Assalamualaikum para pendeta blog sekalian... Mungkin semua dah tahu kegilaan aku terhadap produk atau brand atau hiburan atau legasi yang dipanggil Star Wars. Tapi kenapa aku minat sangat dengan benda ni? Buat pengetahuan semua, kebanyakkan perkara yang aku minati diperturunkan kepada aku dari bapa aku sendiri. Minat aku terhadap wayang datang dari dia, minat aku terhadap isu semasa datang dari dia, minat aku terhadap falsafah datang dari dia, dan minat aku pada Star Wars juga datang dari dia. Semuanya datang dari dialah...mula dia tonton Star Episod IV tahun 70an dulu, sampai 30 tahun dia tunggu untuk Star Wars Episod III. Fuh! Kesetiaan yang dahsyat. Dah lah cerita Star Wars tu sendiri terbalik, dari Episod IV,V dan VI kepada Episod I,II dan III. Aku tanya kat dia, apa yang abah mnat sangat kat Star Wars ni? Dia pun jawab, filem Star Wars ni, kisahnya tak beza sangat dengan cerita orang melayu...aku pun terpinga-pinga jugak time tu. Jadi, tu tugas korang lah untuk kaji apa yang bapa aku cakapkan tu... Apa yang ada dalam Star Wars itu sebenarnya yang menarik minat aku. Jedi, sith, lightsabers, hyperdrive, galaxy system...dan yang penting, the FORCE. Apa itu the force sebenarnya? Kalau dalam legasi Star Wars, the force tu adalah suatu bentuk kuasa yang menjalinkan kehidupan dan kuasa tersebut perlu stabil supaya segalanya baik-baik belaka. Jedi mendapat sumber tenaga mereka dari the force ni lah, dan lawan unutk the force adalah lightning force yang digunkan oleh golongan the Sith. Cuba kita ambil terma 'force' tu ke dalam dunia realiti. Sir Isaac Newton pun pernah guna terma ini, Albert Einstein pun pernah juga. Jadi ternyata lah dalam dunia realiti, 'force' adalah satu perkara yang menimbulkan pertanyaan saintifik. Anda semua boleh kaji dengn sendiri, bagaimana graviti muka bumi boleh wujud dengan adanya 'force' galaksi berpusat di matahari. Bagaimana 'force' boleh mengubah suatu bentu dan suatu keadaan sama ada menjadi lebih baik atau bertambah buruk. Kungfu Shaolin dari fahaman Buddhism juga ada menggunakan 'the force' jika kita kaji dengan teliti. 'The force' tersebut menjadi punca mereka mendapatkan tenaga. Begitu juga dari sudut pandangan fahaman Hinduism, 'the force' terdapat dalam kisah-kisah ketuhanan mereka. Tapi itu di alam realiti. Dalam legasi Star Wars, Qui-Gon Jin berkeras inginkan Anakin Skywalker yang mempunyai midichlorian terbanyak dengan harapan agar 'the force' akan stabil. Dia kata Anakin adalah yang terpilih, atau the chosen one. Tapi apa yang terjadi, Anakin sendiri yang mengkucar kacirkan 'the force'. Bagaimanapun, kata-kata Qui-Gon ada benarnya dan ada salahnya, bukan Anakinyang membawa kestabilan 'the force', tetapi anak-anaknya iaitu Luke dan Leia Skywalker. Apa mesej yang ingin disampaikan? Manusia ingin membaik pulih keadaan supaya kehidupan akan lebih aman, tetapi kerja baikpulih itu sendiri yang akan menimbulkan peperangan. Itu lah akibatnya kalau manusia cuba menjadi tuhan. Mungkin itu mesejnya, mungkin tidak! Berbalik pula kepada bapa aku, dia berkata, 'the force' tu ada dalam kehidupan kita. Cuma ianya agak metafora untuk disampaikan. The Sith tu macam iblis yang cuba menghasut, Jedi pula adalah khalifah tuhan yang ingin mempertahankan dunia. Dan 'the force' tu pula, samalah ertinya macam iman...
p/s:Jangan terpedaya, dan cuba berlatih gunakan akal.
p/s:Jangan terpedaya, dan cuba berlatih gunakan akal.
No comments:
Post a Comment
Meh conteng-conteng kat sini meh...