Showing posts with label Ulangkaji. Show all posts
Showing posts with label Ulangkaji. Show all posts

Tuesday, March 2

Secebis Report, Berkotak Milo.


Akhirnya siap juga kerja 'hell' ni. Practical Report.

Aku malaslah nak cerita panjang-panjang pasal practical report yang aku buat selama seminggu tanpa bersengkang mata.

takut nanti jadi blogger report lak...haha.

tapi satu perkara yang menarik perhatian aku sewaktu aku buat kerja ni.

tengok je lah gambar kat atas ni.

aku tak tau lah,

aku rasa dah lama jugak aku tak minum milo kotak,

tapi lepas dah pekena sekali dek kerana mengecek milo kotak member,

terus jadi gian.

dah lah mahal, tapi takde hal, asal singgah kedai, beli jugak.

dan setiap kali kalau aku nak balik rumah,

aku mesti tau aku akan balik sebab nak buat report,

so siap-siap la beli sekotak milo buat bekalan otak.

dok tengah tension buat report yang pap, pap, pap berapa muka surat tinggal,

sroooot,srooott..sroott...syok menyedut straw milo.

fuh, melegakan, lebih-lebih lagi waktu panas camni.

syok wo.

nak kate cergaskan otak tak lah, tapi bila minum, lagi rasa puas bila buat report.

dan akhirnya, report aku dah siap.

dah takde nafsu nak beli milo kotak lagi la pulak.

bukan apa, duit dah tak ramai.

hurm, sebab abis buat print report tu punya pasal lah.

celaka benar.


hisap rokok berkotak-kotak,
sampai badan jadi kerepot,
minum milo berkotak-kotak,
jadi syok buat report.

apa punye pantun lah.

minum milo anda jadi sihat dan liar. - jingle lagu milo baru, haha.

Friday, February 12

Laporan Tahun Akhir.


Yup, setelah hampir tiga tahun, ini lah masanya. Untuk aku sebagai pelajar diploma menggunakan kesemua skill-skill dan ilmu-ilmu yang pernah aku pelajari. Ini lah beban yang akan aku tanggung untuk tujuan meringankan kehidupan aku pada masa akan datang. Inilah dia laporan tahun akhir aku di fakulti teknologi kreatif dan artistik, diploma teknologi kreatif, major dalam penulisan artistik...di kampus puncak perdana

Memang pada jangkaan aku, semester akhir ini akan lebih banyak menduga aku. Aku tidak mahu menyentuh isu perkauman di dalam kelas, isu ketidakpuashatian kawan-kawan, mahupun isu hati cintan-cintun membabitkan wanita. Aku lebih senang untuk berbicara mengenai latar pelajaran aku semester ini dan mungkin sedikit tentang kehidupan aku sepanjang sebulan menjadi pelajar tahun akhir diploma.

Semester akhir ini, banyak laporan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi laporan praktikal yang aku jalani semester lepas selama dua bulan. Dan juga laporan diploma, yang fungsinya amat berguna bagi aku yang telah mempelajari subjek filem dan penulisan sepanjang dua tahun setengah. Tapi masa kerja tengah menimbun macam ni lah baru aku nak bermalas-malas. Tak tau kenapa, tapi terasa seperti suka ingin bermalas-malas.

Ditambah pula lagi dengan kerja-kerja editing. Memang aku suka editing, tapi bila buat sorang-sorang la. Kalau ramai-ramai, hilang daya kreativiti aku. Naik segan. Sampai mula lah datang sikap bermalas-malas ini. Ada pula kerja mementaskan teater bangsawan. Dengan keadaan kelas dan jam kredit yang mak datuk panjang, tanduk setan sebelah aku ni pon panjang jugaklah menggoda aku untuk bermalas-malas.

Bangun jadi bermalas-malas, buat kerja jadi bermalas-malas, pergi kelas jadi bermalas-malas, study smart pon bermalas-malas. Cepat-cepatlah diri aku ni sedar, yang bermalas-malas ni takkan menjadikan aku seseorang yang akan contribute something kepada negara. Bermalas-malas ini tidak akan menghasilkan suatu karya yang elok dipandang semua. Dan bermalas-malas ini juga akan menyebabkan aku rugi dan menyesal. Cepat lah sedar.

