Saturday, January 24

Syair Cinta Yang Didusta

Ya! Ini juga sala satu assignment Gaya Bahasa aku semester lepas. Kali ini ianya berentuk syair pula. Lagi susah nak buat berbanding pantun. Rima akhirnya kena sama. Pada mulanya aku tak tahu nak buat pasal apa. Akhirnya aku adaptasikan salah satu skrip short filem aku,Cinta Dusta menjadi sebentuk syair. Maka terhasil lah...Syair Cinta Yang Didusta...hayatilah dengan telinga dan akal yang terbuka. Terima Kasih.

Wujudlah sebuah pasangan bahagia,

Sesama sayang sesama cinta,

Tapi mengapa setiap cerita,

Ada suka dan ada dukanya.


Sang Hawa cantik sang Adam pemurah,

Sang Hawa baik sang Adam peramah,

Tiada kecewa tiada parah,

Hidup sentosa segalanya indah.


Tetapi semuanya punah dan lara,

Pabila sang Hawa berpaling selamanya,

Berasa kecewa duka dan hiba,

Dari sang Adam kepada sang Hawa.


Sang Adam didusta berasa malu,

Kehidupannya rasa cukup berliku,

Fikiran pun mula bercelaru,

Kerna ditipu dari dahulu.


Hawa sedikit tak berasa kesal,

Hanya sang Adam berasa sesal,

Rindu di hati semakin menebal,

Cinta di hati sukar disental.


Pergi sang Hawa ke kekasih hati,

Yang sering dinanti dan sering dicari,

Adam menunggu seorang diri,

Menunggu pembalasan di suatu hari.

Friday, January 23

Hidup Untuk Cuti,Cuti Untuk Hidup

Tanggal 24 haribulan satu ni merupakan tarikh pertama dalam tahun 2009 ni yang membahagiakan hati aku. CUTI MID-TERM SEMINGGU!!! Wahaha..seronoknya rasa nak balik ke kampung yang tercinta berjumpa dengan manusia-manusia yang paling aku sayangi. Paling aku tak tahan nak hadap cuti ni,dah semestinya lah Daging Masak Lemak Cili Padi mak aku. Mmmuaaah..I Love U Mak!

Tapi setiap kegembiraan mesti diselangi dengan beberapa kisah sedih. Contohnya,ASSIGNMENT!!! Banyak betul nak kena buat. Skrip short film,term paper,translation,retorik,laras,baca skrip radio ngan video klip sendiri ensemble. Fuh! Tapi nasib baiklah perkara yang 'membebankan' ini akan menghasilkan sesuatu yang baik. Pointer la,ape lagi. Cuti tetap cuti,tanggungjawab sebagai student jangan kita lupa. Jumpa lagi kwan-kawan puncak seminggu akan datang...

p/s:Tak sabar nak jumpa buah hati batu karang jantung jugak!!Heheh..

Thursday, January 22

Selasa nan Celaka

Mungkin tajuk ni agak kasar untuk didengari. Tetapi itu lah hakikat yang dialami oleh pelajar Penulisan Artistik bach 0707 termasuk lah diri aku yang malang ini sendiri. Manakan tidak,pada hari Selasa ini,kami 'dipaksa' untuk men'torture' otak kami sendiri. Kami 'dipaksa' berjuang habis-habisan hingga ke titisan dakwat pen. Kami 'dipaksa' mengejangkan mata kami untuk 2 jam berturut-turut selama 5 atau 6 sesi. Bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 8.30 malam,kami perlu BELAJAR!



Tapi yang peliknya kan,kami 'dipaksa' oleh siapa. Mungkin dengan diri sendiri. Ini lah yang dipanggil jihad. Walaupun Selasa hari yang paling membebankan,tetapi Selasa juga hari yang banyak menolong kami. Menolong dari segi ilmu. Terima kasih Pak Bambang,Datin Noraini,Puan Lina,Cik Khairul dan Puan Siti. Kerana menjadikan hari Selasa kami penuh bermakna (celaka betul)...sayang korang semua.

Inggeris Melayu

Pantun ni aku buat tahun lepas sebagai salah satu kerja kursus untuk subjek Gaya Bahasa Pak Agi...mungkin pantun ini juga yang membolehkan aku mendapat gred A untuk subjek ini..so,ape pandangan korang??Hayatilah...

Makan keju rasa teruja,

Keju di dulang sungguh masamnya,

Inggeris maju itulah dia,

Melayu hilang entah kemana.


