Tuesday, September 20

Reincarnation - Mati Hidup Kembali...dan terus hidup.



Tak aku nafikan, blog aku ni ibarat mati hidup kembali. Aku sendiri tak pasti bila aku nak kembali mem'blogging' lepas dah lebih setahun blog aku ni menyepi. Cuma blog movie aku, OtakMovie sahaja yang mampu bertahan. Sebenarnya tajuk 'Reincarnation' ni memang dah lama aku terfikir kalau-kalau aku tergerak nak menaip balik kat laman blog ni. Ternyata tajuk ni sangat menepati dengan kelahiran semula blog aku ni. Entah lah, tak tau lah kenapa tiba-tiba rasa rindu pulak nak menaip cerita-cerita favorite macam dulu-dulu. Nak-nak lagi makin rase 'jealous' tengok kawan-kawan yang lain dok rancak borak pasal hal masing-masing dalam blog.

Tapi tanpa kehadiran aku dalam laman-laman blog ni, tak menyebabkan aku sedih atau kebosanan. Sebab sekarang aku dah ada si dia, mungkin sebab tu lah kot aku dah lama tak berblogging. Aku sangat bahagia sekarang. Kalau nak cari perbezaan hidup aku dulu dengan sekarang, hanya satu perkataan je yang keluar dalam otak aku, DIA. Sekarang ni aku memang dah lain gila. Yelah, aku ada pos entri pasal kenaikkan berat badan aku. Tapi masa tu baru 60kg kalau tak silap. Tapi sekarang, 76kg!!! WTH!!! Haha...macam yang aku katakan, perbezaan aku sekarang adalah sebab dia. Kerana aku bahagia lah aku jadi macam ni. Serious cakap, aku dok belek-belek balik gambar lame, macam orang sakit. Tapi sekarang, sihat ya Nauzubillah!

Ni muka waktu dolu-dolu...macam orang sakit. Cengkung je...
Haa...ni gambar aku paling latest, makin gemuk, makin sihat, makin...errr...hensem?

Ala, senang cerita ni ha. Gambar passport tahun 2007(kiri) dan 2011(kanan) hahaha!

Hari tu dia, si cinta hati aku ni datang rumah aku. Lepas dah dua tahun bersama, dan selepas beberapa bulan tak berjumpa, maklumlah, aku kat JB, dia kat Shah Alam...akhirnya dia datang jugak beraya kat rumah aku. Pergh, aku punya happy tak hengat! Alangkah indahnya dunia ini ibarat penuh berbunga-bunga cinta yang harum mekar di taman...Macam rasa nak melompat ke langit! Sekilas itu aku terfikir, betapa kuat pegangan cinta kitorang, walaupun jauh dari pandangan, tapi dengan hanya berbekalkan kepercayaan dan kesetiaan, kitorang mampu tempuhi macam-macam halangan. Jujur cakap, pasangan mana yang mampu bertahan hidup terpisah jauh berbatu-batu? Ramai yang cakap, bagus aku dengan cinta hati sebab mampu bertahan, mampu bersabar, masih bercinta. Sebenarnya kitorang sendiri tak tahan, tak sabar. Tapi macam yang aku cakap tadi, setiap perhubungan, hanya dengan berbekalkan kepercayaan, kesetiaan dan doa, pasti boleh berjaya. Hidup ni bermacam halangan, dan jangan jadikan halangan itu sebagai alasan, sebaliknya jadikan ianya sebagai satu cabaran dan cubaan.

Kami hanya dipertemukan melalui sofware edit picture saja, wuuu!
Dia datang ke JB! Hehe, setelah sekian lama, tu pun pagar ni nak dengki. Hih!

Ini lah cinta hati saya yang gedik lagi cam katun! Hehe!

