Thursday, December 17

Tulisan Maya,Tulisan Kalam.


mulanya aku nak letak pos ni bertajuk 'Blogger vs Wartawan'. Tetapi tak kreatif lah pulak, takpelah, asalkan korang faham pos ni berkenaan blogger dan wartawan.

aku tidak menyokong yang mana-mana, tetapi disebabkan terdapat status blogger (ye ke???) dalam diri aku, maka kelebihan aku lebih kepada pengiktirafan blogger.

aku terpanggil untuk mengepos topik ini kerana tertarik dengan kenyataan seorang menteri(agak terkenal) yang menyatakan tentang kewibaan blogger yang tidak beretika malah memuji sikap wartawan yang telus dan jujur.

aku akui, gaya penulisan blogger (penulisan maya/internet) agak keterlaluan tanpa tapisan, tetapi ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. blogger juga meluahkan isi penulisan menggunakan gaya tersendiri dari sudut pandangan sendiri mahupun orang yang rapat dengannya. dan itu lah yang membuatkan blogger lebih dari seorang wartawan.

wartawan pula terlalu bergantung kepada etika kewartawanan yang mempunyai pelbagai jenis etika hingga akhirnya berita yang disampaikan tidak jujur dan bersifat berat sebelah. mungkin bukan salah wartawan kerana berita dari surat khabar atau media massa terpengaruh dengan politikus dan kekayaan orang yang memiliki saham syarikat. masih ada wartawan yang tersekat kredibiliti akibat pengaruh besar ini.

itulah sebabnya aku lebih mempercayai hasil penulisan blogger berbanding wartawan. tetapi blogger juga tidak terlepas dari pengaruh kotor. berbeza dengan media cetak dan media massa, penulisan blog lebih terpengaruh berdasarkan hati budi dan perasaan blogger tersebut. jika memang seseorang blogger itu tidak menyukai sesuatu isu (walaupun isu tersebut mendatangkan kebaikkan) maka ia tetap akan menulis perkara yang tidak sepatutnya.

pokak pangkalnya terpulang kepada kita yang mempunyai akal untuk mempercayai. kepada sesiapa yang terasa dengan taraf etika ke'blogger'an, maka janganlah ditindas habis-habisan. blogger juga janganlah berbalah sesama sendiri di alam internet hanya kerana isu yang tertentu.

ada sekali aku berhenti sekejap dari dunia blogger, kerana terasa dunia ini bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah menimbulkan pergaduhan sesama blogger. tetapi atas dasar profesianalisme, aku teruskan juga penulisan dalam blog ini.

wartawan pula janganlah asyik menulis berita berbaur fitnah, kerana rata-rata orang kita, ramai yang mempercayai berita kalam(pen). betullah kata orang, hujung mata pen lebih tajam dari hujung mata pedang. itulah hebatnya wartawan yang mempunyai kuasa sebegitu rupa. diharap tidak disalahgunakan kuasa tersebut.

diharap pada masa akan datang, wartawan dan blog dapat bekerjasama, malah membuang sifat berat sebelah serta pengaruh kotor yangtidak membawa manfaat kepada sesiapa. pihak tertentu juga hendaklah memahami bidang penulisan yang bersikap sensitif, tetapi itu lah sentimen seorang penulis.

aku penulis bebas, tetapi bukan suka cakap lepas.

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...