aku sekali duk menggila menari cam hape. Next year nak join ke eah?

Seminggu sebelum annnual dinner, mula lah kitorang mencari-cari baju yang sesuai untuk menterjemahkan gaya feh-syen-nistah ini. Mula-mula ingat nak pakai cam k-pop, pastu ingat nak pakai suit, pastu teringin nak pakai vest. Ye la, maksud fashionista tu pun bukan susah sangat. Asal ada gaya, fashion lah jugak. Even pakai selipar letak kat lengan pun fesyen jugak! Cinta hati pun dah duk runsing macam mana nak pakai untuk dinner nanti. Akhirnya dia dapat jugak pakai baju yang dia suka, aku pun suka. Bukan setakat suka je okay! Semua orang yang kenal dia tegur dia cantik, lain. Aku pun masa mula-mula jumpa dia dengan full dressed, mau lari aku. Mane taknya, dah macam Tiz Zaqyah nak ngurat aku. Hahaha. Comel sangat.



Yang aku pulak, fesyen apa nak pakai? Duk mencari baju kat uptown, pusing-pusing, pening-pening, last-last aku fikir, baik aku pakai trend yang aku suka, melambangkan diri aku, dan sedikit touchup yang menunjukkan kelainan. Maka lahir lah attire ku yang sebegini...




InsyaAllah...InsyaAllah...

Cis, itu jugak lagu yang si cinta hati nyanyi bila tengok aku pakai macam ni. Tapi yang paling best pada malam annual dinner tu, dah tentu lah makanannya! Serta pertandingan! Dan ada lucky draw lagi! Tapi tak payah lah aku cerita detail sangat. Tak best pun cerita dalam blog, kalau borak depan-depan baru best. Apa yang aku boleh rumuskan keseronokkan pada malam annual dinner kelmarin,


  • Cinta hati dapat buat performance terhebat.
  • Ceni (kawan aku dan cinta hati) menang lucky draw dapat Galacy Note!!!
  • Dan aku dapat top ten king of the night
Top Ten King and Queen of The Night.

Thanks sayang for your opinion in my style.

Sir Hady cakap ;

"Main course untuk manusia adalah ibadat, side dish nya adalah amalan, appetizernya yang sunat-sunat, dan desertnya, adalah sedikit hiburan masa lapang..."

Aku Tak Nak Hentikan Masa, Aku Nak Putarkan Masa...




Hidup ini memang sangat-sangat pantas. Lebih pantas dari jet udara, kereta F1 dan arnab yang berlumba dengan kura-kura. Mana kita nak tahu, hidup ini boleh sepantas sebegitu, sewaktu kita leka dan khayal dalam perlakuan diri sendiri. Sekejap dah setahun, 10 tahun, 20 tahun!

Aku kalau diberi pilihan untuk memilih kuasa masa, aku tak pernah terfikir untuk mendapatkan kuasa menghentikan masa. Setiap perbuatan, perlakuan, tingkal laku yang aku pernah laku kan, yang aku sesali, membuatkan aku ingin sekali memiliki kuasa memutarkan kembali masa. Mengundurkan masa. Itulah misterinya masa. Ibarat text message, yang kita dah terhantar, kalau terlambat, tak boleh nak tarik balik apa yang kita dah taip. Waktu berlakunya sesuatu yang kita akan sesali itu, kita tidak akan sedar akan musabab yang akan berlaku. Ini selalu terjadi pada aku. Seringkali aku melakukan sesuatu yang menjejaskan wibawa diri aku sebagai manusia, tanpa berfikir dengan akal yang diberi setara manusia biasa.

Menyesal adalah perkataan sebati dengan diri aku. Pilihan salah dan fikiran yang pendek. Tetapi syukur tidak semua yang aku lakukan menjejaskan diri ku dan orang lain. Aku ada satu pilihan yang paling tepat aku lakukan sepanjang hidup ku, dan pilihan ini yang tidak sedikit aku menyesal setelah diputuskan. Cinta hati.