Dan bagaikan petanda, tak semena-mena, dah dua setengah tahun aku tak kena, sepanjang aku jadi student ipta aku tak kena, tiba-tiba, semester ini pula aku kena. Nak tau kena apa? Kena serang asma, demam seminggu. Pelik, masa H1N1 aku segar, masa Denggi aku cergas. Mungkin pasal yang bermalas-malas ini agaknya.

Tapi aku yakin, setiap yang diberi, akan aku laksana, setiap yang diajar, akan aku terap, setiap yang memaki, aku hanya senyum.

Laporan tahun akhir aku sebagai pelajar diploma, jumpa pula semasa ijazah, insyaALLAH!

Wednesday, January 20

Bukan Bohsia Biasa. (haha)


Lega sungguh rase bila dah dapat assignment semester ini.

yela, bukan ape, kalau kita dah ada assignment, 'automatically' kita akan lupa masalah-masalah peribadi kita.

dan itulah perkara yang betul-betul aku nak elakkan.

semester ni memang dijangkakan cukup mencabar kredibiliti aku sebagai pelajar jurusan filem major dalam penulisan artistik.

tapi apa yang menarik perhatian aku adalah terdapat salah satu assignment aku yang memerlukan aku mengkaji permasalahan dalam sesebuah filem.

dan filem yang aku kaji adalah, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam! haha.

secara peribadinya aku tidak berapa menyukai filem ini kerana filem ini bagi aku boleh dikira sebagai melampau, memanglah bagi penggiat filem melampau itu bagus, tapi kemelampauan filem ini bagi aku tiada asasnya.

namun, itulah yang bagusnya pemilihan group aku untuk tajuk ini. lagi banyak masalah yang timbul, lagi senang untuk kami mengkajinya.

dan selepas selesai membuat discussion dalam group aku, barulah aku tahu betapa pentingnya assignment ini bagi seorang bakal penggiat seni macam aku ni.

mana taknya, dengan assignment ini, kita dapat ketahui filem mana yang bagus atau tidak.

ada jugak aku melihat-lihat filem yang dipilih dari group lain seperti filem Avatar, Sherlock Holmes dan Setem.

dari situ baru aku terlihat permasalahan senang dari filem Avatar dan Sherlock Holmes berbanding Setem.

untuk dua filem hollywood tersebut, aku dapat sedikit mencari permasalahannya, tetapi bagi filem Setem, makan masa seminggu juga nak memikir masalahnya, memang betul-betul masalah.

tapi tahniah pada kawan-kawan group Setem yang berjaya juga mencari permasalahan tersebut.

sekarang tahulah aku tentang baik buruk sesebuah filem.

untuk Bohsia pula, aku baru tengok dua kali, tetapi kefahaman yang aku dapat hampir menyeluruh.

Bohsia tidak benar-benar mencabar pemikiran penggiat seni, tetapi Bohsia benar-benar menyenangkan kepala otak student2 macam aku. Hehe.

macam yang aku cakap, ini bukan bohsia biasa...

Friday, December 11

Result - dua dan tiga berselang seli...


lima semester berlalu, result muncul bersilih ganti..

dan result untuk semester ini, agak melegakan aku sebenarnya, walaupun kepuasan masih tak ada.

macam tajuk pos aku minggu ni, 'dua dan tiga berselang seli'...

mungkin korang tak faham apa maksudnya kan...dua dan tiga itu adalah pointer aku setiap semester..

kalau semester ni aku dapat pointer dua, semester depan aku dapat pointer tiga...dan macam tu lah berulang selang seli setiap semester...

dan semester ni aku dah jangka perkara itu akan berulang lagi...

apa yang bezanya, aku sudah tiada repeat paper...

subject yang aku takuti akan gagal, iaitu subjek entrepreneurship, lulus dengan gred yang melebihi jangkaan aku...

aku fikirkan kalau begitu gred subject tersebut, maka pointer ku akan tinggi melambung, tetapi malangnya salah satu subject yang tak aku duga, telah mengecewakan aku...

subject itulah yang menurunkan sedikit pointer aku semester ini...

tapi tak mengapa, yang penting aku lulus, dan tinggal satu semester lagi untuk aku harungi...

aku berharap sangat perkara berselang seli ini akan berterusan untuk satu semester lagi...kerana semester depan, akan menjadi semester yang bersejarah untuk aku...

