Friday, March 20

Seman Balasbalik


Tadi aku dapat satu berita yang boleh dikatakan mengejutkan aku dan boleh dikatakan juga tidak berapa nak mengejutkan aku...

Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang siapa nak tutup? Tapi bagi aku ni bukan lagi soal mulut. Zaman sekarang ni manusia dah sukar untuk dikawal. Nak2 bila dah ada medium yang dipanggil internet. Pepatah di atas tadi dah tak boleh nak dipakai, sebab bagi aku sekarang, bukan setakat mulut orang kita tak boleh nak tutup, tapi jari orang pun kita tak boleh nak ikat dari diorang menaip benda yang bukan-bukan.

AKu diberitahu oleh Muz Zaman, ada orang komen balik komen aku yang aku beri masa tayangan filem Seman beberapa minggu lalu. Aku ni bukan lah jenis yang mudah melenting, tapi kalau apa yang dikatakan tu tak benar dan memalukan diri kita, siapa yang tak marah.

Masa tayangan filem Seman hari tu, aku menjadi salah sebahagian dari orang yang menonton. Jadi aku merasakan diri aku terbabit sama dalam penghayatan terhadap filem tersebut. Selepas tayangan, para pelajar diberi kuasa untuk memberi komen terhadap filem tersebut. Untuk pengetahuan semua, aku keluar dua kali untuk sesi soal jawab. First aku keluar sebab nak tahu macam mana abang Mansur dapat idea menghasilkan filem Seman. Second pulak lebih kepada komen aku terhadap keseluruhan filem tersebut. Waktu aku keluar kali kedua, aku telah memanfaatkan segala ilmu yang aku pelajari di fakulti TEKA. Tentang ideology, tone dan shot penggambaran.

Aku memang tak berfikir sewaktu menonton filem Seman, tapi aku akan berfikir selepas filem itu tamat. Tak aku sangka, beberapa hari lepas aku bagi komen, ada orang yang balas balik komen aku dalam blog. Tak tau lah kalau dia ni takut nak bagitau depan-depan ke atau tak puas hati dengan aku. Persoalannya sekarang, kenapa dia tak bidas komen aku sewaktu sesi soal jawab filem Seman hari tu? Kenapa mesti balas dalam blog? Aku bukan yang jenis makan orang sampai nak takut cakap depan-depan aku. Apa yang kawan aku bagitau, dalam blog tu dia seolah-olah melambangkan aku ni berlagak pandai dengan mengeluarkan ayat-ayat 'bombastic'...hah? Itu ayat filem lah, aku study sebelum aku bercakap.

Aku ada sebab kenapa aku keluar dua kali time sesi soal jawab. Satu, sebab memang banyak persoalan timbul dalam kepala aku. Kedua, sebab aku tengok tiada sambutan yang diberikan oleh pelajar lain. AKu sedih tengok situasi macam tu. Sampaikan bila abang MAmat Kahalid sound pun diorang masih buat tak tahu...tak faham betul.

Lastly, aku sekarang dah jadi pemerhati filem. DAn setiap perkara yang aku cakap sekarang sering mendapat perhatian orang. Tetapi, sekurang-kurangnya aku bertanya dan meluahkan pendapat. DAn aku berasa lega. Cukup lega!

Kepada manusia yang membidas aku tempoh hari, aku harap screentalk minggu depan bersama Amir Muhammad, dia akan keluar tampil dalam sesi soal jawab. Good luck for you...

4 comments:

  1. go go hady!!! maju kerana benar beserta ilmu yang penuh d dada n kepala.

    pdulikan orang2 sengal aka iri dengan kamu tuh.

    selamat maju jaya!!!

    ReplyDelete
  2. hehe..
    tq2..
    one step closer to be a seniman...
    i guest..

    ReplyDelete
  3. owh.. jangan lupa kanda ya?? ahahaha

    ReplyDelete
  4. ahhh, kau lah rupanya yang ditegur BinFilem itu.. haha, aku mengikuti perkembangannya dalam blog dia, hohoh, dont worry bro, apa yg ko buat tu ko buat aja, janji kau dah luah (kan dlm pengajaran takde salah atau betul, biasalah, BINFILEM budak belajar luar negara jadi komen dia mmg pedas sikit, tapi aku pun tak faham ngape dia sendiri tak luah kat situ), itu yg terbaik, tak sia2 kau belajar kat TEKA.

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...