Saturday, December 26

Pulang Dari Angkasa.


Tamat.

Habis.

The End.

Berangkat pulang selepas dua bulan berada di angkasa.

Selangor fm.

satu pengalaman berharga.

sebagai seorang yang digelar pekerja.

kini aku.

berada pula dikampung halaman.

kepuasan berada di angkasa memang bernilai.

seperti yang telah kukatakan.

tiada apa yang begitu menyusahkan.

namun tidak pula begitu menyenangkan.

walaupun ketika diangkasa.

banyak mulut yang mengata-ngata.

tetapi aku buat tak tahu saja.

yang penting aku menjalan kan tugas seperti biasa.

tidak terlalu lebih tidak terlalu kurang.

buat berita pernah.
ikut wartawan pernah.
jadi juruhebah pernah.
baca berita pernah.
telefon sponsor pernah.
buat kontrak pernah.
uruskan kuiz pernah.

bukan nak berlagak.

cuma nak beritahu.

kepada yang tak nak tahu.

tutup mata jangan baca.

tutup mulut jangan kalut.

tutup telinga jangan nak terpinga-pinga.

kerana ini adalah kehendak aku.

yang kini beransur yakin dengan kebolehan diri.

yang dulunya kurang sekali.

tetapi.

aku mengerti.

yang aku.

perlu hidup sendiri.

dan.

hanya perlu famili.

yang lain.

sebagai pelengkap diri.

terima kasih warga angkasa.

terutama radio darul ehsan.

pilihan tepat.

jangan tukar frekuensi anda.

Tuesday, December 22

Pahit Itu Ubat.


Benar.

Pahit itulah ubat.

jika asyik dengan yang manis.

kelak badan juga binasa.

itulah metaforanya subjek pengalaman.

pengalaman pahit sukar diterima.

cuma hanya mencari yang manis.

sedangkan

yang manis itu lah racun, yang pahit itulah penawar.

yakini hati.

jika mendapat yang manis kini.

pasti penyakit muncul di lain kali.

tetapi

jika mendapat yang pahit sekarang.

pastinya akan datang.

kita dilanda senang.

kerana itulah dunia.

sentiasa berputar seperti roda.

percayalah yang pahit.

bersyukurlah dengan yang pahit.

kerana yang pahit menunjukkan kita kesalahan.

sedang yang manis membuatkan kita hilang kesedaran.


aku kini beransur-ansur mendapat yang pahit.

tetapi yang pahit ini membuatkan diri aku bebas.

bebas!

kerana aku tahu.

selepas ini.

aku akan dapat merasa yang manis.

bukan manis gula-gula.

tetapi manis buah.

biar manis, tetap berzat.

dan sihat.

aku ingin pengalaman sihat.

manis dan pahit yang sihat.

supaya diri ni kekal positif dan optimis.

dan sekali lagi.

pahit itu datang.

aku bersyukur.

aku cukup bersyukur!



Thursday, December 17

Tulisan Maya,Tulisan Kalam.


mulanya aku nak letak pos ni bertajuk 'Blogger vs Wartawan'. Tetapi tak kreatif lah pulak, takpelah, asalkan korang faham pos ni berkenaan blogger dan wartawan.

aku tidak menyokong yang mana-mana, tetapi disebabkan terdapat status blogger (ye ke???) dalam diri aku, maka kelebihan aku lebih kepada pengiktirafan blogger.

aku terpanggil untuk mengepos topik ini kerana tertarik dengan kenyataan seorang menteri(agak terkenal) yang menyatakan tentang kewibaan blogger yang tidak beretika malah memuji sikap wartawan yang telus dan jujur.

aku akui, gaya penulisan blogger (penulisan maya/internet) agak keterlaluan tanpa tapisan, tetapi ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. blogger juga meluahkan isi penulisan menggunakan gaya tersendiri dari sudut pandangan sendiri mahupun orang yang rapat dengannya. dan itu lah yang membuatkan blogger lebih dari seorang wartawan.

