Thursday, February 11

Pengampu Itu Bukan Student U!


Mesti semua mahasiswa institut pengajian tinggi pernah mengalami perkara sebegini bukan?

Mahasiswa mana tidak pernah? Perlukah mengampu semata-mata untuk mendapat gred tinggi dalam subjek? Kalau betul pun dapat gred tinggi dengan hanya sekadar mengampu, tidakkah pengampu-pengampu ini berasa terhina dengan mendapat gred tanpa titik peluh sendiri?

Ah, cukup senang pelajar sekarang belajar ya. Tak perlu belajar penat-penat lagi, hanya perlu bermodalkan air liur dan sedikit sahaja keringat dengan berpura-pura baik di depan pengajar. Senangnya.

Bagi aku mereka-mereka ini TIDAK LAYAK digelar pelajar universiti. TIDAK LAYAK!!!

Mana kan tidak, kita pelajar-pelajar sejati ini bagai nak putus nyawa belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, tetapi eh, tiba-tiba pulak makhluk tuhan paling gedik ni mengipas-ngipas pengajar, dan sekaligus, pointer tinggi melambung. Fuh! Sungguh kurang mereka diajar ya?

Tolonglah. Tolonglah percaya setiap apa yang kaki ampu/kaki kipas/kaki bodek dan segala kaki-kaki busuk ni buat sebenarnya hanya mendatangkan faedah jangka masa pendek. Tanpa ilmu yang jujur, akhirnya mereka ni kecundang juga.

Tak pasal-pasal, nanti bila dah kerja kat luar negara, mereka ni tergagap-gagap nak buat paperwork pasal sebenarnya, gred pelajaran mereka adalah hasil dari bodek-membodek pengajar. Adoyai. Tak ke negara kita juga yang malu.

Yang satu lagi ni pula, bodek tu takpe lah, tak datang kesan kat kita sangat pon, cuma ada pula yang dah bodek dan ngampu, siap fitnah kita yang penat lelah buat kerja ni. Tak pasal-pasal nama kita ni pula yang jadi buruk. Belajar sungguh-sungguh, tapi gred, hampeh dek kerana manusia ni sekor.

Sebenarnya budaya bodek-membodek/ampu-mengampu ni bukan sekadar di kalangan student U saja, tapi terdapat juda dikalangan ahli-ahli korporat, orang-orang atasan dan kakitangan-kakitangan kerajaan. Bukan apa, kononnya nak hidup. Tapi tak perlu lah sampai macam tu. Semua tu tak perlu, sungguh.

Tolonglah. Jangan amalkan budaya ini. Merosakkan manusia sejagat. Huhhh!!!

Monday, February 8

Aku bukan Mirza Razin Lah!

Siapa tu? Dia lah orang yang pernah memberi pendapat di ruangan pos blog FACT Screen Club. Dia lah orang yang saling bidas-membidas pendapat dengan En. Hassan Muthalib. Tapi dia bukan aku. Aku tak kenal pon dia. Tak tahulah kalau aku pernah berjumpa in-person dengan dia. Tak tahu. Aku bukan Mirza Razin.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada orang dah mula percaya aku Mirza Razin selepas si Anonymous mane ntah yang dok mengfitnah kate aku @ otak movie @ penggigit kuku sebagai Mirza Razin. Sampai kan dalam komen box blog MovieHolic aku sendiri ada Anonymous lagi satu memberitahu bahawa aku lah Mirza Razin. Siapa Mirza Razin?

Yang pastinya, BUKAN AKU!

Aku Hady Abd Hamid, pelajar semester 6 Penulisan Artistik di TEKA.
Kalau nak penjelasan lagi, jumpa saja aku ya! TQ.

Dua Trailer Gempak, Dua Movie Melayu.

