Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, February 12

Aina Mastura


Apesal aku asek pos entri pasal budak ni? Suka hati aku lah. Ada aku kisah? hahaha...

sayang manje~

Wednesday, February 8

Tunang Sudah!




Alhamdulillah, satu lagi perjalanan hidup baru aku bermula. Tarikh 6.2.12 menyaksikan terikatnya ikatan pertunangan aku dengan cinta hati. Amin.

Bakal kesayangan cinta hati!
Tak sangka! Memang sangat aku tak sangka! Rupanya, ini lah jodoh aku. Memang orang akan berkata, baru bertunang, belum nikah lagi, belum jodoh lagi ni. Tapi apa salahnya aku establish dia jodoh aku. Biarlah kata-kata aku itu menjadi satu doa kepada Yang Maha Esa. Satu hari nanti, aku akan bernikah dengan si cinta hati. Kita tunggu dan lihat sahaja.

Majlis bermula...


Majlis pertunangan bermula pada jam 12.00 tengah hari. Baju tunang bertemakan biru, aman dan redup. Tetapi dalam keadaan aman, tetap tak boleh nak kawal perangai aku dan cinta hati yang gila-gila! Cis, aku dah berpakaian baju melayu cantik, tapi yelah, time meminang, yang lelaki mana boleh ada sama. Alah, berlawa untuk bergambar, bukan selalu kita bertunang. (ha?).

Ini lah hantaran dari pihak perempuan...:)











Mula-mula lagi cinta hati dah cakap, kalau time sarung cincin, aku boleh jeling-jeling tengok. So waktu abah dah keluar, mak tengah sarungkan cincin, so aku pun nak lah menjeling, sekali tengok, hambik kau! Berkerumun orang, tak nampak langsung cinta hati! Cis, dah macam artis pulak dia tu. Hehe...

Establish sudahhhh...!


Tapi aku lega, happy sangat. Sekurang-kurangnya, tanda pertunangan ini dapat menukar status kami. Yelah, aku dah bosan nak establish cinta hati sebagai girlfriend. Lepas ni, orang kata cinta hati tu tunang aku. Ya Allah! Dah bertunang dah aku! Hahaha...

Berlagak! Hih!


Memang betul-betul tak sangka. Macam mana lah kak amoi boleh tunang dengan adik papa jahat ni! Tapi itu lah jodoh, apa yang kita nampak depan mata, belum tentu dapat kita sentuh, apa yang kita tak dapat bau, belum tentu kita tak dapat lihat.

Akak dapat junior noxx...!!! Hahaha


Aku pun nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang datang majlis pertunangan aku. Kepada kawan-kawan, Shafiq Macha, Khairul Izzat, Fais Roy, Azrith Sofia, Ayu Basir, dan Nora Fiza, thanks sebab support majlis aku ni, korang semua memang sempoi! Haha!

Thanks kawan-kawan!


Cha, Faiz, Ijat, Fiza, Pia, Ayu, korang memang sempoi habis ah! Even dah lama tak jumpa, korang sudi datang. Cayalah!


Kepada saudara mara terdekat, Pak Tip, thank you sebab sudi jadi juru acara belah lelaki. Jugak pada Abang E, Muk Su, Mak Noi, Shasha, Cik Jidah, Atuk, keluarga Kak Ain, keluarga Kak Ijah.

Terima kasih kepada saudara mara! Support korang akan saya hargai tinggi!

Atuk pun support!!!

Seronok mereka berborak...hehe, thanks Kak Ijah, Mak Noi dan Abang E!

Razak : Lepas ni confirm lah Abang E pulak kan...
Abang E : Takde maknenye, ni ha, Rauf ni dulu...
Rauf : ...................(amin)


Dan juga kat family kandungku, Razak, Rauf, Kak Ijah, Yaya, serta terpaling utama, Abah dan Mak, yang sentiasa sokong aku 500% dalam usaha meminang anak orang! Yeah!

Adik beradik kesayangan! Nanti dorang sayang Mas lebih! Cis!

Hady Jupaz cakap ;

"Dugaan bertunang memang berat, darah tengah manis, tetapi bukan alasan untuk kita menoleh kebelakang, malah mesti dijadikan semangat untuk berjuang hingga bernikah!


Penyokong utama! Terima kasih emak dan abah!

