Sunday, March 22
Siapa Menjaga Orang Yang Menjaga???
Baru-baru ni aku telah pergi menonton filem Watchmen. Dan komen aku untuk filem ni, it worth RM11...faham-faham je lah kan...
Filem Watchmen ni adalah filem superhero kedua selepas filem The Dark Knight yang tidak menunjukkan ianya adalah seperti filem-filem superhero yang picisan atau cliche. Tidak seperti filem-filem bertemakan superhero yang lain, ianya membawa satu bentuk kelainan kepada penonton. Seperti yang anda telah saksikan dalam filem The Dark Knight yang mengetengahkan sedikit citarasa noir dalam filem tersebut, begitu juga filem Watchmen ini. Filem ini juga mengangkat tema jenayah tetapi dari sudut yang berlainan.
Diangkat dari novel grafik Watchmen karya pelukis tersohor, Alex Ross yang juga telah mencipta novel grafik League of Extraordinary Gentlemen, pengarahnya Zack Snyder dari filem 300 benar-benar menitik beratkan jalan cerita dan tidak hanya bergantung pada pelakon ternama. Bahkan, bukan jalan cerita sahaja yang mantap, baik dari segi lakonan, falsafah, skrip dan sinematografi filem ini juga mampu menimbulkan kesan dihati penonton.
Berlainan dengan filem superhero yang lain, cerita ini berkisarkan sekumpulan superhero yang terdiri daripada Nite Owl, Silk Spectre, Dr. Manhattan, The Comedian, Rorcharch dan Ozzymandias. Mereka berada dalam pergelutan dunia dan kekejaman dunia yang bukan sahaja mengancam manusia, tetapi juga mengancam mereka sendiri. Filem ini bukan berkisarkan seorang superhero yang ingin menumpaskan supervillain, malahan, filem ini seperti tiada watak antagonis. Apa yang ingin diceritakan dalam filem ini adalah tentang seorang pembunuh yang ingin membunuh semua superhero yang wujud. Falsafah filem ini berbunyi begini, jikalau semua supehero menjaga keamanan sejagat dan menjaga manusia, siapa pula yang akan menjaga mereka?
Falsafah dalam filem ini cukup menarik, lebih-lebih lagi yang keluar dari mulut Dr. Manhattan yang mempunyai kuasa membengkokkan jirim. The Comedian yang telah dibunuh pada awal cerita telah menjadi penggerak plot untuk filem ini. Kebijaksanaan Ozzymandias yang seirng menimbulkan tanda tanya akhirnya akan merungkaikan segala misteri. Begitu juga dengan Rorcharch dan Nite Owl, dua orang sahabat yang ingin mencari siapa dalang disebalik pembunuhan The Comedian. Silk Spectre pula sering keliru selepas menjadi heroin gantian untuk ibunya yang bersara.
Watak-watak yang ditunjukkan dalam filem ini amat menarik dan sering menimbulkan tanda tanya buat penonton siapa orang yang benar-benar jahat. Namun, itulah kuasa Alex Ross sebagai pencipta novel Wacthmen. Superhero yang wujud dalam filem ini, ada yang kita sering dengar, ada juga yang kita baru dengar. Filem ini memang seornok ditonton, walaupun tayangannya berdurasi 2 jam 30 minit.
Tonton dan hayatinya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nite Owl skali pandang dh mcm Batman daa...
ReplyDeleteanyway, aku pn dh tgk crite cume aku x dpt nk buat review jek..
cume crite membangkitkan rase aku nk tgk skali lagi...
to be honest, aku agak trsentuh dengan kematian Roscharch n sbb dier antara karektor yang aku suke dlm Watchmen.
Dr. Manhattan pn mcm kesian gk cume dier dh mule hilang intipati kemanusiaan. Penyelesaian dier utk hidup di Marikh sorg2 dan menanggung beban kesalahan yang dier x buat mcm x bertepatan la...
Mcm mne sengsaranya hidup dalam peperangan boleh dipaparkan melalui Ozzy yang sanggup betray kwn2 seperjuangan utk membebaskan dunia dalam belenggu peperangan.
So, crite ni pjg tp bwk byk ideologi.
bukan hilang intipati la..die hilang empati terhadap manusia..that's mean he doesn't fells what people do feel...heheh..tp cter ni mmg best gila5
ReplyDeletetak paham...!
ReplyDeleteyang aku taw cerita tentang superhero yang bermasalah...!
cis cis cis, dah lah citer ni dah nak habis kat pawagam, sempat ke aku nak tgk nanti?
ReplyDelete