Masa dok menunggu tayangan filem Adnan Sempit (tengok reviu dalam MovieHolic), aku punyalah tertarik dengan dua movie trailer. Lebih-lebih lagi movie trailer tersebut adalah dari filem melayu, V3 : Samseng Jalanan dan Evolusi KL Drift 2. Memang mengagumkan. Tak sangka arus perfileman tanah air akan berubah arah. Kedua-dua filem ini juga diarahkan oleh pengarah muda iaitu Farid Kamil dan Shamsul Yusof.

Harap tiada lah potong memotong oleh orang atasan untuk filem-filem ini. Dah malas nak cakap banyak, korang pergilah bukak You Tube, cari lah trailer filem-filem ini dan nilai sendiri sama ada nak pergi tonton atau tak. Hehe.

Thursday, February 4

Gumuk.



Waaahh..sudah boroi pule...selepas saja aku tamat praktikal, dan pulang ke rumah, balik semula ke kolej, aku menimbang berat badan aku, naik 8 kg. Haha, gumbiranya rasa.

Mesti pelik kenapa aku gumbira badan aku dah gumuk sikit dari dulu. Yup, sebab gumuk sikit la aku gumbira, kalau gumuk banyak, mestilah down. 8 kg sikit?? Sikit lah bagi aku, dulu berat badan aku 55 kg je, sangat kurus untuk lelaki tinggi macam aku ni. Tapi sekarang dah maintain 63 kg. Tahap normal. Ok lah kan.

Cuma apa yang yang tak bestnya, nampak porch bag. Kedepan je perut aku sekarang. Tangan nampak kecik pulak. Nilah namanya perkembangan badan tak sihat. Asyik makan je tapi tak tau nak bersenam. Dok berjogging atas katil adalah. Nak tak nak, terpaksa lah aku buat push up 10x dua kali sehari. Bukan apa, biar badan ni nampak tegap sikit. Takdelah muscle kat perut je nanti.

Kalau duduk kat rumah, aku tak risau nak maintain kan berat badan aku ni, tapi kalau kat kolej, aku risau berat badan aku akan turun balik. Yelah, duit bukan banyak nak makan lebih. So sekarang, terpaksa lah aku tetapkan makan 2 kali sehari je. Untuk kekalkan berat aku sekaranglah. Nanti gumuk sangat aku takut terus tak boleh berhenti gumuk.

Akhirnya impian aku nak tambah berat badan berjaya. Dan makin ramai memuji taraf 'kesihatan' aku ni. Apa yang tak tahan, sekarang diorang dah tak nampak hidung mancung ala Zizan aku ni lagi, diorang nampak perut boroi ala Afdlin aku ni pulak. Haha.

Tak sabar nak balik rumah menghabiskan beras mak bapak lagi. Kah3:)

Me'movie'kan Komik!



Tolong bagi aku satu juta, boleh aku filemkan komik-komik kegemaran aku. Tapi itu lah kan, tiada produser yang yakin filem adapatasi komik di Malaysia akan berjaya.

Sebagai pelajar di bawah aliran jurusan filem (eventhough major in writing lah!), aku rasa dah menjadi tugas atau kewajipan aku untuk mengangkat genre filem Malaysia ke satu aspek penghasilan yang berbeza.

Aku minat komik, sangat-sangat minat, terutama komik bercorak gila-gila karya kartunis gila-gila favorite aku seperti Keith dan Zint. Aku juga minat komik cintan-cintun dan bertemakan kehidupan dari Fakhroul Anour dan Kaoru. Tak lupa juga kepada Bear dan Ben yang cukup memartabatkan komik bergenre lagenda. Ya, mereka ini semua aku kenal dari majalah komik Gempak dan Utopia. Peduli hape?!!

Setiap komik-komik mereka yang aku baca, seperti Under 18 No Fear, Wasabi, Lawak Kampus, Hero, Fatal Chaos dan Kishiro, mempunyai masa depan untuk kita filemkan. Walaupun kebanyakkannya mengangkat budaya jepun, ianya bukan kudis kepada industri perfileman kita. Persetankan soal kebudayaan. Sedangkan budaya kita sendiri banyak diwarisi dari negara-negara asing.