Hidup aku tak sangka begini laju. Seringkali waktu kami bercerita tentang perihal kerja, seringkali itu juga aku terbayangkan kanak-kanak kecil yang pada tahun 1996 dahulu baru sahaja masuk sekolah rendah darjah satu. Sangat innocent. Aku teringat akan budak kecik yang dulunya buat persembahan waktu tadika. Aku teringat akan budak umur 10 tahun menghadapi ujian amali tentang solat di sekolah agama. Aku teringat waktu budak lelaki itu di sekolah rendah, sekolah menengah, di universiti...budak itu kini dah bekerja. Indahnya peringkat hidup setiap manusia.

Satu hari nanti, tanpa kita sedar, kita akan menanti tua. Itulah takdir yang pasti. Itulah antara nasib yang boleh kita ramal. Tua dan mati. Dan kadang-kadang kita terlupa, Tuhan belum lagi melucutkan jawatan kita sebagai khalifah di muka bumi, sebagai penjaga amanat Allah. Kita terlupa, aku terlupa.

Sir Hady cakap ;

"Jangan lah sibuk dengan masa kerja, kerana masa kerja itu hanya akan dibalas dengan duit. Tetapi sibuklah engkau dengan masa ibadat, kerana janji Allah itu lebih hebat dari janji manusia."

Monday, January 2

Super Date With Her!



Best! Best! Best! Tu je dapat aku gambarkan perasaan aku pada tarikh hari ni. Bermula sampai 10 pagi, sampai 9 malam, hari yang sangat bahagia dalam hidup aku. Ikutkan, semua hari-hari aku bersama dia merupakan hari yang bahagia. Walau dah dua tahun bersama, aku tak pernah rasa jemu, nak keluar dengan dia, nak cakap i love kat dia, nak puji dia. Sebab dia sentiasa memberi yang baru kepada aku pada setiap saat dan detik.

Hari ini, aku ada super date dengan cinta hati, kerana buat pertama kali selepas 5 tahun kenal, baru aku dapat sambut birthday nya bersama-sama. Selama dua tahun bercinta, aku cuma mampu dapat sambut birthday cinta hati melalui mesej, facebook, video call. Sedih, sangat sedih. Tapi selepas hari ini berlalu, sedih tu dah aku terlupa, berganti dengan perasaan teruja dan gembira tersangat-sangat. Happy birthday sayang, dan ku ucapkan ayat ini depan-depan mukamu yang sangat comel!

10 pagi - kitorang dah excited nak keluar, nak buat macam-macam aktiviti. Ikutkan, tak de buat aktiviti sangat pun dah happy, asal dapat spend time bersama. Nak tebus balik setahun lebih yang terbiar sia-sia tuh! Huh! Pergi Sunway Pyramid!!!



11 pagi - Karok time! Lepas berbulan-bulan memendam perasaan, lepas berhari-hari lepas kaki tangan, mulut tak reti duk diam macam dah gian nak berkarok, akhirnya kitorang dapat lepaskan geram kat KotakMerah! Hurm...suaranya masih semerdu dahulu, dan better, masih seindah luar biasa. Bestnya dapa couple dengan orang yang comel dan pandai menyanyi!

Karaoke tak hengat dunia! Hahaha!


1 ptg- Lepas je dapat lepaskan geram gian menyanyi kat KotakMerah, main boling pulaaa!!! Yang bestnya tu, markah akhir kitorang sama! Cis! Sehati sejiwa betul kitorang ni. Kalau masuk serasi bersama confirm menang. hahaha! Comel je tengok dia baling bola boling. Hehe...

Dont judge a bowler by her size! hehe

Judge me as bowler by my size please...

Cis, camne markah boleh same ni! Sampai sekarang kitorang duk pelik...


2 ptg - Kitorang jalan-jalan kat sekitar Sunway. Tengok-tengok barang-barang mainan, kedai cendera hati, kedai pet, kedai-kedai handphone. Minat kitorang ni memang agak macam budak kecik sikit. Bukan agak, memang macam budak kecik pun. Pantang nampak kedai mainan. hahaha...

Birthday girl is glowing, inside.


