Friday, April 23

Ikhlas.


Situasi Satu

Insan A :

Encik, ambik lah RM10 ni buat tambang balik, saya 'ikhlas'...

Insan B :

Terima kasih...

Huraian : Adakah seseorang itu benar-benar ikhlas dengan menyatakan isi hatinya yang ikhlas memberi tanpa sebarang harapan lain? Seseorang yang ikhlas tidak akan menyatakan bahawa tindak-tanduk yang dilakukannya adalah ikhlas. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa balasan, tetapi sikap yang terlalu jujur akan menyebabkan keikhlasan sesetengah insan itu dipersoalkan.

Situasi Dua

Seorang Bapa :

Anak kita dah bagi makan belum?

Seorang Ibu :

Dah bang...

Seorang Bapa :

Bagus, kita kena jaga anak kita tu elok-elok, nanti bila kita dah tua, boleh dia jaga kita pulak.

Huraian : Yang paling kita tidak nampak. Yang paling kita tidak jelas. Dan yang paling kita abaikan. Hingga Tuhan dengan sehalusnya memutarbelitkan takdir, menyebabkan kedua ibu bapa ini diderhakai oleh anak mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil. Tetapi, apakah silapnya? Di manakah keikhlasan sepasang ibu bapa dalam menjaga anaknya, dan mengharapkan sesuatu akan dipulang kan di hari tua nanti? Anak anugerah Tuhan yang di amanahkan untuk dijaga dengan penuh keikhlasan, tanpa mengharapkan sebarang pulangan.

Situasi Tiga

Hamba Allah :

Bedebah betul, dia tak ingat ke dulu aku selalu tolong dia. Aku bukan nak ungkit kisah lama, tapi kalau dah aku mintak tolong sikit pon dia nak berdalih, apa guna aku tolong dia dulu. Kalau aku tau macam ni jadinya, tak de makne aku nak simpati kat dia dulu.

Huraian : Kadang-kadang, setiap pembalasan terhadap diri kita berlaku atas sebab kesalahan diri kita sendiri. Dan dalam kadang-kadang itu juga, pembalasan tersebut adalah petunjuk dari Tuhan. Mengapa perlu dipersoalkan tentang perkara ikhlas yang kononnya pernah kita lakukan. Memang, kita sekadar insan biasa, tetapi akal kita sama sahaja. Sebaik akal seorang wali, sebaik akal seorang nabi dan sebaik akal seorang rasul. Tak perlu kita ungkitkan perkara yang kita katakan ikhlas, kerana pembalasan yang berlaku telah menunjukkan hati kita yang sebenar.

Konklusi kisah ikhlas :

Manusia, makhluk istimewa. Jika Tuhan menciptakan bumi, dan di dalam bumi terdapat tumbuh-tumbuhan hijau, makhluk-makhluk indah, laut yang terbentang luas, langit yang biru menakjubkan, tetapi Tuhan maha Kaya. Diciptakan manusia, yang mempunyai semua kebaikkan ciptaan-ciptaanNya sebelum manusia. Manusia, makhluk yang sempurna, mempunyai sifat dari semua sifat-sifat makhluk ciptaanNya sebelum ini. Tetapi malangnya, manusia ini yang mencemarkannya. Dan ya, Tuhan maha Kaya, diciptakan sifat yang mampu membersihkan segala kotoran seluas lautan biru, sifat yang kini sudah hanya menjadi perkataan, yang hanya disebut, tetapi tidak pernah diikut.

Ihklas.

Friday, April 9

Manis Selepas PAhit



Kalau ubat, lagi pahit lagi bagus,
tapi buah pula
yang pahit itu lah yang dielak,
yang manis itu lah yang dicari.

tapi nak cari yang manis,
kena lah rasa dulu satu persatu,
pahit, masam, semua dah rasa.
akhirnya

dapat juga yang manis.

semanis buah epal,
setiap gigitan menjauhkan dari penyakit.

semanis buah pear,
hujung-hujung terasa sikit masam.

semanis buah langsat,
tergigit biji terus pahit.

semanis buah durian,
banyak sangat nanti panas.

dan yang penting,
bukan manis gula-gula.

manis yang membawa penyakit.

tapi takpe,
sekarang dah berubah.

itu lah sebabnya pos entri pon lambat je masuknya,
sebab dah indah.

buat apa nak cerita yang indah,
kalau semuanya gembira sentiasa.

biarlah dikongsi berdua.
takut digelar gedik bercinta.

aduhai jiwangnya...

Saturday, April 3

Dia Din...


Macam biasa, aku sedang selak-selak status rakan-rakan di facebook, tiba-tiba terbaca status salah seorang dari kawan aku ni mengatakan bahawa pelawak tanah air kita, Din Beramboi, telah meinggal dunia.

Jadi aku pun cepat-cepat check berita terkini di bernama.com. Ah, cuma sekadar lawak jenaka sahaja. Dalam berita tersebut mengatakan berita Din Beramboi meninggal dunia telah difitnah oleh pengguna facebook yang tidak bertanggungjawab kerana jenaka 1 April.

Tetapi peliknya, pada hari yang sama iaitu 2 April juga aku melihat status Facebook rakan terapat Din Beramboi, iaitu Afdlin Shauki, yang juga mengatakan Din Beramboi telah meninggal dunia. Barulah aku faham, pada 1 April beritanya palsu, tetapi pada 2 April, 12.30 tgh malam, memang benar pelawak ini telah meninggalkan kita buat selamanya.

Al-fatihah buat Allahyarham Din Beramboi.

Kita pasti akan mengingati lawaknya.

sayang sekali, baru saja namanya ingin naik, tetapi belum sempat, dia telah meninggalkan kita.

Dia Din...

yang sering buat kita ketawa.

Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...