aku gembira dengan result aku...dan harap kawan-kawan ku yang lain juga begitu...

tahniah kepada korang yang dapat pointer tinggi, pada yang pointer rendah...jangan bimbang...ada banyak lagi masa...GANBATTE!!! hehe...


result datang, hati tak tenang, jiwa bergoncang, akhirnya...trannngg tang tanggg,....haha

Monday, November 16

Beginning of Ending of Beginning

dua minggu lepas, 6 november 2009, berakhirnya sudah semester limaku.
dua minggu lepas, 2 november 2009, bermulanya latihan praktikalku.

tersangat sekejap rasa pembelajaran semester ini. dan begitulah yang berlaku setiap semester,seolah-olah masa semakin dipendekkan. sekarang aku menunggu untuk masuk ke semester akhir diploma. padahal aku rasa macam baru semalam aku hadapi minggu mesra siswa uitm semester 1.

semester ini membuatkan aku sangat risau akan keputusan peperiksaan ku. satu subjek yang amat aku takuti mungkin bakal menggugat pointer semester lima aku. satu subjek yang kredit hournya adalah tiga. jika aku gagal mendapat markah tinggi, pasti jatuh terjunam pointer ku semester ini.

dan subjek yang lain-lain, bagi ku hanya biasa getirannya. tetapi keyakinan untuk mendapat markah tinggi tetap berkurangan. dan semester ini juga, aku berasa keseorangan. dan nasib baik, masih ada kawan yang sudi mengurangkan keseorangan ku itu.

semester ini juga, bermula sesuatu yang baru, dari sesuatu yang berakhir.

berakhirnya semester ini, maka aku pun memulakan latihan praktikalku di stesen radio negeri Selangor FM yang bertempat di Angkasapuri. dua minggu sudah aku bekerja sendiri dan perasaan kusut cuma sekejap hadirnya.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

tak boleh nak taip banyak sangat, nanti kena marah dengan bos.

selamat bercuti pelajar TEKA, dan selamat praktikal kawan yang sama batch. :)

Sunday, August 16

Kisah Tentang 'Her'.


Salam.

Semester ni aku di kehendaki mengendalikan kes yang bertajuk 'feminisme' untuk salah satu kelas aku.


Untuk kes ni aku perlu mereka apa saja medium penulisan berkaitan ideology femme ini.


Kalau tak kenal maka tak cinta, bila nak cinta kena lah tanye dia.


Jadi aku kenalah kenal erti FEMINISME supaya lebih mendalam rasa cinta!

Feminin, le femme, kaum hawa, insan lemah, penggerak nadi lelaki, the gorgeous one, the beauty, minachi, amoi, cewek, yang tercipta untukku...

segalanya tentang her (dia).


Selami hati wanita, kita akan dapat yang yang manis.


tapi apa yang manisnya. ada


kata-kata : 'Satu hari nanti, tangan yang menghayun buaian akan menggoncangkan dunia'


hampir menjadi kenyataan.


Perempuan memang dah makin hebat sekarang.

paling aktif bekerja : perempuan.


paling banyak beban : perempuan.


paling darjat diangkat : perempuan.


paling banyak join persatuan : perempuan.


pendek kata, wanita sekarang tiada kurang hebatnya berbanding lelaki.


tapi tu kalau pendek yang kata, kalau panjang kata, habis semua nak disapu mereka.


janganlah sampai ambik tittle imam mesjid, bilal mesjid atau ketua keluarga.

peranan mestilah setimpal.

hak sama rata yang nak nya.


ampai Syahrizat pun bangkang persatuan galak poligami.


ada baik, dan ada tak baiknya.


nafsu 9, akal 1.


tetapi yang satu itulah yang kawal yang sembilan itu.


hebat.


kaum hawa.
jaga diri elok2 ya.

satu je soalan kaum adam disini...

hak bersuara dah di bagi, kerjaya dah diberi, kebebasan dah dikecapi, tapi masih tak puas hati?


masih nak hak wanita?


soalan kaum adam adalah


apa yang perempuan ni nak sebenarnya?

Saturday, April 25

The End.


Begitulah ungkapan yang akan keluar selepas habis menjawab kertas soalan petang tadi...

