Tuesday, January 26

Nak Kami Mati Dulu Ke?


Dengar cerita, filem Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai, iaitu Johnny Bikin Filem bakal ditayangkan di pawagam kelak. Kalau betul, alhamdulillah. Tetapi aku agak sedikit terkilan. Kanapa? Kat bawah ni nanti aku bagitau.

Al-Fatihah terlebih dahulu kepada Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai yang telah meninggalkan dunia pada 20 Januari yang lepas. Seorang lagi tokoh seni ternama dan berbakat kita hilang selamanya. Tetapi jasa dan kenangan beliau tetap kita akan kenang.

Berkenaan dengan filem arahan Allahyarham ini pula, Johnny Bikin Filem, dari apa yang aku tahu sebenarnya telah lama disiapkan iaitu pada tahun 1995 lagi. Tetapi dek kerana durasi filem ini terlalu panjang, iaitu 5 jam, dan tidak pula bertepatan dengan piawaian panggung Malaysia yang hanya menerima filem yang berdurasi 2 hingga 3 jam sahaja.

Maka terperap lah karya agung Allahyarham tersebut. Tetapi, selepas filem tersebut dikaji atau dipelajari oleh pelajar UM kalau aku tak silap, ianya telah di olah semula hingga berdurasi dua jam sahaja dan dikelola kan juga oleh Allahyarham. Selepas diolah, filem ini kemudiannya dapat dipertandingkan di Festival Filem Malaysia yang turut berentap dengan filem Wayang karya UiTM. Namun, filem ini tetap juga tidak ditayangkan selepas puas aku menunggu.

Hinggalah selepas Allahyarham meninggal, barulah orang-orang atasan terkial-kial mencari naskhah agungnya ini untuk dipersembahkan kepada umum atas dasar kenangan (atau nak tunjuk baik??).

Perkara ini mengingatkan aku kepada hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad (Al-Fatihah), sutradara hebat kita dengan karyanya yang terganggu, iaitu Muallaf. Pada waktu Allahyarhamah masih hidup, filem itu teruk di banned oleh negara kita atas isu keagamaan dan mungkin racism. Tetapi selepas Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir, barulah mereka-mereka ini sibuk ingin menayangkan filem yang kononnya bakal mencetuskan kontroversial.

Perkara ini membuatkan aku terfikir dengan sendirinya (cewah!), akan rasionalnya pihak-pihak ini menge'banned' filem-filem sebegini. Aku tidaklah mengatakan filem arahan Dr. Anuar di banned, tapi tidak dapat ditayang bermaksud nasib yang sama juga seperti di banned. Tak semena-mena pula, lepas karyawan-karyawan ini meninggal barulah ingin ditayangkan. Kenapa kalau sudah di'banned'...tidak di'banned' kan terus? Kalau dulu takut isu keagamaan bakal menggugat keselamatan negara, tapi lepas dah tayang, perasaan takut tu dah hilang ke?

Aku tak lah arif dengan perkara-perkara sebegini, tapi kita semua boleh fikir sendiri. Penonton semua sudah bijak memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Filem-filem sebegini boleh membuka lagi mata penonton terhadap situasi sebenar yang berlaku betul-betul di bawah batang hidung mereka. Seperti juga filem Susuk, kenapa tidak diharamkan terus, malah diperap sehingga beberapa bulan, baru ditayangkan. Sedangkan isi ceritanya tidak lah menggugatkan iman mahupun keselamatan negara.

Kuasanya terletak pada tangan penonton juga, jika ramai penonton yang membuat petisyen agar filem-filem sebegini patut ditayangkan, barulah orang-orang atasan bajet nak bagus ni boleh dengar kata sikit.

Takkanlah nak kitorang para karyawan ni mati dulu baru nak tayang hasil kerja kitorang kot...

Haha. Lucu benar.

3 comments:

  1. urm... saya setuju dengan pandangan saudara! memang betul apa yang saudara cakapkan. segelintir pihak yang berkenaan selalu cuba mengeksploitasikan sesebuah karya dengan alasan, akan mendatangkan kontroversi dan mengungat keamanan. tapi bila seseorang karyawan tu sudah meninggal dunia, barulah ia akan ditayangkan. masa tu, cerita yang sama tu dah tak kontroversi ker? pihak-pihak yang macam ni lah yang menjunamkan industri perfileman tanah air. ini adalah kerana, kebanyakan filem yang di'banned'kan adalah filem yang baik dan menarik! so, kepada yang berkenaan, bukalah mata anda dan berilah peluang kepada kami pelapis karyawan ni untuk bernafas!

    ReplyDelete
  2. so maybe lepas ni kalau ada karya yang kontroversial dan ditahan tayangannya, boleh-lah buat spekulasi pengarahnya sakit tenat/nazak, atau bohong je pengarah tu dah meninggal, mungkin tayangan umum takkan ada masalah lagi... =)

    ReplyDelete
  3. yawmon : ya betul kata anda...:)

    mapiece : setuju jugak ngan pndapat tuh..silap2 yang nazak boleh dapat pngkat datuk ters..kah3

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...