wartawan pula terlalu bergantung kepada etika kewartawanan yang mempunyai pelbagai jenis etika hingga akhirnya berita yang disampaikan tidak jujur dan bersifat berat sebelah. mungkin bukan salah wartawan kerana berita dari surat khabar atau media massa terpengaruh dengan politikus dan kekayaan orang yang memiliki saham syarikat. masih ada wartawan yang tersekat kredibiliti akibat pengaruh besar ini.

itulah sebabnya aku lebih mempercayai hasil penulisan blogger berbanding wartawan. tetapi blogger juga tidak terlepas dari pengaruh kotor. berbeza dengan media cetak dan media massa, penulisan blog lebih terpengaruh berdasarkan hati budi dan perasaan blogger tersebut. jika memang seseorang blogger itu tidak menyukai sesuatu isu (walaupun isu tersebut mendatangkan kebaikkan) maka ia tetap akan menulis perkara yang tidak sepatutnya.

pokak pangkalnya terpulang kepada kita yang mempunyai akal untuk mempercayai. kepada sesiapa yang terasa dengan taraf etika ke'blogger'an, maka janganlah ditindas habis-habisan. blogger juga janganlah berbalah sesama sendiri di alam internet hanya kerana isu yang tertentu.

ada sekali aku berhenti sekejap dari dunia blogger, kerana terasa dunia ini bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah menimbulkan pergaduhan sesama blogger. tetapi atas dasar profesianalisme, aku teruskan juga penulisan dalam blog ini.

wartawan pula janganlah asyik menulis berita berbaur fitnah, kerana rata-rata orang kita, ramai yang mempercayai berita kalam(pen). betullah kata orang, hujung mata pen lebih tajam dari hujung mata pedang. itulah hebatnya wartawan yang mempunyai kuasa sebegitu rupa. diharap tidak disalahgunakan kuasa tersebut.

diharap pada masa akan datang, wartawan dan blog dapat bekerjasama, malah membuang sifat berat sebelah serta pengaruh kotor yangtidak membawa manfaat kepada sesiapa. pihak tertentu juga hendaklah memahami bidang penulisan yang bersikap sensitif, tetapi itu lah sentimen seorang penulis.

aku penulis bebas, tetapi bukan suka cakap lepas.

Jemu dengan cerita mereka.(sigh)


Muak.

Lemah.

segala yang negatif aku rasa bila menceritakan perihal hidup mereka yang memang glamor (???). tak sudah-sudah pula cerita yang sama diutarakan.

kahwin cerai, kahwin balik, cerai lagi, kahwin lagi, then kahwin satu lagi. huh!

"tak pernah, saya tak pernah bergaduh dengan dia, kami kawan baik..." huh!

masalah disiplin tak sudah-sudah, tak nak mengaku lagi??? huh!

sosial, soooo siaaallll...memang la perlu hipokrit tapi... huh!

sibuk kacau bini orang, laki orang, diri sendiri tak terjaga. huh!

lupa diri, lupa suami, lupa isteri, lupe family, lupa dunia... huh!

terkena batang hidung sendiri pulak...huhuhuhhuhuhuhu!!!

macam-macam rencah. yang 'medium' pun satu hal jugak, tak usah lah sebarkan sangat berita yang tak de faedah. mane lah orang kita tak di cop 'suke jaga tepi kain orang'. walaupun benda tu bukan fitnah, tapi yelah, tak elok bukak pekung orang lain.

yang mangsa ni pun janganlah nak berdalih lagi, dah sekarang zaman IT, orang boleh tahu apa yang awak tu buat. ye lah, orang popular kan. sedangkan yang tak popular pun dapat nama digembar-gemburkan. dah terang-terang gambar, video tertera dekat blog, laman web semuanya lah! nak berdolak dalik lagi ke?

pening hai pening lah...sampaikan dah naik jemu baca headline pasal korang.

tapi nak buat macam mana, tu lah identiti korang yang sebenar.

betul tak ARTIS??!!!