 Kehidupan aku selepas universiti, memang sangat payah. Apa yang aku plan tak menjadi. Apa yang aku nak tak dapat. Berkali-kali aku putus asa, sampai kan aku dah give up nak putus asa. Haha...'i'm give up on giving up, get it, get it?!'...Lepas tu aku tanya balik, sampai bila? Itu aja lah persoalan yang wujud kat benak pemikiran aku, sampai bila? Aku yakin, dengan berkat Tuhan, dan dengan kasih sayang cinta hati, aku yakin aku mampu jugak berjaya dalam hidup. Biarlah aku tak dapat apa yang aku hajat, seperti pekerjaan atau apa-apa je lah. Sebab tujuan aku yang pertama sekarang, adalah untuk menikahi cinta hati. Itu je tujuan yang paling utama dalam hidup aku. Dan ternyata, tujuan aku itu lah 'reincarnation' aku yang sebenar, sejak dari bertahun-tahun aku mati.

Friday, May 7

Inilah Pengakhirannya ~Wassalam.


Inilah akhirnya.

selepas enam semester berpeluh.

hanya kerana sekeping diploma.

selepas tiga tahun memerah keringat.

hanya kerana ilmu di dada.

inilah akhirnya.

untuk sesuatu yang baru.

kepada rakan-rakan semester akhir.

inilah puncak destinasi kita.

ke mana kita selepas ini?

Tuesday, May 4

Sharing Childhood Memory With...


Bila dapat tahu Toy Story 3 dah nak keluar, wah, happy nye rase. Childhood memory is coming back to me again. Yelah, buat pemude pemudi yang seangkatan umur dengan aku, siapa yang tak kenal dengan animasi 3D pertama, Toy Story. Memang semua kawan-kawan aku turut happy bila tahu berita ni.

Bertambah gembira lagi, bila dapat tahun Disney Pixar nak tayangkan filem double feature Toy Story dan Toy Story 2, dalam 3D lagi! Wah, memang aku takkan lepaskan peluang. Aku pula memang dah lama tak tengok filem ni. Dah lama filem Toy Story ni keluar, sejak dari tahun 1995 lagi. Tu yang terasa klasik dan memoirable sungguh.

Nak dijadikan bonus, aku bertambah gembira bila dapat berkongsi mengimbau pengalaman kanak-kanak aku dengan si dia yang aku sayang. Nasib baik lah kau sama kepala dengan aku layan filem camni sayang ku oi. Kalau dengan perempuan lain, confirm dah fikir aku ni nerd sebab still layan filem-filem macam ni. Haha.

Tonton Toy Story dan Toy Story 2 dalam 3D, mengimbau zaman kanak-kanak, menonton movie back to back dalam panggung, bersama si dia pula, wah...memang gembira!

*rugi kalau korang-korang yang seangkatan aku tak tengok double feature ni, sebab di waktu rehat antara filem pertama dan kedua, ada bonus buat penonton. Hahah! Woody and Buzz, i love u all!

Friday, April 23

Ikhlas.


Situasi Satu

Insan A :

Encik, ambik lah RM10 ni buat tambang balik, saya 'ikhlas'...

Insan B :

Terima kasih...

Huraian : Adakah seseorang itu benar-benar ikhlas dengan menyatakan isi hatinya yang ikhlas memberi tanpa sebarang harapan lain? Seseorang yang ikhlas tidak akan menyatakan bahawa tindak-tanduk yang dilakukannya adalah ikhlas. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa balasan, tetapi sikap yang terlalu jujur akan menyebabkan keikhlasan sesetengah insan itu dipersoalkan.

Situasi Dua

Seorang Bapa :

Anak kita dah bagi makan belum?

Seorang Ibu :

Dah bang...

Seorang Bapa :

Bagus, kita kena jaga anak kita tu elok-elok, nanti bila kita dah tua, boleh dia jaga kita pulak.

Huraian : Yang paling kita tidak nampak. Yang paling kita tidak jelas. Dan yang paling kita abaikan. Hingga Tuhan dengan sehalusnya memutarbelitkan takdir, menyebabkan kedua ibu bapa ini diderhakai oleh anak mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil. Tetapi, apakah silapnya? Di manakah keikhlasan sepasang ibu bapa dalam menjaga anaknya, dan mengharapkan sesuatu akan dipulang kan di hari tua nanti? Anak anugerah Tuhan yang di amanahkan untuk dijaga dengan penuh keikhlasan, tanpa mengharapkan sebarang pulangan.

