Tuesday, September 20

Reincarnation - Mati Hidup Kembali...dan terus hidup.



Tak aku nafikan, blog aku ni ibarat mati hidup kembali. Aku sendiri tak pasti bila aku nak kembali mem'blogging' lepas dah lebih setahun blog aku ni menyepi. Cuma blog movie aku, OtakMovie sahaja yang mampu bertahan. Sebenarnya tajuk 'Reincarnation' ni memang dah lama aku terfikir kalau-kalau aku tergerak nak menaip balik kat laman blog ni. Ternyata tajuk ni sangat menepati dengan kelahiran semula blog aku ni. Entah lah, tak tau lah kenapa tiba-tiba rasa rindu pulak nak menaip cerita-cerita favorite macam dulu-dulu. Nak-nak lagi makin rase 'jealous' tengok kawan-kawan yang lain dok rancak borak pasal hal masing-masing dalam blog.

Tapi tanpa kehadiran aku dalam laman-laman blog ni, tak menyebabkan aku sedih atau kebosanan. Sebab sekarang aku dah ada si dia, mungkin sebab tu lah kot aku dah lama tak berblogging. Aku sangat bahagia sekarang. Kalau nak cari perbezaan hidup aku dulu dengan sekarang, hanya satu perkataan je yang keluar dalam otak aku, DIA. Sekarang ni aku memang dah lain gila. Yelah, aku ada pos entri pasal kenaikkan berat badan aku. Tapi masa tu baru 60kg kalau tak silap. Tapi sekarang, 76kg!!! WTH!!! Haha...macam yang aku katakan, perbezaan aku sekarang adalah sebab dia. Kerana aku bahagia lah aku jadi macam ni. Serious cakap, aku dok belek-belek balik gambar lame, macam orang sakit. Tapi sekarang, sihat ya Nauzubillah!

Ni muka waktu dolu-dolu...macam orang sakit. Cengkung je...
Haa...ni gambar aku paling latest, makin gemuk, makin sihat, makin...errr...hensem?

Ala, senang cerita ni ha. Gambar passport tahun 2007(kiri) dan 2011(kanan) hahaha!

Hari tu dia, si cinta hati aku ni datang rumah aku. Lepas dah dua tahun bersama, dan selepas beberapa bulan tak berjumpa, maklumlah, aku kat JB, dia kat Shah Alam...akhirnya dia datang jugak beraya kat rumah aku. Pergh, aku punya happy tak hengat! Alangkah indahnya dunia ini ibarat penuh berbunga-bunga cinta yang harum mekar di taman...Macam rasa nak melompat ke langit! Sekilas itu aku terfikir, betapa kuat pegangan cinta kitorang, walaupun jauh dari pandangan, tapi dengan hanya berbekalkan kepercayaan dan kesetiaan, kitorang mampu tempuhi macam-macam halangan. Jujur cakap, pasangan mana yang mampu bertahan hidup terpisah jauh berbatu-batu? Ramai yang cakap, bagus aku dengan cinta hati sebab mampu bertahan, mampu bersabar, masih bercinta. Sebenarnya kitorang sendiri tak tahan, tak sabar. Tapi macam yang aku cakap tadi, setiap perhubungan, hanya dengan berbekalkan kepercayaan, kesetiaan dan doa, pasti boleh berjaya. Hidup ni bermacam halangan, dan jangan jadikan halangan itu sebagai alasan, sebaliknya jadikan ianya sebagai satu cabaran dan cubaan.

Kami hanya dipertemukan melalui sofware edit picture saja, wuuu!
Dia datang ke JB! Hehe, setelah sekian lama, tu pun pagar ni nak dengki. Hih!

Ini lah cinta hati saya yang gedik lagi cam katun! Hehe!

 Kehidupan aku selepas universiti, memang sangat payah. Apa yang aku plan tak menjadi. Apa yang aku nak tak dapat. Berkali-kali aku putus asa, sampai kan aku dah give up nak putus asa. Haha...'i'm give up on giving up, get it, get it?!'...Lepas tu aku tanya balik, sampai bila? Itu aja lah persoalan yang wujud kat benak pemikiran aku, sampai bila? Aku yakin, dengan berkat Tuhan, dan dengan kasih sayang cinta hati, aku yakin aku mampu jugak berjaya dalam hidup. Biarlah aku tak dapat apa yang aku hajat, seperti pekerjaan atau apa-apa je lah. Sebab tujuan aku yang pertama sekarang, adalah untuk menikahi cinta hati. Itu je tujuan yang paling utama dalam hidup aku. Dan ternyata, tujuan aku itu lah 'reincarnation' aku yang sebenar, sejak dari bertahun-tahun aku mati.

5 comments:

  1. yeay..saya sangat suka ini entry. manyak menyentuh jiwa dan raga. wuu..ape sweet sangat ni. ngaaaum.

    bubu, by sentiase ade dgn bubu tau! love u alwiz!

    ReplyDelete
  2. oo bahagia rupenye rahsia utk naik badan ehhh ... bdn kite ni ta naik2 lagi ni... maybe belum cukup bahagia haha

    ReplyDelete
  3. sayang : tq sayang, huhu, i love u.

    ryan : alah ryan, bahagia masing2 macam2 cara...hehe...lama tak dengar cerita ya.

    ReplyDelete
  4. hady, aku ingat aku sorang je yg keadaan mcm ni. apa yg aku plan hampir semua tak jadi lps habis belajar. lps tu ada sorang hamba Allah ni suruh check diri sendiri. mungkin silap tu datang dari diri sendiri. sekarang aku try baiki hidup aku perlahan-lahan. aku doakan kau juga berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  5. nana : thanks nana, ala, hidup kita ni belum sampai separuh pun. putus asa tu semua alasan. banyak lagi benda yang kita boleh achive. apa yang penting usaha dan tawakal. gud luck for u too. huhu

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...