Sunday, October 25

Wajarkah Menang?



Aku dah pergi tengok cerita ni kat panggung wayang TGV pada 24 Okt lepas. Hasil dari apa yang aku tengok, ni lah yang aku dapat. Tapi review bawah ni bukan review as a pengkritik or pembaca filem. Tetapi as a view from audience. Tak kisah lah anda nak terima atau tidak : )

Hurm, apa yang buat aku tertarik untuk menonton filem ni adalah ; kerana Afdlin Shauki dan kerana filem ni dah menggondol angerah filem terbaik dalam FFM. So, apa yang hebat sangat filem ni sampai menang anugerah terbesar industri filem Malaysia?

Bagi aku, filem ni memang seronok dan sedih ditonton. Tapi aku hanya boleh berkata filem ini tak 100% layak menang anugerah filem terbaik. Kalau dilihat jalan cerita filem ni, ianya terlalu biasa. Tentang seorang bapa yang kematian isterinya kerana terlalu sibuk bekerja dan akhirnya insaf lalu terus menyibukkan diri menjaga anak perempuannya yang seorang itu dan bla, bla, bla dan bla. Tak payah lah aku nak jelaskan lebih lanjut pasal mesti ramai yang dah tonton cerita ni.

Apa yang menariknya pula cerita ni bagi aku, adalah cara pengolahan Afdlin dalam mencipta satu kelainan dalam satu persamaan. Itu lah bijaknya Afdlin, mengambil sesuatu yang biasa dan menjadikannya sepertia yang kita tak biasa tonton. Contohnya, adalah watak-watak dalam filem ni, Afdlin sendiri yang memegang watak Saadom, mulanya seorang yang sibuk kemudian terdapat nilai humour dalam dirinya ketika menjaga Miasara( Liyana Jasmay), watak Rahmat lakonan Que Haidar yang merupakan seorang aktivis perfileman yang penuh dengan inspirasi dan aspirasi dalam diri, watak Hisyam Hasyim (Farid Kamil) yang nampak gagah tetapi sebenarnya seorang yang penakut dan lembik serta watak yang paling menarik perhatian aku, watak Mun, isteri Saadom lakonan Nurkhiriah.

Apa yang menarik sangat watak Mun ni, adalah kerana watak ini bukan watak realistik. Mun yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, menjadi igauan atau imaginasi Saadom dan muncul pada saat-saat Saadom buntu atau gelisah dalam menjaga Miasara. Mun muncul dalam pelbagai gaya dan kostum membuatkan suasana lucu dnegan kehadirannya. Begitu serasi dilihat watak Afdlin bersama-sama Nurkhiriah dan pasti menguntum senyum semua yang melihat.

Yang menariknya lagi filem ini adalah dialognya. Afdlin pandai menggunakan dialog yang serasi dan sering diguna pakai remaja zaman sekarang. Dialognya nampak segar dan remaja yang menonton pasti selesa dengan ayat-ayat yang diguna pakai watak remaja dalam filem ini. Komedi yang ditonjolkan juga menarik tetapi bagi aku, agak kurang jenakanya filem ini kerana ianya sebuah filem kekeluargaan yang ringan.

Jadi, wajarkah filem ini menang filem terbaik? Bagi aku, kalau nak di ikutkan pertandingan, Talentime lebih layak untuk memenagi anugerah tersebut pada malam FFM. Apa logiknya disini? Mungkin pihak penganjuran sendiri tahu yang Talentime patut menang, tetapi mengapa tetap memilih Papadom? Mungkin agak cliche kalau memilih sebuah lagi filem Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebagai filem terbaik selepas Gubra dan Sepet. Mungkin juga pihak penganjuran berfikir bahawa jika mengambil Papadom sebagai filem terbaik, ianya akan menutup selera penonton yang menginginkan filem kegemaran mereka menang. Tetapi, ketika FFM, Papadom belum pun lagi ditayangkan. Hurm. Apa propagandanya? Adakah dengan mengambil Papadom sebagai filem terbaik akan menutup mata penonton yang melihat penganjur kurang bijak dalam penjurian? Entahlah.

