Thursday, February 19

Evolusi Mutiara Naga



Lagenda menjadi realiti...

Kanak-kanak yang kini sudah dewasa pasti menantikan kemunculannya di layar perak. Kalau dulu mereka hanya melihat lagenda tersebut disebalik kertas komik setebal kurang-kurang 200 muka surat, dan juga melalui siri animasi. Tetapi sekarang semuanya menjadi realiti. Goku, Master Roshi, Bulma, Yamcha dan Piccolo bakal menjadi orang sebenar tidak seperti kartun yang kita selalu lihat. Sebenarnya tayangan live action Dragonball dah lama aku tunggu. Mula kata nak tayang tahun 2005, tengok muke Piccolo di'realisasi'kan...pergh, tak sabar nak tunggu. Tapi tak muncul-muncul. Aku sabar menunggu, tapi adik aku yang nombor 2, Rauf yang sibuk-sibuk tanya aku bila nak keluar, bila nak keluar. Hahha. Memang minat dia cerita tu. Aku harap dia tak kecewa dengan hasil yang diberikan pada tayangannya pada bulan tiga nanti. Pasal kekecewaan ada sedikit dalam hati aku bla melihat watak realiti lagenda tersebut tidak menyerupai watak asal dalam komik. Mungkin jalan ceritanya juga berbeza. Tapi nak buat macam mana, cerita sudah dihasilkan. Aku dah tengok preview filem ni. Boleh tahan. Tapi seperti ada sedikit 'kurang'. Di mana Krillin, Oolong, Tienshinhan dan Chaozhu dan Miss Launch? Tanpa mereka ni, mungkin impak filem ni agak kurang. Walaubagaimanapun, aku tetap akan menonton filem ni nanti. Fuh!


Tuesday, February 10

Gila Gempak*




Kalau Arm boleh bangga dengan minat dia terhadap Kamen Rider,kenapa aku tak boleh? AKu pun ada jugak benda yang aku nak kongsi dengan korang semua tentang benda yang aku 'kipas-susah-mati' sejak dari aku kecik...




Mula kenal majalah ni pada tahun 1998


dari abang aku yang ketika itu belajar di UiTM Jengka;


Masa tu aku baru berumur 10 tahun kalau tak silap


komik zaman itu;


Mat Gempak


Red Head


Jinggo


Balistix


Under 18


slogan zaman itu;


Satu Isu Satu Surprise


hadiah free zaman itu;


Poster Gergasi


Patung Kertas


Poskad


peraduan zaman itu;


Enjit2


Perah Otak




Pada tahun 2001;


aku ganti tempat abang aku beli majalah ni


Masa tu umur aku 12 tahun


apa yang aku ingat zaman tu;


Komik Gengkey


MFEO


Oxer


apa yang menarik zaman tu;


Komik keluar Sebulan 2x


hadiah zaman tu;


Motor


PS2


VCD Anime




6 tahun aku membeli Gempak


tahun 2007;


adik aku menyambung legasi


semuanya berubah


hingga sekarang


komiknya;


Under 18 No Fear


Fatal Chaos


Kaoru's Cake House


Lawak Kampus




Susah aku nak terjemahkan segala kenangan dengan majalah;


komik+hiburan+games+movies+anime+kartun ni..


hingga aku kenal insan bernama;


ApohKennyC2VZintOgaFakhrulAnourBenKashPuyuhBearKaoruNizamBachokKeith


dan ramai lagi


info yang banyak


hingga aku mengenali


Masked Rider


Ultraman


Star Wars


Final Fantasy


Harry Potter


Osamu Tezuka


Santa Inoue


Bearbrick


Model Vinil


Kereta Tomy


Frank Miller


Stan Lee


Hayao Miyazaki


dan banyak banyak banyak lagi


yang telah menjadi sebahagian dari diri aku..




hingga membuatkan aku sedar


ini BIDANG AKU!


bidang seni..




