Thursday, July 30

Influenza A (H1N1)

Something happening...

Something happening...

Something happening...

Monday, July 27

Pergi...


Dari seorang, ke dua orang, ke tiga orang, ke beberapa orang, hingga tinggal aku seorang....


Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun...takkan berganti. Kini aku ingin menyentuh isu seorang karyawan atau lebih enak jiga aku gelarkan beliau sebagai insan biasa. Kerana semana besar dan kaya dan kuasa dan hebat dan agungnya kita, kita tetap insan biasa. Itu lah peribadi beliau, Yasmin Ahmad. Insan biasa yang mengamalkan kejujuran dalam hidup serta menangkis hipokrasi dalam diri.


Siapalah aku untuk menulis artikel tentang beliau. Tetapi sudah terbukti, karya beliau mempengaruhi gaya hidup aku. Aku belajar erti hidup dalam karya beliau. Ish, kenapa lah aku over sangat ni. Aku tak kenal beliau pun. Tapi aku pulak yang melebih-lebih.


Takpelah, mungkin kita ditakdirkan tidak mengenali antara satu sama lain, tapi jauh dari sudut hati, kita saling mengenali. Yasmin Ahmad pernah datang ke majlis screentalk di Puncak Perdana ketika aku semester dua. Dan ketika itu lah baru aku ketahui peribadi beliau. Sepet kisah kemanisan kehidupan, Gubra kisah kemanisan kehidupan, Mukhsin kisah kemanisan kehidupan dan Talentime kisah kemanisan kehidupan. Itulah yang sering kita cari, kemanisan kehidupan.


Takde apa nak diperkatakan lagi, hanya berharap, filem Muallaf dapat ditayangkan sempena tribute kepada beliau yang dah tiada tetapi ada.


Al-Fatihah.

Tuesday, July 21

Hot Heart tak Pernah Berhati Panas

Memang yang terbaik pernah aku alami! Mereka ini lah adik-adik junior yang paling aku kagumi dan aku hormati.

Mereka adalah anggota kumpulan satu sesi induksi bersama pelajar Sem 5 FACT yang digelar Hot Heart. Terdapat 13 orang kesemuanya, 6 perempuan dan 7 lelaki. Tiada seorang pun yang menimbulkan masalah kepada aku. Bersama-sama Lokman, Yus dan Syakila, kami beraya membentuk mereka ke arah yang peuh berseni.

Aku amat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi facilitator kepada mereka-mereka ini. Mereka yang bernama Amir, Amirul, IZ, Panjang, Reza, Syuhada, Amanda, BB, Nash, Aisyah, Jut, Naz dan Shisha telah memberi aku satu pengalaman baru.

Pada mulanya aku amat takut hendak membimbing mereka kerana siapalah aku ini bagi mereka. Tetapi ternyata aku salah! Dari awal hingga akhir mereka cukup enjoy yang bersikap terbuka. Dari yang pendiam hingga kepada yang paling banyak cakap, semuanya cukup sporting.

Hari paling bahagia bagi diri aku iaitu ketika malam penutup induksi. Malam gala yang mempersembahkan performance dari pelajar-pelajar junior. Group ini mempersembahkan satu sketsa yang diberi nama 'Retrospektif' iaitu menggabungkan kesemua aliran muzik mengikut peredaran zaman.

Dari zaman P.Ramlee, ke zaman 70-an dan M Daud Kilau, membawa ke era rock kapak dan reggae, hinggalah ke zaman kontemporari dan kegemilangan Bunkface. Mereka cukup sempoi melaksanakan persembahan tersebut. Tiada istilah malu dalam diri mereka. Walupun mereka hanya miming di pentas, tetapi sorakan penonton menunjukkan persembahan mereka brilliant. Begitulah kata-kata juri, Jebat, Shah dan Am, yang menyukai persembahan mereka.

Aku sangat sayang kepada kumpulan ini. Aku berharap keakraban yang dilalui ketika minggu induksi, akan kekal hingga ke hari graduan aku, dan hingga selama-lamanya. Aku sangat sayang mereka. Dari Amir yang penuh dedikasi, Amirul yang tidak pernah mengalah, Panjang yangpenuh dengan idea, IZ yang sangat berkeyakinan tinggi, Shisha yang tak pernah peduli apa orang kata, Nash yang sangat berfikiran positif, Amanda yang blur tapi sempoi, Aisyah yang diam-diam berisi, Naz yang penuh dengan kejutan, Syuhada yang gila tapi sporting, BB yang tak pernah berasa penat, Reza yang patuh arahan dan Jut yang bersemngat rockers!

