Wednesday, February 24

The Last Airbender - sebuah lagi adaptasi.


Cool kan? Harap-harap filem live action The Last Airbender ni akan sama hebat dengan animasinya, Avatar : The Last Airbender.

Kalau nak diikutkan, filem ni memang nak dinamakan sebagai Avatar, tetapi dek kerana hak cipta tajuk dah di ambil dulu oleh James Cameron yang mengarahkan filem Avatar, maka filem ni terpaksa di tukar judul kepada The Last Airbender. Harap orang perasanlah yang filem ni sebenarnya adaptasi dari animasi Avatar yang pernah ditayangkan di channel Nickelodeon dan TV9.

Tapi aku sedikit keliru, dalam animasi, ianya terbahagi kepada tiga musim, iaitu Book of Water, Book of Earth dan Book of Fire. Tak tau lah sama ada filem ini menggabungkan ketiga-tiga musim atau filem ini turut dibahagikan kepada tiga episod.

Walau macammanapun, kehadiran filem ini memang dinanti-nanti peminat setia Aang (watak utama) yang dilakonkan oleh Noah Ringer dalam filem ini. Berbekalkan Dev Patel yang melakonkan watak Prince Zuko, memang filem ini dijangka bombastic.

Tapi awal-awal aku dah dapat kesan kelainan filem ini dengan animasinya. Dalam animasi, kita dapat lihat dua puak berbeza, iaitu puak Water Tribe (Sokka dan Katara) dan puak Fire Nation (Prince Zuko dan Uncle Iroh), tak termasuk puak Earth Kingdom. Puak Water Tribe dalam animasinya, berkulit gelap, berbeza dalam filem, dimana watak puak cerah. Sama lah dengan Fire Nation, dalam animasinya, puak Fire Nation berkulit putih seperti orang China, tetapi dalam filem, mereka berkulit gelap seperti orang India. Mungkin inilah kelainan yang pengarah ingin tonjolkan dalam filem ini berbanding animasinya.

Apa yang aku suka sangat tentang animasi Avatar ni, adalah gaya penceritaannya. Pencipta animasi ini benar-benar melakukan kajian tentang elemen-elemen yang menjadi tunggak penceritaan filem ini. Memang dalam kehidupan kita, terdapat empat elemen utama, iaitu tanah, air, api dan angin. Dengan kreatifnya si pencipta-pencipta ini mengekslploitasi elemen ini menjadi seperti empat puak, iaitu Earth Kingdom (tanah), Water Tribe (air), Fire Nation (api) dan Air Nomad (angin). Diselitkan juga dengan seni mempertahankan diri yang berasal dari Asia, animasi ini memang penuh dengan nilai estetika yang tinggi serta diselitkan dengan cara santai dan komikal.

Aku harap filem ini tidak akan mengecewakan aku seperti filem adaptasi Dragonball Evolution yang benar-benar mengevolusikan watak dan penceritaan anime Dragonball hingga mencabuli taraf keaslian yang sekaligus menimbulkan kemarahan peminat-peminat setia, termasuklah aku. *Sigh!

Dengar-dengar, filem ni ditayangkan pada 2 Julai 2010 di USA, mintak-mintak kat Malaysia pun sama. :)

Tuesday, February 23

Benak 100-ku.


Ya. Pos entri ke-100 aku!

akhirnya. Setahun sudah aku menulis blog ini.

macam-macam halangan. walaupun tak banyak sebenarnya.

siapa sangka, blog yang ber 'url' kan hadybrainblast.blogspot.com ini diberi nama 'penggigit kuku.'.

dari nama blog paling awal,

Kejahilan Teras Kemusnahan > ini lah nama blog aku pada mula2 dulu.

kemudian bertukar,

Dari Batu Jemala Hady
> aku agak suka nama ni, nampak kemelayuan sikit,:)

bertukar lagi kepada

HadyAbdHamid > kononnya senang lah orang nak kenal,

tapi aku kekalkan jugak dengan nama penggigit kuku.

