Friday, February 6

Kerajaan Berjasa???


Dah setengah abad kita merdeka. Tapi betul ke merdeka tu perkataan yang sesuai untuk kita gunakan bagi mendefinisikan maksud kebebasan?

Assalamualaikum semua,

Artikel ni mungkin agak sensitif untuk aku bincangkan. Tetapi keseluruhan idea untuk artikel ini bukan seratus peratus datang dari aku. Bapa aku juga ada menyumbangkan beberapa pendapat berkenaan idea artikel ini. Jadi,kalau aku kena saman atau kena ban,jangan salah kan aku sepenuhnya okay!Hahah..

Mungkin umur aku yang masih muda dan pemikiran aku yang tak berapa matang, menidakkan aku untuk bercerita tentang isu ini. Tapi jangan lupa,aku masih boleh berfikir dengan waras. Ini cuma pendapat. Kita hidup di negara bebas,asalkan ianya tidak menyentuh isu agama atau ketuhanan. Aku cukup suka berbual tentang kerajaan. Dan baru-baru ni aku amat tertarik dengan isu yang mengatakan KERAJAAN BERJASA KEPADA RAKYAT. Betul ke?

Aku dulu merupakan seorang yang menyokong kerajaan. Tapi dulu aku kecik lagi. Nak-nak masa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Tapi sekarang? Hah..nak duduk kat Malaysia pun rasa takut. Entahlah,makin banyak perkara buruk yang terjadi. Memanglah Malaysia salah satu negara yang paling aman untuk didiami,tapi jenayah,keganasan dan ketidakadilan tetap berlaku. Takdelah aman sangat. Dengan politik wang,polis korup,seks bebas dan bermacam lagi,membuatkan aku malu denagn negara Islam ni. Tolong jangan salah faham, aku tak salahkan negara,aku tak salahkan Malaysia. Aku sayang Malaysia. Malah aku bangga sebab aku lahir sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tapi siapa yang mentadbir negara ini? Aku tak suka dengan orang yang mentadbir negara kita ini.

Semakin banyak perkara buruk berlaku. Hak rakyat untuk bersuara dah semakin hilang. Orang melayu hanya menurut kata. Itulah sebab kaum minoriti semakin berani. Parti kerajaan mengerah darah rakyat sendiri. Bila rakyat mula bersuara,terus dikata kita ni tak mengenang jasa mereka. Sistem salah,sejak dari zaman merdeka lagi dah salah. Kalau tak,Singapore pun dah jadi milik kita. Tu lah kerajaan,takpandai jaga khazanah negara. Aku cukup tertarik bila kerajaan mengatakan yang rakyat hanya pandai komplen. Kata diri mereka berjasa kepada rakyat. Macam-macam dah mereka lakukan. Pembangunan,ekonomi,perkhidmatan dan pendidikan. Semua tu jasa mereka lah konon.

Ok,ni ape yang bapa aku cakap kat aku. Tu semua bukan jasa kerajaan. Itu KERJA KERAJAAN!!! Faham? Perlu diingatkan ye,kerajaan dibayar oleh rakyat untuk mentadbir negara. Jasa bermaksud sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas. Adakah seorang akauntan yang dibayar tiap-tiap bulan dikatakan berjasa kepada majikan kerana membuat kerja kira-kira? Tidak..itu kerja diorang. Dibayar. Kalau betul lah kerajaan nak sangat berjasa,hapuskan segala cukai,buat kerja dengan ikhlas,dan lupuskan politik wang. Baru betul berjasa namanya.

Lagi satu aku nak bagitau, dalam Islam juga ada menerangkan tentang ciri-ciri dan fungsi sesebuah kerajaan. Kerajaan berfungsi untuk MENTADBIR NEGARA. Atau lebih tepat aku katakan disini,mentadbir negara merupakan suatu bentuk kewajipan bagi kerajaan. Secara teorinya,senang cerita, ianya sama macam kewajipan kita kepada tuhan? Solat,puasa dan selainnya. Adakah segala benda yang dibuat tu merupakan jasa kita kepada tuhan? Tidak! Itu kewajipan. Sama lah macam kerajaan jugak, dah kewajipan mereka mentadbir negara dan memberi kemudahan kepada rakyat. Apa yang jasa sangat benda tu? Korang fikirlah dengan teliti perkara yang aku katakan ini.

Kalau rakyat tak komplen,bermakna kerajaan dah memberikan hasil yang terbaik. Tapi kalau rakyat asyik komen yang bkan-bukan dan benda yang diorang komen tu masuk akal, nampak sangatlah memang ada yang tak kena. Nasihat aku kepada rakyat Malaysia,teruskan jangan takut bersuara. Malaysia hak rakyat. Bukan kerajaan. Lastly,semuanya terpulang kat korang sama ada nak percaya pada kerajaan atau tidak,tapi tolong lah...PERCAYA PADA MALAYSIA!

>dari minda dan pemikiran Tuan Syed Abdul Hamid Albar dan anaknya.

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...