Thursday, November 26

Antara Manusia, Werewolf dan Vampire. *New Moon


Actually it is better than Twilight. Much more better!!!


Perasaan aku lepas tonton filem Twilight Saga : New Moon sememangnya melegakan. melegakan kerana selepas menonton filem yang mengecewakan, akhirnya diubati dengan kepuasan menonton filem ini.

Secara jujurnya, aku mula bosan nak tonton filem sebegini (kisah Vampire dan Warewolf) lebih-lebih lagi selepas aku hampa dengan filem pertamanya, Twilight, yang jalan ceritanya terlalu biasa bagi aku.

Tetapi sebaik sahaja diajak oleh salah seorang dari kawna aku untuk menonton, aku berasa terkejut dengan pencapaian filem ini yang mampu meragut jiwa aku hingga ke akhir penceritaan.

Gaya pengolahan yang kreatif dengan shot-shot kamera yang cantik dan menakjubkan ditambah pula dengan eksperimentasi visual ala-ala MTV dengan lagu-lagu menarik disertakan klip-klip mendebarkan, filem ini membuatkan akku berasa tidak bosan untuk menontonnya hingga ke akhir.

Setiap emosi yang disampaikan amat dirasai terutama yang watak Bella yang dibawa Kristen Stewart, yang kecewa selepas ditinggalkan kekasihnya, Edward Cullen si vampire. Lakonan watak Jacob Black juga menarik perhatian aku kerana watak ini boleh menjadi seorang yang sweet dan akhirnya bertukar menjadi berang secara tiba-tiba. Tetapi apa yang menghampakan aku, watak Edward Cullen yang dibawa Robert Pattinson (kegilaan gadis dia nih!) terlalu berlagak macho. Patah perkataan yang disebutkannya seolah dikawal dan Pattinson seolah-olah mengikut skrip!

Tetapi kecacatan lakonan Pattinson tidak mencalar keseluruhan filem. Adegan yang mencemaskan cukup membuatkan bulu romaku meremang terutama ketika babak serigala.

Dan yang paling aku tertarik, adalah endingnya. Aku amat minat filem yang mengetengahkan 'ending tergantung' membuatkan kita tertanya-tanya dan berasa tidak puas hati hingga ingin menonton lagi sambungannya.

Sambungan filem Twilight ini sememangnya menarik dari filem pertamanya dan aku amat puas hati.

Wednesday, November 25

Dua Dekad Aku Hidup

Hari ini, 25 November, pukul 12.00 tgh malam mak aku call aku.

dia ucap selamat hari jadi kat aku, dan nota tambahan, dia turut beritahu yang aku lahir tepat pukul 12 tgh malam bersamaan dengan masa dia call aku tu. terharu aku ketika itu.

ucapannya agak berlainan dari tahun sebelumnya. "Semoga berjaya menempuh alam dewasa,"katanya. Genap umur aku 20 tahun, dua dekad aku hidup di dunia ini. walaupun belum banyak pengalaman, tetapi cabaran yang aku tempuh untuk sampai ke angka 20 memang payah.

sebagai kefahaman semua, walaupun umur ku 20 tahun, tetapi jiwa ku seolah remaja 15 tahun. muka ku tidak kelihatan tua begitu juga dengan perangai ku. aku seorang yang lambat untuk mendapatkan pemikiran yang matang. ya, memang aku kurang matang, dan susah bagi ku untuk menjadi matang.

mungkin lima tahun lagi barulah aku boleh bersikap kedewasaan. aku sekarang seolah seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh seorang dewasa.tapi aku dah tak kisah.

kalau dulu aku sentiasa berfikir untuk mengubah diri aku supaya menjadi matang, hingga membuntukan kepala aku, tetapi kini tidak. aku hanya mengikuti perangaiku yang sedia kala dan menjadi diriku sendiri.

20 tahun.

masa yang terlalu lama bagiku dan terlalu sekejap bagi yang lain.

achivement demi achivement aku gapai dan sekarang, aku ingin mengubah satu perkara yang sudah lama membelengu hidup aku.

keyakinan.

keyakinan aku sebagai seorang dewasa sepatutnya tinggi, dan aku sudah tidak boleh lagi mengikut kata-kata orang yang boleh menyekat aku dari hidup cara aku. aku perlu yakin dengan diri sendiri dan dengan kebolehan sendiri. kini aku sedar kebolehan aku, dan apa yang aku perlukan adalah sokongan.

serba sedikit semua akan tahu tentang diri aku dalam pos ini.

tulisan, gaya, dan peribadi aku amat berlainan antara satu sama lain.

itu lah aku, yang telah hidup selama dua dekad.

selamat hari lahir kepada aku, dan apa yang aku nak cakap, adalah sesuatu yang belum pernah aku katakan sebelum ini...

aku sayang diri aku sendiri. itu dia...