Terima Kasih Mr. Botak kerna mencipta Gempak


dan legasinya hingga kini.








Monday, February 9

I 'Wanted' a 'Fight Club'

Seperti yang korang dah tahu, aku memang seorang kaki filem. Aku juga seorang penilai filem kerana kerja aku di universiti ni memang ditugaskan menilai filem. Tapi kadang-kadang aku tak rasa yang aku ni seorang penilai yang baik. Cuma apa yang ada pada aku bila menonton filem adalah,aku akan mula berfikir. Berfikir tentang filem tersebut. Beberapa minit yang lepas aku baru sahaja selesai menonton filem 'Fight Club' lakonan Brad Pitt dan Edward Norton. Kawan aku Shah yang paksa-paksa aku tengok. Dia kata Brad Pitt berlakon. Time tu aku tak tahu yang Edward Norton berlakon sekali. So aku macam lemah sikit nak tengok. AKu tak berapa minat lakonan Brad Pitt. Tapi lakonan Edward Norton memang yang terbaik bagi aku. Tengok saja filem lakonannya, 'Incredible Hulk' dan 'The Illusonist'. Selepas menonton FC, boleh aku katakan, pandai jugak Brad Pitt berlakon rupanya. Dan filemnya pula, kalau aku ada tiga ibu jari, aku akan naikkan ketiga-tiganya. Three thumbs up!

Apa yang menariknya, pada awal ceritanya, aku telah tersedar akan sesuatu. Gaya pengarahan atau screenplay atau ideology untuk filem ini seolah-olah sama dengan sebuah filem yang juga merupakan 'three thumbs up movie' bagi aku. Filemnya ialah 'Wanted. Aku tak kata jalan ceritanya sama. Tetapi cara pengolahan watak utama kedua-dua filem tersebut adalah sama. Kedua-dua filem menggunakan watak utama sebagai 'narrator' atau pencerita dalam filem tersebut. Kehidupan watak utama juga agak sama. Jadi, apa yang aku nak ulaskan disini adalah, aku amat suka filem yang bercorak sedemikian. Harap korang boleh tonton dan nilaikan sendiri. Kat bawah ni aku selitkan sikit review kedua-dua filem ni;
Filem ini mengisahkan seorang watak utama yang merupakan pencerita dalam filem ini atau 'Narrator'(Edward Norton) kerana dalam filem ni kita tak tahu nama sebenar dia. Narrator ni mempunyai hidup yang membosankan hinggalah dia bertemu dengan Tyler Burden(Brad Pitt) dalam kapal terbang. Bersama-sama,mereka berpura-pura bergaduh di tgh jalan hingga menjadi ikutan orang lelaki di kawasan tersebut dan mereka menubuh sebuah organisasi yang dipanggil 'Fight Club'. Tetapi, boleh dikatakan idea kelab ini datang dari Tyler dan semua ahli setia dan sentiasa mengikut arahan Tyler. Si Narrator ni mula rasa tak senang lepas Tyler melaksanakan 'Project Mayhem' bagi memusnahkan semua bandar-bandar besar. Selepas Narrator selidik, dia dapat tahu, yang Tyler ni sebenarnya tak wujud. Tyler merupakan imaginasi Narrator. Dan semua ahli Fight Club menganggap Narrator sebagai Tyler Durden. Barulah dia tahu, segala perkara yang dilakukan Tyler, adalah dari dirinya sendiri. Degan penuh cemas dia ingin membatalkan 'Project Mayhem' tetapi terdapat banyak halangan dengan pengikut-pengikutnya sendiri yang setia melaksanakn projek tersebut. Kalau korang masih tak faham,tontonlah dengan mata dan akal sendiri. Kata aku,HEBAT!
Filem ini pula menceritakan tentang kehidupan Wesley Gibson(James McAvoy) yang cukup-cukup membosankan dengan pekerjaan sebagai akauntan yang sering dimarahai bosnya, teman wanitanya main kayu tiga dengan kawannya sendiri dan tekanan perasaan yang melampau. Hinggalah pada satu hari, Fox(Angelina Jolie) datang kepadanya dan memberitahu yang ayahnya baru lepas mati dalam menjalankan misi. Bermula pada hari itu, Wesley tahu dia mempunyai kuasa dalam memberi tumpuan terhadap suatu perkara hingga membolehkannya menembak dengan tepat,mahir bertarung dan bijak berfikir. Dia dibawa Fox ke Fraternity yang mempunyai ahli yang ramai dan berkebolehan seperti dirinya. Faraternity adalah seperti sebuah agensi pembunuh upahan yang mendapat arahan bunuh dari sejenis benang(loom). Pada benang tersebut akan tertera nama orang yang akan dibunuh dan Wesley akan mengikut arahan. Selesa dengan kerja barunya, dia dapat tahu, ayahnya masih belum mati. Rupanya Fraternity hanya mereka cerita kerana ayah sebenarnya belot terhadap Fraternity satu ketika dahulu. Tetapi ayahnya ada agendanya yang tersendiri dan ini membuatkan Wesley semakin tertarik untuk selidik lebih lanjut. Filem ni menarik minat aku kerana ianya satu kelainan dan terdapat magis dalam filem ini. Saranan aku,WAJIB TONTON!