Hujan gerimis di negeri salju,

Manghakis kayu di tepi pelapis,

Ada Inggeris dalam Melayu,

Dimana Melayu dalam Inggeris?


Ikan masin anak jawa,

Enak dimakan bersama laksa,

Melayusemakin kehilangan jiwa,

Tetapi Inggeris kekal perkasa.


Jiwaku layu hati tak endah,

Luka terhiris rasa dilambung,

Perilaku Melayu cukuplah indah,

Budaya Inggeris jua diagung.


Seorang muda harus harus beralah,

Agar si tua bersuka dan ria,

Mengapa kita saling berbalah,

Walhal mereka langsung gembira?


Cintaku persis Adam dan Hawa,

Semuanya dicipta dari yang Esa,

Ingatlah wahai bangsaku semua,

Kita dan mereka sama sahaja.


p/s:Pantun ni bagi aku memang susah nak buat pada mulanya,sebab nak kena samakan rima tengah dan rima akhir. Uniknya penyamaan rima tengah dan rima akhir ni,kalau dibaca ianya akan menjadi lebih menarik dan penuh seni!

Monday, January 19

Bila Live Show Jadi Gig...

Gila Gempak! Tu lah kata-kata yang boleh aku ucapkan selepas menonton Anugerah Juara Lagu 23 kali ni. Denagn menggunakan tema Iluminasi Muzik,AJL kali ni berjaya memukau perasaan penonton. Berderau darah aku bila melihat tarian STOMP dan dendangan lagu dari ONE NATION EMCEES pada opening show. Hahah! Tak lupa juga ending show yang mengetengahkan 'bakat baru' menyanyi. Bakat baru ni kalau aku tengok,macam baru berumur 5-7 tahun. Tapi suara...perghh!! Tengok sendiri la. Tahniah kepada Faizal Tahir dengan lagunya Sampai Syurga yang meggondol 3 trofi iaitu Persembahan Terbaik,Vokal Terbaik dan lagu Balada Terbaik. Persoalan Cinta dari Farahwahida pulak merangkul trofi lagu Etnik Terbaik. Dan sudah semestinya,JUARA LAGU kita,Lagu Untukmu dari Meet Uncle Hussein yang juga membolot lagu kategori PopRock. YEAH!!

p/s: Iluminasi? Ianya adalah sebuah perkataan yang digelar bastardisation atau bahasa anak haram...dari apa yang aku belajar melalui subje Translation..heheh

Sunday, January 18

Zeo Trilogy In Making...

Akhirnya aku berjaya menyiapkan sinopsis untuk novel bersiri sulung aku,Zeo! Fuh,tapi baru sinopsis. Novelnya bila aku nak start pun tak tau lagi. Tapi takpe,Idea dah ada,tinggal nak buat plot saja. Aku tak boleh nak cerita banyak pasal novel ni,takut idea dicuri. Apa yang aku boleh kata,ceritanya berkenaan Zeo yang berdendam dengan Gaijiin kerana kematian adik dan ayahnya. Novel ni aku selitkan dengan penuh kejutan. Harap ada lah orang nak publish cerita aku ni...heheh.


Buku aku ni ada tiga siri dalam bentuk sambungan seperti Lord of The Rings,ni lah antara tajuk-tajuk untuk buku aku:

Zeo Part 1:BetrayalZeo Part 2:ConcussionZeo Part 3:Death

Saturday, January 17

The Dark Knight Returns?

Berita ni memang dah lama aku dapat.Dari tahun lepas lagi.Mula-mula aku baca Kosmo. Pastu aku baca Gempak. Pihak Warner Bros. cadang nak buat sekuel untuk filem Batman selepas The Joker diletakkan dirumah orang gila Arkham Asylum. Jalan cerita untuk filem ketiga ni tak tau lagi,tapi ada ura-ura mengatakan The Riddler,Penguin dan Catwoman akan jadi villain. Ada gak yang kate The Joker akan kembali. Kalau betul,mampukah The Joker baru menandingi The Joker versi Heath Ledger yang mantap?

Apa yang menariknya filem Batman yang ketiga ni,dengar cerita,watak The Riddler akan dilakonkan oleh Johnny Depp.Wow!Tak sabar aku nak tengok. Untuk watak Penguin pula mungkin Philip Seymour Hoffman berlakon manakala Catwoman pula dengar cerita Cher nak pegang. Lagi satu khabar angin lak kata,Robin pun akan muncul. Kalau betul lah camtu,maka seronok la cerita Batman kali ni...

mungkin camni agaknya muka Johnny Depp jadi The Riddler..hahah!

