Tuesday, March 31

Ujung...


Dua minggu lagi semester empat aku tamat...

Semester ini, yang dapat aku katakan...

Screenwriting-best sebab memang minat aku mereka cerita, tapi agak bengang bila jalan cerita ditokok tambah. Takde kebebasan langsung. Mungkin dia lebih tahu...

Scripting for Radio-Paling skema giler. Ikut format betul-betul. Dia pun macam ok macam tak ok...

Translation-Susah, tapi kelas agak enjoy. KAdang-kadang meyeramkan, tapi seronok. Pengalaman baru translate bahasa inggeris...

Retorik-Best, sebab tak banyak kelas. Subjek pun senang. Tapi, dia tak senang.

Laras Bahasa-Same je lah dengan Retorik. Serumpun.

Storyboard-Lapang dan susah. Lapang sebab selalu takde kelas, susah sebab assignmentnye kene melukis. Best sebab banyak paki kreativiti minda...

Ensemble IV-Malas nak cakap...

kesimpulannya, semester ini, agak senang, dan agak susah...kena berhati-hati...

Sunday, March 29

Kegelapan Menyelamatkan Dunia



Semalam, tanggal 28 Mac 2009, dunia mengalami satu jam kegelapan ke serata bumi. Adakah ini satu perkara yang baik?

Ini kerana, dalam konteks fitrah manusia sendiri, kegelapan merupakan sesuatu yang buruk dan melambangkan kecelakaan. Tetapi, apa yang berlaku semalam, dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam, bukanlah satu perkara yang jahat.

Kempen 60 Earth Hour yang memerlukan semua penduduk bumi memeadamkan lampu rumah mereka adalah satu langkah intensif untuk kita menyelamatkan bumi dari perkara buruk. Memang kita tidak nafikan, bumi sekarang sudah semakin tua, dan mengikut alam, benda yang dah tua hendaklah dibelai dengan baik.

Lampu rumah, diibaratkan sebagai elektrik yang telah mengakibatkan kesan buruk kepada bumi. Tetapi apa yang aku tengok sekarang, jikalau satu bumi ditutup main switch elektrik, akan bernyawakah bumi? Ya, bumi akan bernyawa, cuma kita yang akan nyawa-nyawa ikan. KErana kita dan elektrik sudah sebati...

Wednesday, March 25

Lima...

Ini adalah tag dari kakandaku Ungku Nadia si rebung...nak sangat suruh aku buat...nah, ambik ni. BAca dan tatap la puas-puas..ntah pape lah...haha.

5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:

>> My Family.
>> My Friends at UiTM.
>> My Friends at Ulu Tiram.
>> My Relatives such like cousin...especially Abg E.
>> My other muslim members.


5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang:
>> Orang planet Namek..haha
>> Kucing peliharaan, Chichi.
>> Hamster kat rumah yang jahat macam setan! Keje nak menggigit jer..
>> Burung tiong yang dulu aku bela tapi dah mati.
>> Anak ayam yang manja dulu aku bela, pun dah mati jugak : (

5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:
>> Hand Samsung E640 aku...
>> Laptop Acer Aspire 4520, atau nama samaran, Hady's Acie Lappie..heheh
>> Televisyen, tak boleh hidup kalau tak ada benda ni..
>> Astro dekoder...heheh
>> PS2, walaupun jarang main, tapi aku ada share beli benda nih..huhu

5 Yang Paling Spesel - Ape-ape Yg Jadi Nyawa Anda:
>> Kehidupan.
>> Keluarga.
>> Kawan-kawan.
>> Movies.
>> Lawak Jenaka.


5 Yang Paling Spesel - Penjawab Tag Nyawa Yg Seterusnya:
>> Faheszi yang dah gian blog skang, berani tag la...haha
>> Shiera Itik Quek2...hahah
>> Arm berlagak henshin, aku tau, benda yang bernyawa bukan manusia top 5 die mesti kamen rider..hahahaha
>> Leo Ricky Mogi Huzair....hahah
>> Smua dak2 blog ah senang cter...hahah


Ntah pape je la kan. Tapi best gak main tag-tag ni. Haha, korang pon boleh join...

Tuesday, March 24

All-Time World Wide Box Office

Down here is the list of the most highest world wide box office profits for all time. I got it on the internet movie database. Check it out...

