Friday, January 15

Kalimah-Nya untuk Hamba-Nya


dan hambanya bukan terdiri dari orang Islam sahaja. malahan yang bukan Islam juga boleh menggunakan kalimahNya itu untuk kebaikan dan bukannya keburukan.


sedih melihat saudara seagama sendiri mencetuskan ketegangan bersama penganut agama yang lain. akal fikiran telah dicemari nafsu hasil syaitan yang menggoda untuk melakukan suatu kebaikan yang rupanya hanya akan menjejaskan institusi Islamiah.


dek kerana terlampau ingin menunjukkan diri ini alim, maka terhasillah tindakan radikal dari mereka yangbersifat rasis dan tidak menyukai penyelesaian pasifis. sudah cukupkah amalan dari suruhan tuan empunya kalimah hingga kita yang hina lagi bodoh menidakkan penggunaan nama suci itu dari tangan-tangan bukan Islam yang tiada niat tidak baik.


semua adalah hamba-Nya. walau berlainan agama. tidak kira apa agama selain Islam, tuhan mereka tetap yang Maha Esa walaupun mereka menidakkannya. kerana sejak azali, roh dari jasad telah berikrar hanya Dia yang layak disembah dan tiada yang lain melainkanNya.


tindakan manusia-manusia separa paranormal otak ini hanya mengiyakan bahawa terdapatnya Tuhan yang lain. manakan tidak, mengharamkan penggunaan kalimah tersebut bermaksud menidakkan kewjudan Yang Esa di hati mereka. hingga mereka memikirkan, empunya kalimah itu hanya tuhan Islam, bukan tuhan agama yang lain.


andai sekiranya pengharaman ini jelas berlaku, orang bukan Islam yang lain tidak boleh menggunakan kalimah ini, maka lirik lagu negeri yang mengandungi kalimah ini juga harus ditukar untuk kesesuaian agama yang berlainan.


seperti lagu negeri Johor;


'Allah' perliharakan sultan,

anugerahkan ia segala kehormatan....


sudah jelas setiap sekolah yang mempunyai murid berbilang bangsa dan agama akan menyebut kalimah tersebut. adakah itu suatu perkara yang haram disebut oleh mereka?


sebelum kita menghukum orang lain, ada baiknya kita melihat kesalahan diri sendiri dahulu. jika benar mereka menggunakan kalimah itu, maka barulah tindakan perlu diambil. tetapi ingat, dengan cara yang penuh diplomasi. cukup-cukuplah umat Islam dilabel pengganas dunia, dan mereka saja membangkit kemarahan untuk membuktikan penglabelan tersebut.


Kalimah Allah untuk semua hamba Allah. dan hamba Allah bukan sekadar orang Islam sahaja.


Wassalam.

2 comments:

  1. waaa....
    bakal pendakwah....
    boleh ganti akhil hayy,......

    ReplyDelete

Meh conteng-conteng kat sini meh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...