3 ptg - Tetamu kehormat datang. Super date kitorang kali ni ada tetamu undangan, Farah dengan boyfriendnya, Asri. Best betul dapat lepak sama-sama dengan diorang. Kepala pun dah sama gila dengan kitorang. So huru hara lah semua tempat kat sunway tu dengan kesengalan kitorang. Hidup ni singkat, enjoy lah dengan seadanya. hehe...

Ini namanya soda gembira, get the picture right? hehee


Hahaha...lumba basikal dalam sunway!!!


6 ptg - Main event beb!!! Setahun kitorang tunggu untuk acara ni. Makan di Flaming Steamboat Buffet! Selama dua jam, makan lah sebanyak mana pun makanan yang kitorang nak kat Flaming ni. Cinta hati sibuk dengan pedal dia, aku pulak sibuk duk ratah kupang, lala, udang dengan cendawan. Haha...memang kenyang gila. Mana taknya, kalau boleh semua makanan dalam kedai tu kitorang nak cuba. Fuh! Memang puas.

Grrrr......lapor balik!

Menu utama...err...udang...kupang...semualah!


Berbaloilah penantian selama bertahun, keperitan selama berbulan-bulan, kepayahan yang tak berkesudahan, tetapi kitorang tetap yakin, ada kebaikan sedang menuggu. Aku dan cinta hari dipertemukan pada 2007, bercinta pada 2010, berpisah pada 2011, dan kini, kami bersama, untuk selamanya, InsyaAllah...

Kami bahagia, selamanya.


Sir Hady cakap :

"Everything happen for a reason, maksudnya, segala yang terjadi ada hikmahnya, pegang ayat ini, beserta tekad, usaha dan tawakal, maka hikmahnya, sangat berharga, lebih berharga dari segunung emas!"

Sunday, January 1

Ini Bukan Entri Tentang Tahun Baru!



Salam semua. Dah tahun baru dah, dah 2012. Tahun yang menarik bagi aku. Sebab apa? Kerana macam-macam perkara akan berlaku pada tahun ini. Itu yang aku ramalkan. Tapi kalau kaum Mayan ramalkan, kiamat. Haha. Kelakar aku teringat balik movie 2012. Memang kelakar gila. Kiamat yang ditunjukkan sangat melucukan hati aku. Tapi ada orang kata, Roland Emerich (pengarah 2012) menggambarkan ramalan Mayan itu bukan lah kiamat, tetapi permulaan kepada bumi baru dan tiada siapa boleh meramal bila kiamat akan berlaku.

Berbalik pada ramalan aku pulak tentang tahun ini, aku yakin macam-macam perkara akan berlaku. Bukan pada manusia atau muka bumi, tetapi pada aku. Prospek kerja yang diyakini mampu untuk aku pergi jauh, hubungan istimewa yang aku rasa semakin bertambah-tambah further step dan hidup aku sendiri yang akan berbeza dari tahun-tahun yang sudah. Tirai 2011 ditutup dengan penuh manis dalam keadaan sepanjang tahun itu, dipenuhi pengalaman duka. Ya, 2011 bukanlah tahun terbaik aku. Malah boleh aku katakan ianya adalah tahun terburuk dalam sejarah hidup aku. Tetapi dalam banyak-banyak tahun yang penuh dengan kenangan manis, tahun 2011 yang pahit itulah yang banyak memberi pengajaran kepada aku.

Aku pun sedar, bidang penulisan aku agak perlahan pada tahun lepas. Entah bila, tiba-tiba aku berhenti menulis, hingga sekarang. Sekarang aku lebih tumpukan pada kerja dan hubungan dengan cinta hati. Mungkin dulu aku menulis kerana takde apa nak dibuat. Kalau betul lah macam tu, aku bersyukur sebab aku dah ada something yang boleh di'commit' selain menulis. Tapi menulis tetap menjadi jiwa aku. Macam sekarang pun, entri ni, mula dengan satu dua perkataan, tapi lama-lama macam tak boleh berhenti nak menaip.