Dengar citer gak,Brandon Routh(Superman) nak jadi Robin kali ni.
Macam ni agaknya rupa kalau dia jadi Robin...wahahah!

Mari Menonton Filem...

Kali ni aku dah malas nak bebel-bebel lagi dah. Meh tukar topik kepada perkara yang aku suke. Mcm yang korang dah tahu,aku ni memang kaki wayang gila babeng tahap cipan punya. Pantang aku ada duit sikit,cerita best,memang aku gegar Mid Valley. Besok pun aku dah teringat nak pegi tengok wayang lagi sekali. Kalau ikut pilihan aku,besok aku ingat nak tengok 'Inkheart'. Tapi sayangnya,cerita tu keluar 22 haribulan ni. Terpaksa la aku cari cerita lain. Nasib baik ada cerita best,tajuknya,Maut. Tengok tajuk cam best je kan,aku memang dah lama tuggu cerita ni keluar. 2 athun aku tunggu. Tapi macam mana hasilnya,tunggu dan lihat jelah.

Dua minggu lepas,baru je aku pergi tengok wayang dengan Shah. Cerita Yes Man lakonan gila babi dari Jim Carey feveret aku. Dia kalau berlakon jangan cerita lagi la,confirm gempak punya. Memang betul gempak. Cerita ?Yes Man ni aku klasifikasikan sebaai,Mativation Comedy Film. Filem ni seolah-olah memberi inspirasi kepada semua orang yang menontonnya. Ianya mengetengahkan nilai-nilai positif dan optimis dari sudut pandangan seorang lelaki iaitu Jim Carey yang melakonkan watak sebagai Carl. Tapi aku tak boleh lah nak kata yang filem ni memuaskan aku seratus peratus. AKu tengok cerita ni pon pasal ia dapat review yang bagus dari media. Dapat rating yang lagi tinggi dari filem The Day The Earth Stood Still dan Australia. Apa yang aku nak kata kat sini,korang takkan menyesal menonton cerita ni.

Itu kisah minggu lepas. Macam mana pulak dengan filem-filem yang aku tonton tahun lepas?Buat pengetahuan korang,setiap tahun aku akan bat list berkenaan filem yang aku tonton sepanjang tahun. DAn dalam setipa filem tu,aku akan bagi rating mengikut kadar dari 1 Bintang ke 5 Bintang. Ni lah senarai filem yang aku tonton tahun 2008 :

1.Alvin and The Chipmunks-3bintang
2.Kala Malam Bulan Mengambang-5bintang
3.Cuci-3bintang
4.Sweeney Todd-4bintang
5.Cloverfield-5bintang
6.Rambo 4-4bintang
7-Dunia Baru The Movie-3bintang
8.Evolusi KL Drift-4bintang
9.Duyung-4bintang
10.Iron Man-4bintang
11.Speed Racer-4bintang
12.Narnia:Prince Caspian-4bintang
13.Indiana Jones and The Kingdom of Crystal Skull-4bintang
14-Kung Fu Panda-4bintang
15.Apa Kata Hati-3bintang
16.Incredible Hulk-4bintang
17.The Happening-4bintang
18.Get Smart-5bintang
19.Hancock-4bintang
20.Journey to The Centre of The Earth-3bintang
21.The Dark Knight-5bintang
22.Hellboy 2:The Golden Army-4bintang
23.Antoofighter-3bintang
24.Rasukan Ablasa-3bintang
25.Bangkok Dangerous-3bintang
26.Los dan Faun-4bintang
27.The Day The Earth Stood Still-4bintang
28.Histeria-4bintang

Taun ni tak tau lah sma ada aku dapat pecahkan rekod bilangan filem tahun lepas atau tak. Filem yang pertama aku tengok tahun ni adalah Yes Man. Yang pastinya,tahun ni memang banyak filem-filem best yang aku nanti-nantikan seperti Harry Potter and The Half-Blood Prince,Transformes 2,G.I. Joe dan banyak lagi filem yang menanti. Tum

Friday, January 16

Cinta Satu Bentuk Kemusnahan Jangka Panjang?


Apa itu CINTA?

