Tuesday, December 22

Pahit Itu Ubat.


Benar.

Pahit itulah ubat.

jika asyik dengan yang manis.

kelak badan juga binasa.

itulah metaforanya subjek pengalaman.

pengalaman pahit sukar diterima.

cuma hanya mencari yang manis.

sedangkan

yang manis itu lah racun, yang pahit itulah penawar.

yakini hati.

jika mendapat yang manis kini.

pasti penyakit muncul di lain kali.

tetapi

jika mendapat yang pahit sekarang.

pastinya akan datang.

kita dilanda senang.

kerana itulah dunia.

sentiasa berputar seperti roda.

percayalah yang pahit.

bersyukurlah dengan yang pahit.

kerana yang pahit menunjukkan kita kesalahan.

sedang yang manis membuatkan kita hilang kesedaran.


aku kini beransur-ansur mendapat yang pahit.

tetapi yang pahit ini membuatkan diri aku bebas.

bebas!

kerana aku tahu.

selepas ini.

aku akan dapat merasa yang manis.

bukan manis gula-gula.

tetapi manis buah.

biar manis, tetap berzat.

dan sihat.

aku ingin pengalaman sihat.

manis dan pahit yang sihat.

supaya diri ni kekal positif dan optimis.

dan sekali lagi.

pahit itu datang.

aku bersyukur.

aku cukup bersyukur!



3 comments:

  1. biar dapat yang pahit..
    supaya pahit buat tubuh kita kebal..
    kebal dari penyakit fizikal dan mental...

    ReplyDelete
  2. yup. betul. (hanya mampu ckp betul sbb xtau nk ckp cmane lagi)

    ReplyDelete
  3. nuts : kebal dari caci maki orang tak sepatutnya...hahaha

    fana : ko mmg, asek blur je..paham ke tak pos ni???hahaha

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...