awal2 penciptaan blog ini lagi aku dah set dalam2 kat otak,

INI BUKAN BLOG DIARI SEPENUHNYA!

walaupun aku ada terjemahkan sikit kehidupan aku dalam bentuk sajak, monopen dan gurindam...

tapi aku luahkan bukan untuk diri aku saja, untuk orang2 lain juga.

dan pos entri paling aku suka, sudah tentu lah di awal pembinaan blog ini,

pos entri pertama, Melayu dan Malaysia Kita, entri yang aku suka, menarik bagi aku,

pos entri kedua, Cinta Satu Bentuk Kemusnahan Jangka Panjang?, pun aku suka, pos paling panjang kalau tak silap aku.

kemudiannya aku mempelbagaikan lagi pos entri aku kepada filem, hiburan, isu, kehidupan mahupun apa-apa lagi yang aku suka nak ketengahkan.

nak pos entri, kena ada jiwa, baru kita rasa puas.

32 followers, thanks sebab follow blog aku,

bagi2 lah komen untuk aku kuatkan lagi gaya cerita blog aku ini.

100.

penuh makna. suka duka tangis tawa hiba lara gembira kecewa semua ada.

Zaman Tak Hensem.


Bukan niat nak menghina, cuma lebih nak meluahkan. Hehe.

Perasan tak, kalau pergi ke shopping complex, kita melihat pasangan2 kekasih sekarang...

perhatikan si perempuan, perhatikan si lelaki.

lagi sekali nak bagi tahu, bukan nak menghina...

perhatikan si wanita, MasyaAllah cantik nyaaaaaa...

perhatikan si lelaki, aik, ala kadar aje rupanya...

hurm.

terfikir sekejap.

memang kalau tengok, tak sepadan langsung.

si awek cun menggila,

si balak muke macam tak mandi pagi.

perhatikan sekeliling.

bukan sepasang je.

berpasang-pasang couple yang macam tu.

dahsyat. lelaki tak hensem boleh dapat perempuan cun.

macam mana ye.

perhatikan lagi sekeliling.

ada lelaki hensem.

alahai kesiannya, jalan sorang aje.

kenapa ya?

terfikir lagi...

kenapa perempuan sekarang, tak kiralah cantik atau tidak

suka sangat berpasangan dengan lelaki yang tak hensem sekarang?

fikir, fikir, fikir...

oh, rasenye ada dua sebab...

satu, kesetiaan.

yelah, lelaki tak hensem ni kadar kecurangan mereka agak tipis.

tak ramai yang minat mereka,

bila ramai tak minat, kurang lah market,

bila kurang market, takdelah nak curang,

sebab mereka dah ada awek yang cantik...

buat apa nak curang.

tak macam lelaki hensem, ramai minat,

biar pun dah ada awek cun gila, tapi masih nak yang lagi cun gila gila gila

dua, sebab duit.

muka hensem tapi poket tak hensem pun tak guna,

gadis sekarang, tak de transport, tak payah date la.

apa? naik rapid? jauh panggang dari api.

tapi ingat wahai gadis-gadis

duit boleh di buat hantaran, tapi tak boleh mencipta kebahagiaan.

jadi,

beruntung lelaki tak hensem sekarang,

menjadi tarikan setiap wanita cantik mahupun tidak

yang hensem

jangan risau...

pernah yang hensem-hensem ni berkata, dunia tak adil

yang tak hensem dapat yang cantik

jangan risau...

dunia memang adil

kalau semua nak yang hensem, yang tak hensem macam mana?

kalau semua nak yang cantik, yang tak cantik macam mana?

adil bukan?

yang tak hensem dapat yang cantik

dan yang hensem pula dapat yang tak cantik

ubah fikiran kita

tiada istilah cantik mahupun hensem

manusia dicipta cukup indah paras rupa

apa guna fizikal tanpa rohani.

kalau selami kecantikan dalaman, lagi indah dari luaran.

dunia ini memang adil

kerana penciptanya yang Maha Adil.