Situasi Tiga

Hamba Allah :

Bedebah betul, dia tak ingat ke dulu aku selalu tolong dia. Aku bukan nak ungkit kisah lama, tapi kalau dah aku mintak tolong sikit pon dia nak berdalih, apa guna aku tolong dia dulu. Kalau aku tau macam ni jadinya, tak de makne aku nak simpati kat dia dulu.

Huraian : Kadang-kadang, setiap pembalasan terhadap diri kita berlaku atas sebab kesalahan diri kita sendiri. Dan dalam kadang-kadang itu juga, pembalasan tersebut adalah petunjuk dari Tuhan. Mengapa perlu dipersoalkan tentang perkara ikhlas yang kononnya pernah kita lakukan. Memang, kita sekadar insan biasa, tetapi akal kita sama sahaja. Sebaik akal seorang wali, sebaik akal seorang nabi dan sebaik akal seorang rasul. Tak perlu kita ungkitkan perkara yang kita katakan ikhlas, kerana pembalasan yang berlaku telah menunjukkan hati kita yang sebenar.

Konklusi kisah ikhlas :

Manusia, makhluk istimewa. Jika Tuhan menciptakan bumi, dan di dalam bumi terdapat tumbuh-tumbuhan hijau, makhluk-makhluk indah, laut yang terbentang luas, langit yang biru menakjubkan, tetapi Tuhan maha Kaya. Diciptakan manusia, yang mempunyai semua kebaikkan ciptaan-ciptaanNya sebelum manusia. Manusia, makhluk yang sempurna, mempunyai sifat dari semua sifat-sifat makhluk ciptaanNya sebelum ini. Tetapi malangnya, manusia ini yang mencemarkannya. Dan ya, Tuhan maha Kaya, diciptakan sifat yang mampu membersihkan segala kotoran seluas lautan biru, sifat yang kini sudah hanya menjadi perkataan, yang hanya disebut, tetapi tidak pernah diikut.

Ihklas.

Friday, April 9

Manis Selepas PAhit



Kalau ubat, lagi pahit lagi bagus,
tapi buah pula
yang pahit itu lah yang dielak,
yang manis itu lah yang dicari.

tapi nak cari yang manis,
kena lah rasa dulu satu persatu,
pahit, masam, semua dah rasa.
akhirnya

dapat juga yang manis.

semanis buah epal,
setiap gigitan menjauhkan dari penyakit.

semanis buah pear,
hujung-hujung terasa sikit masam.

semanis buah langsat,
tergigit biji terus pahit.

semanis buah durian,
banyak sangat nanti panas.

dan yang penting,
bukan manis gula-gula.

manis yang membawa penyakit.

tapi takpe,
sekarang dah berubah.

itu lah sebabnya pos entri pon lambat je masuknya,
sebab dah indah.

buat apa nak cerita yang indah,
kalau semuanya gembira sentiasa.

biarlah dikongsi berdua.
takut digelar gedik bercinta.

aduhai jiwangnya...

Saturday, April 3

Dia Din...


Macam biasa, aku sedang selak-selak status rakan-rakan di facebook, tiba-tiba terbaca status salah seorang dari kawan aku ni mengatakan bahawa pelawak tanah air kita, Din Beramboi, telah meinggal dunia.

Jadi aku pun cepat-cepat check berita terkini di bernama.com. Ah, cuma sekadar lawak jenaka sahaja. Dalam berita tersebut mengatakan berita Din Beramboi meninggal dunia telah difitnah oleh pengguna facebook yang tidak bertanggungjawab kerana jenaka 1 April.

Tetapi peliknya, pada hari yang sama iaitu 2 April juga aku melihat status Facebook rakan terapat Din Beramboi, iaitu Afdlin Shauki, yang juga mengatakan Din Beramboi telah meninggal dunia. Barulah aku faham, pada 1 April beritanya palsu, tetapi pada 2 April, 12.30 tgh malam, memang benar pelawak ini telah meninggalkan kita buat selamanya.