Jangan sensitif dan overeact sangat kalau nak buat filem adaptasi komik ni. Memanglah kadang-kadang komik itu tidak logik, tapi orang jepun sendiri berjaya merealisasikan perkara tak logik ini seperti filem adaptasi manga mereka iaitu Crows Zero dan 20th Century Boys (antara terbaik pernah aku tonton). Jadi, apa salahnya kita sebagai bangsa satu Malaysia merealisasikan perkara tidak logik ini.

Bukan aku nak kata kita tak pernah adaptasikan komik ke filem, pernah. Tengok saja filem dari komik berjudul Mat Som. Dan jangan lupa telemovie VCD dari komik gila-gila berjudul Tiga Dara Pingitan. Tetapi semua komik ini bersifatkan realism. Cuba kita cuba yang jauh dari sifat realism.

Lagipun, tentu sahaja ramai peminat dari Gempak dan Utopia inginkan komik kegemaran mereka difilemkan.

Kalau tak dapat difilemkan, tolonglah bagi aku duit untuk buat short filem adaptasi dari Under 18 No Fear, teringin sangat nak tengok Siv dan Aken versi live action. Haha!

Saturday, January 30

Antara Garisan


Aku ada menonton beberapa babak dalam telemovie keluaran Radius One, Antara Garisan lakonan Syarifah Amani, Noorkhiriah, Isma Yusof dan Ismail Abd Aziz. Apa yang menarik hati aku akan telemovie ini adalah temanya. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Yang baik boleh jadi jahat, dan yang jahat boleh jadi baik.

Bukan tentang tele ini yang ingin aku ulas dalam pos aku ini. Tetapi aku tertarik untuk menghujahkan tema yang disampaikannya. Kadang-kadang manusia tidak sedar akan perkara yang berlaku dalam diri mereka. Walaupun dikurniakan akal, perbuatan daif yang sebati di dalam diri amat sukar ditangkis hingga mereka tidak sedar akan berapa banyak lagi perkara munkar yang telah dilakukan.

Aku berkata sebegini bukan setakat kepada orang-orang fasik di luar sana, tetapi juga kepada manusia-manusia yang alim dan warak. Pada zaman sekarang, umat Islam sibuk menegakkan agama sendiri hingga kadangkala terpesong dari tujuan sebenar. Dek kerana ingin merebut pahala yang melipat ganda, mereka tidak sedar, dalam perjalanan tersebut, dosa-dosa besar yang diambil dan ditanggungnya.

Kita sibuk mengecam orang yang berbuat zalim sesama sendiri dan kepada orang yang lain. Sedangkan kita tidak sedar akan kesalahan diri kita sendiri. Kononnya dengan mengecam orang-orang yang zalim ini, kita bakal diganjarkan dengan pahala lumayan. Rupanya, sekali lagi dalam keadaan tidak sedar, kita sama sahaja seperti mereka.

Dalam dunia, terdapat dua jenis manusia, yang beriman, dan yang fasik. Yang mengumpul pahala dan yang mengutip dosa. Ditengah-tengah kedua manusia ini terdapat satu garisan halus yang kita tidak sedar kewujudannya. Dan tanpa kesedaran ini juga, kedua jenis manusia ini boleh bertukar tempat kedudukan. Yang fasik menjadi beriman, dan yang beriman menjadi fasik. Cukup indah hikmah Tuhan.

Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku pada kita sekarang akan berubah pada masa akan datang. Kita tidak tahu perhubungan insan yang sedang kita jalinkan sekarang bakal hancur pada masa akan datang. Kita sentiasa tidak tahu.

