Thursday, February 11

Pengampu Itu Bukan Student U!


Mesti semua mahasiswa institut pengajian tinggi pernah mengalami perkara sebegini bukan?

Mahasiswa mana tidak pernah? Perlukah mengampu semata-mata untuk mendapat gred tinggi dalam subjek? Kalau betul pun dapat gred tinggi dengan hanya sekadar mengampu, tidakkah pengampu-pengampu ini berasa terhina dengan mendapat gred tanpa titik peluh sendiri?

Ah, cukup senang pelajar sekarang belajar ya. Tak perlu belajar penat-penat lagi, hanya perlu bermodalkan air liur dan sedikit sahaja keringat dengan berpura-pura baik di depan pengajar. Senangnya.

Bagi aku mereka-mereka ini TIDAK LAYAK digelar pelajar universiti. TIDAK LAYAK!!!

Mana kan tidak, kita pelajar-pelajar sejati ini bagai nak putus nyawa belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, tetapi eh, tiba-tiba pulak makhluk tuhan paling gedik ni mengipas-ngipas pengajar, dan sekaligus, pointer tinggi melambung. Fuh! Sungguh kurang mereka diajar ya?

Tolonglah. Tolonglah percaya setiap apa yang kaki ampu/kaki kipas/kaki bodek dan segala kaki-kaki busuk ni buat sebenarnya hanya mendatangkan faedah jangka masa pendek. Tanpa ilmu yang jujur, akhirnya mereka ni kecundang juga.

Tak pasal-pasal, nanti bila dah kerja kat luar negara, mereka ni tergagap-gagap nak buat paperwork pasal sebenarnya, gred pelajaran mereka adalah hasil dari bodek-membodek pengajar. Adoyai. Tak ke negara kita juga yang malu.

Yang satu lagi ni pula, bodek tu takpe lah, tak datang kesan kat kita sangat pon, cuma ada pula yang dah bodek dan ngampu, siap fitnah kita yang penat lelah buat kerja ni. Tak pasal-pasal nama kita ni pula yang jadi buruk. Belajar sungguh-sungguh, tapi gred, hampeh dek kerana manusia ni sekor.

Sebenarnya budaya bodek-membodek/ampu-mengampu ni bukan sekadar di kalangan student U saja, tapi terdapat juda dikalangan ahli-ahli korporat, orang-orang atasan dan kakitangan-kakitangan kerajaan. Bukan apa, kononnya nak hidup. Tapi tak perlu lah sampai macam tu. Semua tu tak perlu, sungguh.

Tolonglah. Jangan amalkan budaya ini. Merosakkan manusia sejagat. Huhhh!!!

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...