Saturday, February 13

Seminggu Rehat Untuk Tiga Bulan Seksa!


Siap sedia.

13 Februari 2010 ku pulang.

Jangkamasa seminggu saja.

rehat.lenggang kangkung.tonton tv.membesarkan badan.

Dan selepas seminggu itu.

Datang lagi 3 bulan.

belajar.membuat kerja kursus.projek sana sini.

Besok nak balik dah.

Barang semua dah packing.

Tapi tak tidur lagi.

Padahal nak tolak pagi.

Lepas tu, dah sampai sana

Seminggu ini, diluangkan masa dengan sanak saudara

Dan kawan-kawan semua

Tak lupa tengok wayang

Percy Jackson, The Wolfman dan My Name Is Khan dah terbayang-bayang.

Gembira.

Tapi seminggu selepas itu?

Packing barang balik.

Kembali ke tempat asal.

Kembali ke meja belajar.

Kembali ke depan laptop.

Kembali ke hadap buku.

Kembali seksa.

Dari rehat yang seminggu.

Seksa 3 bulan lagi.

Lepas tu?

Habis sudah.

Perjalanan diploma.

Sambung ke tidak?

Masa menentukan.

Apply sudah.

Borang degree.

Seminggu rehat bukan semata enjoy.

Tapi permulaan kepada setiap yang akan berlaku masa 3 bulan depan.

Seksanya lepas rehat.

Dan kembali rehat selepas seksa.

Tiada rehat yang kekal.

Kecuali di Syurga.

Sorga Loka.

Layakkah?

Friday, February 12

Curi Tengok Sikit! *Filem Melayu 2010

Kat sini aku ada senaraikan antara filem-filem negara kita yang mungkin bakal menarik perhatian korang. Tapi, jangan nilai posternya saja. Nikmati lah.



Filem ala-ala Shaolin Soccer versi Melayu dari Jurey Latiff.
Lakonan Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan dan Beego. Filem yang
bakal memartabatkan arena sepak takraw negara. Cayalah!


Filem arahan Afdlin Shauki lagi! filem ni macam remake dari
filem Brave lakonan beliau juga di Thailand. Ermh...


Filem yang pastinya ditunggu oleh semua student jurusan filem.
Telah lama terperap dan akhirnya, barulah karya agung
Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai ini akan ditayangkan.


Filem seram lagi dari Ahmad Idham. Diambil dari siri tv
popularnya, Niyang Rapik juga tajuk diberi. Macam seram!


Lagi satu filem yang bakal hangat dan bakal memberikan kelainan.
Filem berkonsepkan muzikal ini banyak menggabungkan watak
kisah dongeng melayu yang dilakonkan oleh banyak artis terkenal Malaysia.


Nampaknya Nabil laku betul sebagai pelakon filem sekarang.
Tapi kena tengok jalan ceritanya juga, betul ke kecoh? Haha.


Yah! Lagi satu filem gila babi merepek dari Azizi Chunk Adnan.
Tapi dalam merepeknya tetap ada kelainan. Dilakonkan oleh Zizan dan
ramai lagi pelakon ternama.


Satu-satunya filem Mamat Khalid yang betul-betul lama kita tunggu.
Akhirnya siap juga dan tunggu masa nak tayang. Filem berkonsep Kollywood
atau Tamil ini pastinya memberi kelainan. Yeah!!!


Jadi ini saja lah yang aku rasa menarik untuk aku senaraikan. Banyak lagi filem yang bakal ditayangkan nanti.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke

www.sinemamalaysia.com.my

Laporan Tahun Akhir.