Sunday, February 8

Tetikus Melekat Di Tangan


Bila mouse computer dah melekat kat tangan,

Cursor terus meluncur ke ikon internet,

Lantas tangan terus menaip;






dan


Tangan semakin melekat pada badan mouse,

Cursor semakin melilau di sekeliling monitor skrin,

Satu jam terasa seperti satu minit,

Jarum jam nampak macam tak bergerak,

Malam menjadi siang dan siang menjadi malam,

Masa tu baru aku tahu,

Aku dah kena;


INTERNET SURFING DISORDER

Saturday, February 7

Impian dan Cita-Cita

Subjek Satu : Impian

Aku
Teringin mengumpul action figure;

Aku
Teringin menjadi seorang jedi;

Aku
Teringin membeli sebuah kereta coupe;

Aku
Teringin memiliki motor berkuasa besar;

Aku
Teringin membeli sebanyak mungkin koleksi komik;

Aku
Teringin berkebolehan terbang;

Aku
Teringin memiliki gajet terkini;

Aku
Teringin memiliki private jet;

Aku
Teringin membeli baju yang berjenama;

Aku
Teringin makan yang sedap-sedap;

Tapi mungkin itu hanya sekadar impian...aku

Subjek Dua : Cita-Cita

Aku
Mahu menjadi seorang yang kaya;

Aku
Mahu membikin filem yang hebat;

Aku
Mahu memiliki bisnes sendiri;

Aku
Mahu membuat sebanyak mungin novel;

Aku
Mahu mengubah dunia;

Aku
Mahu memiliki keluarga;

Aku
Mahu menjadi anak seni paling berjaya;

Aku
Mahu hidup sementara sahaja;

Tapi mungkin itu hanya sekadar cita-cita...aku


Subjek Tiga : Doa dan Usaha


Aku
Akan sentiasa mencuba mencapai impian dan cita-citaku;

Insyaallah

Friday, February 6

Kerajaan Berjasa???


Dah setengah abad kita merdeka. Tapi betul ke merdeka tu perkataan yang sesuai untuk kita gunakan bagi mendefinisikan maksud kebebasan?

Assalamualaikum semua,

Artikel ni mungkin agak sensitif untuk aku bincangkan. Tetapi keseluruhan idea untuk artikel ini bukan seratus peratus datang dari aku. Bapa aku juga ada menyumbangkan beberapa pendapat berkenaan idea artikel ini. Jadi,kalau aku kena saman atau kena ban,jangan salah kan aku sepenuhnya okay!Hahah..