Perkara sebegini turut berlaku dalam kehidupan harian aku. Manakan aku sangka, orang yang paling aku rapat pada masa sekarang, akan menjadi orang yang paling ingin aku jauhi pada masa akan datang. Manakan aku tahu, diri aku yang dulunya sentiasa gembira pada masa dahulu, bakal menjadi gelap gelita pada masa akan datang. Aku sendiri tak tahu.

Apa yang penting adalah keredhaan ke atas Tuhan yang Maha Esa. Kita mesti terima setiap yang Dia berikan. Janganlah asyik menilai dan menghukum orang lain, sedangkan diri kita masih sibuk belajar merangkak. Kita ini bukan apa-apa, cuma segumpal darah yang busuk. Tak punya apa hanya akal dan hati untuk kita pimpini ke akhirat kelak.

Terima kasih kepada telemovie Antara Garisan, kerana memberi ilham aku menulis sebegini rupa, sekaligus memberi manfaat kepada pembaca. Harap ianya berkesan. Alhamdulillah.

Friday, January 29

Keith dan Kaoru


Dapat jugak bertemu dengan Keith selepas kekecewaan tak dapat pergi pameran 100% Gempakstarz yang lepas.

Pada yang tak kenal Keith dan Kaoru, mereka ni adalah kartunis di Gempakstarz, Keith popular dengan komik Lawak Kampusnya, Kaoru pula terkenal dek kartun ala manganya, Helios Eclipse dan banyak lagi.

Keith antara kartunis yang aku sangat sangat sangat minati (Kaoru pon minat gak, jangan marah, haha!). Bukan setakat minat pada orangnya, malah aku lebih minat strok lukisan dan gaya penceritaan komik yang dia hasilkan. Lihat sahaja komik Wasabi, komik panjang pertama Keith. Aku dah tak sabar nak tunggu sambungan Wasabi. Bak kata Keith masa aku jumpa dia di MPH Book Exhibition petang tadi, "Akan buat!" dengan nada apek nya. Haha. Cayalah bro.


Lupa nak cerita, aku jumpa mereka ni seperti yang aku cakapkan tadi, di MPH Books Exhibition di Stadium Malawati, Shah Alam. Punyalah seksa nak kesana, yelah, bas mana berenti kat situ. Berbekalkan semangat membaca budaya kita, dengan kerjasama dua rakan, berjaya jugak aku sampai. Penat tapi berbaloi. Haha.

Sedihnya pula, tak dapat aku nak beli buku novel grafik dari Gempakstarz dan mintak tandatangan Keith and Kaoru. Damn you akak MPH, tak bagi aku ambik beg cenderahati and mintak tandatangan dorang. Shit. Tapi nasib baik ada akak lagi sorang bagi aku bergambar ngan kartunis feveret aku tuh. Huhu. Siap bagi time stop sign jup semata-mata nak bagi aku bergambar. Haha, seronok betul.


Harap-harap akan datang dapat jumpa Zint, Ben, Fakhroul Anour dan banyak lagi lah kartunis Gempak yang aku nak jumpa.

Keep being creative guys! Yeah.

Tuesday, January 26

Nak Kami Mati Dulu Ke?


Dengar cerita, filem Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai, iaitu Johnny Bikin Filem bakal ditayangkan di pawagam kelak. Kalau betul, alhamdulillah. Tetapi aku agak sedikit terkilan. Kanapa? Kat bawah ni nanti aku bagitau.

Al-Fatihah terlebih dahulu kepada Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai yang telah meninggalkan dunia pada 20 Januari yang lepas. Seorang lagi tokoh seni ternama dan berbakat kita hilang selamanya. Tetapi jasa dan kenangan beliau tetap kita akan kenang.

Berkenaan dengan filem arahan Allahyarham ini pula, Johnny Bikin Filem, dari apa yang aku tahu sebenarnya telah lama disiapkan iaitu pada tahun 1995 lagi. Tetapi dek kerana durasi filem ini terlalu panjang, iaitu 5 jam, dan tidak pula bertepatan dengan piawaian panggung Malaysia yang hanya menerima filem yang berdurasi 2 hingga 3 jam sahaja.