1. Titanic (1997) - $1,835,300,000


2. The Lord of the Rings: The Return of the King (2003) - $1,129,219,252



3. Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006) - $1,060,332,628



4. The Dark Knight (2008) - $997,316,061



5. Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001) - $968,657,891



6. Pirates of the Caribbean: At World's End (2007) - $958,404,152



7. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007) - $937,000,866



8. Star Wars: Episode I - The Phantom Menace (1999) - $922,379,000



9. The Lord of the Rings: The Two Towers (2002) - $921,600,000



10. Jurassic Park (1993) - - $919,700,000



For more information, surf to www.imdb.com....: )






Monday, March 23

Sejarah Seorang X-Men


Semalam aku kaji-kaji sikit sebanyak filem yang akan ditayangkan akan datang kat laman web GSC...

Dalam aku dok membelek-belek, banyak jugakla filem yang boombastic dan fantastic yang boleh ditonton nanti. Contohnya macam filem Terminator Salvation bulan Mei ni, filem Transformers 2 bulan Jun ni, filem Harry Potter yang paling aku nanti-nantikan bulan Julai ni dan filem G.I Joe bulan Ogos ni.

Tapi, apa yang aku nak sentuh kat sini adalah berkenaan filem X-Men Origins : Wolverine pada bulan April depan. Berkemungkinan besar aku cuti time filem tu ditayangkan dan ianya membuatkan aku tak sabar nak menonton.

Sedikit sebanyak yang aku tahu pasal filem ni, dengar cerita banyak superhero dari Marvel Universe dan X-Men Universe akan ditonjolkan. Contohnya seperti Deadpool, Gambit, Sabretooth, Emma Frost dan mungkin banyak lagi. Perkara ni membuatkan aku semakin teruja untuk menonton.

Berkenaan sinopsis pulak, apa yang aku tahu, ianya berkisarkan asal-usul Wolverine menjadi mutan yang mempunyai kuku besi. Dia juga ingin membalas dendam terhadap Victor Creed A.K.A. Sabretooth yang telah membunuh kekasihnya. Kemudiannya dia terjebak dalam satu program rahsia yang digelar Weapon X.

Yang paling aku tak sabar nak tunggu adalah kemunculan Deadpool. Korang mungkin tak kenal mamat ni, tapi kalau korang tengok power dia, boleh tahan hebat. Camne lah muke dia dalam filem nanti kan. Harap filem ni tak mengecewakan.

Sunday, March 22

Decepticon Balas Dendam

Semasa aku tonton filem Watchmen, sebelum tu ada di tayangkan beberapa trailer movie akan datang. Dan aku amat teruja bila menonton trailer filem ni ; Transformers : Revenge of The Fallen.

Pergh..memang gempak bila tengok preview pertama filem ni. Filem firstnya memang dah dikatakan berjaya menambat hati semua orang. Macam mana pulak filem keduanya ni. Seperti yang dah diketahui peminat filem transformers yang lain, dalam filem pertama Transformers, kita dapat saksikan kejatuhan puak Decepticon yang dikalahkan puak Autobots. Megatron dan kuncu-kuncunya yang lain mati. Tapi pada penghujung cerita, kalau tak silap aku robot yang dipanggil Starscreams berjaya melepaskan diri ke angkasa. Sementara Optimus Prime, ketua Autobots pula menghantar mesej kepada Autobots lain di ruang angkasa supaya datang ke bumi.

Untuk filem kedua, Starscreams telah pulang ke planetnya, Cybertron dan mengumpul semua Decepticons yang ada untuk membalas dendam terhadap Autobots yang berada di muka bumi. Di bumi pula, Scorpinox telah mencuri bangkai Megatron dari US Military dan menghidupkannya kembali. Berlakulah lagi pertarungan antara Autobots yang baik dan Decepticon yang jahat.

Dalam filem ni jugak, kita dapat saksikan lai banyak robot-robot baru seperti The Twins, Arcee, Jetfire, The Constructor dan banyak lagi. DAlam trailer ni jugak aku dapat lihat ada robot ang berbentuk harimau dan robot yang besarnya empat kali ganda Optimus Prime. Fuh! Dengar cerita, Optimus Prime pun cedera teruk dalam filem ni. Apa-apa pun, kita nantikan pada tahun ini....

Siapa Menjaga Orang Yang Menjaga???


Baru-baru ni aku telah pergi menonton filem Watchmen. Dan komen aku untuk filem ni, it worth RM11...faham-faham je lah kan...