Satu lagi, satu lagi, lagi satu!


Satu lagi, yah, satu sem saja lagi.

walaupun sekadar diploma, aku bangga dengan pencapaian aku yang sebenarnya tidak seberapa ini. biarlah orang nak kata diploma sekarang tiada nilai tetapi bagi aku ianya tetapi ade nilai sentimen buat diri ini.

bukan setakat diploma yang aku banggakan, tetapi juga pengalaman yang aku kecapi. bukan pengalaman belajar yang aku maksudkan, tetapi pengalaman sebagai seorang dewasa. walaupun aku tidak mempunyai latarbelakarng seorang dewasa yang 'matang', pengalaman yang aku dapat cukup berharga.

dari pengeluaran idea kreatif, ke kancah pergaduhan kawan-kawan, tuju pula ke konflik percintaan yang bodoh, hingga ke pertemuan orang-orang separuh sewel, akhirnya kehilangan kredibiliti kreativiti dan sudahnya, hidup sendiri.

tak lah semua aku dah rasa, tetapi pengalaman itu memang manis. lebih manis bila mendapat pengalaman yang pahit. kerana pahit itu lah ubatnya. satu sem saja lagi. aku berharap agar sem depan akan bertambah baik lagi. hendaknyalah.

apa yang menarik, dua pilihan menanti selepas sem yang satu lagi nanti. sama ada kerja, atau degree. hurm.

dua pilihan yang sukar. tetapi hati ini sudah nekad, untuk memilih kerja, sekiranya ia sampai dahulu. walaupun pada mulanya, hati memilih degree sejak dari awal lagi. namun nasihat orang tercinta lebih berharga dari nasihat kawan-kawan dan diri sendiri. kerana yang dicinta lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kerana mereka juga baik.

begitu juga fikirku, apa salahnya kerja dahulu kumpul wang dunia barulah bersemangat untuk sambung ke degree. ada semangat nak belajar lagi ke lepas tu? mungkin ada, kalau diri ini kuat perasaan cinta terhadap ilmu perfileman. itu lah target ku pada mulanya, belajar seni filem.

mungkin belum jodoh lagi untuk aku pelajarinya, tetapi akan datang, tak siapa yang tahu.

aku hanya mampu berserah dan ikut arus hidup mengikut lumrah alam yang akan memberi apa yang aku layak dapat. aku hanya boleh merancang, tetapi yang menentukan bukan diri ku.

two roads, which one, only me and Him will know.

Saturday, December 12

Simbolik agama sang Natrah.


10 disember yang lepas, aku dipelawa oleh abang tempat aku praktikal, sharul, untuk menemaninya pergi menonton teater Natrah...memang aku terharu atas pelawaannya itu.

dan hasil selepas aku menonton teater tersebut...hurm.

Natrah merupakan kisah benar yang pernah gempar di Malaya atau lebih tepat, di Singapura satu ketika dahulu. di mana berlaku rusuhan berkaitan dengan seorang gadis bernama Natrah yang dimurtadkan. apa yang menariknya, Natrah itu sendiri adalah seorang anak gadis keturunan belanda yang berasal dari nama Huberdina Maria Hertogh atau Bertha Hertogh...

Tak perlu aku huraikan lebih panjang sinopsis kisah Natrah kerana pastinya semua sudah mengetahuinya, dan bagi sesiapa yang masih tak tahu, just google!

apa yang aku cuba nak utarakan adalah adaptasi teater Natrah itu sendiri. maya karin dijadikan sebagai Natrah, sedikit berkesan lakonannya, malah aku sendiri tidak tahu perwatakkan sebenar Natrah.

isi ceritanya pula, seperti kebiasaan sebuah adaptasi pasti tidak akan sempurna. Erma Fatima bijak membuat penonton tertanya-tanya akan kesudahan Natrah. pengisiannya pula tidak lah seberat mana, cuma apa yang aku tertarik, adalah monolog Sofea Jane sebagai Natrah 70 tahun yang penuh dengan tafsiran dan sarat dengan kalimah mesej untuk disampaikan kepada penonton.

