Friday, November 6

Cerita Yang Tak Sudah - picisan memori silam



*The NeverEnding Story, 1984

Terngiang-ngiang di benak aku tentang masa lampau dahulu semasa aku masih bersekolah rendah. Gambaran yang melekat dalam kepala aku tentang filem ini ketika itu adalah kewujudan seekor makhluk seperti anjing putih yang besar dan boleh terbang serta seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggangnya.

Selepas itu, aku tidak berpeluang untuk menonton filem ini lagi. Malah aku tidak tahu apa tajuk filem ini kerana masih kecil dan ianya hanya menjadi memori sentimental buat diriku. Imej-imej tadi asyik terbayang dan membuatkan ianya menjadi misteri.

Hinggalah beberapa minggu yang lalu aku menemani kawanku membelek dvd dan cd movie di kedai speedy. Tergamam sebentar aku melihat cover sebuah movie bertajuk 'The NeverEnding Story', imej yang terngiang kini terpapar jelas, makhluk itu! Anjing putih gergasi. Aku nekad nak beli tapi tak de duit.

Jadi terpaksalah padamkan niat aku itu. Aku desperate betul nak tengok cerita ni, kecewa, tapi sekurang-kurangnya aku dah tau tajuknya. Ak mula search dan bertanya kepada rakan aku perihal filem ini. Kawan aku gelak besar bila dia nyatakan bahawa makhluk itu bukan anjing, tetapi seekor naga. Terkejut sekejap aku.

Apa yang aku kaji dan tahu, The NeverEnding Story ada sejarahnya yang unik. Ianya berasal dari sebuah novel ciptaan Michael Ende yang kini telah diberhentikan pencetakkannya kerana novel ini terlalu melampaui alam fantasi yang dahsyat. Ada berita yang mengatakan ramai orang yang bunuh diri selepas membaca novel ini kerana menyebabkan halusinasi dan imaginasi yang agung. Akhirnya, novel ini sukar dikesan hingga kini.

Penantian aku berakhir selepas dapat mencari movie ini dalam network di kolejku. Aku download sepantas kilat, dan akhirnya selesai menonton. Dan hasilnya, memang cukup-cukup nikmatnya. Begini ceritanya...


Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki
bernama Bastian yang gemar berfantasi
dan sering melukis imej-imej watak unik.
Bapanya menyuruh Bastian agar berdiri
di bumi yang nyata kerana mimpi tidak
boleh bawa apa-apa kejayaan.

Hinggalah pada satu hari, Bastian meminjam
sebuah buku novel bertajuk 'The NeverEnding Story'
dari seorang penjaga kedai buku.
Bermulalah pula kisah alam Fantasia.
dalam buku tersebut yang dibaca Bastian :

Bermula dengan sejenis makhluk berbentuk batu
besar bernama Rock Biter yang terserempak dengan
Small Guy with a racing snail(siput gergasi yang laju)
dan
Night Hob with a stupid bat(kelawar gergasi).

Mereka bersama-sama ingin ke Ivory Tower
untuk meminta tolong The Empress bagi
memusnahkan ancaman villain dalam cerita ni,
The Nothing.

Sesampai di Ivory Tower, The Empress dalam kegeringan.
Muncul pula watak Atreyu dari suku kaum
The Plain People.
Atreyu merupakan seorang budak lelaki.
Bersama-sama kudanya, Atrax
mereka mengembara mencari cure untuk Empress
dan cara-cara untuk membunuh The Nothing.

Bermacam watak lagi yang muncul seperti,
Morla the Ancient One(kura-kura raksasa)
Engywook dan Urgl(pasangan kerdil)
The Southern Oracle(Sphinx gergasi)
dan makhluk yang sering bermain dalam otak aku,
Falkor the Luck Dragon(naga berwarna putih).

Dalam penceritaan ini, ada satu watak
yag juga wujud tanpa disedari,
iaitu watak Bastian sendiri!

Bastian sudah menjadi sebahagian dari
The NeverEnding Story
dan satu bebanan harus digalasnya.

Atreyu mendapat maklumat dari The Southern Oracle,
bahawa The Empress hanya boleh dirawat
jika diberi nama baru oleh seorang kanak-kanak manusia.

Tetapi Atreyu gagal mencari penyelesaian
dan dikejutkan pula dengan sejarah sebenar Fantasia.
Seekor beast, memberitahu Atreyu tentang
rahsia Fantasia.

Fantasia merupakan sebuah dunia tanpa
sempadan (no boundaries) yang menghimpunkan
imaginasi atau dreams dari pelusuk manusia bumi.
Fantasia seolah merupakan harapan
manusia yang menimbulkan imaginasi kreatif.
Tetapi, kini Fantasia di ambang
kemusnahan kerana manusia semakin kurang berharap.
Mereka tidak lagi bermimpi atau berimaginasi.
Dari situlah, terciptanya The Nothing.
Sebuah kekosongan yang menyebabkan kehancuran.

Atreyu yang gagal, terpaksa menerima
kemusnahan Fantasia.
Dia bertemu semula dengan The Empress
yang berada dalam bentuk seorang kanak-kanak perempuan.

Bastian terkejut apabila The Empress
seolah-olah bercakap mengenai dirinya
sedangkan cerita itu dibaca dirinya sendiri.

The Empress merayu Bastian yang berada
di luar alam buku agar memberinya nama baru.

Bastian yang dalam dilema sama ada
hendak berkhayal atau hidup dalam realiti,
akhirnya menjerit ke arah langit
dengan memberi The Empress nama,
Moon Child!

Segalanya gelap, Fantasia menjadi sebutir pasir kecil.

The Empress memberitahu
hanya Bastian yang boleh mewujudkan
Fantasia kembali.

Bastian mula berhajat dan Fantasia
bersama makhluk-makhluknya, hidup kembali!

Ceritanya tamat disini. Barulah aku tahu anjing tersebut merupakan naga yang dipanggil Falkor, yang juga menjadi pembantu kepada Atreyu selepas kematian Atrax. Fantasia sinonim dengan dunia imaginasi, dan kerana itulah Fantasia tidak mempunyai sempadan kerana dunia imaginasi tentunya tanpa batasan!

Cukup unik cerita yang ditampilkan dan apa yang aku tahu juga, filem ini terdapat lagi dua bahagian.

Kini, satu dari hajat aku juga tercapai.


'Never give up and good luck will find you.'
*Falkor, the luck dragon.

notes : aku tertarik dengan watak The Childlike Empress lakonan Tami Stronach yang nampak mantap dan beremosi walaupun hanya muncul seketika di hujung cerita. Style.

.:hadyabdhamid:.

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...