Thursday, September 29

That N-word.





Kecoh dua ke tiga tahun lepas, bila keluar sebuah video clip memparodikan lagu 'Negaraku' oleh seorang penyanyi berbangsa Cina. Selepas itu, kecoh dan gegak gempita lah satu Malaya akan keberanian lelaki itu mempersendakan lagu kebangsaan yang sering kita dendangkan waktu sekolah. Bermacam-macam kata cemuhan dilemparkan kepada lelaki ini. Ada yang datang dari mereka yang kuat agama, itu aku setuju, ada yang datang dari orang politik, ini aku biasa-biasa saja, ada juga yang datang dari mereka yang tak tau apa-apa, ini aku jengkel.


Kecoh dengan penghinaannya terhadap saudara aku dalam video klip ini.

Selepas beberapa tahun insiden tersebut, tahun ini, tup tap, keluar satu filem terbitan lelaki ini. Wah, langkah hebatnya pelakon-pelakon dalam filem ini. Yang Melayu popular, yang India juga popular, yang Cina popular juga. Ramai kembali anak-anak Melayu membangkitkan kemarahan terhadap mereka-mereka yang membenarkan lelaki ini menerbitkan filem yang dikatakan bertema Satu Malaysia. Ah, alangkah ironinya bila seseorang yang pernah mencabul lagu negara, kini insaf dengan menerbitkan sebuah filem sayang negara.

Mereka yang mencemuh itu kini terdiri pula dikalangan peminat-peminat dan pemikir filem. Ada yang menyokong, ada yang memboikot. Indahnya, kedua-dua pihak ini adalah dalam satu kategori yang sama. Biarlah, itu semua pendapat mereka. Kita tak ada hak nak melenting depan mereka tiba-tiba. Kalau nak marah tu, dalam hati dan dalam laman sesawang lah tempatnya. Kalau ada yang marah sebab filem tu, mungkin ada sebabnya, kalau ada orang marah sebab lelaki itu pun, ada sebabnya juga.

Macam aku, POV aku, dari hati aku, aku marah akan lelaki itu dan mereka yang sewenang-wenangnya memberi bantuan kepada lelaki ini untuk membuat filem. Tak, kemarahan aku bukan atas dasar cemburu, rasis, semberono atau saja nak join sekaki. Kemarahan aku terletak atas isu lagu parodinya itu. Sejarah silamnya itu amat sukar dilupakan. Ramai berkata dipihak siapakah kita? Melayu atau Cina? Penyokong atau pemboikot? Pembela atau Pengkhianat? Tidak. Tak ada satu golongan ini pun aku berpihak dengan. Bagi aku, sejak dari azali, aku di pihak yang benar, aku di pihak Umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Ironinya dia yang mengutuk menghina, mendapat sanjungan.

Jadi apa kena mengena orang yang berpihak dengan agama Islam seperti aku ni tiba-tiba nak masuk campur isu ini? Kerana aku masih ingat lagi akan satu rangkap dalam video klip negara kukunya itu yang bukan setakat mengomplen tentang gaya hidup di negara ini, tetapi juga gaya hidup orang seperti aku, iaitu orang Islam. Lelaki ini telah dengan secara drastik dan terang-terangannya menghina seruan ibadah kita dan menyamakannya dengan kokokan ayam. Lupa lagi ke kita? Lupa lagi ke orang Islam? Tak tahukan seruan itu adalah identiti kita sebagai orang Islam? Mengapa selain hukuman, bantuan pula diberi kepada lelaki ini?

Aku tak marah dia nak buat filem, aku tak marah dia tak puas hati dengan servis atau gaya hidup negara kita. Tapi bila dia menyentuh soal agama yang aku sayangi, aku marah. Tapi aku tidak mahu melenting. Kerana agamaku mengajarku untuk bersabar. Biarlah, manusia sekarang memang begini. Apa yang aku boleh katakan, sebelum kita memarahi seseorang, perlu lah kita fikir dengan teliti akan apa yang kita marahi. Ternyata lelaki ini memang berfikir dengan teliti sebelum marah, tetapi apa yang difikirnya makin menyesat dan memudaratkannya. Adakah apa yang aku fikir untuk marah ini juga memudaratkan, bagi aku tidak. Tetapi bagi mereka yang lain-lain, WALLAHUALAM.




Sir Hady cakap ;


"Seboleh-bolehnya akan ku elak untuk berfikiran negatif, tetapi jikalau ada kesan negatif dari luar menyerang rohani ku, akan aku tepis sebaik mungkin, atau akan aku membalasnya dengan nilai positif dan optimis. Kerana ini yang diajar bapaku, seorang pendidik Islam yang aku sanjungi."

1 comment:

  1. setuju. bila sentuh hal agama, itu sangat sensitif. rasa "terhina" bila mudahnya bantuan diberikan kepada manusia yang sesuka hati mencaci agama kita

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...