Afdlin juga menang anugerah pelakon lelaki terbaik sebagai Saadom. Itu aku boleh terima, lakonan Afdlin memang memberangsangkan. Aku masih tak dapat tahan air mata melihat Afdlin menangis dalam filem ini seperti dalam filem-filemnya yang lain iaitu Buli Balik, Sumolah dan Sepi. Itulah kelebihan seorang pelakon lawak, jika berlawak orang akan gelak, tetapi jika menangis, orang akan turut menangis. Itu hal Afdlin Shauki, tetapi bagaimana pula dengan Liyana Jasmay? Pemenang anugerah pelakon wanita terbaik filem ini.

Aku rasa watak Liyana dalam filem ini sebagai Miasara tidak terlalu mencabar. Percayalah, bayak lagi watak mencabar yang pernah dilakonkan Liyana seperti dalam filem Kami the Movie dan Histeria, kenapa dia tak menang anugerah tu dalam filem Histeria. Perwatakan Miasara terlalu biasa dan senang dilakonkan bagi aku. Tapi inin hanyalah pendapat saja.

Macam mana sekalipun, anugerah-anugerah yang Papadom menangi semestinya mencipta satu kenangan manis sebagai sebuah filem komedi. Dua tahun berturut filem komedi memenangi anugerah filem terbaik selepas KMBM. Papadom masih seronok ditonton. Malah berbaloi untuk ditonton, cuma apa yang aku review kan tadi adalah tentang kewajaran Papadom menang flem terbaik. Anugerah-anugerah ini pastinya kredit untuk Papadom mengutip nilai tiket. Terkejut juga aku melihat sambutan orang ramai ketika menonton Papadom har tu, penuh panggung sampai ke depan.

Tahnah Afdlin atas buah tangan terbaru ini. Tak sabar rasanya nak tunggu filem terbarunya, My Spy dan Berani Punya Budak. :::)))

.:hadyabdhamid:.

Thursday, October 8

Tarikhnaik (Update)

Nak tulis pasal raya...dah terlambat...
tidak mengapalah..asal kan aku update blog aku ni..


Raya Aku :

Hanya sekadar bermaaf-maafan dengan sanak saudara kawan-kawan dan keluarga.
raya kini dugaan untuk keluarga cukup menduga kami...teramat-amat menduga.
dari satu masalah ke satu masalah...
jadi raya kali ni aku menyambutnya dengan lebih dewasa dan kurang ke anak-anakkan.
tiada apa yang terlampau seronok melainkan bergaul dengan keluarga dan kawan-kawan.
selebihnya,lebih tertumpu pada assignment yang menimbun...
paling best...main spontan dengan keluarga.syiok


Reunion Aku :

Sangat terhibur pada raya yang keenam.
aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sepersekolahan rendah 8 tahun dahulu.
rakan-rakan dari SRK Larkin 1 amat bermakna kenangan bersama mereka.
menyambut raya bersama mereka pada hari itu.
semua gelak ketawa kembali dalam diri aku.

Kampus Aku :

Seminggu bercuti, aku kembali ke dunia kampus ku.
semuanya kembali seperti sedia kala.
tetapi aku masih macam ni.
tercari-cari.
sorang-sorang.
writers block menyelubungi diri aku.
aku tak tau apa puncanya.
sampai lah pada beberapa hari yang lepas,
kawan aku memberitahu apa puncanya.
aku sudah tahu.
tapi bagaimana nak membendung.
biarlah.
aku teruskan pembelajaran tanpa fikiran negatif.


optimis yang dicari tanpa henti-henti kini diselimuti kain perca negatif kekotoran.*

wassalam.

nukilan
.:hadyabdhamid:.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...