Maka terperap lah karya agung Allahyarham tersebut. Tetapi, selepas filem tersebut dikaji atau dipelajari oleh pelajar UM kalau aku tak silap, ianya telah di olah semula hingga berdurasi dua jam sahaja dan dikelola kan juga oleh Allahyarham. Selepas diolah, filem ini kemudiannya dapat dipertandingkan di Festival Filem Malaysia yang turut berentap dengan filem Wayang karya UiTM. Namun, filem ini tetap juga tidak ditayangkan selepas puas aku menunggu.

Hinggalah selepas Allahyarham meninggal, barulah orang-orang atasan terkial-kial mencari naskhah agungnya ini untuk dipersembahkan kepada umum atas dasar kenangan (atau nak tunjuk baik??).

Perkara ini mengingatkan aku kepada hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad (Al-Fatihah), sutradara hebat kita dengan karyanya yang terganggu, iaitu Muallaf. Pada waktu Allahyarhamah masih hidup, filem itu teruk di banned oleh negara kita atas isu keagamaan dan mungkin racism. Tetapi selepas Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir, barulah mereka-mereka ini sibuk ingin menayangkan filem yang kononnya bakal mencetuskan kontroversial.

Perkara ini membuatkan aku terfikir dengan sendirinya (cewah!), akan rasionalnya pihak-pihak ini menge'banned' filem-filem sebegini. Aku tidaklah mengatakan filem arahan Dr. Anuar di banned, tapi tidak dapat ditayang bermaksud nasib yang sama juga seperti di banned. Tak semena-mena pula, lepas karyawan-karyawan ini meninggal barulah ingin ditayangkan. Kenapa kalau sudah di'banned'...tidak di'banned' kan terus? Kalau dulu takut isu keagamaan bakal menggugat keselamatan negara, tapi lepas dah tayang, perasaan takut tu dah hilang ke?

Aku tak lah arif dengan perkara-perkara sebegini, tapi kita semua boleh fikir sendiri. Penonton semua sudah bijak memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Filem-filem sebegini boleh membuka lagi mata penonton terhadap situasi sebenar yang berlaku betul-betul di bawah batang hidung mereka. Seperti juga filem Susuk, kenapa tidak diharamkan terus, malah diperap sehingga beberapa bulan, baru ditayangkan. Sedangkan isi ceritanya tidak lah menggugatkan iman mahupun keselamatan negara.

Kuasanya terletak pada tangan penonton juga, jika ramai penonton yang membuat petisyen agar filem-filem sebegini patut ditayangkan, barulah orang-orang atasan bajet nak bagus ni boleh dengar kata sikit.

Takkanlah nak kitorang para karyawan ni mati dulu baru nak tayang hasil kerja kitorang kot...

Haha. Lucu benar.

Saturday, January 23

Allah Peliharakan Sultan.


Semua anak jati Johor dikejutkan pada jam 7.15 malam, kerana kemangkatan Sultan Johor yang disayangi, Almarhum Sultan Iskandar di Hospital Pakar Puteri, Johor.

Terasa sebak seluruh negeri Johor pada malam ini, kerana selama dekat 29 tahun baginda sultan memerintah kerajaan Johor, kini baginda pergi meninggalkan kita semua buat selamanya. Baginda sultan yang ditabalkan menjadi sultan 8 tahun sebelum kelahiran aku merupakan pemerintah yang mempunyai semangat patriotik.

Pasti pemergian baginda amat dirasai kerabat mahkota Johor, dan juga rakyat yang selama ini bernaung di bawah pemerintahannya yang penuh adil dan saksama. Baginda sering diklasifikasikan sebagai sultan yang banyak menasihati rakyatnya supaya berbuat baik sesama sendiri.