Filem Watchmen ni adalah filem superhero kedua selepas filem The Dark Knight yang tidak menunjukkan ianya adalah seperti filem-filem superhero yang picisan atau cliche. Tidak seperti filem-filem bertemakan superhero yang lain, ianya membawa satu bentuk kelainan kepada penonton. Seperti yang anda telah saksikan dalam filem The Dark Knight yang mengetengahkan sedikit citarasa noir dalam filem tersebut, begitu juga filem Watchmen ini. Filem ini juga mengangkat tema jenayah tetapi dari sudut yang berlainan.

Diangkat dari novel grafik Watchmen karya pelukis tersohor, Alex Ross yang juga telah mencipta novel grafik League of Extraordinary Gentlemen, pengarahnya Zack Snyder dari filem 300 benar-benar menitik beratkan jalan cerita dan tidak hanya bergantung pada pelakon ternama. Bahkan, bukan jalan cerita sahaja yang mantap, baik dari segi lakonan, falsafah, skrip dan sinematografi filem ini juga mampu menimbulkan kesan dihati penonton.

Berlainan dengan filem superhero yang lain, cerita ini berkisarkan sekumpulan superhero yang terdiri daripada Nite Owl, Silk Spectre, Dr. Manhattan, The Comedian, Rorcharch dan Ozzymandias. Mereka berada dalam pergelutan dunia dan kekejaman dunia yang bukan sahaja mengancam manusia, tetapi juga mengancam mereka sendiri. Filem ini bukan berkisarkan seorang superhero yang ingin menumpaskan supervillain, malahan, filem ini seperti tiada watak antagonis. Apa yang ingin diceritakan dalam filem ini adalah tentang seorang pembunuh yang ingin membunuh semua superhero yang wujud. Falsafah filem ini berbunyi begini, jikalau semua supehero menjaga keamanan sejagat dan menjaga manusia, siapa pula yang akan menjaga mereka?

Falsafah dalam filem ini cukup menarik, lebih-lebih lagi yang keluar dari mulut Dr. Manhattan yang mempunyai kuasa membengkokkan jirim. The Comedian yang telah dibunuh pada awal cerita telah menjadi penggerak plot untuk filem ini. Kebijaksanaan Ozzymandias yang seirng menimbulkan tanda tanya akhirnya akan merungkaikan segala misteri. Begitu juga dengan Rorcharch dan Nite Owl, dua orang sahabat yang ingin mencari siapa dalang disebalik pembunuhan The Comedian. Silk Spectre pula sering keliru selepas menjadi heroin gantian untuk ibunya yang bersara.

Watak-watak yang ditunjukkan dalam filem ini amat menarik dan sering menimbulkan tanda tanya buat penonton siapa orang yang benar-benar jahat. Namun, itulah kuasa Alex Ross sebagai pencipta novel Wacthmen. Superhero yang wujud dalam filem ini, ada yang kita sering dengar, ada juga yang kita baru dengar. Filem ini memang seornok ditonton, walaupun tayangannya berdurasi 2 jam 30 minit.

Tonton dan hayatinya...

Saturday, March 21

Spontan Rancangan Baru Afdlin???



Masa pergi FINAS hari tu...

Aku punye lah boleh dikatakan happy, sebab masa ke FINAS, kitorang melawat ke bilik kine transfer dan bilik editing. Tapi yang paling tak disangka, kitorang juga sempat pergi melawat studio di FINAS.

Tak disangka-sangka, di studio tu terdapat sutradara Malaysia, Afdlin Shauki dan krew-krew Activision sedang bersiap sedia untuk rakaman program terbaru mereka, SPONTAN dan lagi satu kalau tak silap aku rancangan E'ELEH ( sorry kalau salah eja).

Kitorang masih tak tahu format rancangan tersebut tetapi sudah semestinya komedi. AKu pun sempat lah interview abang Afdlin sikit sebanyak. Selang beberapa minit lepas tu, datang lagi dua orang artis tanah air, papa rock negara, Ramli Sarip dan ND Lala. Fuh, boleh dikatakan teruja jugak la.

Aku tak pasti diorang berdua datang untuk rancangan Spontan atau E'eleh. Aku juga tak berkesempatan nak merakam set E'eleh. Hanya gambar set Spontan je yang dapat aku tayang dalam pos kali ni. Maybe ni first preview, mungkin tak, korang tatap lah sendiri...heheh

Friday, March 20

Waalaikumsalam Jawab Ana...


Ana 'ataitu duwai arabiah, wa atlibu minkum musa'adat. Wa tabarru'at ikhwannina al irraqiyin...

