Thursday, April 23

Filem.Muzik.Politik.

Apa kaitan ketiga-tiga perkara ini. Tidak aku nafikan, aku meminati bidang filem dan politik tetapi kurang pula minatku pada muzik. Tetapi aku masih menyukai muzik.

Setiap bidang ini ada falsafahnya tersendiri. Filem, ada orang kata filem itu cermin kehidupan kita. Muzik, ada orang kata muzik menggerakkan dunia. Politik? What about it? Politik yang menjamin hidup kita? Ya dan tak. Aku minat politik, tapi aku kurang fasih dalam perihal politik itu sendiri. Mungkin usia aku yang baru nak matang membuatkan aku keliru sedikit tentang politik. Tapi itu tak bermakna aku tidak boleh bercerita tentang politik.

Filem? Ya, aku agak hebat dalam bidang ini. Walaupun ramai yang mempertikaikan kebolehan aku dalam bidang ini. Muzik? Agak lemah, tetapi aku boleh mengkaji apa yang terdapat disebalik ritma dan rima muzik tersebut. Filem merupakan satu perkara yang kita senang fahami tetapi kadangkala susah untuk kita tafsirkan. Muzik pula sesuatu perkara yang membuatkan seseorang itu merasai apa yang ingin diluahkan. Politik pula, satu subjek untuk kepentingan rakyat yang merupakan kewajipan bagi seorang pemimpin.

Hipokrasi, apa itu hipokrasi. Perkataan ini sering kita dengar dalam bidang seni. Baik dari filem hingga ke muzik sampailah ke politik. Hipokrasi sudah menjadi perkara biasa bagi bidang-bidang sebegini. Tetapi ini soalan yang sering bermain dalam otak aku, apa itu hipokrasi? Adakah ianya perkara yag elok atau tidak? Hipokrasi membohong? Hipokrasi berpura-pura? Hipokrasi perlakuan? Apa? Aku tak faham.

Tapi itu lah yang semua orang alami dalam bidang filem dan muzik. Ada pepatah berkata, filem dan muzik kerja tipu. Kita hiburkan orang, kita bagi orang dengar apa yang mereka nak dengar, kita bagi orang tonton apa yang mereka nak tonton, bukan ke tu kerja tipu. Adakah itu maksud hipokrasi dalam bidang seni?

Bagaimana pula dengan politik? Adakah orang dalam politik juga sama seperti orang dalam bidang seni? Adakah mereka bagi kita apa yang kita nak? Betul ke begitu? Tidak. Politik ada banyak jenis. Dan terpulang kepada jenis-jenis tersebut bagaimana ianya dilaksanakan. Pernah sekali ayah aku ingin memasuki bidang politik semula baru-baru ini. Tetapi dilarang oleh ibu aku. Katanya, dah tua-tua ni lebih elok pergi ke masjid, tak payah nak masuk politik balik, buat tambah dosa je. Begitukah politik? Kerja yang berdosa?

Kalau politik satu pekerjaan yang berdosa, bagaimana pula dengan bidang filem dan muzik. Beginilah, aku akan berbalik semula kepada niat, semua yang kita lakukan akan bertunjangkan kepada niat. Andaikata kita menceburkan diri dalam bidang filem, muzik dan politik, bagaimana niat kita ketika itu. Jikalau untuk mencari rezeki, insyaallah diberkati, tetapi jika kerana perkara lain, baik kita lupakan. Aku terlibat dalam bidang perfileman kerana ianya minat aku dan bakat aku. Kerana aku ingin mencari rezeki melalui bidang ini.

Perkara yang boleh aku rungkaikan melalui ketiga-tiga bidang ini, adalah melalui satu perkataan yang aku sebut baru tadi. Hipokrit. Tapi jangan salah faham, hipokrit tidak semestinya perkara yang tidak elok. Ajarlah aku jika aku silap, tunjuklah aku jika aku sesat. Ini hanyalah pendapat, dan pendapat tiada salah, dan tiada pula betulnya. : )

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...