Al-fatihah buat Allahyarham Din Beramboi.

Kita pasti akan mengingati lawaknya.

sayang sekali, baru saja namanya ingin naik, tetapi belum sempat, dia telah meninggalkan kita.

Dia Din...

yang sering buat kita ketawa.

Amin.

Wednesday, March 10

Suddenly Musuh.


Nobody wonder lah kan life kite wif sumone kadang-kadang boleh berubah secara drastik.

sape nak sangke orang yang paling kite baik boleh jadi orang yang paling kite menyampah.

tak akan kita duga, hubungan yang lama dibina, berakhir dengan permusuhan yang pasti.

macam ni lah apa betul-betul terjadi dalam dunia.

contoh

sejak kecil bermain dengan adik beradik sendiri

suddenly

dah besar bermain dalam mahkamah pulak

rebut-rebut harta pusaka.

contoh

setahun berkasih sayang bagai nak gila puji memuji

suddenly

lepas berpisah maki hamun tak pernah nya tak lekang dok ngumpat ex sendiri.

contoh

tgh dok syok bergurau senda sebagai kawan baik, kononnya

suddenly

boleh pulak menyampah dengan sikap masing-masing yang ego saje tinggi.

sekejap saja kalau kita nak ubah hubungan seseorang.

kalau sekarang kita baik dengan seseorang,

cuba renungkan

mungkin akan datang dia menjadi antara orang yang paling tak rapat dengan kita.

siapa sangka.

tapi biarlah yang mengubah sesebuah hubungan itu bukannya kita,

aku pernah mengatakan

bahawa aku tidak mencipta musuh

tetapi jika engkau ingin bermusuh dengan diriku

kau tidak akan menang mengalahkanku.

tu lah ayat aku dulu

harap-harap tak berubah pendirian.

biarlah orang nak bermusuh dengan kita

walaupun dia dulunya pernah berkawan dengan kita.

sebab akhirnya, akan kita nampak warna sebenar diri dia.

yang sebenarnya tak pernah jujur berkawan dengan kita.

buat apa nak panjang cerita.

diam-diam kan senang.

pasifis

optimis

positif

terapkan dalam diri

barulah kita

suddenly

berjaya.

Thursday, March 4

Dia bernama A.M.


Bodohnya diri ini.

tak sedar di depan mana.

mana depan mana belakang pun tak tahu.

depan dah ada nak pilih yang belakang.

dekat dah ada nak pilih yang jauh.

yang senang ada nak pilih yang jenuh.

hai lah kamu.

kenapa tak datang awal-awal.

kalau tidak, dah tiga tahun dulu kita bersama tau.

janganlah malu-malu.

sebab malu-malu buat kita jadi buntu.

tapi tu lah.

orang kate kalau dah jodoh.

buat apa nak gopoh-gopoh.

akhirnya kamu akan dapat.

apa yang dihajat.

wahai cik a.m.

kenapa mesti nak bersama dengan orang yang kita sayang.

sedangkan ada orang yang sayang kita.

sini, sini!!!

kamu panggil saya.

tapi saya yang pekak bodoh, dok pandang orang lain.

adoi lah.

tapi tu dulu lah.

sekarang lain dah.

dari panggil nama, dah panggil sayang.

sayang...

sayang sangat-sangat.

orang tak percaya?

orang-orang tu siapa?

mereka ada hak ke nak percaya atau tidak.

hehe

cik akak a.m.

harap awak yang terakhirlah ya.

bukan harap, mesti yang terakhir.

dan tolong saya.

mencintai dan dicintai diri awak.

buat selamanya.

saya ni bodoh sikit.

benda depan mata tak nampak.

tapi takpe, sekarang kamu takde pun saya dah nampak.

saya sayang kamu tau.

kamu sahaja.

seorang sahaja kali ini.

kali ini.

sayang dan cinta awak lah cik a.m.

:)

Tuesday, March 2

Secebis Report, Berkotak Milo.


Akhirnya siap juga kerja 'hell' ni. Practical Report.