Fuh, line kat atas ni adalah line pertama ketika aku berlakon dalam short film bertajuk Assalamualaikum. Aku kena berdialog dalam bahasa arab dan lepas dialog di atas ni, ada lagi empat line dialog bahasa arab. Bayangkan betapa susah aku nak menghafa. Dah la first time berlakon short filem.

Dalam short filem ni aku pegang dua watak, iaitu sebagai orang Arab dan sebagai pengemis. Jalan ceritanya tak perlulah aku beritahu. Nanti pandai-pandai lah korang tengok sendiri. Pendek kata, cerita ni berkenaan persepsi manusia terhadap pemakaian dan imej manusia lain.

Lepas shoot short filem Assalamualaikum, aku dipelawa pula berlaon watak pengemis yang sama dalam short filem Gerabak. Thanks kepada pelajar Part 5 Seni Layar kerana menjemput aku terlibat sama dalam short filem korang...

Seman Balasbalik


Tadi aku dapat satu berita yang boleh dikatakan mengejutkan aku dan boleh dikatakan juga tidak berapa nak mengejutkan aku...

Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang siapa nak tutup? Tapi bagi aku ni bukan lagi soal mulut. Zaman sekarang ni manusia dah sukar untuk dikawal. Nak2 bila dah ada medium yang dipanggil internet. Pepatah di atas tadi dah tak boleh nak dipakai, sebab bagi aku sekarang, bukan setakat mulut orang kita tak boleh nak tutup, tapi jari orang pun kita tak boleh nak ikat dari diorang menaip benda yang bukan-bukan.

AKu diberitahu oleh Muz Zaman, ada orang komen balik komen aku yang aku beri masa tayangan filem Seman beberapa minggu lalu. Aku ni bukan lah jenis yang mudah melenting, tapi kalau apa yang dikatakan tu tak benar dan memalukan diri kita, siapa yang tak marah.

Masa tayangan filem Seman hari tu, aku menjadi salah sebahagian dari orang yang menonton. Jadi aku merasakan diri aku terbabit sama dalam penghayatan terhadap filem tersebut. Selepas tayangan, para pelajar diberi kuasa untuk memberi komen terhadap filem tersebut. Untuk pengetahuan semua, aku keluar dua kali untuk sesi soal jawab. First aku keluar sebab nak tahu macam mana abang Mansur dapat idea menghasilkan filem Seman. Second pulak lebih kepada komen aku terhadap keseluruhan filem tersebut. Waktu aku keluar kali kedua, aku telah memanfaatkan segala ilmu yang aku pelajari di fakulti TEKA. Tentang ideology, tone dan shot penggambaran.

Aku memang tak berfikir sewaktu menonton filem Seman, tapi aku akan berfikir selepas filem itu tamat. Tak aku sangka, beberapa hari lepas aku bagi komen, ada orang yang balas balik komen aku dalam blog. Tak tau lah kalau dia ni takut nak bagitau depan-depan ke atau tak puas hati dengan aku. Persoalannya sekarang, kenapa dia tak bidas komen aku sewaktu sesi soal jawab filem Seman hari tu? Kenapa mesti balas dalam blog? Aku bukan yang jenis makan orang sampai nak takut cakap depan-depan aku. Apa yang kawan aku bagitau, dalam blog tu dia seolah-olah melambangkan aku ni berlagak pandai dengan mengeluarkan ayat-ayat 'bombastic'...hah? Itu ayat filem lah, aku study sebelum aku bercakap.

Aku ada sebab kenapa aku keluar dua kali time sesi soal jawab. Satu, sebab memang banyak persoalan timbul dalam kepala aku. Kedua, sebab aku tengok tiada sambutan yang diberikan oleh pelajar lain. AKu sedih tengok situasi macam tu. Sampaikan bila abang MAmat Kahalid sound pun diorang masih buat tak tahu...tak faham betul.

Lastly, aku sekarang dah jadi pemerhati filem. DAn setiap perkara yang aku cakap sekarang sering mendapat perhatian orang. Tetapi, sekurang-kurangnya aku bertanya dan meluahkan pendapat. DAn aku berasa lega. Cukup lega!

Kepada manusia yang membidas aku tempoh hari, aku harap screentalk minggu depan bersama Amir Muhammad, dia akan keluar tampil dalam sesi soal jawab. Good luck for you...

Thursday, March 19

After Ally and Finas


Fuh, penat...dua hari berturut-turut aku dan rakan-rakan sekelas pergi ke syarikat produksi...