Kini Johor sedang berkabung, dan aku masih di Selangor, mendapat berita dari saudaraku di Johor. Besok Sultan Johor yang baru akan ditabal, tetapi jasa Almarhum Sultan Iskandar tetap dikenang. 29 tahun satu jangka masa yang panjang...

Allah peliharakan Sultan,
tempatkan dia di tempat orang-orang yang dirahmati.
Amin.

Al-Fatihah.

Friday, January 22

Pasifis


satu kata nama bagi sifat yang susah untuk aku malah semua gapai bagi menentang sikap talam dua muka, berat sebelah, hasad dengki dan pilih kasih.

pacifist

dari segi pemahaman spontan aku, ianya bermula dari perkataan pacif, atau dalam bahasa melayunya pula adalah pasif.

sifat yang menidakkan unsur-unsur penyelewengan keadilan tanpa belas kasihan dan merupakan sifat mulia yang tidak layak untuk kita sebagai manusia miliki tetapi perlu bagi kita selami.

ianya sifat yang mengiyakan sesuatu yang jujur, amanah serta tidak mengambil mana-mana belah pihak. agak dekat maksudnya dengan sifat optimis yang sentiasa berprasangka baik terhadap mana-mana individu tanpa menitik beratkan darjat dan keturunan.

ini lah yang sukar kita kecapi.

sifat yang tidak mengambil peduli akan kata-kata orang lain terhadap diri orang lain hingga boleh menyebabkan malapetaka persaudaraan.

sifat yang mempunyai pendirian teguh dengan mempercayai setiap insan mempunyai peluang untuk bersuara demi keadilan diri masing-masing.

sifat yang tidak mengira kawan atau musuh sanggup ditolongnya jika diminta dan sentiasa tidak mencari peluang pergaduhan berlaku dengan lebih hebat.

aku sendiri gagal untuk mengecap sifat ini. kerana mungkin nurani dan rohani ku tidak seindah taman syurga ciptaan tuhan yang maha Esa.

pasifis, sebuah sifat yang membentuk nawaitu menjadi perlakuan yang tidak semberono tanpa mengendahkan hal-hal hati saudara yang lain juga menyebabkan setiap orang yang keji berasa jengkel untuk mendekatinya, secara tidak sedar ianya merupakan sifat yang mulia disisi tuhan.

pasifis, optimis tanpa negatifiti.

Wednesday, January 20

Bukan Bohsia Biasa. (haha)


Lega sungguh rase bila dah dapat assignment semester ini.

yela, bukan ape, kalau kita dah ada assignment, 'automatically' kita akan lupa masalah-masalah peribadi kita.

dan itulah perkara yang betul-betul aku nak elakkan.

semester ni memang dijangkakan cukup mencabar kredibiliti aku sebagai pelajar jurusan filem major dalam penulisan artistik.

tapi apa yang menarik perhatian aku adalah terdapat salah satu assignment aku yang memerlukan aku mengkaji permasalahan dalam sesebuah filem.

dan filem yang aku kaji adalah, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam! haha.

secara peribadinya aku tidak berapa menyukai filem ini kerana filem ini bagi aku boleh dikira sebagai melampau, memanglah bagi penggiat filem melampau itu bagus, tapi kemelampauan filem ini bagi aku tiada asasnya.

namun, itulah yang bagusnya pemilihan group aku untuk tajuk ini. lagi banyak masalah yang timbul, lagi senang untuk kami mengkajinya.

dan selepas selesai membuat discussion dalam group aku, barulah aku tahu betapa pentingnya assignment ini bagi seorang bakal penggiat seni macam aku ni.

mana taknya, dengan assignment ini, kita dapat ketahui filem mana yang bagus atau tidak.

ada jugak aku melihat-lihat filem yang dipilih dari group lain seperti filem Avatar, Sherlock Holmes dan Setem.

dari situ baru aku terlihat permasalahan senang dari filem Avatar dan Sherlock Holmes berbanding Setem.

untuk dua filem hollywood tersebut, aku dapat sedikit mencari permasalahannya, tetapi bagi filem Setem, makan masa seminggu juga nak memikir masalahnya, memang betul-betul masalah.

tapi tahniah pada kawan-kawan group Setem yang berjaya juga mencari permasalahan tersebut.

sekarang tahulah aku tentang baik buruk sesebuah filem.

untuk Bohsia pula, aku baru tengok dua kali, tetapi kefahaman yang aku dapat hampir menyeluruh.