itulah luahan hati Natrah yang tidak pernah diendah oleh sesiapa pun. tiada siapa tahu isi hatinya yang masih sayangkan Islam walaupun dipaksa murtad. mungkin Natrah berfikir, dirinya akan dilanda musibah di tanah Belanda sekiranya dia memasuki Islam semula.

aku tidak memandang cerita Natrah ini dalam sudut Islam semata. bayangkan sekiranya ibu bapa Natrah adalah Islam, dan Natrah yang diserahkan kepada kawan ibunya yang beragama Kristian ditukar ke agama itu. ibu bapa mana yang tak sedih, kerana ajaran yang di ikuti mereka tidak sejajar dengan ajaran anak mereka sendiri. begitu juga kisahnya ibu Natrah yang Kristian tidak bersetuju anaknya memeluk Islam oleh Che Aminah (ibu angkat Natrah).

tetapi masalahnya Natrah sendiri sudah mengaku dirinya sebagai Islam dan menyayangi Islam. cerita Natrah ini sarat dengan pertembungan antara dua agama yang cukup 'rival' antara satu sama lain, Islam dan Kristian. Kadang-kadang, aku terfikir, cerita Natrah ini cuba menunjukkan persamaan kedua agama ini. fikiran yang bersih amat perlu.

akhirnya Natrah murtad, tetapi adakah itu mengikut kerelaan hatinya? hanya Natrah yang tahu.

amat memilukan babak di mana Natrah seolah terperangkap di pintu gerbang gereja kristian yang diibaratkan seolah neraka dunia.

tetapi semuanya sudah berlalu, sama ada Natrah meninggal dalam Islam mahupun tidak, hanya Tuhan yang tahu.

dan perlu diingatkan, Tuhan kita juga berhak menentukan siapa yang ke syurga, tidak kira Islam, ataupun tidak.

boleh kah sedekah alfatihah kepada Natrah yang sudah meninggal, terpulang pada anda.

wallahualam...


p/s : untuk melihat gambar-gambar produksi Natrah, pergi ke blog ini, sharulbahat.blogspot.com!!!

Friday, December 11

Result - dua dan tiga berselang seli...


lima semester berlalu, result muncul bersilih ganti..

dan result untuk semester ini, agak melegakan aku sebenarnya, walaupun kepuasan masih tak ada.

macam tajuk pos aku minggu ni, 'dua dan tiga berselang seli'...

mungkin korang tak faham apa maksudnya kan...dua dan tiga itu adalah pointer aku setiap semester..

kalau semester ni aku dapat pointer dua, semester depan aku dapat pointer tiga...dan macam tu lah berulang selang seli setiap semester...

dan semester ni aku dah jangka perkara itu akan berulang lagi...

apa yang bezanya, aku sudah tiada repeat paper...

subject yang aku takuti akan gagal, iaitu subjek entrepreneurship, lulus dengan gred yang melebihi jangkaan aku...

aku fikirkan kalau begitu gred subject tersebut, maka pointer ku akan tinggi melambung, tetapi malangnya salah satu subject yang tak aku duga, telah mengecewakan aku...

subject itulah yang menurunkan sedikit pointer aku semester ini...

tapi tak mengapa, yang penting aku lulus, dan tinggal satu semester lagi untuk aku harungi...

aku berharap sangat perkara berselang seli ini akan berterusan untuk satu semester lagi...kerana semester depan, akan menjadi semester yang bersejarah untuk aku...

aku gembira dengan result aku...dan harap kawan-kawan ku yang lain juga begitu...

tahniah kepada korang yang dapat pointer tinggi, pada yang pointer rendah...jangan bimbang...ada banyak lagi masa...GANBATTE!!! hehe...


result datang, hati tak tenang, jiwa bergoncang, akhirnya...trannngg tang tanggg,....haha

Wednesday, December 9

MovieHolic - Blog reviu filem baru...


berlandaskan terlalu banyak komitmen dengan movie dan pos dalam blog aku in pun banyak pos berkenaan movie, maka aku telah mereka satu blog istimewa untuk peminat movie dan untuk diri aku sendiri.