First, aku pergi studio ntv7 jadi penonton kepada rancangan Ally, second, aku pergi ke Finas sebagai lawatan dibawah subjek Retoric of Screenwriting. Pengalaman yang aku dapat cukup 'hebat'.

Untuk rancangan Ally, bukan kali pertama aku menjadi penonton. Sebelum ni ada juga lah aku jadi penonton untuk rancangan Riuh Selamba Aidilfitri dan Cafe Akil Hayy. So takde banyak cerita yang boleh aku kongsi. Sebab jadi penonton ni senang. Just tepuk-tepuk tangan dan jadi monyet sekejap. Topik dalam rancangan tu pulak pasal bomoh. Bengang aku dengan tetamu yang datang petang tu. Tak faham soalan. Siapa yang tengok tahulah...

Kat Finas pulak, aku rasa antara yang seronok tetapi bukan yang paling seronok. Kelas aku buat academic visit ke sana kononnya untuk kaji cara-cara Finas mempromosikan produk. Tapi bila sampai sana, ktorang didedahkan pulak dengan bilik kine transfer, blik editing. Tak kisah la, ada jugak ilmu yang masuk. Aku pulak time tu kena jadi hos sebab nak kena buat dokumentari. Paling best sekali aku dapat jumpa abang Afdlin Shauki, Ramli Sarip dan ND Lala. Abang Afdlin ketika tu dalam proses nak buat rancangan tv, Rancangan E'eleh dan Sponta.

Next time aku akan update berkenaan rancangan tu..tunggu..

Tuesday, March 17

Five to Glory!


Dari sembilan menjadi tujuh, dari tujuh kini tinggal lima sahaja...

Ada yang terkandas di permulaan, ada yang berhenti kerana ingin menruskan perjuangan lain dan ada yang senyap merancang sesuatu. Gambar di atas ni adalah gambar budak lelaki dalam kelas aku, kelas CT112 Penulisan Artistik batch 0707.

Memang nampak sedikit, tapi ni adalah lima pelajar dari 35 orang pelajar. Jangan terkejut, tapi ni lah hakikat. Nampaknya kelima-lima insan ni betul-betul 'struggle' untuk menggapai kecemerlangan. Hubungan mereka pun makin akrab.

Dari kiri, Hady, Ijat, Fizy, Leo dan Faiz, sama-sama berganding bahuuntuk mencapai satu matlamat. Matlamatnya adalah, ingin menumpaskan lagi 30 orang pelajar perempuan lain. Hahaha! Ready girls, these guy will make you cry....

Monday, March 16

Aroma Tak Dikenali...

Baru-baru ni ada sesutau perkara yang telah menyedarkan aku...

Aku telah ditegur oleh salah seorang dari kawan aku tentang perkara yang telah aku ragui sejak dari dulu. Aku pelik, sejak dari dulu, semua orang macam nak jauh dari aku je. AKu pun tak pasti kenapa. Tu sebab dari dulu aku suka bersendirian. Cuma da beberapa orang je yang kamceng betul dengan aku. Sampai la satu hari, baru aku tahu kenapa...

Kawan aku tegur tentang bau badan aku. Aku dah suspek bend ni dari dulu lagi, cuma takde orang tegur. Aku ni jenis yang disuruh baru dibuat. Kalau dah ada orang suruh aku jaga bau badan, mesti la aku jaga. Lagi satu, aku ni ada masalah deria bau. Tak tau kenapa, orang kata busuk, au bau takde pape pon. Bilik aku pon berselerak dan bau semacam. Tapi aku tak kisah, sebab aku tak bau apa-apa.

Aku akan berubah selepas kena tegur. Rupanya ramai dah kawan aku yang lain nak tegur aku, tapi diorang takut aku kecik hati. Sebenarnya aku lagi kecik hati kalau diorang jauh dari aku. Sorry guys. Nasihat aku, janganlah takut kalau korang nak tegur aku. KAlau aku marah, buat tak tahu je, aku ni jenis cepat marah dan cepat reda. JAdi kawan aku la kalau nak kenal aku....hehe...


Saturday, March 14

Losing The Ideas


Semester ini mungkin yang paling senang dan tidak memenatkan. Tetapi, sem inilah yang membuatkan aku secara tiba-tiba hilang super power yang membolehkan aku mengeluarkan idea...

AKu telah kehilangan satu-satunya perkara yang amat penting bagi diri aku. IDEA! Tak dinafikan aku masih lagi mempunyai beberapa idea untuk dikeluarkan, tetapi idea yang kreatif macam menyorok dalam otak aku dan tak nak keluar.