Monday, January 30

Merisik Bukan Kerisik!


Hari sabtu lepas, gadis yang dirisik menjadi penunjuk jalan orang-orang yang nak datang merisik dia. Kenapa? Sebab lelaki yang nak merisik dia tu tak pandai bawak kereta. Kenapa tak naik kereta family je? Sebab dia tak tau jalan pergi rumah gadis tu walau dah dibawak ke sana banyak kali. Kua kua kuaaaa!

Yelah, lelaki tu aku, gadis tu cinta hati. Akhirnya family aku datang meng'edit' (sunting) cinta hati untuk menetapkan tarikh pertunangan. Yang aku terharu, cousin dengan dua orang makcik aku pun datang support merisik. Makin berkobar-kobar semangat nak teruskan ke next level.

Ingat merisik ni, aku teringat pulak lawak Sepah pasal benda ni, haha! Camne lah leh termerisik budak lelaki! Aduhai. Memang lawak gile. Tapi tu lah, ingat kat Sepah macam mana sekali pun, hati aku tetap nervous nak hadap majlis tunang. Masa merisik pun aku dah dup dap dup dap. Sampai mak cik aku perli, Hai hadi, baru merisikkk...Cis!

Apa yang penting, aku lega. Family aku dan family cinta hati dah kenal. Dan sekarang, menunggu sahajalah tarikh di sarungkan cincin ke jari. Lepas tu? Doakanlah rezeki aku dan cinta hati murah, kerana dari rezeki yang murah itu, kami akan menjalankan ibadat yang mulia, iaitu mendirikan rumah tangga. Amin...

Sir Hady cakap ;

"Kahwin awal itu lah yang sewajar-wajar perkahwinan."


Satu ketika dahulu...



Gandakan Dua Itu!


Sebenarnya dah lama aku plan nak pos entri pasal benda ni. Walaupun sebenarnya dah dekat 3 bulan aku masuk usia 22 ni. Tapi alang-alang, aku still lagi 22 kan, tulis je lah pasal entri ni. Bukan apa, aku agak tertarik dengan angka dua yang digandakan ini. Umur 22 ini jelas menunjukkan pelbagai ciri. Muda, matang, dewasa. Itulah yang bermain dalam ciri-ciri seorang yang berumur 22.

Pada umur ini juga lah, aku mula bekerja. Aku mendapat kerjaya sebagai grafik designer, gambar kat atas tu lah design aku. Ok lah, setakat basic2, bukan pro tahap dewa pun dalam bidang grafik ni. Kalau dah bekerja, maknanya dalam umur 22 ni jugalah aku mula kenal erti berdikari, dan tanggungjawab.

Dan, dalam umur ni jugalah, aku akan mengikat tali pertunangan dengan cinta hati. Belum sampai lagi tarikhnya, tapi baru selesai merisik. Yang tu nanti aku letak kat entri lagi satu. Bukan di entri ini tempatnya. Hehe.

22. Cepat betul masa berlalu. Dah 22 tahun aku hidup. 21 tahun parents menjaga aku. Sekarang aku di tapak kaki sendiri. Umur ini sangat bermakna. Dan hendaklah harapnya lebih bermakna dengan kehadiran tunangku. Dan mudah-mudahan, angka 23, menambahkan satu menjadi dua. :)


Sir Hady cakap ;

"Benar, umur hanyalah angka. Tetapi angka bukan sekadar umur. Kerana umur yang dinilai hanya dari segi angka, tidak bermakna tanpa ukuran amal yang lebih nilainya..."

Monday, January 2

Super Date With Her!



Best! Best! Best! Tu je dapat aku gambarkan perasaan aku pada tarikh hari ni. Bermula sampai 10 pagi, sampai 9 malam, hari yang sangat bahagia dalam hidup aku. Ikutkan, semua hari-hari aku bersama dia merupakan hari yang bahagia. Walau dah dua tahun bersama, aku tak pernah rasa jemu, nak keluar dengan dia, nak cakap i love kat dia, nak puji dia. Sebab dia sentiasa memberi yang baru kepada aku pada setiap saat dan detik.