Penat lelah semester ini akhirnya tamat juga. Perkataan 'puas' hanya akan terluah sekiranya pointer semester ini keluar dengan hasil yang menakjubkan. Mungkin penat lelah ini akan terbalas, dan mungkin juga tidak.

Banyak perkara berlaku semester ini. Tak perlu tahu, asam garam dunia, ada suka dan ada duka. Tapi hampir ke hujung semester, banyak pulak dukanya. Ah, aku tidak peduli semua itu. Aku datang sini nak belajar, bukan nak dengar tohmahan dari mulut orang yang tidak berpendidikan dan tidak berotak waras.

Peduli lah apa orang nak kata, aku tahu siapa aku. Semester ini aku seronok, dengan matapelajaran, pensyarah dan pembelajaran aku sendiri. Tiada masalah. Semuanya baik-baik belaka. Malahan cita-cita aku untuk menjadi anak seni semakin tercapai pada semester ini.

Tentunya semester ini lain dari semester-semester yang lepas. Dan sudah semestinya semester depan akan berbeza dengan semester ini.

Sudah empat semester aku bertapa, dan apa yang aku dapat. Jawapannya, banyak! Aku manfaatkan semuanya, orang nak kata aku bodoh, katalah, aku tau, aku berpelajaran, tidak seperti mereka.

Tamat sampai disini, jumpa semester depan. Lembaran sejarah baru akan terbuka...

Tuesday, April 21

Menanti Kertas


Disebabkan kesilapan kita dulu, kesan buruk akan muncul sekarang. Disebabkan kesilapan kita sekarang, kesan buruk akan muncul akan datang...

Begitulah perkara yang berlaku pada diri aku ketika aku belajar di fakulti ini. Kelemahan aku yang paling lemah, adalah menganggap sesuatu perkara sebagai benda yang remeh.

Sudahnya, aku tersangkut kat kolej menunggu hanya satu paper exam untuk diselesaikan. Bertambah parah lagi, paper tersebut adalah paper repeat aku.

Tu lah maksudnye, kesilapan lepas menjejaskan masa sekarang. Aku ni bukannya tak tau buat assignment, tapi mungkin disebabkan sikap aku yang aku katakan tadi aku jadi macam ni.

Dulu, masa lecturer suruh buat assignment, aku taknak. Lepas tu dia protest aku, tapi aku bukannya nak mintak maaf, tapi protest balik..hahaha.

Aku ni tak boleh geram dengan lecturer, kalau aku geram, makan diri aku balik. Tapi biar lah, benda dah nak jadik. Tapi benda yang nak jadi tu boleh dielak.

Entah lah...tunggu je la paper nan satu ni...

Thursday, April 2

Pertama...



28 dan 29 Mac lepas, hari Sabtu dan Ahad, buat pertama kalinya, aku mengarahkan video klip di bawah subjek Ensemble IV.

Walaupun ianya untuk semua pelajar jurusan filem adalah perkara yang biasa ataupun hanya perkara kecil, tetapi pengalaman yang aku dapat cukup besar sekali. Aku dapat cari kelemahan aku dalam pertama kali menjadi seorang pengarah video klip.

Walaupun tidak menggunakan artis sebagai watak dalam video klip, tetapi pengalaman mengarah dengan berbekalkan kamera BETA, lighting Ari, Redhead dan 2k serta penggunaan track dan platform, amat seronok sekali.

Aku bukannya mengarah menggunakan video cam semata. Tak aku nafikan, sebelum ni aku tak pernah mengarah walaupun dengan hanya mengguna kamera handphone. Tetapi, pengarahan video klip ni tak berapa mengganggu aku.

Mungkin ini hanyalah langkah kecil kepada langkah besar yang aku lakukan seterusnya. Seperti yang aku katakan pada kawan-kawan ku, ini adalah bidang aku. Aku minat filem, dan aku mahu membikin filem. Insyaallah aku akan berjaya dalam impianku ini...

Tuesday, March 31

Ujung...


Dua minggu lagi semester empat aku tamat...

Semester ini, yang dapat aku katakan...

Screenwriting-best sebab memang minat aku mereka cerita, tapi agak bengang bila jalan cerita ditokok tambah. Takde kebebasan langsung. Mungkin dia lebih tahu...

