Saturday, January 9

Di mana aku berada...


Sudah seminggu kalau nak diikutkan, sesi pembelajaran bermula, tapi aku masih lagi terperuk kat rumah aku di Ulu Tiram ni.

Entah apa cerita minggu pertama sesi pembelajaran. Apa yang pasti, semester ini bakal menguji kesabaran aku sebagai seorang pelajar, kawan dan insan. Harap-harap aku dapat tempuh semua tu dengan tabah, dan seperti apa yang sering aku terapkan, optimis.

Aku mula belajar satu perkara dari sahabat baik aku. Dan perkara yang aku pelajari in amat susah untuk aku dan orang-orang diluar sana mengamalkannya. Selepas mempelajarinya, baru aku sedar itulah kesilapan yang sering aku lakukan.

Biar orang tidak tolong kita, janji kita memberi bantuan diatas orang yang meminta pertolongan tidak kira orang itu kawan mahupun musuh. Itu lah pengajaran yang aku dapat dari perkara-perkara yang pernah berlaku kepada aku.

Aku kini menganggap kehidupan adalah sebagai permainan, dan permainannya adalah, kesabaran. Siapa yang dapat bertahan bersabar dalam kehidupan, itulah pemenangnya. Dan walau sekalipun sesuatu perkara berlaku berturut-turut membuatkan kita hilang kesabaran, maka kita adalah seorang yang kalah dalam kehidupan.

Kehidupan satu subjek yang sukar. Tetapi tidak sesukar kematian.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku ingin menempuh kehidupan sebgai pelajar tahun akhir. Selepas itu, hanya tuhan yang tahu tentang kehidupan baru aku. Aku berharap setiap rintangan yang berlaku pasti ada balasan yang munasabah. Kerana aku bukan insan yang ikhlas yang tidak mengharapkan apa-apa. Dan tiada insan yang benar-benar ikhlas di dunia ini.

Di mana aku berada, hanya aku yang menentukan...tetapi Dia yang menetapkan.

1 comment:

  1. baliklah! baliklah!
    u sama dengan i. I pun baru sahaja 8jam berada di puncak! seminggu langsung tak g klas dan tatau apa berlaku. tup2 balik dah ada assign. bek u balik! ner tau banyak tugasan yang menunggu!

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...