Mungkin umur aku yang masih muda dan pemikiran aku yang tak berapa matang, menidakkan aku untuk bercerita tentang isu ini. Tapi jangan lupa,aku masih boleh berfikir dengan waras. Ini cuma pendapat. Kita hidup di negara bebas,asalkan ianya tidak menyentuh isu agama atau ketuhanan. Aku cukup suka berbual tentang kerajaan. Dan baru-baru ni aku amat tertarik dengan isu yang mengatakan KERAJAAN BERJASA KEPADA RAKYAT. Betul ke?

Aku dulu merupakan seorang yang menyokong kerajaan. Tapi dulu aku kecik lagi. Nak-nak masa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Tapi sekarang? Hah..nak duduk kat Malaysia pun rasa takut. Entahlah,makin banyak perkara buruk yang terjadi. Memanglah Malaysia salah satu negara yang paling aman untuk didiami,tapi jenayah,keganasan dan ketidakadilan tetap berlaku. Takdelah aman sangat. Dengan politik wang,polis korup,seks bebas dan bermacam lagi,membuatkan aku malu denagn negara Islam ni. Tolong jangan salah faham, aku tak salahkan negara,aku tak salahkan Malaysia. Aku sayang Malaysia. Malah aku bangga sebab aku lahir sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tapi siapa yang mentadbir negara ini? Aku tak suka dengan orang yang mentadbir negara kita ini.

Semakin banyak perkara buruk berlaku. Hak rakyat untuk bersuara dah semakin hilang. Orang melayu hanya menurut kata. Itulah sebab kaum minoriti semakin berani. Parti kerajaan mengerah darah rakyat sendiri. Bila rakyat mula bersuara,terus dikata kita ni tak mengenang jasa mereka. Sistem salah,sejak dari zaman merdeka lagi dah salah. Kalau tak,Singapore pun dah jadi milik kita. Tu lah kerajaan,takpandai jaga khazanah negara. Aku cukup tertarik bila kerajaan mengatakan yang rakyat hanya pandai komplen. Kata diri mereka berjasa kepada rakyat. Macam-macam dah mereka lakukan. Pembangunan,ekonomi,perkhidmatan dan pendidikan. Semua tu jasa mereka lah konon.

Ok,ni ape yang bapa aku cakap kat aku. Tu semua bukan jasa kerajaan. Itu KERJA KERAJAAN!!! Faham? Perlu diingatkan ye,kerajaan dibayar oleh rakyat untuk mentadbir negara. Jasa bermaksud sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas. Adakah seorang akauntan yang dibayar tiap-tiap bulan dikatakan berjasa kepada majikan kerana membuat kerja kira-kira? Tidak..itu kerja diorang. Dibayar. Kalau betul lah kerajaan nak sangat berjasa,hapuskan segala cukai,buat kerja dengan ikhlas,dan lupuskan politik wang. Baru betul berjasa namanya.

Lagi satu aku nak bagitau, dalam Islam juga ada menerangkan tentang ciri-ciri dan fungsi sesebuah kerajaan. Kerajaan berfungsi untuk MENTADBIR NEGARA. Atau lebih tepat aku katakan disini,mentadbir negara merupakan suatu bentuk kewajipan bagi kerajaan. Secara teorinya,senang cerita, ianya sama macam kewajipan kita kepada tuhan? Solat,puasa dan selainnya. Adakah segala benda yang dibuat tu merupakan jasa kita kepada tuhan? Tidak! Itu kewajipan. Sama lah macam kerajaan jugak, dah kewajipan mereka mentadbir negara dan memberi kemudahan kepada rakyat. Apa yang jasa sangat benda tu? Korang fikirlah dengan teliti perkara yang aku katakan ini.