Scripting for Radio-Paling skema giler. Ikut format betul-betul. Dia pun macam ok macam tak ok...

Translation-Susah, tapi kelas agak enjoy. KAdang-kadang meyeramkan, tapi seronok. Pengalaman baru translate bahasa inggeris...

Retorik-Best, sebab tak banyak kelas. Subjek pun senang. Tapi, dia tak senang.

Laras Bahasa-Same je lah dengan Retorik. Serumpun.

Storyboard-Lapang dan susah. Lapang sebab selalu takde kelas, susah sebab assignmentnye kene melukis. Best sebab banyak paki kreativiti minda...

Ensemble IV-Malas nak cakap...

kesimpulannya, semester ini, agak senang, dan agak susah...kena berhati-hati...

Friday, March 20

Waalaikumsalam Jawab Ana...


Ana 'ataitu duwai arabiah, wa atlibu minkum musa'adat. Wa tabarru'at ikhwannina al irraqiyin...

Fuh, line kat atas ni adalah line pertama ketika aku berlakon dalam short film bertajuk Assalamualaikum. Aku kena berdialog dalam bahasa arab dan lepas dialog di atas ni, ada lagi empat line dialog bahasa arab. Bayangkan betapa susah aku nak menghafa. Dah la first time berlakon short filem.

Dalam short filem ni aku pegang dua watak, iaitu sebagai orang Arab dan sebagai pengemis. Jalan ceritanya tak perlulah aku beritahu. Nanti pandai-pandai lah korang tengok sendiri. Pendek kata, cerita ni berkenaan persepsi manusia terhadap pemakaian dan imej manusia lain.

Lepas shoot short filem Assalamualaikum, aku dipelawa pula berlaon watak pengemis yang sama dalam short filem Gerabak. Thanks kepada pelajar Part 5 Seni Layar kerana menjemput aku terlibat sama dalam short filem korang...

Tuesday, March 3

Presentasi Berkembar

Assalamualaikum para pendeta ...

Lama dah rasanya aku tak mencoret dalam ruangan blog ni. Ada la beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan yang membuatkan aku dah lama tak surf internet. Antaranya line internet problem dan diri aku sendiri yang mem'busy' dengan ass-ass subjek. Full of s...

Sekarang dah masuk sembilan minggu aku bertapa kat UiTM. Maknanya sekarang dah pertengahan semester. Waktu-waktu macam ni la ass bertimbun-timbun bak Gunung Kinabalu. Tapi nak buat macam mana, kalau dah anak, jalankan tugas sebagai anak, kalau dah pekerja, jalankan tugas sebagai pekerja, kalau dah pemimpin, jalankan tugas sebagai pemimpin. Aku ni pulak, dah namanya student, kene la jalankan tugas sebgai student.

Tapi apa yang bestnya minggu ni, aku telah menjalankan dua buah presentation dua hari berturut-turut. Aku tak tau kenapa, aku suka sangat buat presentation, walaupun sebelum present dah kelam kabut dengan powerpoint tak siap, proposal takde dan ntah pape lagi la. Tapi time present, memang aku enjoy gile. Apa yang bestnya lagi, bila turn team aku je present, punyalah bertubi-tubi soalan dari classmate-classmate aku. Aku tengok team lain takde pun kena yang teruk dari aku. Sampaikan pernah dulu Nonie jadi satu group ngan aku, dia kata kena hati-hati, pasal ada aku. Maknanya sape yang satu group ngan ak memang malang sebab akan ditanya banyak soalan. Aku tak kisah pun. Yang penting setiap presentation yang aku buat gempak. Pia sendiri pernah kata, "Hang kalau buat presentation memang gempak..." Haha. Aku tak leh nak kate ape dah.

Untuk hari Isnin, aku kena present tajuk Film Genre untuk subjek screenwriting Puan Lela. Sebelum nak present punya lah kelam kabut. Dengan powerpoint tak boleh pakai, video tak boleh play. Tapi akhirnya semua baik pulih seperti sedia kala. Hasilnya, jangan ceritala, mesti gempak. Dengan ada video dan sedikit lawak jenaka, semua classmate aku enjoy. Puan Lela pun aku tengok enjoy dengan presentation kitorang ni. Aku agak puas hati. Aku akan pastikan aku dapat A untuk presentation ni. Insyaallah.

