Wednesday, February 24

The Last Airbender - sebuah lagi adaptasi.


Cool kan? Harap-harap filem live action The Last Airbender ni akan sama hebat dengan animasinya, Avatar : The Last Airbender.

Kalau nak diikutkan, filem ni memang nak dinamakan sebagai Avatar, tetapi dek kerana hak cipta tajuk dah di ambil dulu oleh James Cameron yang mengarahkan filem Avatar, maka filem ni terpaksa di tukar judul kepada The Last Airbender. Harap orang perasanlah yang filem ni sebenarnya adaptasi dari animasi Avatar yang pernah ditayangkan di channel Nickelodeon dan TV9.

Tapi aku sedikit keliru, dalam animasi, ianya terbahagi kepada tiga musim, iaitu Book of Water, Book of Earth dan Book of Fire. Tak tau lah sama ada filem ini menggabungkan ketiga-tiga musim atau filem ini turut dibahagikan kepada tiga episod.

Walau macammanapun, kehadiran filem ini memang dinanti-nanti peminat setia Aang (watak utama) yang dilakonkan oleh Noah Ringer dalam filem ini. Berbekalkan Dev Patel yang melakonkan watak Prince Zuko, memang filem ini dijangka bombastic.

Tapi awal-awal aku dah dapat kesan kelainan filem ini dengan animasinya. Dalam animasi, kita dapat lihat dua puak berbeza, iaitu puak Water Tribe (Sokka dan Katara) dan puak Fire Nation (Prince Zuko dan Uncle Iroh), tak termasuk puak Earth Kingdom. Puak Water Tribe dalam animasinya, berkulit gelap, berbeza dalam filem, dimana watak puak cerah. Sama lah dengan Fire Nation, dalam animasinya, puak Fire Nation berkulit putih seperti orang China, tetapi dalam filem, mereka berkulit gelap seperti orang India. Mungkin inilah kelainan yang pengarah ingin tonjolkan dalam filem ini berbanding animasinya.

Apa yang aku suka sangat tentang animasi Avatar ni, adalah gaya penceritaannya. Pencipta animasi ini benar-benar melakukan kajian tentang elemen-elemen yang menjadi tunggak penceritaan filem ini. Memang dalam kehidupan kita, terdapat empat elemen utama, iaitu tanah, air, api dan angin. Dengan kreatifnya si pencipta-pencipta ini mengekslploitasi elemen ini menjadi seperti empat puak, iaitu Earth Kingdom (tanah), Water Tribe (air), Fire Nation (api) dan Air Nomad (angin). Diselitkan juga dengan seni mempertahankan diri yang berasal dari Asia, animasi ini memang penuh dengan nilai estetika yang tinggi serta diselitkan dengan cara santai dan komikal.

Aku harap filem ini tidak akan mengecewakan aku seperti filem adaptasi Dragonball Evolution yang benar-benar mengevolusikan watak dan penceritaan anime Dragonball hingga mencabuli taraf keaslian yang sekaligus menimbulkan kemarahan peminat-peminat setia, termasuklah aku. *Sigh!

Dengar-dengar, filem ni ditayangkan pada 2 Julai 2010 di USA, mintak-mintak kat Malaysia pun sama. :)

1 comment:

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...