Aku malaslah nak cerita panjang-panjang pasal practical report yang aku buat selama seminggu tanpa bersengkang mata.

takut nanti jadi blogger report lak...haha.

tapi satu perkara yang menarik perhatian aku sewaktu aku buat kerja ni.

tengok je lah gambar kat atas ni.

aku tak tau lah,

aku rasa dah lama jugak aku tak minum milo kotak,

tapi lepas dah pekena sekali dek kerana mengecek milo kotak member,

terus jadi gian.

dah lah mahal, tapi takde hal, asal singgah kedai, beli jugak.

dan setiap kali kalau aku nak balik rumah,

aku mesti tau aku akan balik sebab nak buat report,

so siap-siap la beli sekotak milo buat bekalan otak.

dok tengah tension buat report yang pap, pap, pap berapa muka surat tinggal,

sroooot,srooott..sroott...syok menyedut straw milo.

fuh, melegakan, lebih-lebih lagi waktu panas camni.

syok wo.

nak kate cergaskan otak tak lah, tapi bila minum, lagi rasa puas bila buat report.

dan akhirnya, report aku dah siap.

dah takde nafsu nak beli milo kotak lagi la pulak.

bukan apa, duit dah tak ramai.

hurm, sebab abis buat print report tu punya pasal lah.

celaka benar.


hisap rokok berkotak-kotak,
sampai badan jadi kerepot,
minum milo berkotak-kotak,
jadi syok buat report.

apa punye pantun lah.

minum milo anda jadi sihat dan liar. - jingle lagu milo baru, haha.

Wednesday, February 24

The Last Airbender - sebuah lagi adaptasi.


Cool kan? Harap-harap filem live action The Last Airbender ni akan sama hebat dengan animasinya, Avatar : The Last Airbender.

Kalau nak diikutkan, filem ni memang nak dinamakan sebagai Avatar, tetapi dek kerana hak cipta tajuk dah di ambil dulu oleh James Cameron yang mengarahkan filem Avatar, maka filem ni terpaksa di tukar judul kepada The Last Airbender. Harap orang perasanlah yang filem ni sebenarnya adaptasi dari animasi Avatar yang pernah ditayangkan di channel Nickelodeon dan TV9.

Tapi aku sedikit keliru, dalam animasi, ianya terbahagi kepada tiga musim, iaitu Book of Water, Book of Earth dan Book of Fire. Tak tau lah sama ada filem ini menggabungkan ketiga-tiga musim atau filem ini turut dibahagikan kepada tiga episod.

Walau macammanapun, kehadiran filem ini memang dinanti-nanti peminat setia Aang (watak utama) yang dilakonkan oleh Noah Ringer dalam filem ini. Berbekalkan Dev Patel yang melakonkan watak Prince Zuko, memang filem ini dijangka bombastic.

Tapi awal-awal aku dah dapat kesan kelainan filem ini dengan animasinya. Dalam animasi, kita dapat lihat dua puak berbeza, iaitu puak Water Tribe (Sokka dan Katara) dan puak Fire Nation (Prince Zuko dan Uncle Iroh), tak termasuk puak Earth Kingdom. Puak Water Tribe dalam animasinya, berkulit gelap, berbeza dalam filem, dimana watak puak cerah. Sama lah dengan Fire Nation, dalam animasinya, puak Fire Nation berkulit putih seperti orang China, tetapi dalam filem, mereka berkulit gelap seperti orang India. Mungkin inilah kelainan yang pengarah ingin tonjolkan dalam filem ini berbanding animasinya.

Apa yang aku suka sangat tentang animasi Avatar ni, adalah gaya penceritaannya. Pencipta animasi ini benar-benar melakukan kajian tentang elemen-elemen yang menjadi tunggak penceritaan filem ini. Memang dalam kehidupan kita, terdapat empat elemen utama, iaitu tanah, air, api dan angin. Dengan kreatifnya si pencipta-pencipta ini mengekslploitasi elemen ini menjadi seperti empat puak, iaitu Earth Kingdom (tanah), Water Tribe (air), Fire Nation (api) dan Air Nomad (angin). Diselitkan juga dengan seni mempertahankan diri yang berasal dari Asia, animasi ini memang penuh dengan nilai estetika yang tinggi serta diselitkan dengan cara santai dan komikal.