Tuesday, November 24

Kehidupan Di Angkasa


Nak dekat sebulan dah selepas berlalunya 2 November yang lepas.

Dimana aku mula menyertai angkatan praktikal bersama segerombolan lagi sahabat lain yang menuju ke destinasi masing-masing.

aku juga menujui ke destinasi ku yang tersendiri untuk menyahut seruan markah semester enam.

pada mulanya, memanglah nervous datang menerpa.
tetapi, aku buat tak tahu saja.
lama-kelamaan, aku semakin menjadi lupa.
dengan nervous yang dulunya ada.

lokasinya di Angkasa,
ledudukannya di IPPTAR, Selangor FM.
tugasanya, membantu unit berita dan promo secara bergilir setiap minggu.

alhamdulillah, tiada perkara yang memeningkan kepala aku ketika ini.

senang susah bekerja biasa ada.
kerana itu lumrah keringat diperah.

sebulan hampir berlalu.
dan tinggal sebulan lagi.

baru ku tahu kerjanya radio.
buatnya berita.
jadinya promo.
harganya iklan.
susahnya wartawan.
kreatifnya juruhebah.

aku kini di Selangor FM.

Yang terletak di Angkasapuri.

Rehat Tunggu Makan.

hidup di angkasa agak menyenangkan.

Saturday, November 21

Kiamat Yang Kelakar? *sebuah review 2012


21-11-09, aku menonton filem arahan pengarah yang ku hormat, Roland Emerich (Independant Day adalah karyanya yang aku iktiraf hebat) dan lakonan John Cusack serta Amanda Peet.

Perkara pertama terlintas di fikiran aku selepas menonton filem ini adalah tentang pengolahan isu kiamat yang diadaptasikan di dalam filem yang penuh dialog humour, patutkah? persetankan kehebatan CGI segala yang superb dan hebat kerana itu bukan lagi satu penafian bagi filem keluaran Hollywood.

Filem ini terlampau menumpukan pada teknik kemusnahan bumi hingga ianya menjadi terlalu cliche dengan filem-filem disaster yang lain. bagi aku, tiada suatu yang baru dalam cerita ini melainkan isu yang utarakan berasal dari hebahan ramalan kaum mayan tentang info kiamat 2012. dan selebihnya, tentang kisah heroic seorang bapa yang tidak terkesan dengan tragedi kiamat, kisah kerajaan yang lebih mementingkan orang-orang kaya dari rakyat jelata, kisah orang huru-hara..bla bla bla. where is the x factor in this movie?

yang paling tidak boleh diterima oleh benak aku adalah berkenaan penggunaan dialog-dialog humor yanh terlalu kerap. kenapa watak dalam cerita ini seolah tidak terkejut dengan situasi kiamat yang dialami dan sempat bersenda gurau sesama sendiri sedangkan mereka semua di ambang maut. mungkin pengarah ingin membuatkan penonton tidak bosan dengan filemnya tetapi masih ada cara lain untuk menarik perhatian mereka.

dan akhirnya, mereka semua bertemu jalan penyelesaian dengan mencipta bahtera yang dapat memuatkan makhluk bumi dari malapetaka. apa yang menariknya disini, bahtera tersebut diselenggara dan direka di negara China. simboliknya di sini, everything are made in China. Haha.

berkaitan kaum mayan pula, bagaimana mereka boleh tahu tentang kiamat 2012, masih misteri. dan aku percaya, sebagai seorang Islam, setiap satu yang terjadi pasti ada hikmahnya. aku ada terbaca kisah dajal dan kaitannya dengan kaum mayan, atlantis, nostradamus, merlin dan banyak lagi misteri dunia. 2012 juga salah satu dari misteri dunia. persoalannya, adakah manusia akan menjadi huru-hara pada akhir 2012? kiamat yang bagaimanakah akan terjadi. mungkin aku akan buat pos yang lain tentang kisah dajal dan misteri lain. buat masa ini, biarlah ketidakpuashatian aku terhadap filem ini diperbentangkan.


dan memang, kesimpulannya, aku tak berapa puas hati dengan keupayaan filem ini dan pasti ramai mencemuh pendapat ku ini kerana aku bukanlah pengkritik filem, aku hanya seorang penonton biasa yang ingin menikmati kemanisan filem. dan ya, kamu yang meminati filem disaster pasti akan menyukai filem ini. filem ini masih boleh ditonton.

p/s: harga tiket yang aku beli RM '12'...what are the odds.

