Sunday, January 8

Aku Tak Nak Hentikan Masa, Aku Nak Putarkan Masa...




Hidup ini memang sangat-sangat pantas. Lebih pantas dari jet udara, kereta F1 dan arnab yang berlumba dengan kura-kura. Mana kita nak tahu, hidup ini boleh sepantas sebegitu, sewaktu kita leka dan khayal dalam perlakuan diri sendiri. Sekejap dah setahun, 10 tahun, 20 tahun!

Aku kalau diberi pilihan untuk memilih kuasa masa, aku tak pernah terfikir untuk mendapatkan kuasa menghentikan masa. Setiap perbuatan, perlakuan, tingkal laku yang aku pernah laku kan, yang aku sesali, membuatkan aku ingin sekali memiliki kuasa memutarkan kembali masa. Mengundurkan masa. Itulah misterinya masa. Ibarat text message, yang kita dah terhantar, kalau terlambat, tak boleh nak tarik balik apa yang kita dah taip. Waktu berlakunya sesuatu yang kita akan sesali itu, kita tidak akan sedar akan musabab yang akan berlaku. Ini selalu terjadi pada aku. Seringkali aku melakukan sesuatu yang menjejaskan wibawa diri aku sebagai manusia, tanpa berfikir dengan akal yang diberi setara manusia biasa.

Menyesal adalah perkataan sebati dengan diri aku. Pilihan salah dan fikiran yang pendek. Tetapi syukur tidak semua yang aku lakukan menjejaskan diri ku dan orang lain. Aku ada satu pilihan yang paling tepat aku lakukan sepanjang hidup ku, dan pilihan ini yang tidak sedikit aku menyesal setelah diputuskan. Cinta hati.

Hidup aku tak sangka begini laju. Seringkali waktu kami bercerita tentang perihal kerja, seringkali itu juga aku terbayangkan kanak-kanak kecil yang pada tahun 1996 dahulu baru sahaja masuk sekolah rendah darjah satu. Sangat innocent. Aku teringat akan budak kecik yang dulunya buat persembahan waktu tadika. Aku teringat akan budak umur 10 tahun menghadapi ujian amali tentang solat di sekolah agama. Aku teringat waktu budak lelaki itu di sekolah rendah, sekolah menengah, di universiti...budak itu kini dah bekerja. Indahnya peringkat hidup setiap manusia.

Satu hari nanti, tanpa kita sedar, kita akan menanti tua. Itulah takdir yang pasti. Itulah antara nasib yang boleh kita ramal. Tua dan mati. Dan kadang-kadang kita terlupa, Tuhan belum lagi melucutkan jawatan kita sebagai khalifah di muka bumi, sebagai penjaga amanat Allah. Kita terlupa, aku terlupa.

Sir Hady cakap ;

"Jangan lah sibuk dengan masa kerja, kerana masa kerja itu hanya akan dibalas dengan duit. Tetapi sibuklah engkau dengan masa ibadat, kerana janji Allah itu lebih hebat dari janji manusia."

1 comment:

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...