Aku harap filem ini tidak akan mengecewakan aku seperti filem adaptasi Dragonball Evolution yang benar-benar mengevolusikan watak dan penceritaan anime Dragonball hingga mencabuli taraf keaslian yang sekaligus menimbulkan kemarahan peminat-peminat setia, termasuklah aku. *Sigh!

Dengar-dengar, filem ni ditayangkan pada 2 Julai 2010 di USA, mintak-mintak kat Malaysia pun sama. :)

Tuesday, February 23

Benak 100-ku.


Ya. Pos entri ke-100 aku!

akhirnya. Setahun sudah aku menulis blog ini.

macam-macam halangan. walaupun tak banyak sebenarnya.

siapa sangka, blog yang ber 'url' kan hadybrainblast.blogspot.com ini diberi nama 'penggigit kuku.'.

dari nama blog paling awal,

Kejahilan Teras Kemusnahan > ini lah nama blog aku pada mula2 dulu.

kemudian bertukar,

Dari Batu Jemala Hady
> aku agak suka nama ni, nampak kemelayuan sikit,:)

bertukar lagi kepada

HadyAbdHamid > kononnya senang lah orang nak kenal,

tapi aku kekalkan jugak dengan nama penggigit kuku.

awal2 penciptaan blog ini lagi aku dah set dalam2 kat otak,

INI BUKAN BLOG DIARI SEPENUHNYA!

walaupun aku ada terjemahkan sikit kehidupan aku dalam bentuk sajak, monopen dan gurindam...

tapi aku luahkan bukan untuk diri aku saja, untuk orang2 lain juga.

dan pos entri paling aku suka, sudah tentu lah di awal pembinaan blog ini,

pos entri pertama, Melayu dan Malaysia Kita, entri yang aku suka, menarik bagi aku,

pos entri kedua, Cinta Satu Bentuk Kemusnahan Jangka Panjang?, pun aku suka, pos paling panjang kalau tak silap aku.

kemudiannya aku mempelbagaikan lagi pos entri aku kepada filem, hiburan, isu, kehidupan mahupun apa-apa lagi yang aku suka nak ketengahkan.

nak pos entri, kena ada jiwa, baru kita rasa puas.

32 followers, thanks sebab follow blog aku,

bagi2 lah komen untuk aku kuatkan lagi gaya cerita blog aku ini.

100.

penuh makna. suka duka tangis tawa hiba lara gembira kecewa semua ada.

Zaman Tak Hensem.


Bukan niat nak menghina, cuma lebih nak meluahkan. Hehe.

Perasan tak, kalau pergi ke shopping complex, kita melihat pasangan2 kekasih sekarang...

perhatikan si perempuan, perhatikan si lelaki.

lagi sekali nak bagi tahu, bukan nak menghina...

perhatikan si wanita, MasyaAllah cantik nyaaaaaa...

perhatikan si lelaki, aik, ala kadar aje rupanya...

hurm.

terfikir sekejap.

memang kalau tengok, tak sepadan langsung.

si awek cun menggila,

si balak muke macam tak mandi pagi.

perhatikan sekeliling.

bukan sepasang je.

berpasang-pasang couple yang macam tu.

dahsyat. lelaki tak hensem boleh dapat perempuan cun.

macam mana ye.

perhatikan lagi sekeliling.

ada lelaki hensem.

alahai kesiannya, jalan sorang aje.

kenapa ya?

terfikir lagi...

kenapa perempuan sekarang, tak kiralah cantik atau tidak

suka sangat berpasangan dengan lelaki yang tak hensem sekarang?

fikir, fikir, fikir...

oh, rasenye ada dua sebab...

satu, kesetiaan.

yelah, lelaki tak hensem ni kadar kecurangan mereka agak tipis.