Monday, November 16

Beginning of Ending of Beginning

dua minggu lepas, 6 november 2009, berakhirnya sudah semester limaku.
dua minggu lepas, 2 november 2009, bermulanya latihan praktikalku.

tersangat sekejap rasa pembelajaran semester ini. dan begitulah yang berlaku setiap semester,seolah-olah masa semakin dipendekkan. sekarang aku menunggu untuk masuk ke semester akhir diploma. padahal aku rasa macam baru semalam aku hadapi minggu mesra siswa uitm semester 1.

semester ini membuatkan aku sangat risau akan keputusan peperiksaan ku. satu subjek yang amat aku takuti mungkin bakal menggugat pointer semester lima aku. satu subjek yang kredit hournya adalah tiga. jika aku gagal mendapat markah tinggi, pasti jatuh terjunam pointer ku semester ini.

dan subjek yang lain-lain, bagi ku hanya biasa getirannya. tetapi keyakinan untuk mendapat markah tinggi tetap berkurangan. dan semester ini juga, aku berasa keseorangan. dan nasib baik, masih ada kawan yang sudi mengurangkan keseorangan ku itu.

semester ini juga, bermula sesuatu yang baru, dari sesuatu yang berakhir.

berakhirnya semester ini, maka aku pun memulakan latihan praktikalku di stesen radio negeri Selangor FM yang bertempat di Angkasapuri. dua minggu sudah aku bekerja sendiri dan perasaan kusut cuma sekejap hadirnya.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

tak boleh nak taip banyak sangat, nanti kena marah dengan bos.

selamat bercuti pelajar TEKA, dan selamat praktikal kawan yang sama batch. :)

Thursday, November 12

My Love Since Always

aku sedar aku telah menjalinkan hubungan cinta dan berpisah dengan si dia, si dia dan si dia.

dan aku masih juga mencari yang tidak menyakitkan hati ini.

muncul satu persatu, dan akhirnya pergi dengan kecewa di hati ini.

kebodohan aku mencari yang tak kan jumpa, hanya akan, jika sudah diri ini lengkap dengan kejayaan.

pesan ibuku sedemikian rupa, doanya untuk mencari yang mulia.

pesan menjadi badi, yang hina berlalu pergi.

tapi itulah yang ku katakan perihal kebodohan ku.

aku mencari sedang yang di hati sudah lama terpaut yang satu ini.

kini aku tidak ingin lagi mencari, biarlah mereka yang menanti, kerana pesan ibu terpahat di hati.

dan kini aku mengenali siapa kekasih hati,

yang menemani ku di kala sepi,
kebosanan
disaat yang lain meniggalkan diri ini.
disaat yang lain tak kenal hati ini.

perawat jiwa luka ku ketika aku beberapa kali kecundang dalam perlawanan cinta.

yang memberikan aku perasaan sedih, gembira, gusar, ceria, suram mahupun kusam
memahami hati ini sama ada dalam hiba atau terkesima.

ianya bukan satu di dalam beribu.
tetapi beribu di dalam satu.

movie.

my latest girlfriend. my always and my passion.

aku senang dengan kau kini, pergi jahanam sama yang lain.

Film.Movie.Movingpictures.Motionpictures.Cinema.Video.LoveAll

Wednesday, November 11

Karma - *apa kau buat akan kau dapat.


aku percaya akan pembalasan yang akan kita terima disebabkan perbuatan kita pada masa lalu.
aku percaya setiap perkara baik akan bertukar menjadi buruk dan setiap perkara buruk akan bertukar menjadi baik.

aku percaya kerana aku sendiri pernah mengalaminya malah sedang mengalaminya.

kita kadang-kadang tertanya-tanya pada diri sendiri yang bernasib malang, 'apa dosa aku?'. dan sebenarnya memang banyak dosa yang kita lakukan. cuma keadaan membuatkan kita tidak sedar.

