Wednesday, November 11

Karma - *apa kau buat akan kau dapat.


aku percaya akan pembalasan yang akan kita terima disebabkan perbuatan kita pada masa lalu.
aku percaya setiap perkara baik akan bertukar menjadi buruk dan setiap perkara buruk akan bertukar menjadi baik.

aku percaya kerana aku sendiri pernah mengalaminya malah sedang mengalaminya.

kita kadang-kadang tertanya-tanya pada diri sendiri yang bernasib malang, 'apa dosa aku?'. dan sebenarnya memang banyak dosa yang kita lakukan. cuma keadaan membuatkan kita tidak sedar.

aku seorang yang telah di letakkan mind set di dalam otak supaya tidak berlaku zalim. didikan ayah ibu membuatkan aku seorang yang sedemikian hinggalah aku dibiarkan bebas oleh mereka selepas memasuki alam kolej.

aku cukup bahagia satu ketika dahulu hingga aku tidak sedar bahawa kegembiraan ku itu akan bertukar menjadi satu perkara yang buruk. aku cukup berfikiran negatif apabila perkara-perkara buruk datang pada aku satu persatu.

hinggalah sekarang, aku mula berasa lali akan dugaan demi dugaan yang berlaku dan ianya masih tidak berhenti hingga kini. aku tak nafikan, dugaan yang aku dapat tidak lah seberapa bagi insan lain, tetapi tetap juga memeritkan hati ini.

hati ini. raut muka aku tidak menunjukkan apa-apa, tetapi hati ini yang menanggung semuanya. semuanya sebagai balasan kepada aku sendiri.

dan kini aku mula mencari sifat optimis dan positif dalam diri. dan aku sedar, jika sekarang perkara buruk berlaku pada diriku, nescaya yang baik akan datang kelak. bila, hanya DIA yang tahu.

kadang-kadang kita keliru dengan dugaan tuhan. mengapa yang alim dan warak dan baik hati ditimpakan musibah sedemikian rupa. ada musibah untuk ujian diri, tetapi ada juga musibah untuk pembalasan dosa. percayalah, semulia mana pun kita, tetap terdapat dosa yang kecil sekecil debu, dan untuk orang yang baik, dosa yang kecil itulah akan di balas dengan bebanan sebesar batu.

fikirlah, biar kita dapat pembalasan di dunia, kerana dengan itu, kita berjaya mengurangkan pembalasan akhirat.

dan ingat, kalau apa kita sedang buat sekarang, sama ada baik atau buruk, pasti ada balasannya kelak, sama ada baik atau buruk.

orang barat menggelarnya karma, tetapi bagi ku, itulah keindahan hikmah tuhan.

wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...