MovieHolic
otakmovie.blogspot.com

begitulah nama blog baru aku itu. diharap semua dapat 'menonton' blog baru aku ini. mulai sekarang, semua reviu berkenaan movie yang aku tonton akan dipos ke blog baru ini.

segala pendapat amat aku hormati, dan berharap agar anda anda juga hormat pendapat aku.

Enjoy the MovieHolic. (:

Thursday, December 3

Magnifique*about the woman named Susan Boyle




Tertampar dengan kenyataan 'don't judge a book by it cover!!!'
dan ternyata benar selepas aku menonton video Britain's Got Talent yang memaparkan satu situasi extraordinary.

Salah seorang dari pesertanya adalah Susan Boyle, wanita berusia 47 tahun dan fizikalnya (tengok sajalah gambar yang aku letak kat sini). Dari pandangan pertama, memang kita tidak akan jangka bakat yang dimilikinya.

Simon Cowell bertanya akan impian Susan, dan dia menjawab untuk menjadi seorang penyanyi profesional. Terbeliak sekejap mata Simon dan penonton di situ hanya mengeluh di samping ada gadis-gadis cantik bersikap sinikal terhadap wanita ini.

Dapat digambarkan muka mereka menunjukkan perasaan menyampah dengan impian wanita ini yang tidak sepadan dengan rupa fizikalnya. Tetapi Susan Boyle hanya tersenyum manis tidak mempedulikan reaksi mereka.

Muzik pun mula beralun...

Dengan satu nafas, Susan Boyle melontarkan suaranya yang penuh lunak hingga membuatkan semua yang mendengar tergamam seketika. Sekali lagi Simon membeliakkan matanya tanda tidak percaya. Juri pun mula tersenyum tanda gembira dan terharu dengan magis suara Susan Boyle.

Indah.

Perasaan menyampah yang dirasa penonton bertukar menjadi indah. Belum pun habis rangkap pertama nyanyian Susan, semua yang hadir berdiri bertepuk tangan tanda kepuasan yang tidak dijangka. Aku yang mendengar dan melihat turut terasa terharu.

Selepas tamat nyanyiannya, Simon memberi komen, bahawa pada pertama kali Susan masuk ke pentas, dia akan menjangkakan sesuatu yang luar biasa akan berlaku (maybe a disaster for him lah!) dan ternyata benar, memang ada sesuatu luar biasa yang berlaku!

Susan Boyle telah membuktikan, rupa paras adalah perkara yang tidak penting dalam kerjaya seorang penyanyi. Apa yang penting adalah suara dan kejujuran hati.

Kini, dia telah menjadi salah seorang dari ikon Britain dan namanya sering menjadi sebutan. Impiannya untuk menjadi seorang penyanyi kini tercapai.

untuk melihat video tersebut,pergi ke link ini :

Thursday, November 26

Antara Manusia, Werewolf dan Vampire. *New Moon


Actually it is better than Twilight. Much more better!!!


Perasaan aku lepas tonton filem Twilight Saga : New Moon sememangnya melegakan. melegakan kerana selepas menonton filem yang mengecewakan, akhirnya diubati dengan kepuasan menonton filem ini.

Secara jujurnya, aku mula bosan nak tonton filem sebegini (kisah Vampire dan Warewolf) lebih-lebih lagi selepas aku hampa dengan filem pertamanya, Twilight, yang jalan ceritanya terlalu biasa bagi aku.

Tetapi sebaik sahaja diajak oleh salah seorang dari kawna aku untuk menonton, aku berasa terkejut dengan pencapaian filem ini yang mampu meragut jiwa aku hingga ke akhir penceritaan.