Yup, setelah hampir tiga tahun, ini lah masanya. Untuk aku sebagai pelajar diploma menggunakan kesemua skill-skill dan ilmu-ilmu yang pernah aku pelajari. Ini lah beban yang akan aku tanggung untuk tujuan meringankan kehidupan aku pada masa akan datang. Inilah dia laporan tahun akhir aku di fakulti teknologi kreatif dan artistik, diploma teknologi kreatif, major dalam penulisan artistik...di kampus puncak perdana

Memang pada jangkaan aku, semester akhir ini akan lebih banyak menduga aku. Aku tidak mahu menyentuh isu perkauman di dalam kelas, isu ketidakpuashatian kawan-kawan, mahupun isu hati cintan-cintun membabitkan wanita. Aku lebih senang untuk berbicara mengenai latar pelajaran aku semester ini dan mungkin sedikit tentang kehidupan aku sepanjang sebulan menjadi pelajar tahun akhir diploma.

Semester akhir ini, banyak laporan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi laporan praktikal yang aku jalani semester lepas selama dua bulan. Dan juga laporan diploma, yang fungsinya amat berguna bagi aku yang telah mempelajari subjek filem dan penulisan sepanjang dua tahun setengah. Tapi masa kerja tengah menimbun macam ni lah baru aku nak bermalas-malas. Tak tau kenapa, tapi terasa seperti suka ingin bermalas-malas.

Ditambah pula lagi dengan kerja-kerja editing. Memang aku suka editing, tapi bila buat sorang-sorang la. Kalau ramai-ramai, hilang daya kreativiti aku. Naik segan. Sampai mula lah datang sikap bermalas-malas ini. Ada pula kerja mementaskan teater bangsawan. Dengan keadaan kelas dan jam kredit yang mak datuk panjang, tanduk setan sebelah aku ni pon panjang jugaklah menggoda aku untuk bermalas-malas.

Bangun jadi bermalas-malas, buat kerja jadi bermalas-malas, pergi kelas jadi bermalas-malas, study smart pon bermalas-malas. Cepat-cepatlah diri aku ni sedar, yang bermalas-malas ni takkan menjadikan aku seseorang yang akan contribute something kepada negara. Bermalas-malas ini tidak akan menghasilkan suatu karya yang elok dipandang semua. Dan bermalas-malas ini juga akan menyebabkan aku rugi dan menyesal. Cepat lah sedar.

Dan bagaikan petanda, tak semena-mena, dah dua setengah tahun aku tak kena, sepanjang aku jadi student ipta aku tak kena, tiba-tiba, semester ini pula aku kena. Nak tau kena apa? Kena serang asma, demam seminggu. Pelik, masa H1N1 aku segar, masa Denggi aku cergas. Mungkin pasal yang bermalas-malas ini agaknya.

Tapi aku yakin, setiap yang diberi, akan aku laksana, setiap yang diajar, akan aku terap, setiap yang memaki, aku hanya senyum.

Laporan tahun akhir aku sebagai pelajar diploma, jumpa pula semasa ijazah, insyaALLAH!

Thursday, February 11

Pengampu Itu Bukan Student U!


Mesti semua mahasiswa institut pengajian tinggi pernah mengalami perkara sebegini bukan?

Mahasiswa mana tidak pernah? Perlukah mengampu semata-mata untuk mendapat gred tinggi dalam subjek? Kalau betul pun dapat gred tinggi dengan hanya sekadar mengampu, tidakkah pengampu-pengampu ini berasa terhina dengan mendapat gred tanpa titik peluh sendiri?

Ah, cukup senang pelajar sekarang belajar ya. Tak perlu belajar penat-penat lagi, hanya perlu bermodalkan air liur dan sedikit sahaja keringat dengan berpura-pura baik di depan pengajar. Senangnya.

Bagi aku mereka-mereka ini TIDAK LAYAK digelar pelajar universiti. TIDAK LAYAK!!!

Mana kan tidak, kita pelajar-pelajar sejati ini bagai nak putus nyawa belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, tetapi eh, tiba-tiba pulak makhluk tuhan paling gedik ni mengipas-ngipas pengajar, dan sekaligus, pointer tinggi melambung. Fuh! Sungguh kurang mereka diajar ya?