Aku sayang mereka...


Dari Kiri Berdiri : Amanda,Panjang,Jut,Aisyah,Syuhada,Naz,Nash.
Dari Kiri Duduk : Amir,IZ,Reza,Shisha,BB,Amirul

Internet Kembali Akhirnya

Setelah hampir tiga minggu aku menunggu, akhirnya dia kembali. Ya, seronok tak terkira. Siapa tak nak main internet free. Kat kolej aku je lah yang aku boleh rasa. Lain pun pakai wifi. Tapi main kat dalam bilik lagi best.

Lepas ni, laman-laman seperti Google, Myspace, Facebook, Frendster dan Blog akan menghantui hidup aku selama satu semester ini. Hahahahahha.

Friday, July 3

Aku Tetap Anak Jati Johor!


Dekat dua bulan aku termanggu di tanah tumpah darah aku, Johor Bahru, Johor.

Kini aku akan kembali sekali lagi ke Shah Alam buat kali yang kelima untuk menyambung pengajian ku di UiTM. Dan mungkin juga ini kali terakhir aku melangkah keluar dari JB. Besok, 4 hb Julai, aku akan mendaftar semula di Puncak Perdana.

Walaupun aku kerap kali berpindah rumah, tetapi alamat nya tetap di Johor. Selama dua dekad aku hidup, tidak pernah sekali aku bermastautin di luar kawasan Johor. Kawasannya sahaja yang berlainan. Larkin, Plentong, Kebun Teh dan terakhir sekali, Ulu Tiram.

Kali ini buat kali ke berapa entah, family aku ingin berpindah lagi. Alamatnya belum ditentukan, dan ada khabar angin menyatakan mereka ingin berpindah ke Kuala Lumpur. Dan jika benar, ini akan menjadi kali pertama aku bermastautin di luar Johor.

Tetapi Johor tetap di hatiku, walaupun kini, dalam masa dua belas bulan setahun, hanya 2 bulan lebih sahaja akan aku luangkan di Johor, bulan selebihnya aku menetap di Shah Alam. Selepas ini, sekali lagi aku mengucapkan, Selamat Tinggal Johor.

Tuesday, June 30

Michael Jackson and HiStory...

Kira-kira pukul lima pagi hari jumaat lepas, aku dikejutkan ayahku. Dikatanya, Michael Jackson dah mati!

Aku terkejut, tapi rupanya ketika itu beliau sedang masih lagi dalam keadaan nazak. Tepat pada kejadian itu jugalah, seluruh stesen televisyen,saluran berita seperti CNN, BBC dan Astro Awani, menyiarkan berita, yang mengesahkan ketiadaan MJ di muka bumi ini lagi.

Aku mendapat berita sepenuhnya selepas bangun dari tidur, apabila televisyen di luar bilik, sayup-sayup melaungkan berita kematian MJ melalui berita CNN. Kulihat paparan visual di TV, kelihatan video peminat-peminat yang kecewa dan sedih dengan pemergian bintang ternama itu.

Apa yang membuatkan aku terharu, bintang itujuga merupakan idola aku semasa masih kecil. Aku ingat lagi, ketika aku masih disekolah rendah, aku sering meniru aksi tariannya. Siapa yang tidak kenal dengan tarian Moonwalk, Videoklip Smooth Kriminal yang hebat, Lagu Billy Jean yang sering berkumandang hingga ke hari ini.

Serentak dengan kematian MJ, kuasa media baru menunjukkan taringnya. Dalam beberapa minit selepas kematiannya, internet mula menyebarkan berita yang tak disangka itu. Mungkin ramai yang akan berkata, blog aku terlewat dan ketinggalan zaman kerana baru menceritakan perihal MJ. Tapi aku tidak peduli.

