Wednesday, November 30

Hijrah Itu Sukar, Tapi Hasilnya Sangat Manis.

Aku kembali Shah Alam! Setelah setahun aku berteleku di Johor Bahru, kini aku melakukan satu penghijrahan paling besar dalam hidup ini. Bukanlah aku hijrah atas dasar akademik atau ilmiah. Tetapi dari segi pengalaman, hidup dan masa depan. Walhal pengalaman itu sendiri adalah sumber ilmiah paling berkesan. Dan penghijrahan ini juga lah yang menjadi titik tolak keadaan aku pada masa setahun dua akan datang.

Memang dalam hidup aku, sejak dari dalam perut, kerap berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah. Tetapi kali ini sangat lain. Aku berterima kasih kepada cinta hati kerana terlalu besar pengorbanannya dalam membantu penghijrahan ku ini. Dan ini adalah penghijrahan kita bersama. Aku bersyukur atas semua rezeki yang mencurah sepanjang penghijrahan ini. Dan biarlah hatiku ini berikrar untuk melakukan sebaik mungkin, bukan hanya untuk kepentingan diri, malah untuk segala aspek kehidupan.

Aku sekarang di Shah Alam, bersama-sama harapan keluarga, sokongan rakan, dan semangat cinta hati. Aku mencari tapak untuk merangkak. Dan mencari tempat untuk berpaut. Lantas akan aku genggam pengalaman ini sebagai pengajaran buat diri ini kelak. Di mana tempat pernah ku bertapak. Di mana tempat ku merangkak. Di mana tempat ku berpaut. Siapalah aku tanpa keluarga, cinta hati, dan mereka yang membantu. Terima kasih teramat sangat.

Alhamdulillah, aku berhijrah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...