Tuesday, June 30

Michael Jackson and HiStory...

Kira-kira pukul lima pagi hari jumaat lepas, aku dikejutkan ayahku. Dikatanya, Michael Jackson dah mati!

Aku terkejut, tapi rupanya ketika itu beliau sedang masih lagi dalam keadaan nazak. Tepat pada kejadian itu jugalah, seluruh stesen televisyen,saluran berita seperti CNN, BBC dan Astro Awani, menyiarkan berita, yang mengesahkan ketiadaan MJ di muka bumi ini lagi.

Aku mendapat berita sepenuhnya selepas bangun dari tidur, apabila televisyen di luar bilik, sayup-sayup melaungkan berita kematian MJ melalui berita CNN. Kulihat paparan visual di TV, kelihatan video peminat-peminat yang kecewa dan sedih dengan pemergian bintang ternama itu.

Apa yang membuatkan aku terharu, bintang itujuga merupakan idola aku semasa masih kecil. Aku ingat lagi, ketika aku masih disekolah rendah, aku sering meniru aksi tariannya. Siapa yang tidak kenal dengan tarian Moonwalk, Videoklip Smooth Kriminal yang hebat, Lagu Billy Jean yang sering berkumandang hingga ke hari ini.

Serentak dengan kematian MJ, kuasa media baru menunjukkan taringnya. Dalam beberapa minit selepas kematiannya, internet mula menyebarkan berita yang tak disangka itu. Mungkin ramai yang akan berkata, blog aku terlewat dan ketinggalan zaman kerana baru menceritakan perihal MJ. Tapi aku tidak peduli.

Hingga sekarang, aku masih menyangka Raja Pop itu masih hidup. Bukannya aku tida dapat menerima kenyataan, tetapi, hati aku yang seolah-olah menyatakan Michael masih hidup! Hingga ke hari ini, berita kematian MJ masih berkumandang, mengalahkan berita kemenangan Brazil di Piala Konfederasi, mengalahkan berita krisis di Honduras, dan mengalahkan berita pilihanraya di Iran.

Begitulah hebatnya Michael Jackson, ketika hidup disanjung, ketika tiada dikenang. Bukan mengagung bangsa barat, tapi itulah kenyataan. Michael, atau mungkin nama Islamnya Mikaeal, merupakan wajah bangsa dunia. Aku akan terkenanglagu Black And White, Thriller, Bad, BillyJean, dan banyak lagi.

Takziah buat keluarga dan peminatnya...you're not alone when you're gone...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...