Bohsia tidak benar-benar mencabar pemikiran penggiat seni, tetapi Bohsia benar-benar menyenangkan kepala otak student2 macam aku. Hehe.

macam yang aku cakap, ini bukan bohsia biasa...

Friday, January 15

Kalimah-Nya untuk Hamba-Nya


dan hambanya bukan terdiri dari orang Islam sahaja. malahan yang bukan Islam juga boleh menggunakan kalimahNya itu untuk kebaikan dan bukannya keburukan.


sedih melihat saudara seagama sendiri mencetuskan ketegangan bersama penganut agama yang lain. akal fikiran telah dicemari nafsu hasil syaitan yang menggoda untuk melakukan suatu kebaikan yang rupanya hanya akan menjejaskan institusi Islamiah.


dek kerana terlampau ingin menunjukkan diri ini alim, maka terhasillah tindakan radikal dari mereka yangbersifat rasis dan tidak menyukai penyelesaian pasifis. sudah cukupkah amalan dari suruhan tuan empunya kalimah hingga kita yang hina lagi bodoh menidakkan penggunaan nama suci itu dari tangan-tangan bukan Islam yang tiada niat tidak baik.


semua adalah hamba-Nya. walau berlainan agama. tidak kira apa agama selain Islam, tuhan mereka tetap yang Maha Esa walaupun mereka menidakkannya. kerana sejak azali, roh dari jasad telah berikrar hanya Dia yang layak disembah dan tiada yang lain melainkanNya.


tindakan manusia-manusia separa paranormal otak ini hanya mengiyakan bahawa terdapatnya Tuhan yang lain. manakan tidak, mengharamkan penggunaan kalimah tersebut bermaksud menidakkan kewjudan Yang Esa di hati mereka. hingga mereka memikirkan, empunya kalimah itu hanya tuhan Islam, bukan tuhan agama yang lain.


andai sekiranya pengharaman ini jelas berlaku, orang bukan Islam yang lain tidak boleh menggunakan kalimah ini, maka lirik lagu negeri yang mengandungi kalimah ini juga harus ditukar untuk kesesuaian agama yang berlainan.


seperti lagu negeri Johor;


'Allah' perliharakan sultan,

anugerahkan ia segala kehormatan....


sudah jelas setiap sekolah yang mempunyai murid berbilang bangsa dan agama akan menyebut kalimah tersebut. adakah itu suatu perkara yang haram disebut oleh mereka?


sebelum kita menghukum orang lain, ada baiknya kita melihat kesalahan diri sendiri dahulu. jika benar mereka menggunakan kalimah itu, maka barulah tindakan perlu diambil. tetapi ingat, dengan cara yang penuh diplomasi. cukup-cukuplah umat Islam dilabel pengganas dunia, dan mereka saja membangkit kemarahan untuk membuktikan penglabelan tersebut.


Kalimah Allah untuk semua hamba Allah. dan hamba Allah bukan sekadar orang Islam sahaja.


Wassalam.

Saturday, January 9

Di mana aku berada...


Sudah seminggu kalau nak diikutkan, sesi pembelajaran bermula, tapi aku masih lagi terperuk kat rumah aku di Ulu Tiram ni.