Tolonglah. Tolonglah percaya setiap apa yang kaki ampu/kaki kipas/kaki bodek dan segala kaki-kaki busuk ni buat sebenarnya hanya mendatangkan faedah jangka masa pendek. Tanpa ilmu yang jujur, akhirnya mereka ni kecundang juga.

Tak pasal-pasal, nanti bila dah kerja kat luar negara, mereka ni tergagap-gagap nak buat paperwork pasal sebenarnya, gred pelajaran mereka adalah hasil dari bodek-membodek pengajar. Adoyai. Tak ke negara kita juga yang malu.

Yang satu lagi ni pula, bodek tu takpe lah, tak datang kesan kat kita sangat pon, cuma ada pula yang dah bodek dan ngampu, siap fitnah kita yang penat lelah buat kerja ni. Tak pasal-pasal nama kita ni pula yang jadi buruk. Belajar sungguh-sungguh, tapi gred, hampeh dek kerana manusia ni sekor.

Sebenarnya budaya bodek-membodek/ampu-mengampu ni bukan sekadar di kalangan student U saja, tapi terdapat juda dikalangan ahli-ahli korporat, orang-orang atasan dan kakitangan-kakitangan kerajaan. Bukan apa, kononnya nak hidup. Tapi tak perlu lah sampai macam tu. Semua tu tak perlu, sungguh.

Tolonglah. Jangan amalkan budaya ini. Merosakkan manusia sejagat. Huhhh!!!

Monday, February 8

Aku bukan Mirza Razin Lah!

Siapa tu? Dia lah orang yang pernah memberi pendapat di ruangan pos blog FACT Screen Club. Dia lah orang yang saling bidas-membidas pendapat dengan En. Hassan Muthalib. Tapi dia bukan aku. Aku tak kenal pon dia. Tak tahulah kalau aku pernah berjumpa in-person dengan dia. Tak tahu. Aku bukan Mirza Razin.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada orang dah mula percaya aku Mirza Razin selepas si Anonymous mane ntah yang dok mengfitnah kate aku @ otak movie @ penggigit kuku sebagai Mirza Razin. Sampai kan dalam komen box blog MovieHolic aku sendiri ada Anonymous lagi satu memberitahu bahawa aku lah Mirza Razin. Siapa Mirza Razin?

Yang pastinya, BUKAN AKU!

Aku Hady Abd Hamid, pelajar semester 6 Penulisan Artistik di TEKA.
Kalau nak penjelasan lagi, jumpa saja aku ya! TQ.

Dua Trailer Gempak, Dua Movie Melayu.

Masa dok menunggu tayangan filem Adnan Sempit (tengok reviu dalam MovieHolic), aku punyalah tertarik dengan dua movie trailer. Lebih-lebih lagi movie trailer tersebut adalah dari filem melayu, V3 : Samseng Jalanan dan Evolusi KL Drift 2. Memang mengagumkan. Tak sangka arus perfileman tanah air akan berubah arah. Kedua-dua filem ini juga diarahkan oleh pengarah muda iaitu Farid Kamil dan Shamsul Yusof.

Harap tiada lah potong memotong oleh orang atasan untuk filem-filem ini. Dah malas nak cakap banyak, korang pergilah bukak You Tube, cari lah trailer filem-filem ini dan nilai sendiri sama ada nak pergi tonton atau tak. Hehe.

Thursday, February 4

Gumuk.



Waaahh..sudah boroi pule...selepas saja aku tamat praktikal, dan pulang ke rumah, balik semula ke kolej, aku menimbang berat badan aku, naik 8 kg. Haha, gumbiranya rasa.

Mesti pelik kenapa aku gumbira badan aku dah gumuk sikit dari dulu. Yup, sebab gumuk sikit la aku gumbira, kalau gumuk banyak, mestilah down. 8 kg sikit?? Sikit lah bagi aku, dulu berat badan aku 55 kg je, sangat kurus untuk lelaki tinggi macam aku ni. Tapi sekarang dah maintain 63 kg. Tahap normal. Ok lah kan.

