Monday, February 9

I 'Wanted' a 'Fight Club'

Seperti yang korang dah tahu, aku memang seorang kaki filem. Aku juga seorang penilai filem kerana kerja aku di universiti ni memang ditugaskan menilai filem. Tapi kadang-kadang aku tak rasa yang aku ni seorang penilai yang baik. Cuma apa yang ada pada aku bila menonton filem adalah,aku akan mula berfikir. Berfikir tentang filem tersebut. Beberapa minit yang lepas aku baru sahaja selesai menonton filem 'Fight Club' lakonan Brad Pitt dan Edward Norton. Kawan aku Shah yang paksa-paksa aku tengok. Dia kata Brad Pitt berlakon. Time tu aku tak tahu yang Edward Norton berlakon sekali. So aku macam lemah sikit nak tengok. AKu tak berapa minat lakonan Brad Pitt. Tapi lakonan Edward Norton memang yang terbaik bagi aku. Tengok saja filem lakonannya, 'Incredible Hulk' dan 'The Illusonist'. Selepas menonton FC, boleh aku katakan, pandai jugak Brad Pitt berlakon rupanya. Dan filemnya pula, kalau aku ada tiga ibu jari, aku akan naikkan ketiga-tiganya. Three thumbs up!

Apa yang menariknya, pada awal ceritanya, aku telah tersedar akan sesuatu. Gaya pengarahan atau screenplay atau ideology untuk filem ini seolah-olah sama dengan sebuah filem yang juga merupakan 'three thumbs up movie' bagi aku. Filemnya ialah 'Wanted. Aku tak kata jalan ceritanya sama. Tetapi cara pengolahan watak utama kedua-dua filem tersebut adalah sama. Kedua-dua filem menggunakan watak utama sebagai 'narrator' atau pencerita dalam filem tersebut. Kehidupan watak utama juga agak sama. Jadi, apa yang aku nak ulaskan disini adalah, aku amat suka filem yang bercorak sedemikian. Harap korang boleh tonton dan nilaikan sendiri. Kat bawah ni aku selitkan sikit review kedua-dua filem ni;
Filem ini mengisahkan seorang watak utama yang merupakan pencerita dalam filem ini atau 'Narrator'(Edward Norton) kerana dalam filem ni kita tak tahu nama sebenar dia. Narrator ni mempunyai hidup yang membosankan hinggalah dia bertemu dengan Tyler Burden(Brad Pitt) dalam kapal terbang. Bersama-sama,mereka berpura-pura bergaduh di tgh jalan hingga menjadi ikutan orang lelaki di kawasan tersebut dan mereka menubuh sebuah organisasi yang dipanggil 'Fight Club'. Tetapi, boleh dikatakan idea kelab ini datang dari Tyler dan semua ahli setia dan sentiasa mengikut arahan Tyler. Si Narrator ni mula rasa tak senang lepas Tyler melaksanakan 'Project Mayhem' bagi memusnahkan semua bandar-bandar besar. Selepas Narrator selidik, dia dapat tahu, yang Tyler ni sebenarnya tak wujud. Tyler merupakan imaginasi Narrator. Dan semua ahli Fight Club menganggap Narrator sebagai Tyler Durden. Barulah dia tahu, segala perkara yang dilakukan Tyler, adalah dari dirinya sendiri. Degan penuh cemas dia ingin membatalkan 'Project Mayhem' tetapi terdapat banyak halangan dengan pengikut-pengikutnya sendiri yang setia melaksanakn projek tersebut. Kalau korang masih tak faham,tontonlah dengan mata dan akal sendiri. Kata aku,HEBAT!
Filem ini pula menceritakan tentang kehidupan Wesley Gibson(James McAvoy) yang cukup-cukup membosankan dengan pekerjaan sebagai akauntan yang sering dimarahai bosnya, teman wanitanya main kayu tiga dengan kawannya sendiri dan tekanan perasaan yang melampau. Hinggalah pada satu hari, Fox(Angelina Jolie) datang kepadanya dan memberitahu yang ayahnya baru lepas mati dalam menjalankan misi. Bermula pada hari itu, Wesley tahu dia mempunyai kuasa dalam memberi tumpuan terhadap suatu perkara hingga membolehkannya menembak dengan tepat,mahir bertarung dan bijak berfikir. Dia dibawa Fox ke Fraternity yang mempunyai ahli yang ramai dan berkebolehan seperti dirinya. Faraternity adalah seperti sebuah agensi pembunuh upahan yang mendapat arahan bunuh dari sejenis benang(loom). Pada benang tersebut akan tertera nama orang yang akan dibunuh dan Wesley akan mengikut arahan. Selesa dengan kerja barunya, dia dapat tahu, ayahnya masih belum mati. Rupanya Fraternity hanya mereka cerita kerana ayah sebenarnya belot terhadap Fraternity satu ketika dahulu. Tetapi ayahnya ada agendanya yang tersendiri dan ini membuatkan Wesley semakin tertarik untuk selidik lebih lanjut. Filem ni menarik minat aku kerana ianya satu kelainan dan terdapat magis dalam filem ini. Saranan aku,WAJIB TONTON!

2 comments:

  1. fight club...
    best gak citer tu...
    sinonim dgn bes fren aku...
    so, ni la yg die kene hadapi hari2...
    dlm citer ni sebab die boring dgn life die n xde self cnfiden...
    kes bes fren aku...?
    xde kawan...
    ;(

    ReplyDelete
  2. I think i know who ur fren is..

    and i think i dun know..

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...