Universal sangatlah maksud perkataan paling popular kat muka bumi ni. Ada yang kata,cinta itu satu pengorbanan. Ada pulak manusia yang kata tanpa cinta bumi tak boleh berputar. Untuk orang yang tengah angau pulak kata cinta itu buta. Lain pulak bagi orang yang kecewa,bagi mereka,cinta umpama racun. Kalau korang nak tahu,itu semua cinta buatan manusia,atau bak kata lagu rock zaman 89an nyanyian sape tah aku pun tak ingat,Cinta Buatan Malaysia. Palsu semata-mata. Aku sokong lagi lirik dendangan Amy Mastura dalam lagu Cinta dia yang berbunyi,'...lebih baik cinta,kepada yang Esa...'. Betul tak? Atau pun lagu ketuhan dari M.Nasir,iaitu Raikan Cinta yang mengagungkan cinta tuhan kepada kita dengan lirik mendalamnya yang berbunyi,'...tanpa cintaNya kita tiada...'. Pokok pangkalnya cinta yang hakiki datang dari tuhan yang satu. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini bukan cinta yang tulus dan sejati,tapi cinta buat-buat sampai ape pun tak jadi.

Sejarah telah membuktikan kalau disebut tentang pasangan bercinta,pasti mereka dianggap seperti 'Romeo dan Juliet'. Korang pernah tahu ke cerita sebenar Romeo dan Juliet? Korang tahu tak ending cerita tu macam mana? Kalau korang susah sangat nak dapat naskhah klasik asli William Shakespeare tu, apa kata korang cari je VCD filem 'Romeo and Juliet' versi moden arahan Baz Luhrmaan kat kedai. Korang tengok,kaji,eliti betul-betul. Cinta macam tu ke yang korang nak? Hingga boleh menyebabkan banyak nyawa terkorban? Tu yang orang
Malaysia tak tau...agungkan sangat cinta Romeo dan Juliet sampai siap bagi diorang nama Melayu...Romi dan Juli konon. Ikhlas dari hati aku berkata,lebih baik korang ikut kisah cinta antara Nabi Ibrahim a.s. terhadap isterinya atau cinta Nabi Sulaiman a.s. terhadap Puteri Balqis. Sambil bercnta korang boleh siap berdakwah kepada satu dunia bahawa cinta berlandas Islam lebih tulus dan suci berbanding cinta Romeo dan Juliet. Atau kalau korang jenis tak suka ikut kisah nabi, korang boleh gak ikut kisah cinta Fahri dengan Maria dan Aisya dalam novel Ayat-Ayat Cinta. Itulah cinta sejati sebenar. Cinta yang memupuk kearah keamanan. Bukan cinta yang menjerumus ke arah kemaksiatan hingga menimbulkan masalah kepada Jabatan Agama Islam dan Mufti Malaysia.

Bezakan cinta dahulu dan sekarang. Jauh beza sangatkah? Jangan cuba menjadikan cinta 'orang dulu-dulu' lebih bagus dari orang sekarang. Tipu je semua tu. Orang dulu lagi power. Walau pun takde SMS,MMS atau YM ke apa kejadah lagi,tapi botol-botol surat,bulan dan bintang menjadi taruhan mereka. Lagi dahsyat. 'Kalau dinda tidak percaya,belahlah dada lihatlah hati'...'Demi adinda,lautan api sanggup kanda harungi'..dan ntah pape lagi lah ayat-ayat power diorang,sampai si dara suntinya pun apa lagi,terus jawab,'Dinda adalah 'milik kanda sepenuhnya'...ambik kau! Mana tak orang zaman dulu banyak bini. Kalau orang sekarang,'I love u,u love me,and then,i clash u!'...'Will u fuck me,will u marry me,lepas tu,will u leave me?!...hah. Sama je semua tu. Pendek cerita, zaman sekarang susah betul nak jumpa cinta sejati. Nak cari perempuan yang betul-betul tulen pun susah!


CINTA suatu bentuk kemusnahan?


Betul ke begitu? Contohnya,disebabkan cinta,Romeo dan Juliet terkorban. Disebabkan cinta,Devdas sanggup bunuh diri dengan meminum banyak arak. Disebabkan cinta, Imhotep sanggup bunuh Firaun Seti kerana Ank-Su-Amun. Disebabkan cinta, Kassim Selamat sanggup membutakan matanya sendiri guna garfu. Heh,memang tulus dan ikhlas betul cinta-cinta mereka ni. Tapi berbaloi ke kalau nak dibandingkan dengan berapa ramah yang mati syahid sebab cintakan agama,berapa ramai yang kena bunuh dek tentera Nipon sebab cinta kan bangsa,berapa ramai yang kena bunuh komunis sebab cintakan negara. Mana yang lagi berbaloi? Mati sebab cinta yang tidak mendatangkan apa-apa,atau mati sebab cinta yang boleh menjamin anak cucu dengan Pingat Jasa Kenangan yang kita dapat?