Tension aku dibuatnya...Aku terus hilang punca nak buat skrip, cerita dan apa-apa lagi pelan yang kreatif. Dah lah semester ni yang paling banyak menggunakan idea. Storyboard, screenwriting, skrip radio dan ensemble...semua ni perlukan idea yang benar-benar kreatif.

Tak tahu lah apa yang dah jadi dengan aku. Banyak makan semut agaknya. Kena makan kismis la aku jawabnya lepas ni...

Akhirnya Goku Kalah!


Penuh dengan kekecewaan...

Aku baru lepas menonton filem Dragonball Evolution. Kepada sesiapa yang nak tengok filem karya lagenda Dragonball ini, jangan meletakkan harapan tinggi. Kerana Krillin, Oolong, Tienshinhan, Chaozu dan Emperor Pilaf langsung tidak akan muncul dalam filem ini. Sedangkan merekalah yang memberi keceriaan dalam Dragonball. Tak dinafikan, filem tak semestinya sama dengan manga atau anime. Semua orang inginkan kelainan. Tetapi kelainan yang macam mana?

Kelemahan filem ini terletak pada wataknya. Bagi aku, jalan cerita berbeza tak mengapa, tetapi wataknya mesti sama dengan perwatakkan dalam komik. Goku dalam filem sedikit berbeza dengan Goku dalam komik. Wataknya nampak begitu lemah dan tiada keserasian dengan lagenda Dragonball. Begitu juga dengan Bulma dan Yamcha. Cuma Master Roshi yang sedikit menunjukkan persamaan. Jalan ceritanya pun agak lemah. Dengan aksi pertarungan yang tak seberapa.

King Piccolo tak berapa nampak kejahatannya. Pertukaran cerita berkenaan monyet jadian Goku juga sedikit mengganggu fikiran aku ketika menonton. Bila Kakarot yang dipanggil Oozara menjadi pengikut Piccolo? Susah aku nak faham. Walaumacammanapun...korang masih boleh ceria menonton dengan adanya teknik Ma Fu Ba dan Kamehameha.

Aku tetap kecewa dengan filem ii. Penantian yang lama, sia-sia belaka. Hidup Dragonball versi manga dan anime!

Friday, March 13

7707 Hampir ke Tahap Keseraman


Sekali lagi...

Hari kedua promosi filem ; Skrip 7707 oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Penyarah UiTM yang berpengalaman dalam membuat filem. Dengar cerita ni filem seramnya yang kelima. Hurm, memang kalau mengikut genre, keempat-empat filemnya yang sebelum ni bergenre seram. Tapi kalau bagi aku, filem-filem tersbut tak lebih dari eksperimen Prof Razak untuk menghasilkan filem seram yang lebih baik. Dan setelah bekerja keras, terhasil lah Skrip 77o7. Ramai kata filem ni hampir menimbulkan kelainan dari filem seram ciptaannya sebelum ni.


Tetapi...cerita dalam Skrip 7707 adalah berdasarkan kisah yang pernah diceritakan oleh kita sebelum ni. Jadi, tiada apa yang baru sebenarnya. Dalam filem ni terdapat sepuluh kisah seram. Bagi aku, kisah yang benar-benar seram adalah kisah dalam lift dan kisah terakhir iaitu di hospital. Memang benar-benar seram.


Aku tak menggalakkan dan tak menghalang korang semua tengok filem ni. Semuanya terpulang kepada korang yang sudah biasa dan masak dengan karya Prof Razak. Nilai lah sendiri.

Yasmin Ahmad Tak Puas Hati


Assalamualaikum dan salam sejahtera para pendeta blog sekalian...

Mungkin aku agak terlalu lambat mengeluarkan blog berkenaan promosi filem Talentime. Tapi semuanya masih berkesempatan. Selepas menonton karya Kak Yasmin Ahmad tersebut, terus aku ada banyak idea dan perkataan untuk diluahkan berkenaan filem ini. Sebuah lagi masterpiece yang menyayat hati serta menghiburkan perasaan kita yang menonton.



Seperti kebiasaan, Kak Yasmin sering menonjolkan ciri-ciri 'sweetness' dalam karyanya. Kasih sayang keluarga, keakraban kawan karib dan perasaan cinta dua insan berlainan jenis. Aku tak nak bercerita tentang sinopsis filem ini. Apa yang aku boleh kata, korang mesti pergi panggung wayang belanjakan wang RM10 dan tengok Talentime, berbaloi.