Cuma apa yang yang tak bestnya, nampak porch bag. Kedepan je perut aku sekarang. Tangan nampak kecik pulak. Nilah namanya perkembangan badan tak sihat. Asyik makan je tapi tak tau nak bersenam. Dok berjogging atas katil adalah. Nak tak nak, terpaksa lah aku buat push up 10x dua kali sehari. Bukan apa, biar badan ni nampak tegap sikit. Takdelah muscle kat perut je nanti.

Kalau duduk kat rumah, aku tak risau nak maintain kan berat badan aku ni, tapi kalau kat kolej, aku risau berat badan aku akan turun balik. Yelah, duit bukan banyak nak makan lebih. So sekarang, terpaksa lah aku tetapkan makan 2 kali sehari je. Untuk kekalkan berat aku sekaranglah. Nanti gumuk sangat aku takut terus tak boleh berhenti gumuk.

Akhirnya impian aku nak tambah berat badan berjaya. Dan makin ramai memuji taraf 'kesihatan' aku ni. Apa yang tak tahan, sekarang diorang dah tak nampak hidung mancung ala Zizan aku ni lagi, diorang nampak perut boroi ala Afdlin aku ni pulak. Haha.

Tak sabar nak balik rumah menghabiskan beras mak bapak lagi. Kah3:)

Me'movie'kan Komik!



Tolong bagi aku satu juta, boleh aku filemkan komik-komik kegemaran aku. Tapi itu lah kan, tiada produser yang yakin filem adapatasi komik di Malaysia akan berjaya.

Sebagai pelajar di bawah aliran jurusan filem (eventhough major in writing lah!), aku rasa dah menjadi tugas atau kewajipan aku untuk mengangkat genre filem Malaysia ke satu aspek penghasilan yang berbeza.

Aku minat komik, sangat-sangat minat, terutama komik bercorak gila-gila karya kartunis gila-gila favorite aku seperti Keith dan Zint. Aku juga minat komik cintan-cintun dan bertemakan kehidupan dari Fakhroul Anour dan Kaoru. Tak lupa juga kepada Bear dan Ben yang cukup memartabatkan komik bergenre lagenda. Ya, mereka ini semua aku kenal dari majalah komik Gempak dan Utopia. Peduli hape?!!

Setiap komik-komik mereka yang aku baca, seperti Under 18 No Fear, Wasabi, Lawak Kampus, Hero, Fatal Chaos dan Kishiro, mempunyai masa depan untuk kita filemkan. Walaupun kebanyakkannya mengangkat budaya jepun, ianya bukan kudis kepada industri perfileman kita. Persetankan soal kebudayaan. Sedangkan budaya kita sendiri banyak diwarisi dari negara-negara asing.



Jangan sensitif dan overeact sangat kalau nak buat filem adaptasi komik ni. Memanglah kadang-kadang komik itu tidak logik, tapi orang jepun sendiri berjaya merealisasikan perkara tak logik ini seperti filem adaptasi manga mereka iaitu Crows Zero dan 20th Century Boys (antara terbaik pernah aku tonton). Jadi, apa salahnya kita sebagai bangsa satu Malaysia merealisasikan perkara tidak logik ini.

Bukan aku nak kata kita tak pernah adaptasikan komik ke filem, pernah. Tengok saja filem dari komik berjudul Mat Som. Dan jangan lupa telemovie VCD dari komik gila-gila berjudul Tiga Dara Pingitan. Tetapi semua komik ini bersifatkan realism. Cuba kita cuba yang jauh dari sifat realism.

Lagipun, tentu sahaja ramai peminat dari Gempak dan Utopia inginkan komik kegemaran mereka difilemkan.

Kalau tak dapat difilemkan, tolonglah bagi aku duit untuk buat short filem adaptasi dari Under 18 No Fear, teringin sangat nak tengok Siv dan Aken versi live action. Haha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...