Wednesday, September 21

Namanya...P.Ramlee.


Hendak ku nangis,
tiada berair mata,
hendak ku senyum,
tiada siapa nak teman...

Kalau lah nasib,
begini hebat, apa nak buat...

Baru tadi aku selesai menonton teater P.Ramlee The Musical, dan tetiba pulak rasa macam nak tulis pasal bintang sepanjang zaman ini. Aku tau aku ni tak lah arif sangat berkenaan empunya nama besar ini, malah ada yang mendalam mengetahui tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pastinya kalau aku ada tersalah bagi pendapat tentangnya, dah tentu-tentu kene bancuh habis dek mereka yang lebih mengetahui tentang seniman agung ini. Tapi setiap mereka yang membesar dengan filem-filem dan lagu-lagu Allahyarham, sudah tentu layak menceritakan perihal beliau, tidak kira samaada mereka sahabat handai, kaum kerabat, malah peminat juga. Begitu juga dengan aku yang merasakan hak terletak ditangan aku untuk menceritakan pandangan dan luahan hati aku tentang seniman agung yang aku minati ini.


Cuba tengok dan teliti balik bait-bait lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti di atas. Persis kehidupan P.Ramlee yang sebenar. Bukan lagu ini sahaja, Getaran Jiwa, Air Mata Kuala Lumpur, Engkau Laksana Bulan, Tiada Kata Secantik Bahasa, Azizah, semua lagu-lagu indah ini sering bersangkut paut dengan kehidupan P.Ramlee. Indahnya irama ini kerana setiap yang ditulis dan dikarang, malahan walaupun ada antaranya bukan ditulis olehnya, tetap meninggalkan kesan kepada kita. P.Ramlee dan rakan seangkatan dengannya, S. Sudarmadji, Kassim Masdor, Jamil Sulong, ternyata mereka mencipta karya-karya indah itu, bukan kerana duit atau glamor, tetapi hanya kerana satu perkara, iaitu minat.

Itu baru lagu-lagu dendangan Allahyarham. Belum diambil kira dengan filem-filem tak kira lah samaada lakonan, karangan atau arahan beliau. Memang tak dinafikan, susah untuk sesebuah filem itu, berada dibawah naungan lagu temanya. Tetapi P.Ramlee menunjukkan betapa hebat sesebuah lagu itu, seperti dalam filem Ibu Mertuaku, lagu temanya, Di Mana Kan Ku Cari Ganti lebih popular berbanding filem itu sendiri. Termasuklah juga filem Antara Dua Darjat dengan lagu Getaran Jiwa. Lagu itu masih mampu menggetarkan jiwa kita hingga sekarang. 

Filem-filem P.Ramlee pula semakin beransur perubahan zaman, tetapi tetap tidak mampu mengubah pendirian penonton nusantara dari merasa jemu untuk menontonnya. Tak perlu lah aku senaraikan filem-filem yang menjadi kegemaran kita sejak dari kecil. Baik filem dengan genre drama, romantik, komedi mahupun seram, semuanya menjadi tatapan kita dari zaman ke zaman. 


Keseronokkan mendengar lagu-lagu dan filem-filem ciptaan beliau membuatkan kita alpa dan lupa tentang hal-hal peribadi beliau. Tiada siapa yang ambil peduli kerana P.Ramlee secara jujurnya, ingin mempersembahkan karya beliau, bukan memaparkan kisah peribadi. Jujur, aku sendiri sejak waktu kecil dulu, tak berapa tau tentang hidup P.Ramlee. Apa yang aku tau hanya nak menikmati filem-filem beliau. Berbeza dengan artis zaman sekarang, segala hal peribadi mereka lagi kita tahu berbanding karya-karya mereka. Artis sekarang lebih memaparkan kisah peribadi kepada kita supaya kita rasa lebih terhibur.


Jenama P.Ramlee semakin besar, dan kita sendiri bangga di negara kita akhirnya ada satu jenama yang boleh diperiakkan untuk serata dunia. Negara tidak kosong, dan tidak hanya mempunyai sejarah yang bosan. Bangga tak bangga aku cakap, P.Ramlee satu nama yang melambangkan negara. Dan kehidupan serta perjalanan hidup P.Ramlee juga membuatkan kita sedar, sebesar mana sebutir bintang itu, pasti juga akan gugur. Setinggi mana kita terbang, akhirnya jatuh juga. Dan hingga kini, nasib yang ditimpa beliau, dari mereka-mereka yang tamakkan wang, mempergunakan beliau untuk kepentingan diri sendiri, nasibnya itu serupa sahaja dengan apa yang menimpa anak seni sekarang. Seni itu akhirnya dikaburi oleh wang. Dengan sekelip mata, tanpa wang, mereka jatuh. Tetapi tidak bagi P.Ramlee, walaupun beliau jatuh pada saat akhir hembusan nafas, nyawanya itu diwarisi oleh karya-karya agung beliau. Hingga kini, hidupnya dia tetap di dalam benak kita.


Sir Hady cakap :

"Seniman itu adalah mereka yang berbangga mempersembahkan seni mereka kepada dunia, bukan mereka yang bermegah-megah dengan kisah peribadi hingga memalukan diri sendiri."

1 comment:

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...