Apa yang Kak Yasmin tak puas hati? Aku ada nampak perkara ni dalam filem terbaru dia ini. Nampaknya Kak Yasmin tak puas hati bercerita mengenai kehidupan dan muafakat antara kaum. Dalam cerita ni saja ada tiga jenis kehidupan diceritakan dan diselangi dengan tiga sub-plot. Kisah kehidupan Mahesh, kehidupan Melur, Kehidupan Hafiz, percintaan Melur dan Mahesh keperitan ibu Hafiz serta konflik antara Cahoe dan Hafiz. Semuanya teratur.



Aku ingin nyatakan disini, Talentime bukan filem tentang pertandingan. Tiada siapa menang dan tiada siapa kalah. Ianya filem yang meletakkan keadilan kepada semua pihak dan tiada watak yang benar-benar jahat. Dan percayalah, babak paling menarik dalam cerita ini, adalah pada endingnya. Di mana alat muzik bernama erhu dan gitar bergabung menghasilkan muzik sekaligus menjalinkan kemuafakatan antara kaum.



Secara keseluruhan, ceritanya complete with sweetness...

Thursday, March 5

Meaning by 'The Force'


Assalamualaikum para pendeta blog sekalian... Mungkin semua dah tahu kegilaan aku terhadap produk atau brand atau hiburan atau legasi yang dipanggil Star Wars. Tapi kenapa aku minat sangat dengan benda ni? Buat pengetahuan semua, kebanyakkan perkara yang aku minati diperturunkan kepada aku dari bapa aku sendiri. Minat aku terhadap wayang datang dari dia, minat aku terhadap isu semasa datang dari dia, minat aku terhadap falsafah datang dari dia, dan minat aku pada Star Wars juga datang dari dia. Semuanya datang dari dialah...mula dia tonton Star Episod IV tahun 70an dulu, sampai 30 tahun dia tunggu untuk Star Wars Episod III. Fuh! Kesetiaan yang dahsyat. Dah lah cerita Star Wars tu sendiri terbalik, dari Episod IV,V dan VI kepada Episod I,II dan III. Aku tanya kat dia, apa yang abah mnat sangat kat Star Wars ni? Dia pun jawab, filem Star Wars ni, kisahnya tak beza sangat dengan cerita orang melayu...aku pun terpinga-pinga jugak time tu. Jadi, tu tugas korang lah untuk kaji apa yang bapa aku cakapkan tu... Apa yang ada dalam Star Wars itu sebenarnya yang menarik minat aku. Jedi, sith, lightsabers, hyperdrive, galaxy system...dan yang penting, the FORCE. Apa itu the force sebenarnya? Kalau dalam legasi Star Wars, the force tu adalah suatu bentuk kuasa yang menjalinkan kehidupan dan kuasa tersebut perlu stabil supaya segalanya baik-baik belaka. Jedi mendapat sumber tenaga mereka dari the force ni lah, dan lawan unutk the force adalah lightning force yang digunkan oleh golongan the Sith. Cuba kita ambil terma 'force' tu ke dalam dunia realiti. Sir Isaac Newton pun pernah guna terma ini, Albert Einstein pun pernah juga. Jadi ternyata lah dalam dunia realiti, 'force' adalah satu perkara yang menimbulkan pertanyaan saintifik. Anda semua boleh kaji dengn sendiri, bagaimana graviti muka bumi boleh wujud dengan adanya 'force' galaksi berpusat di matahari. Bagaimana 'force' boleh mengubah suatu bentu dan suatu keadaan sama ada menjadi lebih baik atau bertambah buruk. Kungfu Shaolin dari fahaman Buddhism juga ada menggunakan 'the force' jika kita kaji dengan teliti. 'The force' tersebut menjadi punca mereka mendapatkan tenaga. Begitu juga dari sudut pandangan fahaman Hinduism, 'the force' terdapat dalam kisah-kisah ketuhanan mereka. Tapi itu di alam realiti. Dalam legasi Star Wars, Qui-Gon Jin berkeras inginkan Anakin Skywalker yang mempunyai midichlorian terbanyak dengan harapan agar 'the force' akan stabil. Dia kata Anakin adalah yang terpilih, atau the chosen one. Tapi apa yang terjadi, Anakin sendiri yang mengkucar kacirkan 'the force'. Bagaimanapun, kata-kata Qui-Gon ada benarnya dan ada salahnya, bukan Anakinyang membawa kestabilan 'the force', tetapi anak-anaknya iaitu Luke dan Leia Skywalker. Apa mesej yang ingin disampaikan? Manusia ingin membaik pulih keadaan supaya kehidupan akan lebih aman, tetapi kerja baikpulih itu sendiri yang akan menimbulkan peperangan. Itu lah akibatnya kalau manusia cuba menjadi tuhan. Mungkin itu mesejnya, mungkin tidak! Berbalik pula kepada bapa aku, dia berkata, 'the force' tu ada dalam kehidupan kita. Cuma ianya agak metafora untuk disampaikan. The Sith tu macam iblis yang cuba menghasut, Jedi pula adalah khalifah tuhan yang ingin mempertahankan dunia. Dan 'the force' tu pula, samalah ertinya macam iman...

