Thursday, April 2

Pertama...



28 dan 29 Mac lepas, hari Sabtu dan Ahad, buat pertama kalinya, aku mengarahkan video klip di bawah subjek Ensemble IV.

Walaupun ianya untuk semua pelajar jurusan filem adalah perkara yang biasa ataupun hanya perkara kecil, tetapi pengalaman yang aku dapat cukup besar sekali. Aku dapat cari kelemahan aku dalam pertama kali menjadi seorang pengarah video klip.

Walaupun tidak menggunakan artis sebagai watak dalam video klip, tetapi pengalaman mengarah dengan berbekalkan kamera BETA, lighting Ari, Redhead dan 2k serta penggunaan track dan platform, amat seronok sekali.

Aku bukannya mengarah menggunakan video cam semata. Tak aku nafikan, sebelum ni aku tak pernah mengarah walaupun dengan hanya mengguna kamera handphone. Tetapi, pengarahan video klip ni tak berapa mengganggu aku.

Mungkin ini hanyalah langkah kecil kepada langkah besar yang aku lakukan seterusnya. Seperti yang aku katakan pada kawan-kawan ku, ini adalah bidang aku. Aku minat filem, dan aku mahu membikin filem. Insyaallah aku akan berjaya dalam impianku ini...

3 comments:

  1. "Its always a first time for everything..."
    Kata2 yang selalu berlegar dalam kotak fikiran aku tatkala aku tidak mampu untuk melakukan sesuatu...
    Kite di UiTM ni bergelar student, dan fungsi seorang pelajar itu adalah untuk belajar sesuatu yang baru...
    Tapi bagi FaizRoyz, semua bende yang die buat '1st Time'...
    ;p

    ReplyDelete
  2. tahniah. keep it up. teruskan.

    dik, akak ni pun budak penulisan.
    kurang pengalaman. janji kita percaya apa yang kita buat. jgn pk sgt orang nak kata apa.
    goodluck.

    ReplyDelete
  3. dik? haha,,sejak bile jaja pggil aku dik..hahah

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...