Gaya pengolahan yang kreatif dengan shot-shot kamera yang cantik dan menakjubkan ditambah pula dengan eksperimentasi visual ala-ala MTV dengan lagu-lagu menarik disertakan klip-klip mendebarkan, filem ini membuatkan akku berasa tidak bosan untuk menontonnya hingga ke akhir.

Setiap emosi yang disampaikan amat dirasai terutama yang watak Bella yang dibawa Kristen Stewart, yang kecewa selepas ditinggalkan kekasihnya, Edward Cullen si vampire. Lakonan watak Jacob Black juga menarik perhatian aku kerana watak ini boleh menjadi seorang yang sweet dan akhirnya bertukar menjadi berang secara tiba-tiba. Tetapi apa yang menghampakan aku, watak Edward Cullen yang dibawa Robert Pattinson (kegilaan gadis dia nih!) terlalu berlagak macho. Patah perkataan yang disebutkannya seolah dikawal dan Pattinson seolah-olah mengikut skrip!

Tetapi kecacatan lakonan Pattinson tidak mencalar keseluruhan filem. Adegan yang mencemaskan cukup membuatkan bulu romaku meremang terutama ketika babak serigala.

Dan yang paling aku tertarik, adalah endingnya. Aku amat minat filem yang mengetengahkan 'ending tergantung' membuatkan kita tertanya-tanya dan berasa tidak puas hati hingga ingin menonton lagi sambungannya.

Sambungan filem Twilight ini sememangnya menarik dari filem pertamanya dan aku amat puas hati.

Wednesday, November 25

Dua Dekad Aku Hidup

Hari ini, 25 November, pukul 12.00 tgh malam mak aku call aku.

dia ucap selamat hari jadi kat aku, dan nota tambahan, dia turut beritahu yang aku lahir tepat pukul 12 tgh malam bersamaan dengan masa dia call aku tu. terharu aku ketika itu.

ucapannya agak berlainan dari tahun sebelumnya. "Semoga berjaya menempuh alam dewasa,"katanya. Genap umur aku 20 tahun, dua dekad aku hidup di dunia ini. walaupun belum banyak pengalaman, tetapi cabaran yang aku tempuh untuk sampai ke angka 20 memang payah.

sebagai kefahaman semua, walaupun umur ku 20 tahun, tetapi jiwa ku seolah remaja 15 tahun. muka ku tidak kelihatan tua begitu juga dengan perangai ku. aku seorang yang lambat untuk mendapatkan pemikiran yang matang. ya, memang aku kurang matang, dan susah bagi ku untuk menjadi matang.

mungkin lima tahun lagi barulah aku boleh bersikap kedewasaan. aku sekarang seolah seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh seorang dewasa.tapi aku dah tak kisah.

kalau dulu aku sentiasa berfikir untuk mengubah diri aku supaya menjadi matang, hingga membuntukan kepala aku, tetapi kini tidak. aku hanya mengikuti perangaiku yang sedia kala dan menjadi diriku sendiri.

20 tahun.

masa yang terlalu lama bagiku dan terlalu sekejap bagi yang lain.

achivement demi achivement aku gapai dan sekarang, aku ingin mengubah satu perkara yang sudah lama membelengu hidup aku.

keyakinan.

keyakinan aku sebagai seorang dewasa sepatutnya tinggi, dan aku sudah tidak boleh lagi mengikut kata-kata orang yang boleh menyekat aku dari hidup cara aku. aku perlu yakin dengan diri sendiri dan dengan kebolehan sendiri. kini aku sedar kebolehan aku, dan apa yang aku perlukan adalah sokongan.

serba sedikit semua akan tahu tentang diri aku dalam pos ini.

tulisan, gaya, dan peribadi aku amat berlainan antara satu sama lain.

itu lah aku, yang telah hidup selama dua dekad.

selamat hari lahir kepada aku, dan apa yang aku nak cakap, adalah sesuatu yang belum pernah aku katakan sebelum ini...

aku sayang diri aku sendiri. itu dia...