Ya, ini bukan entri tentang tahun baru yang berpusu-pusu orang menulis sempena perayaan ini. Ini hanya melankolik diri aku yang suka membebel pada catatan yang akhirnya akan dibaca oleh satu dua orang sahaja. Tapi aku tak kisah, sebab dengan tulisan ini, lepas beban tak terpikul. Aku dah bekerja, dah ada kehidupan sendiri, hidup di luar keluarga, dan tak lama lagi, aku akan berkahwin. InsyaALLAH. Azam tahun baru, tiada, yang ada hanyalah usaha dan tekad.

Sir Hady cakap ;

"Tiada istilah kahwin awal atau kahwin lewat. Yang ada hanyalah pengertian hidup berlandaskan sunnah."





Wednesday, November 30

Hijrah Itu Sukar, Tapi Hasilnya Sangat Manis.

Aku kembali Shah Alam! Setelah setahun aku berteleku di Johor Bahru, kini aku melakukan satu penghijrahan paling besar dalam hidup ini. Bukanlah aku hijrah atas dasar akademik atau ilmiah. Tetapi dari segi pengalaman, hidup dan masa depan. Walhal pengalaman itu sendiri adalah sumber ilmiah paling berkesan. Dan penghijrahan ini juga lah yang menjadi titik tolak keadaan aku pada masa setahun dua akan datang.

Memang dalam hidup aku, sejak dari dalam perut, kerap berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah. Tetapi kali ini sangat lain. Aku berterima kasih kepada cinta hati kerana terlalu besar pengorbanannya dalam membantu penghijrahan ku ini. Dan ini adalah penghijrahan kita bersama. Aku bersyukur atas semua rezeki yang mencurah sepanjang penghijrahan ini. Dan biarlah hatiku ini berikrar untuk melakukan sebaik mungkin, bukan hanya untuk kepentingan diri, malah untuk segala aspek kehidupan.

Aku sekarang di Shah Alam, bersama-sama harapan keluarga, sokongan rakan, dan semangat cinta hati. Aku mencari tapak untuk merangkak. Dan mencari tempat untuk berpaut. Lantas akan aku genggam pengalaman ini sebagai pengajaran buat diri ini kelak. Di mana tempat pernah ku bertapak. Di mana tempat ku merangkak. Di mana tempat ku berpaut. Siapalah aku tanpa keluarga, cinta hati, dan mereka yang membantu. Terima kasih teramat sangat.

Alhamdulillah, aku berhijrah.

Thursday, September 29

That N-word.





Kecoh dua ke tiga tahun lepas, bila keluar sebuah video clip memparodikan lagu 'Negaraku' oleh seorang penyanyi berbangsa Cina. Selepas itu, kecoh dan gegak gempita lah satu Malaya akan keberanian lelaki itu mempersendakan lagu kebangsaan yang sering kita dendangkan waktu sekolah. Bermacam-macam kata cemuhan dilemparkan kepada lelaki ini. Ada yang datang dari mereka yang kuat agama, itu aku setuju, ada yang datang dari orang politik, ini aku biasa-biasa saja, ada juga yang datang dari mereka yang tak tau apa-apa, ini aku jengkel.


Kecoh dengan penghinaannya terhadap saudara aku dalam video klip ini.

Selepas beberapa tahun insiden tersebut, tahun ini, tup tap, keluar satu filem terbitan lelaki ini. Wah, langkah hebatnya pelakon-pelakon dalam filem ini. Yang Melayu popular, yang India juga popular, yang Cina popular juga. Ramai kembali anak-anak Melayu membangkitkan kemarahan terhadap mereka-mereka yang membenarkan lelaki ini menerbitkan filem yang dikatakan bertema Satu Malaysia. Ah, alangkah ironinya bila seseorang yang pernah mencabul lagu negara, kini insaf dengan menerbitkan sebuah filem sayang negara.

Mereka yang mencemuh itu kini terdiri pula dikalangan peminat-peminat dan pemikir filem. Ada yang menyokong, ada yang memboikot. Indahnya, kedua-dua pihak ini adalah dalam satu kategori yang sama. Biarlah, itu semua pendapat mereka. Kita tak ada hak nak melenting depan mereka tiba-tiba. Kalau nak marah tu, dalam hati dan dalam laman sesawang lah tempatnya. Kalau ada yang marah sebab filem tu, mungkin ada sebabnya, kalau ada orang marah sebab lelaki itu pun, ada sebabnya juga.