Bagi aku,cinta ni umpama satu jenis virus atau barah yang menyeksa kita sedikit demi sedikit hingga kita mati dalam keadaan ngeri. Atau pun boleh ditakrifkan juga cinta ni sebagai satu jarum yang halus yang akhirnya akan menyebabkan satu impak yang besar terhadap diri kita. Tapi itu bagi aku,pendapat aku. Tak perlu kita frust menonggeng terguling-guling atas katil sebab putus cinta. Memang aku tak nafikan,ramai yang akan buat macam tu. Sebab bagi mereka,itu adalah cinta sejati,dan jika terputus,ibarat nyawa mereka diambil. Bagi aku tidak! Lumrah manusia setiap benda itu datang dan pergi. Jangan terlalu berharap sangat kepada cinta. Sunah nabi bukan bercinta,tapi bernikah. Kalau korang dah anggap tu cinta sejati,kenapa tak sambut cinta tu atas pelamin impian? Ini nasihat aku pada sesiapa yang nak serius dalam bercinta,jangan terlalu berharap atau yo yo 'o lebih-lebih sampai korang sendiri yang termkan diri.Cukup sekadar cinta ala kadar. Pemberian yang sederhana pun dah dapat membahagiakan insan yang tercinta. Tapi jangan pulak korang menggatal sediakan spare part. Dah nampak sangat korang tak yakin dengan cinta korang tu. Keyakinan dan kepercayaan merupakan dua perkara terpenting dalam bercinta. Korang dah yakin dan percaya dengan si dia,dan selebihnya terletak pada si dia sama ada nak setia kat korang atau tak. Mempercayai lebih bagus dari dicurangi.


CINTA suatu pilihan.

Benar,dalam setiap sesi ceramah aku dalam blog,aku takkan memaksa korang buat pilihan. Kita ada otak dan akal untuk membuat analisis dan penaakulan mantik. Setiap benda yang kita buat mesti ada pilihan. Kalau ikutkan,banyak lagi isu yang aku nak kupas,tapi cukuplah,nanti korang pening pulak. Apa yang aku nak cakap,aku dah cakap. Memang kadang-kadang cinta itu penting dalam hidup,tapi,member baik aku,Ijat pernah bercakap tentang dua benda yang dia belajar dalam subjek Ekonomi Asas kat sekolah menengah dulu,iaitu keperluan dan kehendak. Kita ambik cinta sebagai subjek,adakah ia satu keperluan,atau satu kehendak? Fikirlah sendiri,nilai lah dengan hati yang terbuka dan minda yang bersih. Cinta berlandaskan nafsu akan menjurus kepada kekecewaan,cinta berlandas rupa akan menjurus kepada keretakkan,cinta berlandas wang akan menjurus kepada kerugian,cinta berlandas kehidupan akan menjurus kepada kematian. Tetapi cinta berlandas
KEIMANAN akan menjurus kepada KEABADIAN!

Thursday, January 15

Malaysia dan Melayu Kita?

Kalau sebut je pasal Malaysia,siapa tak kenal,sebuah negara yang pesat membangun dan telah mencipta rekod dengan sejarah kemerdekaan yang baru seabad usianya. Tapi apa sebenarnya yang terjadi selepas seabad kemerdekaan tersebut? Benda ni memang la perkara biasa yang sering disebut masyarakat dunia, tetapi apa yang aku nak tonjolkan dalam teks ni adalah masa silam,masa kini dan masa depan Malaysia dan satu bangsa yang dipanggil 'Melayu'!

Kenapa Melayu disebut 'Melayu'...layu...macam daun layu yang tunggu masa nak kena makan dengan ulat,atau macam orang yang layu tunggu nak mati. Betul ke itu maksud 'Melayu? Atau perkataan layu tersebut bermaksud hati yang layu dengan sikap marah,hasad dengki atau nafsu syahwat tetapi kuat dengan agama,iman dan fikiran? Apa-apa pun sekarang perkataan Melayu merupakan suatu ungkapan yang universal dan sudah ada termanya sendiri dalam bahasa Inggeris dan Jepun iaitu Malay atau Malaya! Tetepi bukan perkataan Melayu yang aku nak jelaskan dalam teks ni. Apa yang aku nak bangkit kan adalah mengenai bangsa Melayu kita. Apa yang akan korang terfikir kalau aku sebut pasal MELAYU? Yup,mesti korang fikir,KUAT SONGLAP DUIT...betul tak. Bukan tu saja,dengki,nafsu serakah,lupa diri dan tamak haloba juga dah jadi sifat semula jadi dalam diri orang Melayu ni. Tu lah sebab bangsa asing atau warga bukan bumiputera senang-senang je nak jamah orang Melayu kita ni.