Untuk hari Selasa pulak, aku present pasal profil syarikat pengiklanan aku dan iklan yang akan group aku buat. Presentation kali ni memang best. Sebab aku suka perkara-perkara yang membabitkan idea-idea kreatif. Kitorang kena buat iklan komersial berkenaan Maxis Postpaid. Dan aku apa lagi, luahkan la idea yang selama ini terkurung dalam otak aku. Presentation ni untuk subjek storyboarding Encik Khairul. Di akhir presentation, En. Khairul puji idea group kami dan dia kata sense of humour memang menepati citarasa dia. Walaupun aku diasak soalan bertubi-tubi oleh classmate yang sengaja nak mengena, tapi En. Khairul jugak yang backup. Haha. Tapi apa yang tak bestnya, aku tedengar En. Khairul tergelak tengok logo syarikat yang aku cipta.

Walaupun macam-macam benda berlaku, aku tetap puas hati dengan kedua-dua presentation ni. Dah lepas azab ass ni. Tapi lepas ni akan ada banyak lagi ass-ass yang menunggu. Pergh...

Saturday, January 24

Syair Cinta Yang Didusta

Ya! Ini juga sala satu assignment Gaya Bahasa aku semester lepas. Kali ini ianya berentuk syair pula. Lagi susah nak buat berbanding pantun. Rima akhirnya kena sama. Pada mulanya aku tak tahu nak buat pasal apa. Akhirnya aku adaptasikan salah satu skrip short filem aku,Cinta Dusta menjadi sebentuk syair. Maka terhasil lah...Syair Cinta Yang Didusta...hayatilah dengan telinga dan akal yang terbuka. Terima Kasih.

Wujudlah sebuah pasangan bahagia,

Sesama sayang sesama cinta,

Tapi mengapa setiap cerita,

Ada suka dan ada dukanya.


Sang Hawa cantik sang Adam pemurah,

Sang Hawa baik sang Adam peramah,

Tiada kecewa tiada parah,

Hidup sentosa segalanya indah.


Tetapi semuanya punah dan lara,

Pabila sang Hawa berpaling selamanya,

Berasa kecewa duka dan hiba,

Dari sang Adam kepada sang Hawa.


Sang Adam didusta berasa malu,

Kehidupannya rasa cukup berliku,

Fikiran pun mula bercelaru,

Kerna ditipu dari dahulu.


Hawa sedikit tak berasa kesal,

Hanya sang Adam berasa sesal,

Rindu di hati semakin menebal,

Cinta di hati sukar disental.


Pergi sang Hawa ke kekasih hati,

Yang sering dinanti dan sering dicari,

Adam menunggu seorang diri,

Menunggu pembalasan di suatu hari.

Thursday, January 22

Inggeris Melayu

Pantun ni aku buat tahun lepas sebagai salah satu kerja kursus untuk subjek Gaya Bahasa Pak Agi...mungkin pantun ini juga yang membolehkan aku mendapat gred A untuk subjek ini..so,ape pandangan korang??Hayatilah...

Makan keju rasa teruja,

Keju di dulang sungguh masamnya,

Inggeris maju itulah dia,

Melayu hilang entah kemana.


Hujan gerimis di negeri salju,

Manghakis kayu di tepi pelapis,

Ada Inggeris dalam Melayu,

Dimana Melayu dalam Inggeris?


Ikan masin anak jawa,

Enak dimakan bersama laksa,

Melayusemakin kehilangan jiwa,

Tetapi Inggeris kekal perkasa.


Jiwaku layu hati tak endah,

Luka terhiris rasa dilambung,

Perilaku Melayu cukuplah indah,

Budaya Inggeris jua diagung.


Seorang muda harus harus beralah,

Agar si tua bersuka dan ria,

Mengapa kita saling berbalah,

Walhal mereka langsung gembira?


Cintaku persis Adam dan Hawa,

Semuanya dicipta dari yang Esa,

Ingatlah wahai bangsaku semua,

Kita dan mereka sama sahaja.


p/s:Pantun ni bagi aku memang susah nak buat pada mulanya,sebab nak kena samakan rima tengah dan rima akhir. Uniknya penyamaan rima tengah dan rima akhir ni,kalau dibaca ianya akan menjadi lebih menarik dan penuh seni!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...