Saturday, December 12

Simbolik agama sang Natrah.


10 disember yang lepas, aku dipelawa oleh abang tempat aku praktikal, sharul, untuk menemaninya pergi menonton teater Natrah...memang aku terharu atas pelawaannya itu.

dan hasil selepas aku menonton teater tersebut...hurm.

Natrah merupakan kisah benar yang pernah gempar di Malaya atau lebih tepat, di Singapura satu ketika dahulu. di mana berlaku rusuhan berkaitan dengan seorang gadis bernama Natrah yang dimurtadkan. apa yang menariknya, Natrah itu sendiri adalah seorang anak gadis keturunan belanda yang berasal dari nama Huberdina Maria Hertogh atau Bertha Hertogh...

Tak perlu aku huraikan lebih panjang sinopsis kisah Natrah kerana pastinya semua sudah mengetahuinya, dan bagi sesiapa yang masih tak tahu, just google!

apa yang aku cuba nak utarakan adalah adaptasi teater Natrah itu sendiri. maya karin dijadikan sebagai Natrah, sedikit berkesan lakonannya, malah aku sendiri tidak tahu perwatakkan sebenar Natrah.

isi ceritanya pula, seperti kebiasaan sebuah adaptasi pasti tidak akan sempurna. Erma Fatima bijak membuat penonton tertanya-tanya akan kesudahan Natrah. pengisiannya pula tidak lah seberat mana, cuma apa yang aku tertarik, adalah monolog Sofea Jane sebagai Natrah 70 tahun yang penuh dengan tafsiran dan sarat dengan kalimah mesej untuk disampaikan kepada penonton.

itulah luahan hati Natrah yang tidak pernah diendah oleh sesiapa pun. tiada siapa tahu isi hatinya yang masih sayangkan Islam walaupun dipaksa murtad. mungkin Natrah berfikir, dirinya akan dilanda musibah di tanah Belanda sekiranya dia memasuki Islam semula.

aku tidak memandang cerita Natrah ini dalam sudut Islam semata. bayangkan sekiranya ibu bapa Natrah adalah Islam, dan Natrah yang diserahkan kepada kawan ibunya yang beragama Kristian ditukar ke agama itu. ibu bapa mana yang tak sedih, kerana ajaran yang di ikuti mereka tidak sejajar dengan ajaran anak mereka sendiri. begitu juga kisahnya ibu Natrah yang Kristian tidak bersetuju anaknya memeluk Islam oleh Che Aminah (ibu angkat Natrah).

tetapi masalahnya Natrah sendiri sudah mengaku dirinya sebagai Islam dan menyayangi Islam. cerita Natrah ini sarat dengan pertembungan antara dua agama yang cukup 'rival' antara satu sama lain, Islam dan Kristian. Kadang-kadang, aku terfikir, cerita Natrah ini cuba menunjukkan persamaan kedua agama ini. fikiran yang bersih amat perlu.

akhirnya Natrah murtad, tetapi adakah itu mengikut kerelaan hatinya? hanya Natrah yang tahu.

amat memilukan babak di mana Natrah seolah terperangkap di pintu gerbang gereja kristian yang diibaratkan seolah neraka dunia.

tetapi semuanya sudah berlalu, sama ada Natrah meninggal dalam Islam mahupun tidak, hanya Tuhan yang tahu.

dan perlu diingatkan, Tuhan kita juga berhak menentukan siapa yang ke syurga, tidak kira Islam, ataupun tidak.

boleh kah sedekah alfatihah kepada Natrah yang sudah meninggal, terpulang pada anda.

wallahualam...


p/s : untuk melihat gambar-gambar produksi Natrah, pergi ke blog ini, sharulbahat.blogspot.com!!!

1 comment:

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...