Aku teringat kata-kata bapak aku yang merupakan orang keturunan Arab-Melayu. Dia kata kat aku, Islam bagi orang Melayu kita sekarang ni hanya ada satu dosa besar je. Orang Melayu sekarang dah tak anggap zina,rasuah,dengki atau bunuh tu dosa besar sekarang. Apa yang merupakan dosa besar bagi orang Melayu sekarang adalah, MAKAN BABI! Cuba korang renung dalam-dalam kata-kata azimat bapa aku tu,ada betulnya kan? Disebabkan rasuah,wang atau kuasa, macam-macam idea,pertubuhan dan rancangan orang Melayu tertindas begitu sahaja. Sebakan duit,mana hilang aura bolasepak Malaysia? Sebabkan rasuah,mana kekuatan filem Melayu sekarang? Disebabkan kuasa,mana hak kita sebagai rakyat? Kita fikir lah sama-sama.

Memang betul,sekarang Malaysia dah makin maju,tapi adakah kita akan maju tanpa orag Cina,orang India dan lain-lain orang lagilah kat Malaysia ni. Akan maju ke kita? Bayangkan,Malaysia hanya dibangunkan oleh orang Melayu saja,nescaya penuh dengan perkara kotor yang berleluasa. Tentu sahaja manusia dunia tak kenal apa tu Sepang,apa tu KLCC,apa tu KLIA? Apa yang kita kena buat sekarang, adalah bersyukur banyak-banyak kepada tuhan,sebab Melayu mendapat bantuan orang luar untuk membangun dan jangan malu,sebab tu adalah cara kita. Meminta tolong dan akhirnya kita juga yang akan menolong orang lain. Aku percaya,sekarang Melayu dah boleh gerak sendiri walaupun masih ada beberapa anak haramjadah mana yang cuba nak menconteng arang di muka bangsa kita sendri. Sokong bangsa sendiri,baru kita kan disokong bangsa lain.

Berkenaan sikap anak-anak Melayu sekarang pula,jangan lah dirisau sangat. Sebab semuanya datang dari keturunan Melayu diorang jugak. Ok ape anak Melayu kita sekarang, dah ramai yang bertudung. Cuba tengok anak dara-anak dara zaman P.Ramlee dulu,ada diorang pakai tudung? Tengok je lah filem agama karya seniman agung kita,SEMERAH PADI,ada Saadiah tu pakai tudung betul-betul tutup kepala? Nampak gak rambut. Orang dulu, kalau nak minum arak,depan-depan mata dah nampak. Seniman agung siap tunjuk sikap Melayu yang suka berjudi dalam filem Ragam P.Ramlee. Berpelukan sesama bukan muhrim,berciuman atau mencarut,perkara biasa je bagi orang Melayu zaman dulu. Satu je cara nak bagi anak muda sekarang tak bersikap sumbang, haramkan filem-flem,novel-novel atau apa-apa saja medium berbentuk CINTA! Tapi boleh ke buat macam tu? Aku rasa lah kan,kalau kerajaan haram kan filem-filem cinta Melayu,sah-sah pilihanraya akan datang semua negeri pembangkang sapu kerusi parlimen.

Kita dah nampak pelbagai langkah insentif yang cuba diambil kerajaan untuk memantapkan lagi bangsa kita. Susuah sebenarnya nak bentuk personaliti seseorang lebih-lebih lagi identiti bangsa. Kalau kerajaan yang buat kempen,semuanya tetap terpulang kepada kita sama ada nak tengok atau tidak. Bak kata Master Zen,'the choice is in your hand'...kita yang kawal diri kita,bukan malaikat,bukan tuhan,bukan setan,tapi KITA! Last aku nak cakap,aku percaya,bangsa Melayu kita bakal menggegarkan dunia satu hari nanti. Malaysia akan menjadi negara yang akan dikenali hingga ke hujung kutub utara!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...