Thursday, April 16
Melayu Dalam Tiga
10 April lepas, aku telah menghadiri majlis tayangan perdana filem pertama keluaran fakulti aku, filem 3 Budak Melayu arahan Mamau Hakim, pelajar degree semester 4 ke 5 kalau tka silap aku...
Pastinya bangga menjadi anak TEKA kerana filem tersebut mungkin bakal ditayangkan di panggung wayang tak lama lagi. Misi faklulti aku untuk melahirkan karyawan seni yang berjaya juga hampir tercapai.
Tapi setiap pencapaian pasti dirintangi dengan pelbagai masalah dan kelemahan. Satu percubaan yang bagus sebenarnya buat abang Mamu kita kerana berjaya menyiapkan filem ini dalam masa 12 hari.
Kerja-kerja produksi aku tak berapa detail sebab tak tahu sama ada Mamu menggunakan kamera filem, BETA atau HD. Tapi apa yang dihasilkan memuaskan.
Berbalik kepada filem 3 Budak Melayu. Macam mana? Soalan yang sering terpacul keluar dari mulut orang ramai kepada yang sudah menonton.
Aku tak mahu menilai filem tersebut hanya dari pandangan mata aku. Tapi menurut pandangan semua orang yang dah menonton, selepas aku bertanya, hampr keseluruhan dari mereka memberi komen, 'Bolehlah...'
It is not a bad review actually. For his first feature film, Mamu telah menghasilkan yang terbaik untuk shot dan camere movement. Cuma jalan cerita yang agak lemah.
Tapi salah siapa? Director atau scriptwriter? Filem akan menjadi rosak tanpa ending yang sempurna. Begitulah keadaanya untuk filem ini, ending dan klimaksnya tak terlalu kuat.
Berbekalkan jalan cerita tentang kehidupan 3 orang budak melayu, seorang lelaki dan dua orang perempuan, mereka ingin menghasilkan sebuah filem untuk projek akhir subjek di fakulti mereka. Rintangan demi rintangan dilalui dan akhirnya dikecapi juga.
Filem arahan Mamu hakim dan skrip ditulis Prof Hatta Azad Khan ini memang sesuai untuk tontonan semua. Nasihat aku, jangan tontonnya seperti menonton sebuah karya seorang pelajar...: )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteentahlah...
ReplyDeleteaku tak berani nak post komen, Mamu tu aku respect giler...(takut pun ade gak... ;p)
filem ni kan belom habis edit lagi, dah name pun feature film, maybe ade lagi elemen2 yang belum disuntik oleh Mamu, who knows...?
mungkin akan ade sequel dari filem ni...
n bagi storyline die pulak, aku rase agak kuat untuk dipacakkan...
cume mybe ending yang agak terburu2 yang menyebabkan masalah ni sume berlaku...
to me, its a good effort, nice approaching, satu pendekatan yang baik berjaya dilakukan untuk membuat sebuah pembaharuan yang sesuai dengan gaya filem ini yang bersifat moden...
thats all...
;p