Hingga sekarang, aku masih menyangka Raja Pop itu masih hidup. Bukannya aku tida dapat menerima kenyataan, tetapi, hati aku yang seolah-olah menyatakan Michael masih hidup! Hingga ke hari ini, berita kematian MJ masih berkumandang, mengalahkan berita kemenangan Brazil di Piala Konfederasi, mengalahkan berita krisis di Honduras, dan mengalahkan berita pilihanraya di Iran.

Begitulah hebatnya Michael Jackson, ketika hidup disanjung, ketika tiada dikenang. Bukan mengagung bangsa barat, tapi itulah kenyataan. Michael, atau mungkin nama Islamnya Mikaeal, merupakan wajah bangsa dunia. Aku akan terkenanglagu Black And White, Thriller, Bad, BillyJean, dan banyak lagi.

Takziah buat keluarga dan peminatnya...you're not alone when you're gone...

Wednesday, May 6

Holiday or Hooreeday??

semenjak cuti, inilah kali pertama aku menulis pos blog...takde mase nak pegi cc la..

so, di kesempatan ini, aku nak cerita sikit pahit jerih suka duka riang ketawa aku pada cuti semester kali ini.

perkara yang paling aku nanti kan pada cuti ni, dah semestinyalah nak tengok movie kat panggung banyak kali. Wolverine, star trek, monster vs aliens dan banyak lagi movie yang aku nak tonton.

masalahnya, macam mana nak tonton kalau duit takde. seminggu aku duduk belengas kat dalam rumah, takde satu pun duit masuk. bosan. nasib baik ada psp adik aku ngan home theatre bapak aku. boleh aku layan.

seminggu lepas aku duk belengas, mak aku offer kerja kat catering saudara aku, pak akob. akhirnya aku ubah persepsi cuti semester aku dengan bekerja. gaji pon boleh tahan lumayan.

boleh juga aku buat modal duit gaji ni untuk belanja awek aku tengok wayang. lame dah tak jumpe die.

kalau kerja tu ade lagi, mestilah aku nak pergi. gajinya, satu hari rm50. kerja tak tetap, kalau ade orang kawen, jamuan makan2 atau ape2 function, mak aku akan ajak aku kerja sama. kena lah aku menjadi waiter pakai baju kemeja putih dengan bow tie. heheh, kerja senang..nanti aku akan letak gambar aku jadi waiter untuk vip..tungguu..

selamat tinggal semua...

Saturday, April 25

The End.


Begitulah ungkapan yang akan keluar selepas habis menjawab kertas soalan petang tadi...

Penat lelah semester ini akhirnya tamat juga. Perkataan 'puas' hanya akan terluah sekiranya pointer semester ini keluar dengan hasil yang menakjubkan. Mungkin penat lelah ini akan terbalas, dan mungkin juga tidak.

Banyak perkara berlaku semester ini. Tak perlu tahu, asam garam dunia, ada suka dan ada duka. Tapi hampir ke hujung semester, banyak pulak dukanya. Ah, aku tidak peduli semua itu. Aku datang sini nak belajar, bukan nak dengar tohmahan dari mulut orang yang tidak berpendidikan dan tidak berotak waras.

Peduli lah apa orang nak kata, aku tahu siapa aku. Semester ini aku seronok, dengan matapelajaran, pensyarah dan pembelajaran aku sendiri. Tiada masalah. Semuanya baik-baik belaka. Malahan cita-cita aku untuk menjadi anak seni semakin tercapai pada semester ini.

Tentunya semester ini lain dari semester-semester yang lepas. Dan sudah semestinya semester depan akan berbeza dengan semester ini.

Sudah empat semester aku bertapa, dan apa yang aku dapat. Jawapannya, banyak! Aku manfaatkan semuanya, orang nak kata aku bodoh, katalah, aku tau, aku berpelajaran, tidak seperti mereka.

Tamat sampai disini, jumpa semester depan. Lembaran sejarah baru akan terbuka...

Thursday, April 23

Kau Tontonlah...!

Semester ini aku banyak luangkan masa menonton filem. Tak tau lah dah berapa banyak aku dah tonton. Tapi aku nak kongsi dengan korang semua. Aku syorkan korang tonton filem-filem ini. Mungkin korang dah tonton, dan kalau betul sudah, tolonglah bagi feedback balik. Kepada yang belum tonton, kau tontonlah...


