Saturday, January 23

Allah Peliharakan Sultan.


Semua anak jati Johor dikejutkan pada jam 7.15 malam, kerana kemangkatan Sultan Johor yang disayangi, Almarhum Sultan Iskandar di Hospital Pakar Puteri, Johor.

Terasa sebak seluruh negeri Johor pada malam ini, kerana selama dekat 29 tahun baginda sultan memerintah kerajaan Johor, kini baginda pergi meninggalkan kita semua buat selamanya. Baginda sultan yang ditabalkan menjadi sultan 8 tahun sebelum kelahiran aku merupakan pemerintah yang mempunyai semangat patriotik.

Pasti pemergian baginda amat dirasai kerabat mahkota Johor, dan juga rakyat yang selama ini bernaung di bawah pemerintahannya yang penuh adil dan saksama. Baginda sering diklasifikasikan sebagai sultan yang banyak menasihati rakyatnya supaya berbuat baik sesama sendiri.

Kini Johor sedang berkabung, dan aku masih di Selangor, mendapat berita dari saudaraku di Johor. Besok Sultan Johor yang baru akan ditabal, tetapi jasa Almarhum Sultan Iskandar tetap dikenang. 29 tahun satu jangka masa yang panjang...

Allah peliharakan Sultan,
tempatkan dia di tempat orang-orang yang dirahmati.
Amin.

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...