Saturday, August 29
Ber'Tuah' Punya Melayu.
Kerana Sultan,Tuah binasa.
Kerana Tuah,Melayu dihina.
*petikan kata-kata dialog dari filpen 'WASIAT' karya seorang kawan.
ketika ini aku sedang bermain game mafia wars di facebook, sambil-sambil tu terfikir untuk mengantar pos baru ke blog. aku memikir apa cerita menarik untuk dicoret?
fikir,fikir, dapat! siang tadi, dan minggu lepas, ketika kelas subjek naskah klasik, pensyarah telah menayangkan filem hang tuah, lakonan allahyarham tan sri p.ramlee. erm, ya! inilah isu yang akan dibangkitkan oleh aku dalam pos ini. tentang hang tuah.
hang tuah, lambang keperkasaan melayu. tapi adakah itu sahaja lambang melayu yang ditonjolkan hang tuah? sedangkan kewujudannya pun diragui, keperibadiannya pun dibimbangi dan kesetiaannya pun dicurigai.
dalam filem hang tuah itu, bukan setakat keperkasaan dan kehemahan pekerti hang tuah sahaja yang dapat dilihat, malah sifat hipokrit, sengkek dan putar belitnya juga banyak. adakah sanggup seorang manusia membunuh sahabat baiknya sendiri sejak kecil demi menyetiakan diri pada orang yang menghina dirinya, Sultan!
sultan sendiri menganggap tuah sebagai hamba, orang suruhan, anjing! itukah lambang orang melayu? menjadi anjing kepada pemerintah? tuah sanggup membiarkan dirinya dibunuh tanpa membela diri atau dibela. itukah lambang orang melayu? didikriminasi tanpa boleh meluahkan sepatah kata? tuah sanggup melukakan hati tun teja untuk dipersembahkan kepada sultan. itukah lambang orang melayu? sering mempermainkan perasaan orang lain?
apa agenda hang tuah? mengapa dia begitu taksub dengan kesetian terhadap sultan? bila sultan dah mula sayang, maka apa yang tuah hasut pasti akan dilaksanai baginda. mungkin itu agendanya, setia kepada sultan, dan habuannya, empayar melaka terletak ditangan. tuah inginkan melaka? mungkin.
dulu orang fikir hang tuah lambang keperkasaan melayu, tetapi sekarang fikiran orang lebih terbuka. dikatanya hang tuah lambang keburukkan orang melayu. zaman hang tuah sudah berlalu, zaman ikutan trend gaya hang tuah sudah berlalu.
sekarang zaman jebat. orang akan mengata mengapa jebat menderhaka, jebat akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil! melayu kita sekarang harus mengikut jejak jebat, menentang korupsi pemerintah!
siapa yang benar? jebat yang benar kah? atau tuah yang benarkah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemua soalan akan terungkap jika bro faham apa itu ISLAM, maksud MELAYU DAN ADAT SERTA KESENIANnya, maksud SEJARAH dan perbezaannya dengan BUAH MULUT, serta kenapa pula Mantan Perdana Menteri kita memansuhkan prisip "DAULAT" dalam sistem berraja...
ReplyDeleteSama-sama kita renungkan...
kenalilah melayu...
kenalilah diri sendiri...
kenalilah bangsa sendiri...
Jadilah tuan di bumi merdeka...
:-)
kita bukan tuan di bumi sendiri..
ReplyDeletekita adalah pejaga...
hanya penjaga,bukan raja atau ketua...
ketua dan rajanya hanya satu..
iaitu yang maha esa...
Di dalam kitab panduan umat islam telah menyatakan bahawa kita sebagai umat manusia yang berkiblatkan Kaabah perlulah menjaga maruah, hak-hak diri sendiri dan masyarakat. Bermakna hidup dunia ini bukan berseorangan dengan tanpa menghiraukan masyarakat di sekeliling kita. Dalam islam, wujud istilah "KETUA". Sebab itulah saya menyarankan bro faham dahulu apa itu ISLAM, maksud MELAYU DAN ADAT SERTA KESENIANnya, maksud SEJARAH dan perbezaannya dengan BUAH MULUT, serta kenapa pula Mantan Perdana Menteri kita memansuhkan prisip "DAULAT" dalam sistem berraja. Agar tiada kepesongan yang berlaku terhadap pemikiran anak bangsa kita.
ReplyDelete:-)
hehehe...takpe2..tanx for your komen bro
ReplyDeleteaku terime seadanya..
tapi perlu diigtkan pada ketua2 bumi yang nak baca blog ni..blog ini bukan mengutuk melayu, tetapi mengkritik perlambangan jati diri orang melayu, hang tuah...ingat ye...jangan salah faham..optimiskan diri dan always think positive,..jgn jadikan blog laman perpecahan persaudaraan..
onece again tanx 4 the komen..same2 kite perluaskan isu yang dah sedia ada dengan batu jemala kite sendiri..
peace :)
batu jemala tu ape...?
ReplyDeleteteng teng teng....hahaha
hmm aku ade dgr ceta tp x spasti kesahihannya...yg hang tuah tu sebenarnya bukan org melayu tetapi org dari tanah besr china..
ReplyDeletecubaa tgk betol2 nama die hang tuah..org dulu2 hanya hang tuah,hang jebat,hang lekir,hang kasturi,hang lekiu ngan puterti hang li po je ade nama 'hang'..cuma prosa tradisional dah ubah nama dorg sket..cth : hang lock yu = hang lekiu...n then mcm ko ckap..kubur2 kesan kewujudannya memg xder kat melaka apatah lagi kat malaysia,sbah srawak dan brunei..hang tuah gak dikatakan hilang gitu je lepas kedtgn potugis d mlaka,,,
isu nih memg menarik lau dibawa ke hadapan..bia org sedar sape hang tuah yg sebenornya..n berhenti dari mengagungkan sumthing yg x pasti..
yup..ade jugak yang kate habg tuah tu sbenarnya perempuan, sebab keris taming sari hanya lemah pada perempuan...dan banyak lagi lah spekulasinya..
ReplyDeleteya, ini memang topik yang menarik...lagi menarik kalau ianya hanya mitos semata dan rekaan...
kalau betul rekaan, maknanya ita ni mmg kreatif lah!haha
aku sokong.... kesetiaan pada yang benar...
ReplyDeletederhaka pula biar berilmu, jgn main serbu...
ketua x spatutnya mementingkan diri, tapi hanya menyelesakan diri stelah anak2 buahnya berpuas hati...