Hari ini, aku ada super date dengan cinta hati, kerana buat pertama kali selepas 5 tahun kenal, baru aku dapat sambut birthday nya bersama-sama. Selama dua tahun bercinta, aku cuma mampu dapat sambut birthday cinta hati melalui mesej, facebook, video call. Sedih, sangat sedih. Tapi selepas hari ini berlalu, sedih tu dah aku terlupa, berganti dengan perasaan teruja dan gembira tersangat-sangat. Happy birthday sayang, dan ku ucapkan ayat ini depan-depan mukamu yang sangat comel!

10 pagi - kitorang dah excited nak keluar, nak buat macam-macam aktiviti. Ikutkan, tak de buat aktiviti sangat pun dah happy, asal dapat spend time bersama. Nak tebus balik setahun lebih yang terbiar sia-sia tuh! Huh! Pergi Sunway Pyramid!!!



11 pagi - Karok time! Lepas berbulan-bulan memendam perasaan, lepas berhari-hari lepas kaki tangan, mulut tak reti duk diam macam dah gian nak berkarok, akhirnya kitorang dapat lepaskan geram kat KotakMerah! Hurm...suaranya masih semerdu dahulu, dan better, masih seindah luar biasa. Bestnya dapa couple dengan orang yang comel dan pandai menyanyi!

Karaoke tak hengat dunia! Hahaha!


1 ptg- Lepas je dapat lepaskan geram gian menyanyi kat KotakMerah, main boling pulaaa!!! Yang bestnya tu, markah akhir kitorang sama! Cis! Sehati sejiwa betul kitorang ni. Kalau masuk serasi bersama confirm menang. hahaha! Comel je tengok dia baling bola boling. Hehe...

Dont judge a bowler by her size! hehe

Judge me as bowler by my size please...

Cis, camne markah boleh same ni! Sampai sekarang kitorang duk pelik...


2 ptg - Kitorang jalan-jalan kat sekitar Sunway. Tengok-tengok barang-barang mainan, kedai cendera hati, kedai pet, kedai-kedai handphone. Minat kitorang ni memang agak macam budak kecik sikit. Bukan agak, memang macam budak kecik pun. Pantang nampak kedai mainan. hahaha...

Birthday girl is glowing, inside.


3 ptg - Tetamu kehormat datang. Super date kitorang kali ni ada tetamu undangan, Farah dengan boyfriendnya, Asri. Best betul dapat lepak sama-sama dengan diorang. Kepala pun dah sama gila dengan kitorang. So huru hara lah semua tempat kat sunway tu dengan kesengalan kitorang. Hidup ni singkat, enjoy lah dengan seadanya. hehe...

Ini namanya soda gembira, get the picture right? hehee


Hahaha...lumba basikal dalam sunway!!!


6 ptg - Main event beb!!! Setahun kitorang tunggu untuk acara ni. Makan di Flaming Steamboat Buffet! Selama dua jam, makan lah sebanyak mana pun makanan yang kitorang nak kat Flaming ni. Cinta hati sibuk dengan pedal dia, aku pulak sibuk duk ratah kupang, lala, udang dengan cendawan. Haha...memang kenyang gila. Mana taknya, kalau boleh semua makanan dalam kedai tu kitorang nak cuba. Fuh! Memang puas.

Grrrr......lapor balik!

Menu utama...err...udang...kupang...semualah!


Berbaloilah penantian selama bertahun, keperitan selama berbulan-bulan, kepayahan yang tak berkesudahan, tetapi kitorang tetap yakin, ada kebaikan sedang menuggu. Aku dan cinta hari dipertemukan pada 2007, bercinta pada 2010, berpisah pada 2011, dan kini, kami bersama, untuk selamanya, InsyaAllah...

Kami bahagia, selamanya.


Sir Hady cakap :

"Everything happen for a reason, maksudnya, segala yang terjadi ada hikmahnya, pegang ayat ini, beserta tekad, usaha dan tawakal, maka hikmahnya, sangat berharga, lebih berharga dari segunung emas!"

Sunday, January 1

Ini Bukan Entri Tentang Tahun Baru!



