Sunday, January 1

Ini Bukan Entri Tentang Tahun Baru!



Salam semua. Dah tahun baru dah, dah 2012. Tahun yang menarik bagi aku. Sebab apa? Kerana macam-macam perkara akan berlaku pada tahun ini. Itu yang aku ramalkan. Tapi kalau kaum Mayan ramalkan, kiamat. Haha. Kelakar aku teringat balik movie 2012. Memang kelakar gila. Kiamat yang ditunjukkan sangat melucukan hati aku. Tapi ada orang kata, Roland Emerich (pengarah 2012) menggambarkan ramalan Mayan itu bukan lah kiamat, tetapi permulaan kepada bumi baru dan tiada siapa boleh meramal bila kiamat akan berlaku.

Berbalik pada ramalan aku pulak tentang tahun ini, aku yakin macam-macam perkara akan berlaku. Bukan pada manusia atau muka bumi, tetapi pada aku. Prospek kerja yang diyakini mampu untuk aku pergi jauh, hubungan istimewa yang aku rasa semakin bertambah-tambah further step dan hidup aku sendiri yang akan berbeza dari tahun-tahun yang sudah. Tirai 2011 ditutup dengan penuh manis dalam keadaan sepanjang tahun itu, dipenuhi pengalaman duka. Ya, 2011 bukanlah tahun terbaik aku. Malah boleh aku katakan ianya adalah tahun terburuk dalam sejarah hidup aku. Tetapi dalam banyak-banyak tahun yang penuh dengan kenangan manis, tahun 2011 yang pahit itulah yang banyak memberi pengajaran kepada aku.

Aku pun sedar, bidang penulisan aku agak perlahan pada tahun lepas. Entah bila, tiba-tiba aku berhenti menulis, hingga sekarang. Sekarang aku lebih tumpukan pada kerja dan hubungan dengan cinta hati. Mungkin dulu aku menulis kerana takde apa nak dibuat. Kalau betul lah macam tu, aku bersyukur sebab aku dah ada something yang boleh di'commit' selain menulis. Tapi menulis tetap menjadi jiwa aku. Macam sekarang pun, entri ni, mula dengan satu dua perkataan, tapi lama-lama macam tak boleh berhenti nak menaip.

Ya, ini bukan entri tentang tahun baru yang berpusu-pusu orang menulis sempena perayaan ini. Ini hanya melankolik diri aku yang suka membebel pada catatan yang akhirnya akan dibaca oleh satu dua orang sahaja. Tapi aku tak kisah, sebab dengan tulisan ini, lepas beban tak terpikul. Aku dah bekerja, dah ada kehidupan sendiri, hidup di luar keluarga, dan tak lama lagi, aku akan berkahwin. InsyaALLAH. Azam tahun baru, tiada, yang ada hanyalah usaha dan tekad.

Sir Hady cakap ;

"Tiada istilah kahwin awal atau kahwin lewat. Yang ada hanyalah pengertian hidup berlandaskan sunnah."





2 comments:

  1. ^_^...and still, u manage to make me smile again and again with your writing...love u sayang!!!

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...