tak ramai yang minat mereka,

bila ramai tak minat, kurang lah market,

bila kurang market, takdelah nak curang,

sebab mereka dah ada awek yang cantik...

buat apa nak curang.

tak macam lelaki hensem, ramai minat,

biar pun dah ada awek cun gila, tapi masih nak yang lagi cun gila gila gila

dua, sebab duit.

muka hensem tapi poket tak hensem pun tak guna,

gadis sekarang, tak de transport, tak payah date la.

apa? naik rapid? jauh panggang dari api.

tapi ingat wahai gadis-gadis

duit boleh di buat hantaran, tapi tak boleh mencipta kebahagiaan.

jadi,

beruntung lelaki tak hensem sekarang,

menjadi tarikan setiap wanita cantik mahupun tidak

yang hensem

jangan risau...

pernah yang hensem-hensem ni berkata, dunia tak adil

yang tak hensem dapat yang cantik

jangan risau...

dunia memang adil

kalau semua nak yang hensem, yang tak hensem macam mana?

kalau semua nak yang cantik, yang tak cantik macam mana?

adil bukan?

yang tak hensem dapat yang cantik

dan yang hensem pula dapat yang tak cantik

ubah fikiran kita

tiada istilah cantik mahupun hensem

manusia dicipta cukup indah paras rupa

apa guna fizikal tanpa rohani.

kalau selami kecantikan dalaman, lagi indah dari luaran.

dunia ini memang adil

kerana penciptanya yang Maha Adil.

Saturday, February 13

Seminggu Rehat Untuk Tiga Bulan Seksa!


Siap sedia.

13 Februari 2010 ku pulang.

Jangkamasa seminggu saja.

rehat.lenggang kangkung.tonton tv.membesarkan badan.

Dan selepas seminggu itu.

Datang lagi 3 bulan.

belajar.membuat kerja kursus.projek sana sini.

Besok nak balik dah.

Barang semua dah packing.

Tapi tak tidur lagi.

Padahal nak tolak pagi.

Lepas tu, dah sampai sana

Seminggu ini, diluangkan masa dengan sanak saudara

Dan kawan-kawan semua

Tak lupa tengok wayang

Percy Jackson, The Wolfman dan My Name Is Khan dah terbayang-bayang.

Gembira.

Tapi seminggu selepas itu?

Packing barang balik.

Kembali ke tempat asal.

Kembali ke meja belajar.

Kembali ke depan laptop.

Kembali ke hadap buku.

Kembali seksa.

Dari rehat yang seminggu.

Seksa 3 bulan lagi.

Lepas tu?

Habis sudah.

Perjalanan diploma.

Sambung ke tidak?

Masa menentukan.

Apply sudah.

Borang degree.

Seminggu rehat bukan semata enjoy.

Tapi permulaan kepada setiap yang akan berlaku masa 3 bulan depan.

Seksanya lepas rehat.

Dan kembali rehat selepas seksa.

Tiada rehat yang kekal.

Kecuali di Syurga.

Sorga Loka.

Layakkah?

Friday, February 12

Curi Tengok Sikit! *Filem Melayu 2010

Kat sini aku ada senaraikan antara filem-filem negara kita yang mungkin bakal menarik perhatian korang. Tapi, jangan nilai posternya saja. Nikmati lah.



Filem ala-ala Shaolin Soccer versi Melayu dari Jurey Latiff.
Lakonan Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan dan Beego. Filem yang
bakal memartabatkan arena sepak takraw negara. Cayalah!


Filem arahan Afdlin Shauki lagi! filem ni macam remake dari
filem Brave lakonan beliau juga di Thailand. Ermh...


Filem yang pastinya ditunggu oleh semua student jurusan filem.
Telah lama terperap dan akhirnya, barulah karya agung
Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai ini akan ditayangkan.


Filem seram lagi dari Ahmad Idham. Diambil dari siri tv
popularnya, Niyang Rapik juga tajuk diberi. Macam seram!


Lagi satu filem yang bakal hangat dan bakal memberikan kelainan.
Filem berkonsepkan muzikal ini banyak menggabungkan watak
kisah dongeng melayu yang dilakonkan oleh banyak artis terkenal Malaysia.