Cerita ni memang best. Buat pengetahuan korang, Atonement bermaksud penebusan dosa. Apa yang menarik dalam cerita ni adalah iainya menggunakan pendekatan multiple point of view macam yang terdapat dalam filem Vantage Point. Mengisahkan kehidupan dua orang individu melalui mata serang kanak-kanak. Dilakonkan oleh Keira Knightley, James McAvoy dan Romola Garai.

Fuh, memang menarik filem ni. Mengisahkan biografi kehidupan seorang aktivis gay yang bukan hanya mempertahankan hak golongan gay, tetapi juga golongan minoriti. Filem ini perlu ditonton engan minda yang terbuka dan harus dipandang dari sudut yang positif. Amat menyentuh perasaan. Harvey Milk lakonan Sean Penn memang menakjubkan. Ditambah pula dengan lakonan James Franco.

Karya sentuhan Steven Spielbierg ini memang dah lama ditayangkan. Tetapi korang memang patut tonton filemini kerana isu yang diutarakan amat menarik. Mengeisahkan kehidupan pada zaman akan datang yang emngawal jenayah sebelum kes jenayah itu berlaku. Lakonan Tom Cruise memang mantap.

Kelakar aku baca tajuknya pada mulanya. Ceritanya juga memang agak kelakar, tetapi kelakar yang bijak. Membuatkan orang terfikir-fikir tetang perkara yang sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang, iaitu merokok. Aaron Echart menjad seorang lelaki yang petah berkata-kata dan kata-katanya itu mampu mempengaruhi orang lain. Hebat!

Filem ini penuh dengan twist scene. Babak paling seronok adalah ketika Hayden Christensen sedang dibedah dan dia yang sedang dalam keadaan koma sebenarnya dalam keadaan 'berjaga' dan merasai keperitan dibedah. Dalam komanya itu juga dia dapat tahu tentang komplot kekasihnya, Jessica Alba dengan doktor serta kawan baiknya sendiri, Terrence Howard. Tapi sayangnya, cerita ini terlampau singkat. Mungkin pengarah ingin fokus pada plot utama.

Filem.Muzik.Politik.

Apa kaitan ketiga-tiga perkara ini. Tidak aku nafikan, aku meminati bidang filem dan politik tetapi kurang pula minatku pada muzik. Tetapi aku masih menyukai muzik.

Setiap bidang ini ada falsafahnya tersendiri. Filem, ada orang kata filem itu cermin kehidupan kita. Muzik, ada orang kata muzik menggerakkan dunia. Politik? What about it? Politik yang menjamin hidup kita? Ya dan tak. Aku minat politik, tapi aku kurang fasih dalam perihal politik itu sendiri. Mungkin usia aku yang baru nak matang membuatkan aku keliru sedikit tentang politik. Tapi itu tak bermakna aku tidak boleh bercerita tentang politik.

Filem? Ya, aku agak hebat dalam bidang ini. Walaupun ramai yang mempertikaikan kebolehan aku dalam bidang ini. Muzik? Agak lemah, tetapi aku boleh mengkaji apa yang terdapat disebalik ritma dan rima muzik tersebut. Filem merupakan satu perkara yang kita senang fahami tetapi kadangkala susah untuk kita tafsirkan. Muzik pula sesuatu perkara yang membuatkan seseorang itu merasai apa yang ingin diluahkan. Politik pula, satu subjek untuk kepentingan rakyat yang merupakan kewajipan bagi seorang pemimpin.

Hipokrasi, apa itu hipokrasi. Perkataan ini sering kita dengar dalam bidang seni. Baik dari filem hingga ke muzik sampailah ke politik. Hipokrasi sudah menjadi perkara biasa bagi bidang-bidang sebegini. Tetapi ini soalan yang sering bermain dalam otak aku, apa itu hipokrasi? Adakah ianya perkara yag elok atau tidak? Hipokrasi membohong? Hipokrasi berpura-pura? Hipokrasi perlakuan? Apa? Aku tak faham.

Tapi itu lah yang semua orang alami dalam bidang filem dan muzik. Ada pepatah berkata, filem dan muzik kerja tipu. Kita hiburkan orang, kita bagi orang dengar apa yang mereka nak dengar, kita bagi orang tonton apa yang mereka nak tonton, bukan ke tu kerja tipu. Adakah itu maksud hipokrasi dalam bidang seni?