Macam aku, POV aku, dari hati aku, aku marah akan lelaki itu dan mereka yang sewenang-wenangnya memberi bantuan kepada lelaki ini untuk membuat filem. Tak, kemarahan aku bukan atas dasar cemburu, rasis, semberono atau saja nak join sekaki. Kemarahan aku terletak atas isu lagu parodinya itu. Sejarah silamnya itu amat sukar dilupakan. Ramai berkata dipihak siapakah kita? Melayu atau Cina? Penyokong atau pemboikot? Pembela atau Pengkhianat? Tidak. Tak ada satu golongan ini pun aku berpihak dengan. Bagi aku, sejak dari azali, aku di pihak yang benar, aku di pihak Umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Ironinya dia yang mengutuk menghina, mendapat sanjungan.

Jadi apa kena mengena orang yang berpihak dengan agama Islam seperti aku ni tiba-tiba nak masuk campur isu ini? Kerana aku masih ingat lagi akan satu rangkap dalam video klip negara kukunya itu yang bukan setakat mengomplen tentang gaya hidup di negara ini, tetapi juga gaya hidup orang seperti aku, iaitu orang Islam. Lelaki ini telah dengan secara drastik dan terang-terangannya menghina seruan ibadah kita dan menyamakannya dengan kokokan ayam. Lupa lagi ke kita? Lupa lagi ke orang Islam? Tak tahukan seruan itu adalah identiti kita sebagai orang Islam? Mengapa selain hukuman, bantuan pula diberi kepada lelaki ini?

Aku tak marah dia nak buat filem, aku tak marah dia tak puas hati dengan servis atau gaya hidup negara kita. Tapi bila dia menyentuh soal agama yang aku sayangi, aku marah. Tapi aku tidak mahu melenting. Kerana agamaku mengajarku untuk bersabar. Biarlah, manusia sekarang memang begini. Apa yang aku boleh katakan, sebelum kita memarahi seseorang, perlu lah kita fikir dengan teliti akan apa yang kita marahi. Ternyata lelaki ini memang berfikir dengan teliti sebelum marah, tetapi apa yang difikirnya makin menyesat dan memudaratkannya. Adakah apa yang aku fikir untuk marah ini juga memudaratkan, bagi aku tidak. Tetapi bagi mereka yang lain-lain, WALLAHUALAM.




Sir Hady cakap ;


"Seboleh-bolehnya akan ku elak untuk berfikiran negatif, tetapi jikalau ada kesan negatif dari luar menyerang rohani ku, akan aku tepis sebaik mungkin, atau akan aku membalasnya dengan nilai positif dan optimis. Kerana ini yang diajar bapaku, seorang pendidik Islam yang aku sanjungi."

Monday, September 26

Operate...oh perit!



Lega akhirnya beban yang dah bertahun aku tanggung, akhirnya selesai dibuang pada hari sabtu lepas, tanggal 24 September. Dengan beberapa kali kes tangguh menangguh, sejak dari checkup bermula tahun lepas, akhirnya semua selesai. Well, tak lah semuanya selesai, ada gak beberapa proses untuk penyembuhan keseluruhan.

Oh, sebenarnya aku dibebani satu penyakit(tak payah gitau lah, yang tau tu diam2 je), sejak bertahun-tahun lamanya. Penyakit aku ni perlu disembuhkan dengan menjalani pembedahan kecil. Yup, walaupun kecil, tetapi bedah tetap bedah. Ironinya, macam title entri aku kali ni, 'Oh perit', sebenarnya operate yang aku jalani, tak lah perit mana pun. Yelah, teknologi zaman sekarang, dah ada ubat bius kan. So lepas dah kene cucuk tu, relax je lah, tataw ape surgeon tu duk buat, pasal tak rasa apa-apa. hahaha. Tapi tunggu lah beberapa hari lepas operate, terkinja-kinja rasa.