p/s:Jangan terpedaya, dan cuba berlatih gunakan akal.

Wednesday, March 4

Apa Kawan?

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....

kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...

p/s : Coretan ni aku dapat dari mesej friendster yang diberi KAWAN aku, Atiq...may we still be friends and may the force be with you...

Tuesday, March 3

Presentasi Berkembar

Assalamualaikum para pendeta ...

Lama dah rasanya aku tak mencoret dalam ruangan blog ni. Ada la beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan yang membuatkan aku dah lama tak surf internet. Antaranya line internet problem dan diri aku sendiri yang mem'busy' dengan ass-ass subjek. Full of s...

Sekarang dah masuk sembilan minggu aku bertapa kat UiTM. Maknanya sekarang dah pertengahan semester. Waktu-waktu macam ni la ass bertimbun-timbun bak Gunung Kinabalu. Tapi nak buat macam mana, kalau dah anak, jalankan tugas sebagai anak, kalau dah pekerja, jalankan tugas sebagai pekerja, kalau dah pemimpin, jalankan tugas sebagai pemimpin. Aku ni pulak, dah namanya student, kene la jalankan tugas sebgai student.

Tapi apa yang bestnya minggu ni, aku telah menjalankan dua buah presentation dua hari berturut-turut. Aku tak tau kenapa, aku suka sangat buat presentation, walaupun sebelum present dah kelam kabut dengan powerpoint tak siap, proposal takde dan ntah pape lagi la. Tapi time present, memang aku enjoy gile. Apa yang bestnya lagi, bila turn team aku je present, punyalah bertubi-tubi soalan dari classmate-classmate aku. Aku tengok team lain takde pun kena yang teruk dari aku. Sampaikan pernah dulu Nonie jadi satu group ngan aku, dia kata kena hati-hati, pasal ada aku. Maknanya sape yang satu group ngan ak memang malang sebab akan ditanya banyak soalan. Aku tak kisah pun. Yang penting setiap presentation yang aku buat gempak. Pia sendiri pernah kata, "Hang kalau buat presentation memang gempak..." Haha. Aku tak leh nak kate ape dah.

Untuk hari Isnin, aku kena present tajuk Film Genre untuk subjek screenwriting Puan Lela. Sebelum nak present punya lah kelam kabut. Dengan powerpoint tak boleh pakai, video tak boleh play. Tapi akhirnya semua baik pulih seperti sedia kala. Hasilnya, jangan ceritala, mesti gempak. Dengan ada video dan sedikit lawak jenaka, semua classmate aku enjoy. Puan Lela pun aku tengok enjoy dengan presentation kitorang ni. Aku agak puas hati. Aku akan pastikan aku dapat A untuk presentation ni. Insyaallah.

Untuk hari Selasa pulak, aku present pasal profil syarikat pengiklanan aku dan iklan yang akan group aku buat. Presentation kali ni memang best. Sebab aku suka perkara-perkara yang membabitkan idea-idea kreatif. Kitorang kena buat iklan komersial berkenaan Maxis Postpaid. Dan aku apa lagi, luahkan la idea yang selama ini terkurung dalam otak aku. Presentation ni untuk subjek storyboarding Encik Khairul. Di akhir presentation, En. Khairul puji idea group kami dan dia kata sense of humour memang menepati citarasa dia. Walaupun aku diasak soalan bertubi-tubi oleh classmate yang sengaja nak mengena, tapi En. Khairul jugak yang backup. Haha. Tapi apa yang tak bestnya, aku tedengar En. Khairul tergelak tengok logo syarikat yang aku cipta.

Walaupun macam-macam benda berlaku, aku tetap puas hati dengan kedua-dua presentation ni. Dah lepas azab ass ni. Tapi lepas ni akan ada banyak lagi ass-ass yang menunggu. Pergh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...