Salam semua. Dah tahun baru dah, dah 2012. Tahun yang menarik bagi aku. Sebab apa? Kerana macam-macam perkara akan berlaku pada tahun ini. Itu yang aku ramalkan. Tapi kalau kaum Mayan ramalkan, kiamat. Haha. Kelakar aku teringat balik movie 2012. Memang kelakar gila. Kiamat yang ditunjukkan sangat melucukan hati aku. Tapi ada orang kata, Roland Emerich (pengarah 2012) menggambarkan ramalan Mayan itu bukan lah kiamat, tetapi permulaan kepada bumi baru dan tiada siapa boleh meramal bila kiamat akan berlaku.

Berbalik pada ramalan aku pulak tentang tahun ini, aku yakin macam-macam perkara akan berlaku. Bukan pada manusia atau muka bumi, tetapi pada aku. Prospek kerja yang diyakini mampu untuk aku pergi jauh, hubungan istimewa yang aku rasa semakin bertambah-tambah further step dan hidup aku sendiri yang akan berbeza dari tahun-tahun yang sudah. Tirai 2011 ditutup dengan penuh manis dalam keadaan sepanjang tahun itu, dipenuhi pengalaman duka. Ya, 2011 bukanlah tahun terbaik aku. Malah boleh aku katakan ianya adalah tahun terburuk dalam sejarah hidup aku. Tetapi dalam banyak-banyak tahun yang penuh dengan kenangan manis, tahun 2011 yang pahit itulah yang banyak memberi pengajaran kepada aku.

Aku pun sedar, bidang penulisan aku agak perlahan pada tahun lepas. Entah bila, tiba-tiba aku berhenti menulis, hingga sekarang. Sekarang aku lebih tumpukan pada kerja dan hubungan dengan cinta hati. Mungkin dulu aku menulis kerana takde apa nak dibuat. Kalau betul lah macam tu, aku bersyukur sebab aku dah ada something yang boleh di'commit' selain menulis. Tapi menulis tetap menjadi jiwa aku. Macam sekarang pun, entri ni, mula dengan satu dua perkataan, tapi lama-lama macam tak boleh berhenti nak menaip.

Ya, ini bukan entri tentang tahun baru yang berpusu-pusu orang menulis sempena perayaan ini. Ini hanya melankolik diri aku yang suka membebel pada catatan yang akhirnya akan dibaca oleh satu dua orang sahaja. Tapi aku tak kisah, sebab dengan tulisan ini, lepas beban tak terpikul. Aku dah bekerja, dah ada kehidupan sendiri, hidup di luar keluarga, dan tak lama lagi, aku akan berkahwin. InsyaALLAH. Azam tahun baru, tiada, yang ada hanyalah usaha dan tekad.

Sir Hady cakap ;

"Tiada istilah kahwin awal atau kahwin lewat. Yang ada hanyalah pengertian hidup berlandaskan sunnah."





Monday, September 26

Operate...oh perit!



Lega akhirnya beban yang dah bertahun aku tanggung, akhirnya selesai dibuang pada hari sabtu lepas, tanggal 24 September. Dengan beberapa kali kes tangguh menangguh, sejak dari checkup bermula tahun lepas, akhirnya semua selesai. Well, tak lah semuanya selesai, ada gak beberapa proses untuk penyembuhan keseluruhan.

Oh, sebenarnya aku dibebani satu penyakit(tak payah gitau lah, yang tau tu diam2 je), sejak bertahun-tahun lamanya. Penyakit aku ni perlu disembuhkan dengan menjalani pembedahan kecil. Yup, walaupun kecil, tetapi bedah tetap bedah. Ironinya, macam title entri aku kali ni, 'Oh perit', sebenarnya operate yang aku jalani, tak lah perit mana pun. Yelah, teknologi zaman sekarang, dah ada ubat bius kan. So lepas dah kene cucuk tu, relax je lah, tataw ape surgeon tu duk buat, pasal tak rasa apa-apa. hahaha. Tapi tunggu lah beberapa hari lepas operate, terkinja-kinja rasa.

Pengalaman duduk dalam wad? Sebenarnya sebelum ni aku dah penah masuk, kes untuk operation yang sama  gak, tapi tertangguh, cerita lain lah tu kan. Waktu tu 2 hari 2 malam aku duduk dalam wad. Bengang betul, dah la kene puasa 12 jam, last-last kata operation tak jadi. Tu yang tangguh 24 haribulan. Nasib baik time duduk dalam wad tu, aku asek terlena je. Yelah, dapat wad perempuan, wad yang satu bilik sorang, memang lena je lah kan. Tapi time nak operate yang hari tu, dapat wad lelaki, satu bilik 4 katil, kena pulak bilik aircond rosak. Pergh, berbekalkan henpon, surat khabar dan pemandangan singboard Jusco Tebrau City, boleh jugak lah aku survive.