Entah apa cerita minggu pertama sesi pembelajaran. Apa yang pasti, semester ini bakal menguji kesabaran aku sebagai seorang pelajar, kawan dan insan. Harap-harap aku dapat tempuh semua tu dengan tabah, dan seperti apa yang sering aku terapkan, optimis.

Aku mula belajar satu perkara dari sahabat baik aku. Dan perkara yang aku pelajari in amat susah untuk aku dan orang-orang diluar sana mengamalkannya. Selepas mempelajarinya, baru aku sedar itulah kesilapan yang sering aku lakukan.

Biar orang tidak tolong kita, janji kita memberi bantuan diatas orang yang meminta pertolongan tidak kira orang itu kawan mahupun musuh. Itu lah pengajaran yang aku dapat dari perkara-perkara yang pernah berlaku kepada aku.

Aku kini menganggap kehidupan adalah sebagai permainan, dan permainannya adalah, kesabaran. Siapa yang dapat bertahan bersabar dalam kehidupan, itulah pemenangnya. Dan walau sekalipun sesuatu perkara berlaku berturut-turut membuatkan kita hilang kesabaran, maka kita adalah seorang yang kalah dalam kehidupan.

Kehidupan satu subjek yang sukar. Tetapi tidak sesukar kematian.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku ingin menempuh kehidupan sebgai pelajar tahun akhir. Selepas itu, hanya tuhan yang tahu tentang kehidupan baru aku. Aku berharap setiap rintangan yang berlaku pasti ada balasan yang munasabah. Kerana aku bukan insan yang ikhlas yang tidak mengharapkan apa-apa. Dan tiada insan yang benar-benar ikhlas di dunia ini.

Di mana aku berada, hanya aku yang menentukan...tetapi Dia yang menetapkan.

Monday, January 4

Maya Kasih Cintaku.


Mual menulis kisah cinta.
kerana kisah cinta kini penuh dengan dusta.
Jemu mencoret kisah sayang.
kerana sayang dulu lebih bererti.

aku seorang lelaki
yang amat ketagih kasih seorang insan
bernama

wanita,

tetapi ketagihanku itu akhirnya memakan diri
kerana aku hanya berkhayal
bercinta kasih dengan insan yang wanita itu.

sedangkan, zahirnya wanita, batinnya kosong
tiada wanita di dunia lahiriah sebenar
hanya cinta zahiriah, jasad semata-mata.

pada mulanya aku tak kesah akan percintaan zahir
tetapi kini aku mula sedar akan kepentingan hati batin nurani rohani.

kecundang.

aku kecundang di bawah tapak kaki wanita.
aku diinjak-injak seperti seekor semut hitam yang tidak dihiraukan perasaannya
lantas diri aku dihumban seperti sepah dari madunya
aku sudah tidak berguna lagi ketika itu bagi dirinya
namun aku sedar semua ini terletak di benakku sendiri
aku yang membenarkan perkara ini berlaku.

kesilapan lampau menghantui kehidupan di hari muka.

dan baru aku sedar.
aku sedar akan kehadirannya
di dalam mimpi-mimpiku ketika kecil
walaupun tidak nyata
tetapi bagiku dia ada,
dia yang bernama Maya,
tidak pernah menjadi nyata.

begitu juga cinta dan kasih suci yang aku damba.
tidak pernah nyata.
tidak pernah.
tidak.

dimana dia.
aku mencari

dan kesilapan berulang lagi.

dia di sini.
di dalam hati.

aku seorang yang bodoh dan gila
kerana mengulangi kesilapan buat kali kedua.

aku menyesal.
dan tidak pernah mengubahnya.

maya kasih.

Saturday, January 2

Welcome to The Next Year.


2010.


here come.


this year.


i be graduate.


this year.


i be working man.


this year.


i be pacifist guy.


this year.


i be doing something good.


this year.


maybe i just go with the flow.


this year.


maybe all of the stuff above will be done.


maybe or maybe not.


just wait and see.


for this year.


i plan.


god knows.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...