Tuesday, November 24

Kehidupan Di Angkasa


Nak dekat sebulan dah selepas berlalunya 2 November yang lepas.

Dimana aku mula menyertai angkatan praktikal bersama segerombolan lagi sahabat lain yang menuju ke destinasi masing-masing.

aku juga menujui ke destinasi ku yang tersendiri untuk menyahut seruan markah semester enam.

pada mulanya, memanglah nervous datang menerpa.
tetapi, aku buat tak tahu saja.
lama-kelamaan, aku semakin menjadi lupa.
dengan nervous yang dulunya ada.

lokasinya di Angkasa,
ledudukannya di IPPTAR, Selangor FM.
tugasanya, membantu unit berita dan promo secara bergilir setiap minggu.

alhamdulillah, tiada perkara yang memeningkan kepala aku ketika ini.

senang susah bekerja biasa ada.
kerana itu lumrah keringat diperah.

sebulan hampir berlalu.
dan tinggal sebulan lagi.

baru ku tahu kerjanya radio.
buatnya berita.
jadinya promo.
harganya iklan.
susahnya wartawan.
kreatifnya juruhebah.

aku kini di Selangor FM.

Yang terletak di Angkasapuri.

Rehat Tunggu Makan.

hidup di angkasa agak menyenangkan.

Saturday, November 21

Kiamat Yang Kelakar? *sebuah review 2012


21-11-09, aku menonton filem arahan pengarah yang ku hormat, Roland Emerich (Independant Day adalah karyanya yang aku iktiraf hebat) dan lakonan John Cusack serta Amanda Peet.

Perkara pertama terlintas di fikiran aku selepas menonton filem ini adalah tentang pengolahan isu kiamat yang diadaptasikan di dalam filem yang penuh dialog humour, patutkah? persetankan kehebatan CGI segala yang superb dan hebat kerana itu bukan lagi satu penafian bagi filem keluaran Hollywood.

Filem ini terlampau menumpukan pada teknik kemusnahan bumi hingga ianya menjadi terlalu cliche dengan filem-filem disaster yang lain. bagi aku, tiada suatu yang baru dalam cerita ini melainkan isu yang utarakan berasal dari hebahan ramalan kaum mayan tentang info kiamat 2012. dan selebihnya, tentang kisah heroic seorang bapa yang tidak terkesan dengan tragedi kiamat, kisah kerajaan yang lebih mementingkan orang-orang kaya dari rakyat jelata, kisah orang huru-hara..bla bla bla. where is the x factor in this movie?

yang paling tidak boleh diterima oleh benak aku adalah berkenaan penggunaan dialog-dialog humor yanh terlalu kerap. kenapa watak dalam cerita ini seolah tidak terkejut dengan situasi kiamat yang dialami dan sempat bersenda gurau sesama sendiri sedangkan mereka semua di ambang maut. mungkin pengarah ingin membuatkan penonton tidak bosan dengan filemnya tetapi masih ada cara lain untuk menarik perhatian mereka.

dan akhirnya, mereka semua bertemu jalan penyelesaian dengan mencipta bahtera yang dapat memuatkan makhluk bumi dari malapetaka. apa yang menariknya disini, bahtera tersebut diselenggara dan direka di negara China. simboliknya di sini, everything are made in China. Haha.

berkaitan kaum mayan pula, bagaimana mereka boleh tahu tentang kiamat 2012, masih misteri. dan aku percaya, sebagai seorang Islam, setiap satu yang terjadi pasti ada hikmahnya. aku ada terbaca kisah dajal dan kaitannya dengan kaum mayan, atlantis, nostradamus, merlin dan banyak lagi misteri dunia. 2012 juga salah satu dari misteri dunia. persoalannya, adakah manusia akan menjadi huru-hara pada akhir 2012? kiamat yang bagaimanakah akan terjadi. mungkin aku akan buat pos yang lain tentang kisah dajal dan misteri lain. buat masa ini, biarlah ketidakpuashatian aku terhadap filem ini diperbentangkan.