Tengok tu, cinta hati tetap menemani aku tau, hehe.

Sepanjang 3 hari 2 malam, tak lenggang henpon kat tangan aku, bosan dowh. Nasib baik cinta hati sudi teman walaupun dalam mesej. Makin rasa dekat je dengan dia time tu. Hehe. Game dalam henpon jangan cerita lah, abis semua highscore aku beat. Surat khabar pulak, dari tak penah2 aku main silang kata, abis penuh aku jawab. Bosan memang bosan, tapi nak buat macam mana, the pain is temporary. Apa yang penting, aku kena lalui jugak untuk membuang beban bertahun-tahun ini.

Keadaan tangan selepas dicucuk urat untuk memberi ruang air glucosa masuk (betul ke?)

Kalau bab makanan? Nasib baik aku sekarang tak kuat cerewet pasal makanan, bila lapar abis semua aku bedal...kalau boleh kayu ngan batu pun jalan. Tapi memang tak dinafikan, makanan kat hospital tak lah semenarik makanan di rumah (memanglah). Aku duk tengok patient2 lain kat keliling aku, semua payah nak sentuh makanan hospital, aku je yang bedal sampai licin. Dah tu bekal takde, biskut-biskut kering pun takde, tak makan tanggung lapar lah aku. Malas nak komplen banyak-banyak, nama pun rezeki, haha.

Aku ada teka teki, dalam banyak-banyak makanan, makanan apa paling sedap? Jawapannya dah tentulah makanan free kan? Kalau macam tu, makanan apa pulak yang paling tak sedap? Jawapannya....makanan free yang diberi kat hospital. Hehehe :)

Pagi Sabtu, 24 haribulan, aku sebenarnya tak tau pukul berapa kena operate. Tengah syok-syok tido, abang atendan hospital kejut suruh tukar baju bedah, pastu tukar naik tilam operation. Terkejut aku, tengah tak bersedia tu, tapi dalam hati rasa lega, sebab tak payah tangguh lagi. Kelam kabut simpan henpon dalam laci, tak sempat nak update kat cinta hati ngan family kata aku dah nak operate. Lepas dah baring atas katil, masa atendan tu sorong katil tu, aku rase macam terapung je nak ke operation room. Aman je rasa, tapi gila kau, konon nak buat macho, last-last muka pucat jugak.

Cewah, rasa macam nak buat v.clip Noktah Cinta pulak, "Tuhan tolong tunjukkanlah, padanya tentang cinta, adakah masih diriku diperlukan..." hahahaha...


Waktu dalam operation room, satu je perasaan aku, sejuk nak mampos. Sampai ke tulang keting rasa kesejukan bilik tu. Maka berlaku lah perubahan cuaca dalam diri aku yang mana masa kat wad panas gila, masuk bilik bedah sejuk gila, cis! Selepas selesai operation, bermulalah episod baru dalam hidup aku tanpa bebanan yang telah aku tanggung bertahun lamanya, Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, semuanya selamat. :) Peace ini saya tujukan untuk yang tersayang, hehe.

Sekarang doakan lah aku cepat sembuh dari luka operation ni ya. Lepas ni aku nak jaga betul-betul kesihatan, taknak lagi makan makanan hospital. haha.

Sir Hady cakap ;

"Kalau benar lah sesuatu penyakit itu didatangkan dengan hikmah untuk mencuci dosa-dosa lama, bersyukurlah aku kerana dosa-dosa ku dibalas di dunia ini berbanding di akhirat. Syukur padamu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani."

Tuesday, September 20

Anugerah.



Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda

Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
<3

Reincarnation - Mati Hidup Kembali...dan terus hidup.



