Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, January 30

Merisik Bukan Kerisik!


Hari sabtu lepas, gadis yang dirisik menjadi penunjuk jalan orang-orang yang nak datang merisik dia. Kenapa? Sebab lelaki yang nak merisik dia tu tak pandai bawak kereta. Kenapa tak naik kereta family je? Sebab dia tak tau jalan pergi rumah gadis tu walau dah dibawak ke sana banyak kali. Kua kua kuaaaa!

Yelah, lelaki tu aku, gadis tu cinta hati. Akhirnya family aku datang meng'edit' (sunting) cinta hati untuk menetapkan tarikh pertunangan. Yang aku terharu, cousin dengan dua orang makcik aku pun datang support merisik. Makin berkobar-kobar semangat nak teruskan ke next level.

Ingat merisik ni, aku teringat pulak lawak Sepah pasal benda ni, haha! Camne lah leh termerisik budak lelaki! Aduhai. Memang lawak gile. Tapi tu lah, ingat kat Sepah macam mana sekali pun, hati aku tetap nervous nak hadap majlis tunang. Masa merisik pun aku dah dup dap dup dap. Sampai mak cik aku perli, Hai hadi, baru merisikkk...Cis!

Apa yang penting, aku lega. Family aku dan family cinta hati dah kenal. Dan sekarang, menunggu sahajalah tarikh di sarungkan cincin ke jari. Lepas tu? Doakanlah rezeki aku dan cinta hati murah, kerana dari rezeki yang murah itu, kami akan menjalankan ibadat yang mulia, iaitu mendirikan rumah tangga. Amin...

Sir Hady cakap ;

"Kahwin awal itu lah yang sewajar-wajar perkahwinan."


Satu ketika dahulu...



Sunday, January 8

Aku Tak Nak Hentikan Masa, Aku Nak Putarkan Masa...




Hidup ini memang sangat-sangat pantas. Lebih pantas dari jet udara, kereta F1 dan arnab yang berlumba dengan kura-kura. Mana kita nak tahu, hidup ini boleh sepantas sebegitu, sewaktu kita leka dan khayal dalam perlakuan diri sendiri. Sekejap dah setahun, 10 tahun, 20 tahun!

Aku kalau diberi pilihan untuk memilih kuasa masa, aku tak pernah terfikir untuk mendapatkan kuasa menghentikan masa. Setiap perbuatan, perlakuan, tingkal laku yang aku pernah laku kan, yang aku sesali, membuatkan aku ingin sekali memiliki kuasa memutarkan kembali masa. Mengundurkan masa. Itulah misterinya masa. Ibarat text message, yang kita dah terhantar, kalau terlambat, tak boleh nak tarik balik apa yang kita dah taip. Waktu berlakunya sesuatu yang kita akan sesali itu, kita tidak akan sedar akan musabab yang akan berlaku. Ini selalu terjadi pada aku. Seringkali aku melakukan sesuatu yang menjejaskan wibawa diri aku sebagai manusia, tanpa berfikir dengan akal yang diberi setara manusia biasa.

Menyesal adalah perkataan sebati dengan diri aku. Pilihan salah dan fikiran yang pendek. Tetapi syukur tidak semua yang aku lakukan menjejaskan diri ku dan orang lain. Aku ada satu pilihan yang paling tepat aku lakukan sepanjang hidup ku, dan pilihan ini yang tidak sedikit aku menyesal setelah diputuskan. Cinta hati.

Hidup aku tak sangka begini laju. Seringkali waktu kami bercerita tentang perihal kerja, seringkali itu juga aku terbayangkan kanak-kanak kecil yang pada tahun 1996 dahulu baru sahaja masuk sekolah rendah darjah satu. Sangat innocent. Aku teringat akan budak kecik yang dulunya buat persembahan waktu tadika. Aku teringat akan budak umur 10 tahun menghadapi ujian amali tentang solat di sekolah agama. Aku teringat waktu budak lelaki itu di sekolah rendah, sekolah menengah, di universiti...budak itu kini dah bekerja. Indahnya peringkat hidup setiap manusia.

Satu hari nanti, tanpa kita sedar, kita akan menanti tua. Itulah takdir yang pasti. Itulah antara nasib yang boleh kita ramal. Tua dan mati. Dan kadang-kadang kita terlupa, Tuhan belum lagi melucutkan jawatan kita sebagai khalifah di muka bumi, sebagai penjaga amanat Allah. Kita terlupa, aku terlupa.

Sir Hady cakap ;

"Jangan lah sibuk dengan masa kerja, kerana masa kerja itu hanya akan dibalas dengan duit. Tetapi sibuklah engkau dengan masa ibadat, kerana janji Allah itu lebih hebat dari janji manusia."

