Friday, February 12

Laporan Tahun Akhir.


Yup, setelah hampir tiga tahun, ini lah masanya. Untuk aku sebagai pelajar diploma menggunakan kesemua skill-skill dan ilmu-ilmu yang pernah aku pelajari. Ini lah beban yang akan aku tanggung untuk tujuan meringankan kehidupan aku pada masa akan datang. Inilah dia laporan tahun akhir aku di fakulti teknologi kreatif dan artistik, diploma teknologi kreatif, major dalam penulisan artistik...di kampus puncak perdana

Memang pada jangkaan aku, semester akhir ini akan lebih banyak menduga aku. Aku tidak mahu menyentuh isu perkauman di dalam kelas, isu ketidakpuashatian kawan-kawan, mahupun isu hati cintan-cintun membabitkan wanita. Aku lebih senang untuk berbicara mengenai latar pelajaran aku semester ini dan mungkin sedikit tentang kehidupan aku sepanjang sebulan menjadi pelajar tahun akhir diploma.

Semester akhir ini, banyak laporan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi laporan praktikal yang aku jalani semester lepas selama dua bulan. Dan juga laporan diploma, yang fungsinya amat berguna bagi aku yang telah mempelajari subjek filem dan penulisan sepanjang dua tahun setengah. Tapi masa kerja tengah menimbun macam ni lah baru aku nak bermalas-malas. Tak tau kenapa, tapi terasa seperti suka ingin bermalas-malas.

Ditambah pula lagi dengan kerja-kerja editing. Memang aku suka editing, tapi bila buat sorang-sorang la. Kalau ramai-ramai, hilang daya kreativiti aku. Naik segan. Sampai mula lah datang sikap bermalas-malas ini. Ada pula kerja mementaskan teater bangsawan. Dengan keadaan kelas dan jam kredit yang mak datuk panjang, tanduk setan sebelah aku ni pon panjang jugaklah menggoda aku untuk bermalas-malas.

Bangun jadi bermalas-malas, buat kerja jadi bermalas-malas, pergi kelas jadi bermalas-malas, study smart pon bermalas-malas. Cepat-cepatlah diri aku ni sedar, yang bermalas-malas ni takkan menjadikan aku seseorang yang akan contribute something kepada negara. Bermalas-malas ini tidak akan menghasilkan suatu karya yang elok dipandang semua. Dan bermalas-malas ini juga akan menyebabkan aku rugi dan menyesal. Cepat lah sedar.

Dan bagaikan petanda, tak semena-mena, dah dua setengah tahun aku tak kena, sepanjang aku jadi student ipta aku tak kena, tiba-tiba, semester ini pula aku kena. Nak tau kena apa? Kena serang asma, demam seminggu. Pelik, masa H1N1 aku segar, masa Denggi aku cergas. Mungkin pasal yang bermalas-malas ini agaknya.

Tapi aku yakin, setiap yang diberi, akan aku laksana, setiap yang diajar, akan aku terap, setiap yang memaki, aku hanya senyum.

Laporan tahun akhir aku sebagai pelajar diploma, jumpa pula semasa ijazah, insyaALLAH!

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...