Tak aku nafikan, blog aku ni ibarat mati hidup kembali. Aku sendiri tak pasti bila aku nak kembali mem'blogging' lepas dah lebih setahun blog aku ni menyepi. Cuma blog movie aku, OtakMovie sahaja yang mampu bertahan. Sebenarnya tajuk 'Reincarnation' ni memang dah lama aku terfikir kalau-kalau aku tergerak nak menaip balik kat laman blog ni. Ternyata tajuk ni sangat menepati dengan kelahiran semula blog aku ni. Entah lah, tak tau lah kenapa tiba-tiba rasa rindu pulak nak menaip cerita-cerita favorite macam dulu-dulu. Nak-nak lagi makin rase 'jealous' tengok kawan-kawan yang lain dok rancak borak pasal hal masing-masing dalam blog.

Tapi tanpa kehadiran aku dalam laman-laman blog ni, tak menyebabkan aku sedih atau kebosanan. Sebab sekarang aku dah ada si dia, mungkin sebab tu lah kot aku dah lama tak berblogging. Aku sangat bahagia sekarang. Kalau nak cari perbezaan hidup aku dulu dengan sekarang, hanya satu perkataan je yang keluar dalam otak aku, DIA. Sekarang ni aku memang dah lain gila. Yelah, aku ada pos entri pasal kenaikkan berat badan aku. Tapi masa tu baru 60kg kalau tak silap. Tapi sekarang, 76kg!!! WTH!!! Haha...macam yang aku katakan, perbezaan aku sekarang adalah sebab dia. Kerana aku bahagia lah aku jadi macam ni. Serious cakap, aku dok belek-belek balik gambar lame, macam orang sakit. Tapi sekarang, sihat ya Nauzubillah!

Ni muka waktu dolu-dolu...macam orang sakit. Cengkung je...
Haa...ni gambar aku paling latest, makin gemuk, makin sihat, makin...errr...hensem?

Ala, senang cerita ni ha. Gambar passport tahun 2007(kiri) dan 2011(kanan) hahaha!

Hari tu dia, si cinta hati aku ni datang rumah aku. Lepas dah dua tahun bersama, dan selepas beberapa bulan tak berjumpa, maklumlah, aku kat JB, dia kat Shah Alam...akhirnya dia datang jugak beraya kat rumah aku. Pergh, aku punya happy tak hengat! Alangkah indahnya dunia ini ibarat penuh berbunga-bunga cinta yang harum mekar di taman...Macam rasa nak melompat ke langit! Sekilas itu aku terfikir, betapa kuat pegangan cinta kitorang, walaupun jauh dari pandangan, tapi dengan hanya berbekalkan kepercayaan dan kesetiaan, kitorang mampu tempuhi macam-macam halangan. Jujur cakap, pasangan mana yang mampu bertahan hidup terpisah jauh berbatu-batu? Ramai yang cakap, bagus aku dengan cinta hati sebab mampu bertahan, mampu bersabar, masih bercinta. Sebenarnya kitorang sendiri tak tahan, tak sabar. Tapi macam yang aku cakap tadi, setiap perhubungan, hanya dengan berbekalkan kepercayaan, kesetiaan dan doa, pasti boleh berjaya. Hidup ni bermacam halangan, dan jangan jadikan halangan itu sebagai alasan, sebaliknya jadikan ianya sebagai satu cabaran dan cubaan.

Kami hanya dipertemukan melalui sofware edit picture saja, wuuu!
Dia datang ke JB! Hehe, setelah sekian lama, tu pun pagar ni nak dengki. Hih!

Ini lah cinta hati saya yang gedik lagi cam katun! Hehe!

 Kehidupan aku selepas universiti, memang sangat payah. Apa yang aku plan tak menjadi. Apa yang aku nak tak dapat. Berkali-kali aku putus asa, sampai kan aku dah give up nak putus asa. Haha...'i'm give up on giving up, get it, get it?!'...Lepas tu aku tanya balik, sampai bila? Itu aja lah persoalan yang wujud kat benak pemikiran aku, sampai bila? Aku yakin, dengan berkat Tuhan, dan dengan kasih sayang cinta hati, aku yakin aku mampu jugak berjaya dalam hidup. Biarlah aku tak dapat apa yang aku hajat, seperti pekerjaan atau apa-apa je lah. Sebab tujuan aku yang pertama sekarang, adalah untuk menikahi cinta hati. Itu je tujuan yang paling utama dalam hidup aku. Dan ternyata, tujuan aku itu lah 'reincarnation' aku yang sebenar, sejak dari bertahun-tahun aku mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...