Thursday, September 29

That N-word.





Kecoh dua ke tiga tahun lepas, bila keluar sebuah video clip memparodikan lagu 'Negaraku' oleh seorang penyanyi berbangsa Cina. Selepas itu, kecoh dan gegak gempita lah satu Malaya akan keberanian lelaki itu mempersendakan lagu kebangsaan yang sering kita dendangkan waktu sekolah. Bermacam-macam kata cemuhan dilemparkan kepada lelaki ini. Ada yang datang dari mereka yang kuat agama, itu aku setuju, ada yang datang dari orang politik, ini aku biasa-biasa saja, ada juga yang datang dari mereka yang tak tau apa-apa, ini aku jengkel.


Kecoh dengan penghinaannya terhadap saudara aku dalam video klip ini.

Selepas beberapa tahun insiden tersebut, tahun ini, tup tap, keluar satu filem terbitan lelaki ini. Wah, langkah hebatnya pelakon-pelakon dalam filem ini. Yang Melayu popular, yang India juga popular, yang Cina popular juga. Ramai kembali anak-anak Melayu membangkitkan kemarahan terhadap mereka-mereka yang membenarkan lelaki ini menerbitkan filem yang dikatakan bertema Satu Malaysia. Ah, alangkah ironinya bila seseorang yang pernah mencabul lagu negara, kini insaf dengan menerbitkan sebuah filem sayang negara.

Mereka yang mencemuh itu kini terdiri pula dikalangan peminat-peminat dan pemikir filem. Ada yang menyokong, ada yang memboikot. Indahnya, kedua-dua pihak ini adalah dalam satu kategori yang sama. Biarlah, itu semua pendapat mereka. Kita tak ada hak nak melenting depan mereka tiba-tiba. Kalau nak marah tu, dalam hati dan dalam laman sesawang lah tempatnya. Kalau ada yang marah sebab filem tu, mungkin ada sebabnya, kalau ada orang marah sebab lelaki itu pun, ada sebabnya juga.

Macam aku, POV aku, dari hati aku, aku marah akan lelaki itu dan mereka yang sewenang-wenangnya memberi bantuan kepada lelaki ini untuk membuat filem. Tak, kemarahan aku bukan atas dasar cemburu, rasis, semberono atau saja nak join sekaki. Kemarahan aku terletak atas isu lagu parodinya itu. Sejarah silamnya itu amat sukar dilupakan. Ramai berkata dipihak siapakah kita? Melayu atau Cina? Penyokong atau pemboikot? Pembela atau Pengkhianat? Tidak. Tak ada satu golongan ini pun aku berpihak dengan. Bagi aku, sejak dari azali, aku di pihak yang benar, aku di pihak Umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Ironinya dia yang mengutuk menghina, mendapat sanjungan.

Jadi apa kena mengena orang yang berpihak dengan agama Islam seperti aku ni tiba-tiba nak masuk campur isu ini? Kerana aku masih ingat lagi akan satu rangkap dalam video klip negara kukunya itu yang bukan setakat mengomplen tentang gaya hidup di negara ini, tetapi juga gaya hidup orang seperti aku, iaitu orang Islam. Lelaki ini telah dengan secara drastik dan terang-terangannya menghina seruan ibadah kita dan menyamakannya dengan kokokan ayam. Lupa lagi ke kita? Lupa lagi ke orang Islam? Tak tahukan seruan itu adalah identiti kita sebagai orang Islam? Mengapa selain hukuman, bantuan pula diberi kepada lelaki ini?

Aku tak marah dia nak buat filem, aku tak marah dia tak puas hati dengan servis atau gaya hidup negara kita. Tapi bila dia menyentuh soal agama yang aku sayangi, aku marah. Tapi aku tidak mahu melenting. Kerana agamaku mengajarku untuk bersabar. Biarlah, manusia sekarang memang begini. Apa yang aku boleh katakan, sebelum kita memarahi seseorang, perlu lah kita fikir dengan teliti akan apa yang kita marahi. Ternyata lelaki ini memang berfikir dengan teliti sebelum marah, tetapi apa yang difikirnya makin menyesat dan memudaratkannya. Adakah apa yang aku fikir untuk marah ini juga memudaratkan, bagi aku tidak. Tetapi bagi mereka yang lain-lain, WALLAHUALAM.




Sir Hady cakap ;


"Seboleh-bolehnya akan ku elak untuk berfikiran negatif, tetapi jikalau ada kesan negatif dari luar menyerang rohani ku, akan aku tepis sebaik mungkin, atau akan aku membalasnya dengan nilai positif dan optimis. Kerana ini yang diajar bapaku, seorang pendidik Islam yang aku sanjungi."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...