Tuesday, September 20

Scott Pilgrim!


Scott Pilgrim. Komik dengan komedi bijak, berdasarkan isu remaja yang remeh. Yup. Bukan movie Scott Pilgrim vs. The World yang aku nak uar-uarkan dalam entri kali ni. Tapi sekarang aku lebih tertarik komik ini selepas membacanya. Walaupun aku tengok movie Scott Pilgrim dulu sebelum komiknya, tapi perasaan puas dan gembira masa membaca masih aku rasa. Kalau ikutkan aku tak baca komik selain dari novel grafik Gempak Starz. Tapi dek kerana sangat tertarik dengan movie Scott Pilgrim, aku berusaha jugak cari cara-cara nak download komiknya. Lepas dah dapat, mula lah aku terperosok ke dalam dunia kartun Scott Pilgrim. Ternyata membaca komik ni langsung tak membosankan. Aku siap boleh gelak guling-guling baca komedi yang ditulis dan dilukis Bryan Lee O'Malley ini.

#1 Scott Pilgrim Precious Little Life - Kisah mengenai seorang budak lelaki berumur 23 tahun, Scott Pilgrim  yang tidak bekerja, tidak peduli akan semua benda, dan merupakan pemain bass dalam band digelar Sex Bob-Omb. Selepas lebih setahun mengalami 'big breakup', Scott couple dengan budak sekolah menengah, Knives Chau. Tetapi kesetiaan dia dekat Knives tak dapat berterusan selepas Scott bertemu dengan Ramona Flowers, orang America yang sangat misteri. Tetapi, Scott perlu menentang 7 evil ex-BF Ramona. Yang mana dalam volume ni, ex evil yang pertama adalah, Mathew Patel!
#2 Scott Pilgrim vs. The World - Selepas berjaya menumpaskan evil ex 1 dalam volume satu, Scott meneruskan kehidupan bersama kekasih tercinta, Ramona Flowers. Tetapi Scott terperangkap dengan kisah silamnya berkenaan Kim Pine, rakannya yang juga drummer dalam Sex Bob-Omb, yang juga merupakan ex-GF Scott. Scott juga masih tertanya-tanya tentang identiti Ramona yang misteri. Dan akhirnya, Scott terpaksa menentang evil ex #2, Lucas Lee, yang merupakan bekas skater kini menjadi pelakon.
#3 Scott Pilgrim and The Infinite Sadness - Scott kini dalam dilema selepas kisah silam paling menghantui dirinya kini kembali. Envy Adams, yang Scott kenali sebagai Natalie V. Adams, ex-GF Scott yang paling sukar dilupakannya, kembali ke Toronto, bersama boyfriendnya, Todd Ingram, yang merupakan evil ex Ramona nombor 3. Scott dan Ramona harus berganding bahu bagi menyelamatkan hubungan mereka dan menumpaskan Envy dan Scott. Tetapi Todd sendiri mempunyai agenda yang lain, yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

#4 Scott Pilgrim Gets It Together - Scott telah bersedia untuk ke step seterusnya dalam hubungannya  bersama Ramona. Tetapi hubungan mereka diganggu oleh Roxy Richter, ex bf #4. Scott juga tertanya-tanya, siapa milik identiti lelaki berpedang samurai yang asyik ingin membunuhnya? Wallace yang merupakan roommate Scott pula mula mendesak supaya mereka mencari rumah sewa masing-masing. Scott akhirnya mengucapkan 'the L word' kepada Ramona.
#5 Scott Pilgrim vs The Universe - Kacau bilau hidup Scott dibuatnya selepas evil exes Ramona, kembar Katayanagi, mula buat kecoh dengan mencipta robot-robot untuk memusnahkan Scott. Ramona juga semakin lama semakin cuba menjauhi Scott. Walaupun mereka hidup bersama di dalam sebuah rumah sekarang, hubungan mereka semakin renggang. Scott makin tertanya-tanya, apakah identiti sebenar evil ex terakhir, iaitu Gideon Graves.
#6 Scott Pilgrim Finest Hour - Selepas Ramona menghilangkan diri secara tiba-tiba, Scott cuba menjalani hidup yang normal tanpa mahu memperdulikan perihal evil ex terakhir, Gidon Graves. Scott cuba melarikan diri dari kenyataan, dan akhirnya lupa akan tujuannya untuk memenangi Ramona. Knives yang selama ini angaukan Scott akhirnya 'move on' dengan kehidupan yang baru. Sex Bob-Omb pula telah terkubur dan menyebabkan Scott semakin hilang punca. Scott akhirnya menyedari, bahawa dia perlu merampas semula Ramona dari bayangan Gideon.

Kepada sesiapa yang pernah menonton movie Scott Pilgrim, aku galakkan korang baca komiknya jugak. Kalau korang rasa movienya boleh dapat 5 bintang, komiknya pulak, entah berbintang-bintang banyaknya rating yang akan korang bagi. Aku tak tau lah macam mana si Bryan ni boleh dapat idea nak ketengahkan isu tentang remaja, cinta putus cinta putus, ex-GF, ex-BF, dan segala lah hal-hal remaja yang remeh dalam komik ni. Tetapi segala isu-isu itu diterjemahkan dengan gaya yang sangat stylo, penuh warna-warni(walaupun komiknya dalam black and white), dan sarat dengan jenaka ringan. Sama juga dengan movienya, komik ini jugak mengetengahkan style video game era 80-an macam Zelda dan Super Mario.


Setiap orang mesti ada watak favorite masing-masing. Ni lah watak favorite aku dalam komik ni, Wallace Wells, rommate Scott yang gay dan swinger.
Kalau dalam movie, korang rasa watak favorite mestilah Scott Pilgrim, Wallace Wells dan mungkin Knives Chau. Tapi kalau dalam komik, setiap watak yang dipaparkan akan menjadi favorite korang jugak macam Stephen Stills, Young Neil, Kim Pine, dan ada jugak watak yang tak de dalam movie macam Lisa Miller, bapak Knives, Joseph dan Hollie. 


Dan macam biasa lah kan, dalam komik, penceritaannya lebih panjang dan lebih detail. Korang akan terasa hanyut je bila dah masuk dalam dunia komik ini. Membaca komik Scott Pilgrim memang memberikan aku pengalaman baru dalam erti hiburan. :)

Sir Hady Cakap ; 

"Hiburan itu hanyalah alasan untuk kita melepaskan diri dari bebanan, walhal bebanan itu tetap akan ada walau kita lari ke mana sekalipun."


2 comments:

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...