Bagaimana pula dengan politik? Adakah orang dalam politik juga sama seperti orang dalam bidang seni? Adakah mereka bagi kita apa yang kita nak? Betul ke begitu? Tidak. Politik ada banyak jenis. Dan terpulang kepada jenis-jenis tersebut bagaimana ianya dilaksanakan. Pernah sekali ayah aku ingin memasuki bidang politik semula baru-baru ini. Tetapi dilarang oleh ibu aku. Katanya, dah tua-tua ni lebih elok pergi ke masjid, tak payah nak masuk politik balik, buat tambah dosa je. Begitukah politik? Kerja yang berdosa?

Kalau politik satu pekerjaan yang berdosa, bagaimana pula dengan bidang filem dan muzik. Beginilah, aku akan berbalik semula kepada niat, semua yang kita lakukan akan bertunjangkan kepada niat. Andaikata kita menceburkan diri dalam bidang filem, muzik dan politik, bagaimana niat kita ketika itu. Jikalau untuk mencari rezeki, insyaallah diberkati, tetapi jika kerana perkara lain, baik kita lupakan. Aku terlibat dalam bidang perfileman kerana ianya minat aku dan bakat aku. Kerana aku ingin mencari rezeki melalui bidang ini.

Perkara yang boleh aku rungkaikan melalui ketiga-tiga bidang ini, adalah melalui satu perkataan yang aku sebut baru tadi. Hipokrit. Tapi jangan salah faham, hipokrit tidak semestinya perkara yang tidak elok. Ajarlah aku jika aku silap, tunjuklah aku jika aku sesat. Ini hanyalah pendapat, dan pendapat tiada salah, dan tiada pula betulnya. : )

Tuesday, April 21

Menanti Kertas


Disebabkan kesilapan kita dulu, kesan buruk akan muncul sekarang. Disebabkan kesilapan kita sekarang, kesan buruk akan muncul akan datang...

Begitulah perkara yang berlaku pada diri aku ketika aku belajar di fakulti ini. Kelemahan aku yang paling lemah, adalah menganggap sesuatu perkara sebagai benda yang remeh.

Sudahnya, aku tersangkut kat kolej menunggu hanya satu paper exam untuk diselesaikan. Bertambah parah lagi, paper tersebut adalah paper repeat aku.

Tu lah maksudnye, kesilapan lepas menjejaskan masa sekarang. Aku ni bukannya tak tau buat assignment, tapi mungkin disebabkan sikap aku yang aku katakan tadi aku jadi macam ni.

Dulu, masa lecturer suruh buat assignment, aku taknak. Lepas tu dia protest aku, tapi aku bukannya nak mintak maaf, tapi protest balik..hahaha.

Aku ni tak boleh geram dengan lecturer, kalau aku geram, makan diri aku balik. Tapi biar lah, benda dah nak jadik. Tapi benda yang nak jadi tu boleh dielak.

Entah lah...tunggu je la paper nan satu ni...

Thursday, April 16

Melayu Dalam Tiga


10 April lepas, aku telah menghadiri majlis tayangan perdana filem pertama keluaran fakulti aku, filem 3 Budak Melayu arahan Mamau Hakim, pelajar degree semester 4 ke 5 kalau tka silap aku...

Pastinya bangga menjadi anak TEKA kerana filem tersebut mungkin bakal ditayangkan di panggung wayang tak lama lagi. Misi faklulti aku untuk melahirkan karyawan seni yang berjaya juga hampir tercapai.

Tapi setiap pencapaian pasti dirintangi dengan pelbagai masalah dan kelemahan. Satu percubaan yang bagus sebenarnya buat abang Mamu kita kerana berjaya menyiapkan filem ini dalam masa 12 hari.

Kerja-kerja produksi aku tak berapa detail sebab tak tahu sama ada Mamu menggunakan kamera filem, BETA atau HD. Tapi apa yang dihasilkan memuaskan.

Berbalik kepada filem 3 Budak Melayu. Macam mana? Soalan yang sering terpacul keluar dari mulut orang ramai kepada yang sudah menonton.