Pengalaman duduk dalam wad? Sebenarnya sebelum ni aku dah penah masuk, kes untuk operation yang sama  gak, tapi tertangguh, cerita lain lah tu kan. Waktu tu 2 hari 2 malam aku duduk dalam wad. Bengang betul, dah la kene puasa 12 jam, last-last kata operation tak jadi. Tu yang tangguh 24 haribulan. Nasib baik time duduk dalam wad tu, aku asek terlena je. Yelah, dapat wad perempuan, wad yang satu bilik sorang, memang lena je lah kan. Tapi time nak operate yang hari tu, dapat wad lelaki, satu bilik 4 katil, kena pulak bilik aircond rosak. Pergh, berbekalkan henpon, surat khabar dan pemandangan singboard Jusco Tebrau City, boleh jugak lah aku survive.

Tengok tu, cinta hati tetap menemani aku tau, hehe.

Sepanjang 3 hari 2 malam, tak lenggang henpon kat tangan aku, bosan dowh. Nasib baik cinta hati sudi teman walaupun dalam mesej. Makin rasa dekat je dengan dia time tu. Hehe. Game dalam henpon jangan cerita lah, abis semua highscore aku beat. Surat khabar pulak, dari tak penah2 aku main silang kata, abis penuh aku jawab. Bosan memang bosan, tapi nak buat macam mana, the pain is temporary. Apa yang penting, aku kena lalui jugak untuk membuang beban bertahun-tahun ini.

Keadaan tangan selepas dicucuk urat untuk memberi ruang air glucosa masuk (betul ke?)

Kalau bab makanan? Nasib baik aku sekarang tak kuat cerewet pasal makanan, bila lapar abis semua aku bedal...kalau boleh kayu ngan batu pun jalan. Tapi memang tak dinafikan, makanan kat hospital tak lah semenarik makanan di rumah (memanglah). Aku duk tengok patient2 lain kat keliling aku, semua payah nak sentuh makanan hospital, aku je yang bedal sampai licin. Dah tu bekal takde, biskut-biskut kering pun takde, tak makan tanggung lapar lah aku. Malas nak komplen banyak-banyak, nama pun rezeki, haha.

Aku ada teka teki, dalam banyak-banyak makanan, makanan apa paling sedap? Jawapannya dah tentulah makanan free kan? Kalau macam tu, makanan apa pulak yang paling tak sedap? Jawapannya....makanan free yang diberi kat hospital. Hehehe :)

Pagi Sabtu, 24 haribulan, aku sebenarnya tak tau pukul berapa kena operate. Tengah syok-syok tido, abang atendan hospital kejut suruh tukar baju bedah, pastu tukar naik tilam operation. Terkejut aku, tengah tak bersedia tu, tapi dalam hati rasa lega, sebab tak payah tangguh lagi. Kelam kabut simpan henpon dalam laci, tak sempat nak update kat cinta hati ngan family kata aku dah nak operate. Lepas dah baring atas katil, masa atendan tu sorong katil tu, aku rase macam terapung je nak ke operation room. Aman je rasa, tapi gila kau, konon nak buat macho, last-last muka pucat jugak.

Cewah, rasa macam nak buat v.clip Noktah Cinta pulak, "Tuhan tolong tunjukkanlah, padanya tentang cinta, adakah masih diriku diperlukan..." hahahaha...


Waktu dalam operation room, satu je perasaan aku, sejuk nak mampos. Sampai ke tulang keting rasa kesejukan bilik tu. Maka berlaku lah perubahan cuaca dalam diri aku yang mana masa kat wad panas gila, masuk bilik bedah sejuk gila, cis! Selepas selesai operation, bermulalah episod baru dalam hidup aku tanpa bebanan yang telah aku tanggung bertahun lamanya, Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, semuanya selamat. :) Peace ini saya tujukan untuk yang tersayang, hehe.

Sekarang doakan lah aku cepat sembuh dari luka operation ni ya. Lepas ni aku nak jaga betul-betul kesihatan, taknak lagi makan makanan hospital. haha.

Sir Hady cakap ;

"Kalau benar lah sesuatu penyakit itu didatangkan dengan hikmah untuk mencuci dosa-dosa lama, bersyukurlah aku kerana dosa-dosa ku dibalas di dunia ini berbanding di akhirat. Syukur padamu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...