Wednesday, November 25

Dua Dekad Aku Hidup

Hari ini, 25 November, pukul 12.00 tgh malam mak aku call aku.

dia ucap selamat hari jadi kat aku, dan nota tambahan, dia turut beritahu yang aku lahir tepat pukul 12 tgh malam bersamaan dengan masa dia call aku tu. terharu aku ketika itu.

ucapannya agak berlainan dari tahun sebelumnya. "Semoga berjaya menempuh alam dewasa,"katanya. Genap umur aku 20 tahun, dua dekad aku hidup di dunia ini. walaupun belum banyak pengalaman, tetapi cabaran yang aku tempuh untuk sampai ke angka 20 memang payah.

sebagai kefahaman semua, walaupun umur ku 20 tahun, tetapi jiwa ku seolah remaja 15 tahun. muka ku tidak kelihatan tua begitu juga dengan perangai ku. aku seorang yang lambat untuk mendapatkan pemikiran yang matang. ya, memang aku kurang matang, dan susah bagi ku untuk menjadi matang.

mungkin lima tahun lagi barulah aku boleh bersikap kedewasaan. aku sekarang seolah seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh seorang dewasa.tapi aku dah tak kisah.

kalau dulu aku sentiasa berfikir untuk mengubah diri aku supaya menjadi matang, hingga membuntukan kepala aku, tetapi kini tidak. aku hanya mengikuti perangaiku yang sedia kala dan menjadi diriku sendiri.

20 tahun.

masa yang terlalu lama bagiku dan terlalu sekejap bagi yang lain.

achivement demi achivement aku gapai dan sekarang, aku ingin mengubah satu perkara yang sudah lama membelengu hidup aku.

keyakinan.

keyakinan aku sebagai seorang dewasa sepatutnya tinggi, dan aku sudah tidak boleh lagi mengikut kata-kata orang yang boleh menyekat aku dari hidup cara aku. aku perlu yakin dengan diri sendiri dan dengan kebolehan sendiri. kini aku sedar kebolehan aku, dan apa yang aku perlukan adalah sokongan.

serba sedikit semua akan tahu tentang diri aku dalam pos ini.

tulisan, gaya, dan peribadi aku amat berlainan antara satu sama lain.

itu lah aku, yang telah hidup selama dua dekad.

selamat hari lahir kepada aku, dan apa yang aku nak cakap, adalah sesuatu yang belum pernah aku katakan sebelum ini...

aku sayang diri aku sendiri. itu dia...

1 comment:

  1. lahai comelnya! apakah perasaan u nak tinggalkan teen age?

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...