Kalau rakyat tak komplen,bermakna kerajaan dah memberikan hasil yang terbaik. Tapi kalau rakyat asyik komen yang bkan-bukan dan benda yang diorang komen tu masuk akal, nampak sangatlah memang ada yang tak kena. Nasihat aku kepada rakyat Malaysia,teruskan jangan takut bersuara. Malaysia hak rakyat. Bukan kerajaan. Lastly,semuanya terpulang kat korang sama ada nak percaya pada kerajaan atau tidak,tapi tolong lah...PERCAYA PADA MALAYSIA!

>dari minda dan pemikiran Tuan Syed Abdul Hamid Albar dan anaknya.

Monday, February 2

Dari Benak Ayahanda...

Assalamualaikum para pendeta blog sekalian...

Sudah seminggu aku tak pos artikel baru untuk korang tatap dengan mata kasar korang. Jadi harini,julung kalinya,kena pulank dengan tarikh dua haribulan dua ni,aku akan meneceritakan tentang sesuatu yang istimewa. Korang semua dah tau,aku cuti seminggu seak dari pos terakhir aku. Jadi,dalam masa seminggu ni,rumah aku tu dah jadi sebahagian dari aku. Atau aku dah jadi sebahagian dari rumah aku.Boleh nak kata demam sekejap la aku duduk je kat rumah tak pergi mana-mana.

Aku kalau balik kampung,mak bapak aku yang paling suka. Habis segala permintaan aku diorang tunaikan. Tapi mana yang mampu aje la. Aku pun takde mintak ape-ape. Cume haritu aku teringin pulak nak makan kat satu kedai makan yang aku dah lama tak pergi ngan family. Nama kedai makan tu Sayam,terletak dekat The Zone Stulang. Makan apa lagi,kalau dah kat Stulang Laut,makan Tom Yam la jawabnye. Perghh...gila sedap.

Tapi apa yang aku nak cerita sekarang bukan pasal vacation aku kat kampung. Tapi berkenaan dengan bapak aku. Dia ni seorang yang kuat berfalsafah dan pakar dalam mengkritik semuahal. Tak kira la hal bisnes,politik,dunia sampai ke filem,semua dia pandai. Aku pun selalu la bertukar-tukar pendapat dengan bapak aku ni. Seronok berbeual denagn dia. Nak dijadikan cerita,aku terlepas cakap yang aku baru buat blog. Mula-mula dia dengar dia diam sekejap. Rupanya dia suka aku ada blog. Dia kata da memang nak cari orang yang ada blog. Untuk dia poskan sekali artikel-artikel berkenaan dengan apa-apa yang dia nak bincang. Mungkin dia perasan kehadiran blog ni berguna lepas dapat tahu yang Tun Dr Mahathir pun pernah guna blog untuk luahkan pendapat.

Aku pun kata kat dia,aku memang takde masalah. Aku suka nak pos blog berdasarkan benak pemikiran bapak aku. Aku nak tunjuk kat semua blogger,yang pemikiran bapak aku memang ada kelas dan standard. Bapak aku ni pemandu teksi,so dia banyak pengalaman dari penumpang-penumpang dia. Lagi satu,dia ni seorang anak Johor yang jati. 60 tahun dia duduk kat JB,segala sejarah kat situ dia tahu.

Nanti,mungkin aku akan buatkan blog untuk dia. Semuanya terkandung artikel berkenaan isu panas yang mungkin korang tak pernah tahu. Dari kisah Malaysia dan Singapura,kisah USA yang tak pernah sudah,kisah sejarah agama Islam,semua dia akan kupas mengikut benak dia sendiri. Dan korang boleh baca,dan komen damada setuu atau tidak.

Itulah bapak aku,sentiasa berhemah dan betul. Tanggungjawab tak pernah dilupakan. Dan setiap kata-kata dia umpama azimat buat aku meneruskan perjuangan dalam hidup. Syed Abdul Hamid bin Syed Alwee Albar..itulah bapak aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...