Aku tak mahu menilai filem tersebut hanya dari pandangan mata aku. Tapi menurut pandangan semua orang yang dah menonton, selepas aku bertanya, hampr keseluruhan dari mereka memberi komen, 'Bolehlah...'

It is not a bad review actually. For his first feature film, Mamu telah menghasilkan yang terbaik untuk shot dan camere movement. Cuma jalan cerita yang agak lemah.

Tapi salah siapa? Director atau scriptwriter? Filem akan menjadi rosak tanpa ending yang sempurna. Begitulah keadaanya untuk filem ini, ending dan klimaksnya tak terlalu kuat.

Berbekalkan jalan cerita tentang kehidupan 3 orang budak melayu, seorang lelaki dan dua orang perempuan, mereka ingin menghasilkan sebuah filem untuk projek akhir subjek di fakulti mereka. Rintangan demi rintangan dilalui dan akhirnya dikecapi juga.

Filem arahan Mamu hakim dan skrip ditulis Prof Hatta Azad Khan ini memang sesuai untuk tontonan semua. Nasihat aku, jangan tontonnya seperti menonton sebuah karya seorang pelajar...: )

Dari Jurnal Rorcharch


Ramai tak tahu, sebulan lepas aku ada buat poll untuk superhero Watchmen palin diminati. Tak dapat sambutan sangat, mungkin ramai yang tak minat tengok Watchmen.

Tapi takpe la. Dalam poll tu, superhero feveret korang, Rorcharch telah mengalahkan calon-calon lain seperti Nite Owl, Silk Spectre, Ozzimandias, Mr. Manhattan dan The Comedian.

Siapa kata superhero yang tak kuat tak boleh jadi popular. Ramai yang suka Rorcharch disebabkan falsafah beliau kepada penjenayah.

Rorcharch dianggap sebagai seorang anti hero yang membenci jenayah dan meletak keadilan itangan sendiri. Dia juga tidak takut mati dan sanggup berkorban demi kesejahteraan manusia.

Itu lah dia pemenang kita, Rorchach pilihan anda.

Bosan Menanti Seronok



Lama dah tak post blog, internet kat puncak ni dah lame takde. ni baru boleh open internet ni...

Bosan. Takde nak wat papae hujung sem ni. Dan aku masih tersangkut kat puncak perdana hanya semata menunggu paper exam yang hanya ada satu dan praktikal juga hanya ada satu.

Sepatutnya aku dah boleh balik. Tu lah orang kata, kesilapan kita dahulu akan menyebabkan kesan pada masa sekarang. kesilapan kita sekarang akan menyebabkan kesan pada masa akan datang.

Sekarang kita tak rasa, tapi nanti, merana... Disebabkan aku repeat dua subjek tersebut, aku terpaksa terkontang-kanting kat sini. Kalau tak aku dah dengan family sekarang.

Kerja dah siap, hati dah lapang, tapi bosan tetap ada...

Thursday, April 2

Pertama...



28 dan 29 Mac lepas, hari Sabtu dan Ahad, buat pertama kalinya, aku mengarahkan video klip di bawah subjek Ensemble IV.

Walaupun ianya untuk semua pelajar jurusan filem adalah perkara yang biasa ataupun hanya perkara kecil, tetapi pengalaman yang aku dapat cukup besar sekali. Aku dapat cari kelemahan aku dalam pertama kali menjadi seorang pengarah video klip.

Walaupun tidak menggunakan artis sebagai watak dalam video klip, tetapi pengalaman mengarah dengan berbekalkan kamera BETA, lighting Ari, Redhead dan 2k serta penggunaan track dan platform, amat seronok sekali.

Aku bukannya mengarah menggunakan video cam semata. Tak aku nafikan, sebelum ni aku tak pernah mengarah walaupun dengan hanya mengguna kamera handphone. Tetapi, pengarahan video klip ni tak berapa mengganggu aku.

Mungkin ini hanyalah langkah kecil kepada langkah besar yang aku lakukan seterusnya. Seperti yang aku katakan pada kawan-kawan ku, ini adalah bidang aku. Aku minat filem, dan aku mahu membikin filem. Insyaallah aku akan berjaya dalam impianku ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...