Thursday, January 22

Inggeris Melayu

Pantun ni aku buat tahun lepas sebagai salah satu kerja kursus untuk subjek Gaya Bahasa Pak Agi...mungkin pantun ini juga yang membolehkan aku mendapat gred A untuk subjek ini..so,ape pandangan korang??Hayatilah...

Makan keju rasa teruja,

Keju di dulang sungguh masamnya,

Inggeris maju itulah dia,

Melayu hilang entah kemana.


Hujan gerimis di negeri salju,

Manghakis kayu di tepi pelapis,

Ada Inggeris dalam Melayu,

Dimana Melayu dalam Inggeris?


Ikan masin anak jawa,

Enak dimakan bersama laksa,

Melayusemakin kehilangan jiwa,

Tetapi Inggeris kekal perkasa.


Jiwaku layu hati tak endah,

Luka terhiris rasa dilambung,

Perilaku Melayu cukuplah indah,

Budaya Inggeris jua diagung.


Seorang muda harus harus beralah,

Agar si tua bersuka dan ria,

Mengapa kita saling berbalah,

Walhal mereka langsung gembira?


Cintaku persis Adam dan Hawa,

Semuanya dicipta dari yang Esa,

Ingatlah wahai bangsaku semua,

Kita dan mereka sama sahaja.


p/s:Pantun ni bagi aku memang susah nak buat pada mulanya,sebab nak kena samakan rima tengah dan rima akhir. Uniknya penyamaan rima tengah dan rima akhir ni,kalau dibaca ianya akan menjadi lebih menarik dan penuh seni!

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...