Friday, April 23

Ikhlas.


Situasi Satu

Insan A :

Encik, ambik lah RM10 ni buat tambang balik, saya 'ikhlas'...

Insan B :

Terima kasih...

Huraian : Adakah seseorang itu benar-benar ikhlas dengan menyatakan isi hatinya yang ikhlas memberi tanpa sebarang harapan lain? Seseorang yang ikhlas tidak akan menyatakan bahawa tindak-tanduk yang dilakukannya adalah ikhlas. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa balasan, tetapi sikap yang terlalu jujur akan menyebabkan keikhlasan sesetengah insan itu dipersoalkan.

Situasi Dua

Seorang Bapa :

Anak kita dah bagi makan belum?

Seorang Ibu :

Dah bang...

Seorang Bapa :

Bagus, kita kena jaga anak kita tu elok-elok, nanti bila kita dah tua, boleh dia jaga kita pulak.

Huraian : Yang paling kita tidak nampak. Yang paling kita tidak jelas. Dan yang paling kita abaikan. Hingga Tuhan dengan sehalusnya memutarbelitkan takdir, menyebabkan kedua ibu bapa ini diderhakai oleh anak mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil. Tetapi, apakah silapnya? Di manakah keikhlasan sepasang ibu bapa dalam menjaga anaknya, dan mengharapkan sesuatu akan dipulang kan di hari tua nanti? Anak anugerah Tuhan yang di amanahkan untuk dijaga dengan penuh keikhlasan, tanpa mengharapkan sebarang pulangan.

Situasi Tiga

Hamba Allah :

Bedebah betul, dia tak ingat ke dulu aku selalu tolong dia. Aku bukan nak ungkit kisah lama, tapi kalau dah aku mintak tolong sikit pon dia nak berdalih, apa guna aku tolong dia dulu. Kalau aku tau macam ni jadinya, tak de makne aku nak simpati kat dia dulu.

Huraian : Kadang-kadang, setiap pembalasan terhadap diri kita berlaku atas sebab kesalahan diri kita sendiri. Dan dalam kadang-kadang itu juga, pembalasan tersebut adalah petunjuk dari Tuhan. Mengapa perlu dipersoalkan tentang perkara ikhlas yang kononnya pernah kita lakukan. Memang, kita sekadar insan biasa, tetapi akal kita sama sahaja. Sebaik akal seorang wali, sebaik akal seorang nabi dan sebaik akal seorang rasul. Tak perlu kita ungkitkan perkara yang kita katakan ikhlas, kerana pembalasan yang berlaku telah menunjukkan hati kita yang sebenar.

Konklusi kisah ikhlas :

Manusia, makhluk istimewa. Jika Tuhan menciptakan bumi, dan di dalam bumi terdapat tumbuh-tumbuhan hijau, makhluk-makhluk indah, laut yang terbentang luas, langit yang biru menakjubkan, tetapi Tuhan maha Kaya. Diciptakan manusia, yang mempunyai semua kebaikkan ciptaan-ciptaanNya sebelum manusia. Manusia, makhluk yang sempurna, mempunyai sifat dari semua sifat-sifat makhluk ciptaanNya sebelum ini. Tetapi malangnya, manusia ini yang mencemarkannya. Dan ya, Tuhan maha Kaya, diciptakan sifat yang mampu membersihkan segala kotoran seluas lautan biru, sifat yang kini sudah hanya menjadi perkataan, yang hanya disebut, tetapi tidak pernah diikut.

Ihklas.

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...