dan memang, kesimpulannya, aku tak berapa puas hati dengan keupayaan filem ini dan pasti ramai mencemuh pendapat ku ini kerana aku bukanlah pengkritik filem, aku hanya seorang penonton biasa yang ingin menikmati kemanisan filem. dan ya, kamu yang meminati filem disaster pasti akan menyukai filem ini. filem ini masih boleh ditonton.

p/s: harga tiket yang aku beli RM '12'...what are the odds.

Monday, November 16

Beginning of Ending of Beginning

dua minggu lepas, 6 november 2009, berakhirnya sudah semester limaku.
dua minggu lepas, 2 november 2009, bermulanya latihan praktikalku.

tersangat sekejap rasa pembelajaran semester ini. dan begitulah yang berlaku setiap semester,seolah-olah masa semakin dipendekkan. sekarang aku menunggu untuk masuk ke semester akhir diploma. padahal aku rasa macam baru semalam aku hadapi minggu mesra siswa uitm semester 1.

semester ini membuatkan aku sangat risau akan keputusan peperiksaan ku. satu subjek yang amat aku takuti mungkin bakal menggugat pointer semester lima aku. satu subjek yang kredit hournya adalah tiga. jika aku gagal mendapat markah tinggi, pasti jatuh terjunam pointer ku semester ini.

dan subjek yang lain-lain, bagi ku hanya biasa getirannya. tetapi keyakinan untuk mendapat markah tinggi tetap berkurangan. dan semester ini juga, aku berasa keseorangan. dan nasib baik, masih ada kawan yang sudi mengurangkan keseorangan ku itu.

semester ini juga, bermula sesuatu yang baru, dari sesuatu yang berakhir.

berakhirnya semester ini, maka aku pun memulakan latihan praktikalku di stesen radio negeri Selangor FM yang bertempat di Angkasapuri. dua minggu sudah aku bekerja sendiri dan perasaan kusut cuma sekejap hadirnya.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

tak boleh nak taip banyak sangat, nanti kena marah dengan bos.

selamat bercuti pelajar TEKA, dan selamat praktikal kawan yang sama batch. :)

Thursday, November 12

My Love Since Always

aku sedar aku telah menjalinkan hubungan cinta dan berpisah dengan si dia, si dia dan si dia.

dan aku masih juga mencari yang tidak menyakitkan hati ini.

muncul satu persatu, dan akhirnya pergi dengan kecewa di hati ini.

kebodohan aku mencari yang tak kan jumpa, hanya akan, jika sudah diri ini lengkap dengan kejayaan.

pesan ibuku sedemikian rupa, doanya untuk mencari yang mulia.

pesan menjadi badi, yang hina berlalu pergi.

tapi itulah yang ku katakan perihal kebodohan ku.

aku mencari sedang yang di hati sudah lama terpaut yang satu ini.

kini aku tidak ingin lagi mencari, biarlah mereka yang menanti, kerana pesan ibu terpahat di hati.

dan kini aku mengenali siapa kekasih hati,

yang menemani ku di kala sepi,
kebosanan
disaat yang lain meniggalkan diri ini.
disaat yang lain tak kenal hati ini.

perawat jiwa luka ku ketika aku beberapa kali kecundang dalam perlawanan cinta.

yang memberikan aku perasaan sedih, gembira, gusar, ceria, suram mahupun kusam
memahami hati ini sama ada dalam hiba atau terkesima.

ianya bukan satu di dalam beribu.
tetapi beribu di dalam satu.

movie.

my latest girlfriend. my always and my passion.

aku senang dengan kau kini, pergi jahanam sama yang lain.

Film.Movie.Movingpictures.Motionpictures.Cinema.Video.LoveAll

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...