aku seorang yang telah di letakkan mind set di dalam otak supaya tidak berlaku zalim. didikan ayah ibu membuatkan aku seorang yang sedemikian hinggalah aku dibiarkan bebas oleh mereka selepas memasuki alam kolej.

aku cukup bahagia satu ketika dahulu hingga aku tidak sedar bahawa kegembiraan ku itu akan bertukar menjadi satu perkara yang buruk. aku cukup berfikiran negatif apabila perkara-perkara buruk datang pada aku satu persatu.

hinggalah sekarang, aku mula berasa lali akan dugaan demi dugaan yang berlaku dan ianya masih tidak berhenti hingga kini. aku tak nafikan, dugaan yang aku dapat tidak lah seberapa bagi insan lain, tetapi tetap juga memeritkan hati ini.

hati ini. raut muka aku tidak menunjukkan apa-apa, tetapi hati ini yang menanggung semuanya. semuanya sebagai balasan kepada aku sendiri.

dan kini aku mula mencari sifat optimis dan positif dalam diri. dan aku sedar, jika sekarang perkara buruk berlaku pada diriku, nescaya yang baik akan datang kelak. bila, hanya DIA yang tahu.

kadang-kadang kita keliru dengan dugaan tuhan. mengapa yang alim dan warak dan baik hati ditimpakan musibah sedemikian rupa. ada musibah untuk ujian diri, tetapi ada juga musibah untuk pembalasan dosa. percayalah, semulia mana pun kita, tetap terdapat dosa yang kecil sekecil debu, dan untuk orang yang baik, dosa yang kecil itulah akan di balas dengan bebanan sebesar batu.

fikirlah, biar kita dapat pembalasan di dunia, kerana dengan itu, kita berjaya mengurangkan pembalasan akhirat.

dan ingat, kalau apa kita sedang buat sekarang, sama ada baik atau buruk, pasti ada balasannya kelak, sama ada baik atau buruk.

orang barat menggelarnya karma, tetapi bagi ku, itulah keindahan hikmah tuhan.

wallahualam.

Friday, November 6

Cerita Yang Tak Sudah - picisan memori silam



*The NeverEnding Story, 1984

Terngiang-ngiang di benak aku tentang masa lampau dahulu semasa aku masih bersekolah rendah. Gambaran yang melekat dalam kepala aku tentang filem ini ketika itu adalah kewujudan seekor makhluk seperti anjing putih yang besar dan boleh terbang serta seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggangnya.

Selepas itu, aku tidak berpeluang untuk menonton filem ini lagi. Malah aku tidak tahu apa tajuk filem ini kerana masih kecil dan ianya hanya menjadi memori sentimental buat diriku. Imej-imej tadi asyik terbayang dan membuatkan ianya menjadi misteri.

Hinggalah beberapa minggu yang lalu aku menemani kawanku membelek dvd dan cd movie di kedai speedy. Tergamam sebentar aku melihat cover sebuah movie bertajuk 'The NeverEnding Story', imej yang terngiang kini terpapar jelas, makhluk itu! Anjing putih gergasi. Aku nekad nak beli tapi tak de duit.

Jadi terpaksalah padamkan niat aku itu. Aku desperate betul nak tengok cerita ni, kecewa, tapi sekurang-kurangnya aku dah tau tajuknya. Ak mula search dan bertanya kepada rakan aku perihal filem ini. Kawan aku gelak besar bila dia nyatakan bahawa makhluk itu bukan anjing, tetapi seekor naga. Terkejut sekejap aku.

Apa yang aku kaji dan tahu, The NeverEnding Story ada sejarahnya yang unik. Ianya berasal dari sebuah novel ciptaan Michael Ende yang kini telah diberhentikan pencetakkannya kerana novel ini terlalu melampaui alam fantasi yang dahsyat. Ada berita yang mengatakan ramai orang yang bunuh diri selepas membaca novel ini kerana menyebabkan halusinasi dan imaginasi yang agung. Akhirnya, novel ini sukar dikesan hingga kini.

Penantian aku berakhir selepas dapat mencari movie ini dalam network di kolejku. Aku download sepantas kilat, dan akhirnya selesai menonton. Dan hasilnya, memang cukup-cukup nikmatnya. Begini ceritanya...


Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki
bernama Bastian yang gemar berfantasi
dan sering melukis imej-imej watak unik.
Bapanya menyuruh Bastian agar berdiri
di bumi yang nyata kerana mimpi tidak
boleh bawa apa-apa kejayaan.

Hinggalah pada satu hari, Bastian meminjam
sebuah buku novel bertajuk 'The NeverEnding Story'
dari seorang penjaga kedai buku.
Bermulalah pula kisah alam Fantasia.
dalam buku tersebut yang dibaca Bastian :

Bermula dengan sejenis makhluk berbentuk batu
besar bernama Rock Biter yang terserempak dengan
Small Guy with a racing snail(siput gergasi yang laju)
dan
Night Hob with a stupid bat(kelawar gergasi).

Mereka bersama-sama ingin ke Ivory Tower
untuk meminta tolong The Empress bagi
memusnahkan ancaman villain dalam cerita ni,
The Nothing.

Sesampai di Ivory Tower, The Empress dalam kegeringan.
Muncul pula watak Atreyu dari suku kaum
The Plain People.
Atreyu merupakan seorang budak lelaki.
Bersama-sama kudanya, Atrax
mereka mengembara mencari cure untuk Empress
dan cara-cara untuk membunuh The Nothing.

Bermacam watak lagi yang muncul seperti,
Morla the Ancient One(kura-kura raksasa)
Engywook dan Urgl(pasangan kerdil)
The Southern Oracle(Sphinx gergasi)
dan makhluk yang sering bermain dalam otak aku,
Falkor the Luck Dragon(naga berwarna putih).

Dalam penceritaan ini, ada satu watak
yag juga wujud tanpa disedari,
iaitu watak Bastian sendiri!

Bastian sudah menjadi sebahagian dari
The NeverEnding Story
dan satu bebanan harus digalasnya.

Atreyu mendapat maklumat dari The Southern Oracle,
bahawa The Empress hanya boleh dirawat
jika diberi nama baru oleh seorang kanak-kanak manusia.

Tetapi Atreyu gagal mencari penyelesaian
dan dikejutkan pula dengan sejarah sebenar Fantasia.
Seekor beast, memberitahu Atreyu tentang
rahsia Fantasia.

Fantasia merupakan sebuah dunia tanpa
sempadan (no boundaries) yang menghimpunkan
imaginasi atau dreams dari pelusuk manusia bumi.
Fantasia seolah merupakan harapan
manusia yang menimbulkan imaginasi kreatif.
Tetapi, kini Fantasia di ambang
kemusnahan kerana manusia semakin kurang berharap.
Mereka tidak lagi bermimpi atau berimaginasi.
Dari situlah, terciptanya The Nothing.
Sebuah kekosongan yang menyebabkan kehancuran.

Atreyu yang gagal, terpaksa menerima
kemusnahan Fantasia.
Dia bertemu semula dengan The Empress
yang berada dalam bentuk seorang kanak-kanak perempuan.

Bastian terkejut apabila The Empress
seolah-olah bercakap mengenai dirinya
sedangkan cerita itu dibaca dirinya sendiri.

The Empress merayu Bastian yang berada
di luar alam buku agar memberinya nama baru.

Bastian yang dalam dilema sama ada
hendak berkhayal atau hidup dalam realiti,
akhirnya menjerit ke arah langit
dengan memberi The Empress nama,
Moon Child!

Segalanya gelap, Fantasia menjadi sebutir pasir kecil.

The Empress memberitahu
hanya Bastian yang boleh mewujudkan
Fantasia kembali.

Bastian mula berhajat dan Fantasia
bersama makhluk-makhluknya, hidup kembali!

Ceritanya tamat disini. Barulah aku tahu anjing tersebut merupakan naga yang dipanggil Falkor, yang juga menjadi pembantu kepada Atreyu selepas kematian Atrax. Fantasia sinonim dengan dunia imaginasi, dan kerana itulah Fantasia tidak mempunyai sempadan kerana dunia imaginasi tentunya tanpa batasan!

Cukup unik cerita yang ditampilkan dan apa yang aku tahu juga, filem ini terdapat lagi dua bahagian.

Kini, satu dari hajat aku juga tercapai.


'Never give up and good luck will find you.'
*Falkor, the luck dragon.

notes : aku tertarik dengan watak The Childlike Empress lakonan Tami Stronach yang nampak mantap dan beremosi walaupun hanya muncul seketika di hujung cerita. Style.

.:hadyabdhamid:.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...