Nampaknya Nabil laku betul sebagai pelakon filem sekarang.
Tapi kena tengok jalan ceritanya juga, betul ke kecoh? Haha.


Yah! Lagi satu filem gila babi merepek dari Azizi Chunk Adnan.
Tapi dalam merepeknya tetap ada kelainan. Dilakonkan oleh Zizan dan
ramai lagi pelakon ternama.


Satu-satunya filem Mamat Khalid yang betul-betul lama kita tunggu.
Akhirnya siap juga dan tunggu masa nak tayang. Filem berkonsep Kollywood
atau Tamil ini pastinya memberi kelainan. Yeah!!!


Jadi ini saja lah yang aku rasa menarik untuk aku senaraikan. Banyak lagi filem yang bakal ditayangkan nanti.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke

www.sinemamalaysia.com.my

Laporan Tahun Akhir.


Yup, setelah hampir tiga tahun, ini lah masanya. Untuk aku sebagai pelajar diploma menggunakan kesemua skill-skill dan ilmu-ilmu yang pernah aku pelajari. Ini lah beban yang akan aku tanggung untuk tujuan meringankan kehidupan aku pada masa akan datang. Inilah dia laporan tahun akhir aku di fakulti teknologi kreatif dan artistik, diploma teknologi kreatif, major dalam penulisan artistik...di kampus puncak perdana

Memang pada jangkaan aku, semester akhir ini akan lebih banyak menduga aku. Aku tidak mahu menyentuh isu perkauman di dalam kelas, isu ketidakpuashatian kawan-kawan, mahupun isu hati cintan-cintun membabitkan wanita. Aku lebih senang untuk berbicara mengenai latar pelajaran aku semester ini dan mungkin sedikit tentang kehidupan aku sepanjang sebulan menjadi pelajar tahun akhir diploma.

Semester akhir ini, banyak laporan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi laporan praktikal yang aku jalani semester lepas selama dua bulan. Dan juga laporan diploma, yang fungsinya amat berguna bagi aku yang telah mempelajari subjek filem dan penulisan sepanjang dua tahun setengah. Tapi masa kerja tengah menimbun macam ni lah baru aku nak bermalas-malas. Tak tau kenapa, tapi terasa seperti suka ingin bermalas-malas.

Ditambah pula lagi dengan kerja-kerja editing. Memang aku suka editing, tapi bila buat sorang-sorang la. Kalau ramai-ramai, hilang daya kreativiti aku. Naik segan. Sampai mula lah datang sikap bermalas-malas ini. Ada pula kerja mementaskan teater bangsawan. Dengan keadaan kelas dan jam kredit yang mak datuk panjang, tanduk setan sebelah aku ni pon panjang jugaklah menggoda aku untuk bermalas-malas.

Bangun jadi bermalas-malas, buat kerja jadi bermalas-malas, pergi kelas jadi bermalas-malas, study smart pon bermalas-malas. Cepat-cepatlah diri aku ni sedar, yang bermalas-malas ni takkan menjadikan aku seseorang yang akan contribute something kepada negara. Bermalas-malas ini tidak akan menghasilkan suatu karya yang elok dipandang semua. Dan bermalas-malas ini juga akan menyebabkan aku rugi dan menyesal. Cepat lah sedar.

Dan bagaikan petanda, tak semena-mena, dah dua setengah tahun aku tak kena, sepanjang aku jadi student ipta aku tak kena, tiba-tiba, semester ini pula aku kena. Nak tau kena apa? Kena serang asma, demam seminggu. Pelik, masa H1N1 aku segar, masa Denggi aku cergas. Mungkin pasal yang bermalas-malas ini agaknya.

Tapi aku yakin, setiap yang diberi, akan aku laksana, setiap yang diajar, akan aku terap, setiap yang memaki, aku hanya senyum.

Laporan tahun akhir aku sebagai pelajar diploma, jumpa pula semasa ijazah, insyaALLAH!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...